Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lafazkan Kalimah Cintamu

Rate this book

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

816 pages, Paperback

First published January 1, 2010

372 people are currently reading
4872 people want to read

About the author

Siti Rosmizah

12 books2,297 followers
Novelist & Lawyer, Siti Rosmizah Semail.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,151 (57%)
4 stars
458 (22%)
3 stars
198 (9%)
2 stars
100 (5%)
1 star
90 (4%)
Displaying 1 - 30 of 85 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,059 reviews204 followers
July 13, 2025
 photo f5_zpsc5fa3eae.gif
Funny
Romantic
Brilliant
Awesome

 photo a_zps72b29093.gif
I couldn’t help but giggle myself reading this! It was so good! I enjoyed every minute of it.

 photo b_zps555ead60.gif
Let’s face it girls, Siti Rosmizah writes romance book like no other. I loved her writings!!!


Back to the story…
I will try to make it short but you tahulah sha, ada je idea nak share gan uols.

Tengku Aqilah dibesarkan oleh Nenek Jah, mak kepada Mak Kiah. Dia disisihkan oleh ayahnya Tengku Hisham. Bagi diri ayahnya, Tengku Aqilah ada pembawa nasib malang kerana isterinya, Azreena meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara.

Aqilah dibuang, dijadikan anak yatim piatu. Berlainan dengan nasib kakaknya, Tengku Natasha yang dibelai, dimanja & diberi kasih sayang yang penuh oleh Tengku Hisham.

Bila Aqilah pulang ke Malaysia, Natasha mendendami adiknya yang bijak dalam pelajaran memaksa ayahnya menerima Aqilah berkerja didalam syarikat mereka. Kerja jadi tea lady cum receptionist. Kurang asam yea kakak. Dah la dungu, pastu dengki tak bertempat. Hina sungguh Aqilah dimata Natasha.

 photo b_zpscea05b2d.jpg
Sifat Aqilah yang periang, baik budi pekerti sering mengundang rasa lucu dihati sha. Dengan makeup serupa opera cina, rambut afro yang ala² kumpulan Aleycatt, “terima kasih”.. watak Aqilah memang best & lucu. Kelakar bila Aqilah bergaduh dengan Tengku Ryan, kekasih & buah hati kesayangan Natasha.

“Sayang… benda hitam apa ni melekat pada kolar blazer you?” – Natasha
“Benda hitam? Aku rasa macam ringan aje kat muka aku…” – Aqilah

Tengku Ryan Ameer yang sedang memerhatikan benda hitam itu terkejut melihat Tengku Aqilah sudah berdiri di sebelahnya.

“Excuse me… nasib baik tak hilang. Saya beli kat US tau mahal. Kalau saya beli kat sini saya tak akan ambil balik, Ku Ryan boleh simpan buat souvenir, tapi yang ni saya beli dari jauh… sorry.”

Dengan bersahaja Tengku Aqilah mencabut tahi lalat palsunya yang telah melihat di kolar blazer putih Tengku Ryan Ameer itu.


Seriously, buku ini memang menambat hati sha. I really liked this story. I had so much fun reading this part. Nie satu lagi yang buat sha ketawa terbahak² sampai keluar airmata.


“Tengku Ryan Ameer & Tengku Aqilah tidak perasankan rambut yang melayang itu, mata masing² hanya memfokus pada bola yang meluncur laju, manakala Azrul botak & Farhana pula sibuk memerhatikan rambut palsu yang melayang sama itu. Namun di kala ini angin begitu bijak memainkan peranannya, bola yang melayang itu terus meluncur tepat ke arah sasaran & begitu menakjubkan bola terus masuk ke dalam lubang manakala rambut Afro Tengku Aqilah itu dibawa angin mendarat dengan cantiknya di atas kepala Azrul yang botak itu.

Pelepap!”


LOL

 photo n_zps3274fb5b.gif
Takdir menyatukan Aqilah & Ryan bila wasiat ayah Ryan, Tengku Hashim dibacakan oleh peguam. Tengku Hashim meninggal kerana penyakit hati yang kronik. Hanya dia & anak angkatnya, Syafiq yang tahu. Syafiq seorang lurus bendul merupakan orang kanan Tengku Hashim.

