Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rayyan Fantasi

Rate this book
' Apa yang terfikir... itu ada! '

Sinopsis : Rayyan Fantasi
Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru… dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia Ramlee Awang Murhid berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.
.

553 pages, Paperback

First published December 4, 2010

23 people are currently reading
383 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,377 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
228 (32%)
4 stars
268 (38%)
3 stars
153 (22%)
2 stars
34 (4%)
1 star
12 (1%)
Displaying 1 - 30 of 55 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 11, 2011
Membaca karya RAM ni seperti aku menonton filem Starwars je. Watak Aiddin/Rayyan dan Ibrahim/Mij-Gillion sememangnya memerlukan aku berfantasi luar biasa. Baik daripada segi watak, tempat dan laras waktu. Semuanya perlu seiring ketika sedang membelai naskhah ini. Mujur juga sudah biasa dididik dengan stail RAM yang akan bercerita dengan tidak mengikut susunan waktu, maka tidak terasa kejanggalannya. Tetapi ada masanya aku perlu juga membelek-belek halaman terdahulu sebab lost hik3 lalala5 :P

Aiddin dilihat sebagai anak muda yang punya segala-galanya. Ada ayah, ibu tiri yang begitu mengasihinya serta datuk yang amat menyenangi dirinya. Namun ada sesuatu yang dirahsiakan daripada Aiddin malah daripada semua isi keluarga Ibrahim. Rahsia susur galur Aiddin dan juga diri Ibrahim sendiri. Siapa mereka berdua dan bagaimana boleh tercampak ke dunia asing iaitu bumi, Malaysia khususnya.

Ya, ini kisah makhluk asing [baca: makhluk fantasi] yang ‘melarikan’ diri ke bumi dan bagaimana mereka berdua hidup dalam suatu komuniti masyarakat di Malaysia. Tak banyak bezanya hidup di Yuk’kaa mahupun bumi, ada dunia gelap dan ada yang putih. Dan kerana kegelapan itulah Ibrahim membawa waris tunggal kerajaan Yuk’kaa jauh ke dunia lain. Dia tidak mahu warisnya diapa-apakan namun takdir Tuhan tidak dapat dielak.

Ketika usia Aiddin mencecah 21 tahun, dia disahkan menghidap barah otak tahap empat. Tiada apa yang lebih mendukakan buat seisi keluarga tetapi Ibrahim tahu inilah masanya Aiddin akan kembali nun ke sana, di Yuk’kaa. Aiddin meniti sisa-sisa hidupnya dengan melakukan apa saja yang dia mahukan. Salah satunya mendaki Gunung Kinabalu bersama Feena; tunangnya dan juga rakan sekuliah. Impiannya terlaksana tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan.

Insiden kehilangan Aiddin menggegarkan Malaysia. Pelbagai cara digunakan untuk menjejaki Aiddin tetapi hampa kerana semuanya menemui jalan buntu. Hanya Ibrahim tahu ke mana hilangnya Aiddin dan kerana itu dia redha. Lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula dan sejak itu berlaku kisah pembunuhan ngeri. Apa kaitannya dengan kemunculan Aiddin?

Kisah di Yuk’kaa memang hebat. Sejarah sebenar kehidupan Ibrahim atau pun lebih dikenali dengan Mij-Gillion; raja terbilang di kerajaan Yuk’kaa. Kisah para penghuni Yuk’kaa yang berlainan bangsa. Kesemua wataknya memang dibina dengan baik, begitu juga dengan peperangan dan perjuangan Rayyan mengembalikan takhta yang dirampas. Terasa aku juga seperti salah seorang daripada bangsa di dunia fantasi itu [berangan! hik3 lalala5]

Itu yang membuatkan aku sanggup menonton kembali Starwars hahaha5 Dan kebetulan ketika membaca novel ini, ada kisah Alien vs Predator di TV2. Wah! Bagai berjanji pula hik3 lalala5 :P

