Kesuma ingin disayangi dan dimanjai oleh lelaki itu. Didakap dalam kasih sayang yang sarat. Dicintai dalam simpulan kasih yang erat. Bersatu dalam paduan cinta. Hanya kerana lelaki itu...hanya kerana dia..lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati menghuni kamar asmaranya. Dia yang telah mengukir kata cinta di layar impian. Hanya kerana dia..Kesuma nekad dengan keputusannya. Membawa diri.. Kesuma menjejak kekasih yang telah kembali ke bumi asal bersama pencarian dan persoalan yang telah selesai.Lalu di sanalah cintanya diarak pulang untuk disandingkan di singgahsana bahagia. Dan air mawar pun direnjis megiringi sebuah perjalanan yang baru bermula..
Cik Pah simpulkan HKC kepada hanya kerana cinta dunia manusia sanggup menipu, memanipulasi, mendera, memfitnah, membunuh. Benarlah firman Allah :
“Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki di dunia kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagia pun di dunia.” (QS. Asy-Syura: 20)
"Segala tindak tanduk kita, setiap pergerakan kita sebenarnya dikawal oleh ALLAH, maybe we are good planners doctor, tapi keputusannya ALLAH yang tentukan. Kita tak berhak menentukan. Mungkin I beria-ia nak berjumpa dengan doktor, tapi bila ALLAH tak izinkan, I tak boleh lakukannya. Hidup kita bukan dikawal oleh tangan kita."
p/s: agak-agak boleh tak saya bagitau makcik-makcik yang 'berpenat lelah' tanya saya soklan cepukmas, bila nak kahwin ni??: Makcik... ALLAH tak izinkan saya lagi.. Mungkin ALLAH nak lindung kan saya dari lelaki tak baik.. Mungkin ALLAH nak lindung saya dari menderhaka kepada suami.. Mungkin ALLAH nak beri saya peluang untuk berbakti dan membalas jasa ibu bapa saya.. Mungkin kalau saya kahwin, saya akan mengabaikan ibu bapa saya.. Hanya ALLAH yang maha mengetahui..
Sebuah kisah masyarakat yang menarik,membawa kita untuk berfikir kembali tentang kejahilan manusia yang tidak mampu diubah2 lagi, manusia yang merasakan diri mereka sahaja betul di muka bumi ini,sehinggakan golongan seperti itu hidupnya membuatkan yang lain derita atas ketamakan yang menguasai dirinya.Namun,yang diatas tidak selamanya akan berada diatas,begitu juga yang dibawah.Roda akan sentiasa berputar.Justeru,sejauh mana kita melangkah,ingatlah,semua yang ada di muka bumi ini pinjaman semata-mata.Nilailah sesuatu dengan iman,bukan nafsu!
Disebalik kisah yang penuh keperitan itu,NB turut menyelitkan drama percintaan antara 2 watak utamanya, Kesuma dan juga Abdul(Daniel Hilman),namun tidaklah begitu menguasai keseluruhan cerita. Diceritakan juga dengan penuh detail dan seronok untuk dibaca, perjalanan kerjaya Kesuma sebagai drug designer(Yana baru tahu tentang job specnya, menarik jugak!), disilih gantikan dengan Abdul sebagai orang gaji yang begitu advance, multi skill, versatile, sehinggakan benar2 disayangi majikannya, yang merupakan darah dagingnya sendiri.
Walau boleh diagak apakah yang bakal berlaku,bagaimana Abdul itu sebenarnya menjalankan kerja2 penyamaran demi untuk membawa keadilan ke tempatnya setelah dia dan ibunya di halau dan harta mereka dirampas oleh bapanya sendiri, namun,tetap Yana rasakan buku ini menarik untuk di baca.Ada pengajaran yang boleh dikutip darinya.
Synopsis sedikit mengelirukan tetapi cerita dari Norhayati Berahim tidak pernah mengecewakan. Banyak pengajarannya. Kesuma adalah seorang wanita yang terpelajar, berjaya dan mempunyai kerjaya yang sangat membanggakan tetapi dia tidak pernah sombong atau lupa diri. Setiap yang dilakukan adalah untuk mendapat keredaan Allah dan menyenangkan hati emaknya walaupun pada suatu ketika emaknya pernah tidak mengendahkan dirinya. Dia berkenalan dengan Dr Jefri, anak-anaknya Dr Jefri dan Abdul dengan cara tak sengaja. Mereka semua senang dengan perwatakan Kesuma yang senang didekati. Isteri Dr Jefri sakit kerana jiwanya tertekan sehingga mereka suami-isteri hidup berjauhan. Dr Jefri sentiasa kesunyian. Anak-anak mereka juga menjadi mangsa. Mereka tidak bahagia kerana keluarga mereka terpisah. Datuk Habib Ar-Rashid selalu mengugut Dr Jefri dan anaknya, isteri Dr Jefri. Abdul selalu ada untuk Dr Jefri sekeluarga. Walaupun dia hanya seorang pemandu dan pembantu rumah, kehadirannya menenangkan hati Dr Jefri dan Datin Kamariah. Dia mula rapat dengan Kesuma. Tetapi hubungan mereka tidak direstui emak Kesuma. Rupanya Abdul ada menyimpan satu rahsia. Dia berada di Malaysia untuk menuntut keadilan dan hak mamanya yang telah lama menderita akibat perbuatan Datuk Habib Ar-Rashid. 'Abdul' sebenarnya adalah Daniel Hilman dan dia adalah anak Datuk Habib. Akhirnya Daniel dapat meraih keadilan dan cintanya di Malaysia. Kesuma akhirnya menjadi isterinya.
Kisah cinta antara Kesuma seorang "Drug Expert" dengan Abdul yang berkerja sebagai pemandu kepada Doktor Jefri.Percintaannya dihalang oleh ibunya sendiri kerana merasakan yang anaknya itu lebih berhak mendapat seorang suami yang lebih baik dari seorang pemandu,tapi siapa sebenarnya Abdul tujuannya bekerja dengan keluarga Doktor Jefri,kisah anak-anak Doktor Jefri yang terpaksa hidup berjauhan dari ayah mereka kerana ibu mereka tinggal berasing dengan ayah mereka.
Ceritanya ringkas. Tidak terlalu mendalam. Hanya sekadar bercerita tentang darjat dalam percintaan serta cakap-cakap masyarakat. Tapi... siapa tidak kenal NB? Beliau berjaya mewujudkan tema ini dalam watak-watak seperti Kesuma, Abdul, Dr Jefri dan Datuk Habib serta Mak Cik Zaitun. Terkadang masih terfikir, apakah masih wujud kisah tentang darjat ini dalam kehidupan zaman sekarang?