Ryan tidak bersetuju tapi atas desakan Natasha yang tak mahu adiknya mewah & bahagia, Ryan menerima dengan hati yang berat.

Tengku Hisham kena strok. Anak kesayangannya, Natasha sanggup tinggalkan ayahnya yang terlantar sakit kerana pergi bercuti di oversea. Ryan pula outstation ada meeting. Tinggalkan Tengku Hisham gan pembantu rumah, Tutti & Kak Bong. Aqilah yang ingin menjenguk Kak Bong dikerah menjaga ayahnya kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga. Tutti & Kak Bong bukan muhrim, mana boleh bersihkan Tengku Hisham.

Aqilah menjaga ayahnya dengan penuh kasih sayang walaupun mulanya Tengku Hisham tidak suka. Tapi bila melihat kesanggupan Aqilah menadah muntahnya dengan tangan, ayahnya bagai tersedar dari mimpi. Ayahnya menyesal dan meminta maaf dari Aqilah. Aqilah happy sebab dapat panggil ‘papa’.

 photo m_zps839dfe6e.gif
Kepulangan Natasha menuntut janjinya pada Ryan tetapi hati Ryan sudah terpaut pada isterinya, Aqilah.

Natasha tidak puas hati lantas berbagai cara dilakukan untuk menyakiti hati Aqilah. Sampai satu tahap Aqilah termakan rasukan sebab Natasha menelefon Aqilah menggunakan telefon Ryan.

“Papa cakap suami, layak ke pa? Papa tahu tak lelaki yang papa gelar sebagai suami Qila ni dah berlaku curang dengan Qila. Papa tahu tak lelaki yang mendakwa cintakan Qila selama ini rupanya dibelakang Qila telah berzina dengan kakak sendiri”


Ryan kecewa. Dia bersumpah tidak pernah melakukan perkara tersebut. Aqilah menyesali perbuatannya bila Natasha menangis meminta ampun kepada ayahnya kerna mendustai mereka semua. Natasha keluar rumah.

 photo o_zps5160a757.gif
Aqilah cuba memikat kembali hati suaminya tapi Ryan sudah tiada hati dengan Aqilah.

“Saya nak awak jauhkan diri dari saya”


Melampaulah pulak sikap Ryan ni. Aqilah menerima dengan hati yang sedih.

 photo j_zpsca9808c3.gif
Bila Ryan tersedar dari kesilapan dia, sudah terlewat kerana Aqilah yang mengandung disahkan mengalami kanser payudara. Oh sedihnya! Meleleh² airmata macam paip air.

Bila sedih, sedih sangat. Bila kelakar, memang gelak besar. Hati pun jadi happy bila baca part yang kelakar. Memang betul kata kawan sha, cerita ini memang BEST GILER!!!

Watak Kak Kembong @ Bong tidak kurang hebat dalam cerita ini. Tak lupa jua dengan Tutti yang sengal dan Farhana & Azrul yang malu² tapi mahu. Watak² mereka harus diberikan pujian sebab memang best sangat!

 photo l_zps76bd3cc6.gif
Highly recommended.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
February 14, 2018
Terjebak Jua membaca novel ini kerana adaptasi drama.
Sejujurnya saya menjangkakan ia sebuah novel air mata. Macam novel2 awal NB. Anak perempuan yg dibenci ayah disisihkan tapi pandai membawa diri berjaya mengharungi cabaran hidup akhirnya si ayah pon sedar dan mengaku khilaf. Rupanya tidak sama sekali. Novel ni mcm lebih kepada genre Komedi-romantik dari drama air mata (tipah tertipu) jadi tak dapat lah berbintang-bintang.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
October 7, 2013
p/s : Selamat dihadiahkan untuk kegunaan Perbadanan Perpustakaan Awam pada 6.10.2013.... :)

Sisi berbeza dari Siti Rosmizah tapi masih penuh dengan drama air mata.

Tapi, apabila sesuatu juadah terlalu sarat dengan 'hiasan' sehingga tenggelam apa yang ingin dihidangkan..... rasa agak perit untuk menghabiskan novel ini. Penceritaan dari 3rd person POV, tapi 'campurtangan' pengarang agak keterlaluan. Namun, masih ada babak2 yang mampu membuat aku tersenyum ......