Penghujung cerita ini seperti ada yang tertinggal [mungkin aku je yang rasa begitu kih5]. Kisah di sebalik batu berkilat di Jajahan Karuh itu seperti sengaja ditinggalkan tidak berjawab. Mungkinkah ada kesinambungannya? Tak tahu, tunggu dan lihat saja.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,519 reviews1 follower
August 9, 2020
Dua makhluk asing yang datang ke bumi dan menyamar menjadi manusia.. Meneruskan hidup dengan berjaga-jaga.. Namun bila terus diburu, dari Sabah mereka berpindah ke Semenanjung.. Tapi bila anaknya hilang diculik dan dibawa kembali ke planet asal, sang bapa turut mengejar sama.. Peperangan yang cuba dielakkan terpaksa dilakukan.. Bila kembali ke bumi, mereka masih lagi dikejar.. Pembunuhan kejam yang dilakukan menyebabkan si anak akhirnya dipenjarakan namun yang baik tak mudah mengalah.. Cuma ending dia ada sikit tergantung..
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
March 16, 2023
Novelis thriller nombor 1 ini, saudara @ramlee_awang_murshid telah mengkisahkan sebuah fantasi dengan cukup baik. Kali ini cerita beliau agak berbeza daripada novelnya yg pernah saya baca (siri Laksamana Sunan dan siri Anding Ayangan)

Boleh saya katakan, saya bukanlah penggemar cerita sains fiksyen — cerita berkaitan makhluk asing/planet selain bumi. Tapi berlainan bagi novel ini. Cerita ini digarap dengan baik fiksyennya, fantasinya dan cintanya. Tidak lupa juga unsur suspens dan aksi serta unsur keagamaan yg sentiasa subur dalam naskhah ini.
Profile Image for Azida Azizan.
40 reviews17 followers
November 4, 2020
what a load of...semua genre nak masuk sekali last sekali

1st - mistik..nk hantu tak hantu..
2nd - dok cintan cintun
3rd - techno..ada la sikitt..
4th - part keagamaan

kalau nk buat part keagamaan...tuhan tak pernah mention pasai makhluk planet lain, tuhan hanya mention makhluk 'dunia' lain...yg tiba2 hero ceghita ni p bertukaq daripada hantu to nabi dan rasul kat planet dia pa hal pulak.