Profile Image for Umi Kalsom.
16 reviews2 followers
August 29, 2012
mungkin rating 2 bintang itu agak kejam untuk buku yang sangat femes ni. Tapi, aku tercari-cari mana kelebihan buku ni? Serius, ini buku ke-2 SR yang aku baca. Buku ke-2 yang dibeli atas dasar 'tergoda' dengan review pembaca yang cakap best gila.
ya, betul best. aku baca... fasa pertama, aku rasakan terlalu best. Sangat best sampai tak boleh nak stop baca. Tapi, at one point, masuk ke fasa ke-2 (mula dari bab ke berapa, aku tak pasti) momentum stori buat aku rasa down. down lagi sampai ke akhir stori. Aku baca dengan skip2 bila aku rasa macam "lama lagi ke nak habis ni?!"
Sedih sangat! (sedih sbb aku tak jumpa best di awal cerita kekal smpai ke akhir bacaan aku) dan akhirnya, kesimpulan aku, story ni terlalu meleret biarpun aku suka sebenarnya dengan intipati cerita.
Profile Image for Jessy.
152 reviews37 followers
October 6, 2017
First Impression
Saya beli buku ni sebab cover dia ada perkataan 'LARIS' okey. So I thought kalau ramai yang beli mestilah pengisian dia pun best kan.

Storyline
Overall cerita dia bolehlahhh. Aqilah (watak utama perempuan) dibenci oleh papanya sendiri sejak lahir kerana dianggap sebagai punca kematian isteri tercinta. Kerana ingin menagih sedikit kasih dari papanya, Aqilah sanggup berkahwin dengan Ryan (bukan pilihan hatinya) semata-mata untuk mengambil hati papanya.

Di awal perkenalan mereka, Aqilah dan Ryan ni pantang berjumpa mesti bertengkar. Masing-masing benci sampailah mereka disatukan dalam perkahwinan. Tapi sampai bila mereka terus benci membenci, kan? Lama-lama mereka saling jatuh cinta! Hahh, memang tipikal kisah cinta dalam novel lah. Benci-benci dulu baru sayang-sayang dan manja-manja.

Comment
Sometimes saya tak suka dengan personaliti Aqilah ni. Personaliti dia bagi saya agak kureng. Lepas tu perubahan personaliti dia pun macam terlalu jauh. Tidak konsisten. Contohnya, selepas dia balik ke Malaysia personliti dia terus jauh berbeza. Bukan setakat wajah yang berubah. Perhaps, it's better kalau wajah saja yang diubah sedikit. Tapi personaliti terus dikemaskan lagi. Saya tak nampak apa sebabnya Aqilah perlu mengubah personalitinya. Lepas tu, Aqilah ni suka percayakan seseorang tanpa usul periksa. Kesian Ryan! Sepatutnya kena selidik dulu. Jangan terus hentan keroma. Memang rasa kecewa saja dengan part itu.

Dari segi luaran, watak Ryan (hero) pula digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat handsome. Tapi secara dalaman, saya masih tidak dapat melihat Ryan sebagai seorang lelaki yang handsome. Sudah menjadi lumrah bagi perempuan untuk sukakan lelaki yang yang handsome inside and outside. Kalau at first watak lelaki itu bad boy pun takpa. Janji bad boy tu turned to be a good boy. Bila sudah good boy, di sanalah penulis patut sehabis mungkin membuatkan dia betul-betul good boy. Tackle hati readers.

Lelaki ni kalau dia sudah jatuh cinta, dia memang akan pasti dengan hatinya. Kadang-kadang dia mungkin perlukan masa untuk bertenang tapi tidak akan sekali-kali keliru dengan perasaannya. Kalau dia cinta, dia memang akan cinta. Kalau dia kata cinta tapi masih ada tapi lagi, perempuan kena be careful sedikit sebab hatinya bukan 100% untuk perempuan tu (atau my thought saja kot). Sebenarnya saya sedikit kecewa dengan Ryan. Kalau flash back balik macam tak ada apa sangat yang dia lakukan untuk Aqilah (except for that land rasanya).