people say he is the best writer in msia, from this book, i think i've wasted some hours here..
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
September 18, 2013
Rayyan Fantasi (RF) merupakan sebuah novel,yang pada pandangan saya mencatat sejarah yang tersendiri kepada penulisnya,Ramlee Awang Murshid (RAM). Hal ini kerana,melalui novel ini,penulis buat pertama kali menulis sebuah novel yang bergenrekan sains-fiksyen. Walaupun demikian,unsur-unsur lain seperti cinta,keagamaan,kekeluargaan,misteri dan lain-lain unsur yang berkaitan turut dimuatkan di dalamnya. Itulah kelazimannya yang kita,selaku pembaca,boleh temui di dalam novel-novel tulisan RAM. Tidak ketinggalan,unsur thriller juga ada,yang sememangnya sinonim dengan beliau.
Apakah pandangan saya mengenai novel sains fiksyen RAM ini? Tidak dinafikan,saya terhibur membacanya. Malah,keberanian beliau untuk mencuba menulis tema atau genre yang baharu yang tidak pernah ditulis (yang berkaitan dengan 'makhluk asing') sebelum ini adalah sesuatu yang patut dipuji. Namun,sepanjang pembacaan saya,saya merasakan novel ini ditulis dengan tidak melakukan kajian yang benar-benar teliti. Maafkan saya jika saya katakan bahawa,kadang-kala,saya merasakan penulis menulis secara 'cincai' dan cuba mencapai dateline secara tergesa-gesa. Malah,saya juga beranggapan RAM seolah-olah keliru dan tidak fokus. Kisah watak utama novel ini,iaitu Aiddin,di bumi lebih mengambil tempat di dalam novel RF ini. Sebaliknya,kisahnya di planet Yuk'kaa hanya bermula pada bab ke-53 (dari 75 buah bab kesemuanya,tidak termasuk prolog dan epilog). Malah,dunia Yuk'kaa ini juga tidak dijelaskan dengan terperinci. Sebagai contohnya,tiada penerangan yang benar-benar khusus mengenai kaum-kaum Rayyan,Sangor,Aloi,golongan pengembala dan kaum makhluk air yang terdapat di dalam planet tersebut. Maksud saya,apa dan bagaimanakah ciri-ciri fizikal sesuatu kaum (yang membezakan mereka antara satu sama lain) tidak dijelaskan oleh penulis dengan teliti.
Novel ini mempunyai penutup cerita yang open sifatnya. Seolah-olah RAM membayangkan akan ada sambungan kepada novel RF ini. Benarkah begitu? Sama-sama kita tunggu dan lihat. Harapan saya,jika sambungannya akan ditulis,isi kandungannya biarlah lebih berkualiti dan mengasyikkan daripada yang sebelumnya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
November 2, 2018
Penceritaan kreatif atas dasar hidup di planet beribu tahun pergerakan cahaya dari bumi, cinta remaja, kahwin awal, cemburu mamat poyo, pengajian di UKM, peperangan, ibadah tanpa sempadan masa dan lokasi. Watak Rayyan macam terlalu muda untuk diangkat sebagai hero. Ayahnya Ibrahim / Mij- Gillion lebih mantap sebagai hero namun dia lebih banyak ke tepi.
3 reviews
December 27, 2010
hahaha.....cerita yg berlainan genre berbanding dgn novel-novel yg lain.....apa yg difikir itu ada....dan sememangnya fantasi bijak menipu fikiran....
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
January 8, 2012
walau siapapun kita,ALLAH juga maha berkuasa..terkesan dengan penceritaan novel ini yang menunjukkan ketaatan Aiddin menunaikan solat ketika berada di Yukka'
Profile Image for Faiz • فائز.
357 reviews3 followers
September 3, 2023
Walaupun saya menggemari tuan penulis, tapi saya perlu bersikap adil terhadap karya kali ini. Plot kali ini agak mendatar dan terlalu kacau-bilau. Barangkali kerana tuan penulis berusaha memasukkan dua latar belakang yang berbeza dalam satu penceritaan. Namun saya merasakan karya-karya tuan penulis yang lain tiada masalah dalam pembikinan sebegini, entah mengapa Rayyan Fantasi ini sedikit cacat alurnya. Pada hemat saya, mungkin kerana genre kali ini bersifat sci-fic, maka sentuhannya berbeza.

Bahagian-bahagian -yang seharusnya- dirasakan klimaks gagal untuk menarik pembaca ke dalam relung yang sama. Penekanan dan perkembangan watak pula cacamarba. Hanya watak Ibrahim sahaja yang berjaya ditampilkan dengan baik (seandainya dibuat perbandingan dengan watak yang lain). Di planet Yuk'kaa, penceritaan menjadi sangat perlahan dan berselirat. Keterhadan muka surat barangkali menjadi faktor utama. Sekiranya lebih banyak tumpuan diberikan untuk memperkembangkan dan memperincikan perjuangan pemberontak yang ingin menggulingkan Sanggora, karya ini akan menjadi lebih kemas.
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
January 15, 2021
Diawal-awal cerita asyik dok tertanya-tanya siapa Ibrahim & Aiddin ni. Dan akhirnya terjawab lepas sabar menunggu bab demi bab. Baiklah kepada pembaca, selamat berfantasi. Seperti biasa karya RAM memang tidak pernah mengecewakan.
Profile Image for Adibah(whatdibsread).
314 reviews9 followers
June 21, 2022
lama tak baca buku ni, lupa bertapa lelahnya menyelak mukasurat. 12 tahun berlalu, buku ni masih meninggalkan kesan dalam hati
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
April 23, 2011
RAM memang benar2 berfantasi kali ini, namun tetap diselitkan, walau di mana kita berada, yang Maha Berkuasa itu cuma Allah.
Profile Image for Hamidah Effendi.
349 reviews3 followers
March 25, 2025
Semua bermula dengan 'laluan maut'. Patut dimusnahkan je sebab menjadi punca peperangan berebut kuasa.

Agak kelakar part Rayyan share strategi peperangan dengan mengunakan teknik seni berperang😅- bagi membantu rakyat ada semangat untuk bangkit semula selepas tanah mereka dirampas. -lepas ni kena tengok balik buku seni berperang, beli tak baca2 lagj.😅😅

Penulisan macam biasa ada part asyik diulang tayang, mungkin sebab nak memenuhi syarat novel RAM kena capai target mukasurat sekian2🙄 so part ni memang aku skip cepat2 sebab orang tengah excited nak tahu apa seterusnya tetiba diulang balik skrip yang lepas.

No komen untuk watak yang ada dalam buku ni sebab tindakan mereka berdasarkan situasi cuma:

😞Tak kan nak marah Feena, dah lama tunggu kot dan memang tak expect Aiddin akan hidup balik. Hilang kat gunung dan ada penyakit barah stage 4- confirm2 kita akan automatik fikir dah selamat dah🙄🙄🙄.

😡Tapi zaidin memang over, demi nak pastikan pompuan tu hak milik dia, sanggup dia provoke dan doakan something buruk kat kawan baik dia..🤬annoying betul watak ni..aku agreed dengan Suhaila. Macamlah tak ada lelaki lain selain Zaidin kat dunia ni..dia pernah kutuk kot Tunang orang. Lepas tu ko nak jilat balik ludah tu..😡😡

Yang pasti, cerita bermula dari planet lain dan mereka datang ke bumi sebab melarikan diri. Tapi still dicari walau cuba nak sembunyikan diri.. kaya woo bapak Aiddin. Time tengah sibuk nak selamatkan diri sempat bawa ubat dan emas🤣🤣🤣

Part tambahan kelakar- dah ada dah kapal kapsul untuk terbang dengan laser semua bagai..ada kuasa pula tu, tapi tetiba serang pakai alat memanah😅😬

Cinta 60%

Misteri & suspen 70%

Sains & adventure 65%


Sekian, pergi lah baca best walaupun bukan under KRC..
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
September 3, 2019
Sebuah novel RAM yg menampilkan kelainan berbanding novel-novelnya sebelum ini. Kuat unsur sains fiksyen dalam novel kali ini, tetapi tetap best dibaca.

Novel ini mengisahkan tentang misteri seorang remaja bernama Aiddin. Asal usul keluarganya dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Semasa umurnya mencecah 21 tahun, dia telah disahkan menghidap barah otak tahap 4. Mengikut senarai hajat terakhirnya, dia telah menyertai pendakian Gunung Kinabalu bersama tunangnya, Feena dan sahabat2nya yg lain. Tetapi dia tiba2 hilang di gunung itu walaupun pelbagai usaha pencarian dijalankan.

5 tahun kemudian, dia tiba2 muncul semula di gunung itu. Sejak itu, satu demi satu rahsia Aiddin/Rayyan mula terungkai...
Profile Image for Su Zainudi.
142 reviews
November 9, 2023
Untuk penulisan RAM kali ni terasa agak lewah. Keterujaan bermula hanya pada bab 53 apabila kisah perjuangan Rayyan di Yuk'kaa untuk merebut kembali takhta yang dirampas dari ayahnya, Mij-Gillion. Pengkisahan untuk setting di Bumi bagi saya itu yang agak lewah.