Pages buku ni pun tebal gila, sampai 810. Sekalipun tebal tapi bagi saya cerita dia sangat simple. Saya tak faham langsung kenapa penulis dia intend untuk tulis panjang-panjang sampai 810 pages. Sedangkan 550-600 pages saja pun mungkin sudah lebih dari cukup. Sebab plot dia simple. Konflik pun tak banyak sangat. Kalaulah buku ini di adaptasi menjadi drama, sure pelakon dia semput sebab terpaksa cakap line yang terlalu panjang.

Part best
Dalam novel ni, penulis dia memang pandai ahh dalam bab-bab sedih. Part Aqilah masih kecil tu sangat sedih. Serious, terpaksa saya take break sekejap sebab tak nak air mata terus keluar. Ending pun penulis dia pilih happy ending. Sebenarnya boleh saja takdir Aqilah sama macam ibunya. Tapi penulis dia pilih untuk tidak kecewakan readers dia. Sebab kalau Aqilah pun meninggal dunia, memang tak tahulah.

Anyway, saya percaya penerimaan setiap pembaca itu bergantung kepada taste masing-masing. Peace!
Profile Image for Liya71.
111 reviews13 followers
November 1, 2011
Resensi dari saya:




Kisah yang berunsur kekeluargaan, keimanan dan kebongkakan berjaya disentuh oleh SR dalam bentuk yang sangat humor. Tengku Aqilah digambarkan sebagai seorang yang periang, sentiasa berfikiran positif dan sangat menghormati ayahnya Tengku Hisham walaupun ayahnya tidak seperti ayah yang lain. Sifat Tengku Hisham yang tidak redha dengan ketentuan illahi, atas kematian isterinya membuatkan dirinya terbelenggu dengan sikap bongkak dan angkuh terhadap anaknya sendiri. Sementara anak sulongnya Tengku Natasha pula ditatang bagai minyak yang penuh berbeza pula dengan anak keduanya Tengku Aqilah yang dikatakan penyebab kematian ibunya semasa bersalin.




Wasiat yang ditinggalkan oleh Tengku Hashim bapa saudara Tengku Aqilah, merangkap abang kepada Tengku Hisham menyebabkan Tengku Aqilah terpaksa berkahwin dengan Tengku Ryan Ameer, sepupunya sendiri, sungguhpun Tengku Ryan sudah bercinta dengan kakaknya Tengku Natasha hampir 5 tahun. Tetapi Aqilah redha dan menganggap itulah caranya untuk dia rapat kembali dengan ayah dan kakak kandungnya, tetapi ujian demi ujian terpaksa ditempuhinya. Sementara itu, Farhanah, anak orang gaji mereka sebaya dengan Tengku Aqilah, menjadi rakan rapat Tengku Aqilah dan sentiasa mendengar keluhan dan harapannya.




Dalam pada itu, Tengku Hisham telah diserang strok, menyebabkannya hampir lumpuh. Saat itulah Aqilah sedaya upaya membantu ayahnya walaupun pada mulanya ayahnya tidak mahu kan pertolongannya. Anaknya Tengku Natasha yang ditatang-tatang itu, tidak langsung memperdulikannya dan sanggup pula bercuti keluar negara saat-saat dia diperlukan. Tengku Hisham akhirnya sedar bahawa selama ini dia terlalu ego dan dapat menerima Tengku Aqilah kembali. Sementara itu, Tengku Ryan walaupun bersetuju dengan perkahwinan dia dan Aqilah, tetapi dia tidak dapat menerima Aqila dalam hidupnya, dia meminggirkan diri dan hanya menunggu saat 6 bulan dalam perjanjian tamat, dan dia akan melepaskan Aqilah.




Tetapi sebaliknya yang berlaku, dia mula terpikat dengan watak dan peribadi sebenar Aqilah, walaupun agak gila-gila di pejabat, tetapi sebenarnya berbeza di rumah. Aqilah pula sudah mula mencintai suaminya, tetapi dia menganggap hanya lakonan suaminya sahaja, demi tempoh 6 bulan itu.