Sikit terasa sakit hati dengan watak Feena dan Zaidan. Saya tak bersetuju dengan Feena/Aiddin tapi setuju Mika/Rayyan (bias disitu kikiki). Pengakhiran cerita macam tergantung sedikit. Adakah penulis ingin membuat sambungan jeng jeng jeng..
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for ALEEYA AISHAH.
10 reviews
January 3, 2025
I absolutely love how this book sparks my imagination. However, I must admit that I’m not particularly into planets and space, so the lengthy chapters explaining those aspects felt a bit boring to me. Despite that, the overall story kept me intrigued. It made me wonder if such creatures could actually exist. While the plot does have its illogical moments, I still really enjoyed the journey. The world-building and concepts were fascinating enough to keep me hooked, even when the story got a bit far-fetched. just like the title, it's a fantasy.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
July 20, 2023
Apa yang terfikir.... itu ada!

Cerita yang memang sepenuhnya fantas seperti tajuknya. Sebulan jugak ambil masa nak habiskan buku ini tapi tak pernah rasa bosan sebab penuh dengan unsur saspens yang menyebabkan tertunggu "apa seterusnya" . Seperti biasa, tulisan RAM tak pernah mengecewakan dan tertarik dengan konsep perang cara Islam yang dimasukkan semasa Rayyan dan rakyatnya ingin menawan kerajaan Yukka.
Profile Image for Edi Rozaidi.
123 reviews
December 14, 2023
Penceritaan yang baik diawalnya dengan membentuk setiap perwatakan dengan baik. Cuma di hujung terasa sedikit rushing dan penutupnya sedikit ringkas seperti tidak diolah dengan lebih.

Tetapi, novel ini sedap di baca kerana unsur thriller dan ingin tahu itu menyebabkan pembacaan rasa tak nak berhenti.
Profile Image for Mel.
4 reviews
April 19, 2022
Keseluruhan cerita sangat menarik, penuh fantasi, fiksyen, aksi dan cinta. Jalan cerita yang agak ringan, tetapi cukup dramatik cuma agak kecewa sedikit dengan endingnya, seperti agak tergesa-gesa untuk menamatkan novel ini, seperti juga mudahnya menamatkan riwayat Janir...
13 reviews1 follower
November 1, 2017
Yang terlihat itu ada ... manatau .. mungkin ada makhluk asing hidup di antara kita ..
macam-macam la RAM ni . .. :)
3 reviews
May 9, 2023
Latar tempat yang sedikit, bagi saya jalan cerita masih best, tapi tidak seperti karya2 beliau yang lain.
Profile Image for wawazz.
23 reviews
December 11, 2024
Jalan cerita yang menarik. Penuh aksi dan saspen. Diselitkan dengan sedikit shj adegan cinta yg ringan dan unsur2 islamik which i like.
9 reviews1 follower
March 20, 2013
Kenangan zaman kanak-kanak yang meminati cereka mengenai makhluk asing menyerang bumi seperti ‘V’ menjadikan aku tertanya-tanya, “Apakah mungkin makhluk asing mendarat di Malaysia?”


Dan membaca Rayyan Fantasi (RF), Ramlee Awang Murshid (RAM) bukan sahaja membuktikan setakat mendarat, tetapi ‘menculik’ kita ke satu planet mereka iaitu Yuk’kaa. Tanpa mengorbankan banyak neuron otak untuk memahami terminologi yang ntah apa-apa, RAM membawa kita dari pergunungan di Sabah, kampus UKM di Bangi dan Yuk’kaa dengan penuh rela. Satu persatu sejarah hidup Aiddin bersama ayahnya, Ibrahim akhirnya tersingkap sehingga membuktikan bahawa mereka adalah sebenarnya alien.


Seperti biasa, RF juga di’bumbu’ dengan elemen kelebihan makhluk asing berbanding manusia bumi, kisah peperangan menentang Singgora dan elemen percintaan Aiddin @ Rayyan dengan Feena buat menjadikannya suatu hidangan eccentric. Sesungguhnya, RAM memang hebat menambat minat pembaca agar terus terusan menyelak helaian demi helaian sehingga ke muka surat terakhir.


Secara peribadi, RF adalah suatu usaha RAM membawa genre yang kurang diteroka penulis tempatan. Hanya mungkin, pada awalan kisahnya plot cerita agak mendatar dan perlahan. Ah, barangkali ia disengajakan untuk melihat sesetia mana peminat RAM melayan setiap karyanya.


“Another good reading, kudos!”
Profile Image for Topek Ketopekan.
32 reviews4 followers
October 3, 2011
Pada mulanya saya ingin memberi 5 bintang untuk novel ini, tapi disebabkan terdapat beberapa kesalahan tanda baca, saya terpaksa memberikan 4 bintang sahaja.

Jalan cerita yang menarik, menggunakan atmosfera yang berbeza memang memerlukan saya berfantasi melebihi jangkauan ketika menikmati hasil karya RAM ini. Tambahan lagi, banyak istilah sainstifik yang dikonsumkan, menjadikan ianya lebih menarik perhatian saya.

Selain daripada menggunakan elemen-elemen suspen dan mendebarkan, RAM juga ada menyelitkan elemen perasaan kasih sayang dan cinta, menjadikan Rayyan Fantasi ini lebih berona warni dan atraktif. Unsur keagamaan juga tidak tersisa untuk disisipkan dalam Rayyan Fantasi ini, mengakui kebesaran Allah yang Maha Agung. Tahniah RAM, saya suka Rayyan Fantasi ini.

p/s: Cuma saya terfikir pada ayat RAM: "Apa yang terfikir...itu ada!"
Saya terfikirkan sambungan Rayyan Fantasi ini. Mungkinkah ada, barangkali?
Profile Image for Chepah Abdullah.
19 reviews
May 22, 2015
It took me around 24 hrs to finish reading this book. The story was ok but i skipped most chapters in the middle as i already came to know what to expect. Didnt skipped them totally. Had few stops here n there n then continued again to read to the end. The most i skipped was the fantasy world n stories in between with all the wars and power craze. Its all being told in earlier chapter vaguely but can already know whats happening. Wasted pages of the book though. Thats my personal opinion. Im just a reader.
Profile Image for Zura.
53 reviews2 followers
December 28, 2010
Jika di dalam Trilogi Laksamana Sunan kita dibawa ke zaman silam, kali ini kita di bawa ke alam fantasi. Watak Aiddin/Rayyan dan Ibrahmi/Mij-Gillion digarap dengan baik. Pertempuran di Yuk'kaa sedikit sebanyak saya terbayangkan filem Starwars. Cuma kelainan nya disini adalah sebuah tempat bernama Jajahan Karuh. Tertanya-tanya apakah disebalik batu berkilat tersebut sehingga ke penghujung novel sengaja ditinggalkan tidak berjawab. Saya menjangka akan ada sambungan kepada novel ini. Wallauhualam.
Profile Image for Rosmilawati Juhasin.
4 reviews
December 6, 2010
I love the story very much.. different from the others. suspense theme is good but need improvement. while reading this book, we had recall a previous story path from previous books. then we started to guess what happens next. but its too much when it goes to extend to the final result. obviously, this story should have its next edition. good luck RAM. your fan will be very stay on your side.
Profile Image for Lolliepop.
169 reviews47 followers
February 9, 2011
hah~dah banyak kali nampak di kedai buku, tapi masih tak tergerak hati untuk beli...masih ada buku yang saya tercari2, dan buku ini berada somewhere in the middle of my list~tunggu ye buku!!

UPDATE: dah beli2!!nnti la baca~

UPDATE!!sedang dibaca!!

UPDATE: oh..agak tidak berapa suka dengan novel ini!entahlah~
Displaying 1 - 30 of 55 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.