Saat 6 bulan hampir tiba, dan Tengku Ryan mula merasakan bahawa, dia tidak akan mensia-siakan Aqilah, lalu dia mengakui bahawa dia cintakan isterinya. Tetapi langit tidak selalu cerah, kebahagiaan mereka berdua sekejap sahaja, Tengku Natasha menuntut janji pada Tengku Ryan untuk menceraikan Aqilah, dan mengahwini dia. Konflik berlaku. Tangisan demi tangisan. Rupa-rupanya Tengku Aqilah mengandung 4 bulan, dan menghidap kanser payudara..... Saat genting berlaku di mana antara nyawa anak dan ibu saat melahirkan. Tengku Aqilah koma sepertimana ibunya...




Tapi endingnya mesti lah happy.



Profile Image for Sha.
5 reviews
June 7, 2013
aku ingat lagi, aku beli buku ni masa tingkatan satu? dua?
masa itu, aku sangat gilakan novel jiwang-cinta melayu. haha.
aku tengok ada cop "buku terlaris",terus beli, sebab aku pernah baca buku dia yang sebelum ni, Andai Itu Takdirnya. And it wasn't so bad. so, i was hopping that this book will surpass my expectation. sadly, it didn't.
aku sakit hati giler kot baca novel ni, sebab cerita ni meleret. tak sabar nak habiskan masa itu.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
February 19, 2018
Finally...after almost 7 years i open my mind to read SR novel. Actually her first novel 'Andai Itu Takdirnya' make me almost depress during my SPM year. I just feel the story too sad that i lost my confidence to face the world outside.

yes, so dramatic.

anyway, it starts with the adaptation of the novel on tv. i am curious about
1. how the character turn nelydia into a weirdo (but admit it she still pretty)
2. is the main actor issue in real life relating to this drama (such a gossip girl)

then i decide to borrow from my dear miss boss. i would say...

1. SR is a dramatic person. i admit that her wavelength isn't equivalent to mine. she is very detailed in her word arrangement (especially in dialogue) that is too perfect to be adapt in real life. i mean no one would say almost 50 long words in one sentence (haha that's so hiperbola). but yes, i got her poin and maybe that's her trademark so i won't mind.

2. Looking at SR background, i think she is not just making up stories or issue in each of her novel. she is a former lawyer and of course she had encounter many life issue that she can take as part of her novel. For example, AIT speaks of domestic violence (sorry but i can't help to interpret it that way) . LKC highlight the issue of accepting qada and qadr. some people might go far just to challenge God's fate without trying to learn from it. it is an interesting issue because it is applicable in the world today when many parents neglect their own children because of economy pressure or other problem.

3. I kinda.. want to break Tengku Ryan bone into pieces like the scene in Kingsman Secret Service. I know you are a snobby rich guy but do you have to neglect your wife just because you find her too clingy? Like pftt who do you think you are? You the one who cling into her first. You give her hope and then back off like a man without ...tutt...

i mean brain. *excuse my english

but to tell you the truth that's is exactly how man react. quote john green in his famous book 'man from mars and woman from venus', a man is like a rubber band. they cannot cling to one subject in a long time, they tend to 'strecth out'(have their own space) in order to full devote themselves towards his lover.

so yes, that kind of plot in this novel is acceptable. but after i beat you in my imagination, tengku ryan. like a very very hard beat (but in real life i cannot accept).

so yes...this novel is so drama and it suit my dramatic side. although the style of writing is not my cup of tea but yeah... it is still acceptable to me. hey everybody had their own style, right. so chill and read more book.



229 reviews15 followers
September 27, 2023
3.5 stars.

Ini buku ke-3 SR yang saya baca. Dan ini merupakan antara karya terawal SR juga. Jadi mungkin kerana itu, saya kurang gemar dengan gaya penulisan SR. Don’t get me wrong, I like the story, just the writing style is a bit off for me. Di setiap ketika ada monolog dari penulis, commentary macam tu. Mula-mula, saya okay. Tapi bila dah terlalu kerap, saya agak annoyed sedikit. Then, ada dialog yang agak panjang bila setiap karakter tu bercakap. Normal kah begitu di dalam real life? Unless, we are in the discussion set up, that will be different. Right? I don’t know, I am not that comfortable to voice up my thoughts and prayer that long. Not in the presence of others, at least.

Aqilah, untuk the first part, saya suka watak dia. Perempuan yang kuat dan tabah. Headstrong female character. Tapi bila dah tengah-tengah tu, kenapa dia berubah? Too much drama. She totally changed. That’s when I started to skim read je. Just nak tahu penamatnya bagaimana and no longer care what happens next.

Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
May 29, 2016
4 bintang

Olahan - kemas, tak kaku dan 'hidup' [+2*]
Jln cerita - ok gak laa  [+1*]
Idea utk jln cerita - so-so  [+0.5*]
Utk sedikit air mata yg bergenang  [+0.5*]

Tak dpt 5* sbb...

Watak Ryan dan Qila yg annoyed dan ego tak bertempat [-1*]

= 4/5*

p/s : takde dlm perancangan pun sebenarnya nk beli novel ni, tp tergoda dgn cover bukunya yg cantik — love merah menyala kena panah petir kat tengah2 — cover versi baru...

Oh ye...

Ia punya caption bwh tajuk :

'Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu'

Sebenarnya... watak Qila dan Ryan tu yg buat diri aku menyala bagai lilin lalu terbakar hangit krn sikap annoyed mereka.
Profile Image for Zuraimah Ismail.
31 reviews6 followers
July 25, 2011
Memula baca lagi dah nangis. Kesian baca kisah Qila disisih ayah kandung sendiri. Kagum kesungguhan dia nak amik hati ayah kandung sendiri walaupun x berjaya hinggalah si ayah dilanda musibah...

...blom abis baca lagi... tapi masa baca, ada part nangis sendiri, ada part ketawa tak hengat dunia, ada part senyum sorang2...ngeh ngeh ngeh...minah jiwang karat tul ai ni..:)
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews2 followers
November 7, 2018
Novel 'Lafazkan Kalimah Cintamu' ini penuh dengan emosi kerana ia menyentuh isu keluarga dan hubungan suami isteri. Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Tengku Aqilah yang selalu menjadi punca kebencian papanya Tengku Hisham. Ini kerana isterinya kesayangannya, Reena dijemput Allah S.W.T kerana menghidap kanser payudara selepas Tengku Aqilah dilahirkan. Gadis yang malang ini dijadikan tiket untuk papanya dan juga kakaknya Tengku Natasha untuk membencinya.

Pada permulaan bab aje da tersentuh dengan kasih sayang seorang ibu terhadap anak gadisnya. Dan bagaimana seorang gadis yang hanya berusia belasan tahun merintih kesepian kerana hilang tempat bergantung apabila ibunya meninggal dunia. Dalam suasana yang gelap, ada yang bersinar mengulurkan bantuan. Ayah saudaranya hadir meringankan beban. Dengan dialah, Tengku Aqilah bermanja. Tengku Hashin sudah jatuh sayang dengan Tengku Aqilah walaupun gadis itu bukan anaknya. Dia mengambil keputusan untuk menjodohkan anak lelakinya, Tengku Ryan Ameer dengan Tengku Aqilah.

Di sini, jalan ceritanya sudah mula menarik kerana Tengku Ryan Ameer merupakan teman lelaki Tengku Natasha. Siapa sangka perkahwinan yang penuh dengan kebencian boleh bahagia dan membibitkan rasa cinta antara dua insan tersebut. Walau bagaimanapun, Tengku Aqilah tersilap langkah apabila dia dengan mudah mempercayai fitnah yang ditabur oleh Tengku Natasha. Hubungannya dengan Tengku Ryan Ameer seperti retak menanti belah.

Novel ini menumpukan tentang betapa egonya seorang insan bernama lelaki...pendirian lelaki yang selalu memakan diri sendiri. Ini terbukti apabila setelah Tengku Aqilah berusaha bermacam-macam untuk mendapatkan kemaafan dari sang suami tetapi hatinya tidak pernah tercuit dengan pujuk rayu isterinya. Seolah-olah rasa cinta terhadap isterinya sudah tandus. Tengku Ryan Ameer hanya memikirkan tentang perasaannya yang telah diguriskan oleh Tengku Aqilah walaupun perkara itu sudah berlalu.

Apabila Tengku Aqilah dikhabarkan dengan berita gembira dan buruk sekaligus membuatkan dada pembaca berdebar. Tengku Aqilah terpaksa membuat pilihan sama ada dia memilih hidupnya atau anak yang sedang dikandungkan. Kasih ibu melebihi segala-galanya apabila dia memilih untuk meneruskan kandungannya dan menolak untuk menjalani pembedahan membuat kanser payudaranya. Saat itu, kita boleh lihat bagaimana peritnya Tengku Aqilah menjalani ujian Allah Yang Maha Pengasih. Saat itu juga, Tengku Ryan Ameer hadir dengan wajah yang penuh dengan keinsafan dan penyesalan. Tengku Aqilah menghabiskan sisa hidupnya dengan mencari kebahagian bersama suami dan anak yang sedang dikandungkan.

Detik-detik cemas dan mendebarkan apabila Tengku Aqilah dimasukkan ke dalam hospital kerana ingin menjalani pembedahan membuang tumor dan juga melahirkan anaknya yang baru berusia 7 bulan. Saat ini, pembaca pasti akan mengalirkan air mata apabila Tengku Aqilah berbicara tentang kematiannya yang semakin hampir. Di sini, hubungan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang begitu menonjol melalui watak-watak yang menjadikan cerita hidup Tengku Aqilah bertambah menarik. Peluang hidup Tengku Aqilah yang tipis iaitu 50-50...
Profile Image for aqilah zarifah.
3 reviews
July 22, 2022
To be frank, i have read this book back in my school days and the angst still hurts. The pain that little aqilah feel when she is still a child, and the fact it was actually unfair to blame the baby for what happen to the mother. Out of all Siti rosmizah books, this one take the throne.

Let start with the enemy to lovers trope, Yes, they are enemies to lovers and until now the scene where aqilah afro hair flew to ryan when they are playing golf still stick in my mind because of how funny the scene is. Next, the moment where Ryan started to fall in love with aqilah just because he saw aqilah face. the fact he fall in love with aqilah because of her looks still leave a bitter taste because one actually need to fall in love with her character first and the looks is just a bonus.

lets talk about the redemption arc of aqilah's family. It really is satisfying when they had realized the mistakes they had done towards her and the character development make the book more interesting. How cliche, aqilah's get the same fate as her mother while her husband are being an ass, hence the redemption arc of ryan. Honestly you cant hate every character in the story because all of them actually change in the end. Farhana and borhan relationship are actually a comedy relief in this book and people cant just hate them because their relationship are just full of fluff and funny scene. Natasya and Syafiq relationship are actually my favourite despite being the side character. As Syafiq try to help Natasya, it just show how much he love her. Overall, the author manage to make the readers cry a bucket and how it tied the story and end it, It just beautiful.
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
May 15, 2017
Tengku Aqilah seorang anak yang dahagakan kasih seorang ayah.Seorang adik yang dambakan kasih seorang kakak..dan seorang isteri yang dibenci suaminya sendiri.

Bagaimana seorang anak dibenci oleh ayahnya kerana dituduh menyebabkan kematian ibunya sendiri.Dituduh merampas kekasih hati kakak kandung sendiri.

Membesar tanpa kasih sayang keluarga menjadikan hari Tengku aqilah dingin dan tak berperasaan. Yang mana akhirnya membuatkan hati ayahnya lembut menerima aqilah dalam hidupnya.

Namun bukan semudah itu, dikala dia mengapai bahagia si suami pula berubah...berusaha dia menawan hati suaminya namun tak berjaya..Dikala dia disahkan mengandung dan pada masa yang sama menghidap kanser payudara dia merasakan kisah hidupnya akan seperti arwah ibunya....

Kedinginan layanan dari sang suami dan permintaan si suami..akhirnya 2 berita besar itu disorakkan tanpa pengetahuan Ku Ryan...kehilangan si isteri membuka mata ku Ryan...

Namun semuanya sudah terlambat..isteri yang dibenci kini menghilang dan menderita...Kesudahan yang agak menarik dan saspen bagi MV ...

So korang kena baca ,,,walaupun ni bukan novel baru penulis siti ROsmizah tapi ianya boleh buat anada ketawa marah dan berendam air mata
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
January 30, 2018
terjebak dgn adaptasi... dan satu sebab lagi.... sbb fk..... ok...

cerita bermula dgn air mata... part aqilah kecik... dia disisihkan... part mama dia meninggal... hadoi... dah lama x membaca sempai kena cari tisu ni...

bila dewasa... sesi aqilah yg sempoi... apa sahaja yg keluar dr mulut dia ..x pernah x buat pembaca kejung pipi....

perjlnan cerita berlangsung dengan happy... walaupun bunga2 sengsara qila muncul bila terpaksa kawen ku ryan hanya kerana menagih sayang dr seorang bapa... tapi itu x menjadi kudispun.. lagi nak terus tahu perangai qila ni.. walaupun agak x semengah...

dan part air mata bermula kembali bila qila qila jaga papa dia masa org tua tu sakit... hemmmm... meleleh air ingus semua...
dan.. setelah itu.. bermulalah bunga2 cinta...

cuma ... hemmm.. kenapa eh ryan tu mcm tu... hailah.... ML ingatkan farhana dgn shafiq... tapi silap rupanya... yg ni klishe ...

novel ni.. mcm cepat sgt nak habis.. hais.. rasa x puas... bila baca tiap bait perkataan .. duk terbayang watak2 adaptasi tu kat tv... hadoiii.. nilah bahayanya kalo baca novel bila dah di adaptasi.

walaupun gitu... mesej terkandung agak padat... hukum dan percaturan tuhan yg mana kita sbgai manusia perlu akur, redha dan taat...
Profile Image for Amutha.
776 reviews6 followers
March 20, 2018
At last...At last... I managed to finish this novel...
And now, I'm thinking to myself? Why did I choose to read this novel instead of continuing with RAM's novels?
Well, this novel was turned into a drama. And among my friends, many are loyal fans to that drama. My FB news feed was full of praise for that drama. Here, I am easily influenced by novels that are turned into movies or dramas. So, I hunted for this novel (and thank GOD, I did not buy it). One of my friends had the novel and I borrowed it...
And now, I'm regretting that impulse.Why? Because for me this is typical Malay novel. It started off being so sad and all. I thought maybe, just maybe this novel would be different. But, I was proven wrong. The heroine was really irritating (why do I choose novel with heroines that are irritating). And typical heroine in a Malay romance novel. The setting is in a rich, titled family (why can't it be normal families). All the typical dramas happened and it came to another point of being sad and then back to normal. Typical... (notice how many times I used the word typical)
Well, back to RAM's novel. then
Profile Image for Izzy Fadell.
5 reviews
April 10, 2023
When it comes to tear-jerking books, this author is undisputed. I have read many of her pieces and I find that "Lafazkan Kalimah Cintamu" is her best work.

For readers who are easily touched and prone for emotional leak when reading a heartbreaking book, I suggest you have heaps of tissue boxes ready by your side when you read this book. It's gut-wrenching, I'm telling you.

I have my confusion over some parts but I am more than willing to let it pass because the main plot of the story is linear so I wouldn't be very much affected by some side events. I admire and appreciate the author's effort as much as I adore her talents to bring out such beautiful and well expressed narration, and put them all together into this book.
18 reviews
November 25, 2020
Best novel ini, kalau lucu betul betul lucu dan kalau sedih betul betul buat aku sedih sampai menangis...
Semua karakter bagus dalam novel ni, kecuali si ryan. Tak tau lah dari awal karakter ryan tu kluar, sampai ke sifat bongkak terakhir die pun aku tak suke. Meluat betul dgn lelaki macam ni.
10 reviews
December 29, 2025
Masih tidak mampu membuat hati saya teruja. Jalan cerita ok, gaya penulisan je bukan pilihan saya. Oh saya frust nak mencari gaya penulis legend dulu-dulu. Ada yang berani cadangkan penulis yang bagus untuk saya?
2 reviews
January 31, 2018
BESTTTTTTT
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadiah Zaidi.
76 reviews93 followers
August 10, 2018
Saya ada 3 bijik buku ni . Sapa nak beli Preloved blh PM . Harga rm20 skali pos
1 review
August 31, 2018
Cerita ni best, bila baca menyentuh hati, romantic, hati pun berbunga bunga
Displaying 1 - 30 of 85 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.