Jump to ratings and reviews
Rate this book

Setulus Janji

Rate this book
Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

448 pages, Paperback

First published January 1, 2005

33 people are currently reading
379 people want to read

About the author

Aina Emir

22 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
133 (42%)
4 stars
102 (32%)
3 stars
55 (17%)
2 stars
17 (5%)
1 star
6 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
791 reviews106 followers
October 20, 2015
2.75 bintang

Penulis lama, bahasa dan susunannya tak perlu dipertikai. Indah dengan kesederhanaan dan kesopanannya.

Tapi....sayangnya, tema sebegini tidak saya gemari. Sangat-sangat tidak gemar.Big misunderstanding. Misscommunication. Jump to conclusion Masalah dipendam sendiri dan tidak mahu dikongsi. Suami isteri bukan setakat teman tidur saja ya...hmmm...

Bila kali kedua Syira merajuk-kerana-salah sangka-akibat-membuat-kesimpulan-sendiri-tanpa-bertanya-Ilham-akan-kebenarannya, saya surrender. Terus lompat ke belakang. Dan habiskan dari situ. Maaf. Bagi saya tak ke mana juga, alih2 pusing ke tempat sama jer, baca pun membazir masa :-(

PS - memang cari buku ni sebab drama tu..hehe :-D
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,034 reviews377 followers
February 18, 2013
Overall, it was satisfying and romantic! Susah nak stop baca sebab drama dan masalah yang menimpa Ilham and Syira tak putus-putus and at the same time, they were being adorable with each other ;)

 photo laugh2_zpsd7c4371b.gif

Kisah yang bermula dengan percintaan segi tiga ini sebenarnya boleh dipendekkan saja because masalah dorang drpd awal sampai hujung ni disebabkan benda yang sama. Ilhan dan Syira cepat sangat syak wasangka, salah faham, dan overly judgmental,

 photo bored-1_zps1ae45d43.gif

Disebabkan al-kisahnya agak repetitive and redundant, the ending menjadi predictable. You can tell why certain events in the story took place even before the big reveal at the end. But I'd still recommend this book, nevertheless ;)

 photo hello_zps79e7208a.gif

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
September 10, 2014
3.5*

Tak salah rasanya aku letakkan buku ni di barisan buku evergreen yang-payah-nak-letak. Ditulis pula oleh penulis otai, memungkinkan ini antara novel yang senang diambil di rak untuk diulang baca.

Orite. Ini kisah dua beradik yang menyukai gadis yang sama. Antara Ilham dan Aiman, yang mana sebenarnya raja dalam hati Insyirah?

Ilham sudah lama memendam rasa. Perit rupanya jatuh hati pada adik angkat sendiri. Lebih perit bila sang adik pula yang dapat bergandingan dengan si dia pujaan hati. Ilham hanya mampu memandang dari jauh, rasa di hati dicampak jauh-jauh. Juwita diangkat jadi tunangan sendiri.

Tapi takdir menduga. Aiman tersalah langkah. Lantas pertunangan Ilham-Juwita terlerai. Insyirah dalam diam menjeruk rasa. Ilham pantas hadir bagai hero. Baginya, bila pertunangannya terputus, lebih mudah untuknya mendekati Insyirah.

Restu keluarga menjadikan segala-galanya lebih mudah. Siapa tahu Insyirah kini bergelar isteri. Tapi, adat rumah tangga bila badai melanda. Mampukah kedua-duanya bertahan? Sedangkan masing-masing masih menyimpan rasa sangsi pada kenangan silam.

Sedikit menganggu aku bila konfliknya hanya berputar di antara Ilham-Insyirah-Aiman. Agak repetitive, baik Ilham atau pun Insyirah yang tak habis-habis salah faham dan cepat sangat syak wasangka. Tu yang tolak setengah bintang hahaha.
Profile Image for Plainqoma.
701 reviews17 followers
July 23, 2011
cerita tentang perjalanan kehidupan Insyirah dari kecil, hingga dewasa dan akhirnya berkeluarga. i reread this book again n again. memang x bosan. semuanya sgt best. pengalaman hidup di luar negara, kehidupan selepas bergelar janda. happy ending never gets old. this is recommended!!!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
July 27, 2019
Memang sedap baca buku ni kalau boleh nak baca terus bagi cepat habis... sebabnya; bahasa dia sempoi dan tak berbelit tapi yang lebih penting, nak cepat sampai part yang Shirah & Ilham berbaik balik, rujuk balik, settle misunderstanding melibatkan Aiman dan Juwita, and live happily ever after. Begitulah. Kasihan juga bagi saya watak Aiman dan Juwita semacam tidak dapat banyak pendedahan dan sokongan walaupun mereka berdualah asas dan fokus pertelingkahan antara Shirah dan Ilham. Aiman dan Juwita tenggelam begitu saja akhirnya. Rizuan ada bernasib baik sikit sebab dapat jumpa pelandung dua serupa Maisarah / Shirah. Secara keseluruhannya Setulus Janji bagi saya sedap dibaca.
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
March 15, 2013
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Setulus Janji by Aina Emir
RM 18.00
464 muka surat

Buku ni suggested by Yam, one of the earliest book i ever read. cerita ni tak boring, kita boleh baca berterus terusan, tak leh berenti kena habiskan kalau tak nanti nak buat keja lain tak jadi pulak.


serba sedikit ttg citer ni kisah adik beradik Ilham dan Aiman yg sama2 menaruh hati pada Insyirah, adik angkat mereka. Insyirah mulanya rapat dgn Aiman tapi seolah olah ada menyimpan perasaan kepada Ilham yg semakin renggang dgnnya setelah meningkat dewasa. Insyirah serba salah bila Ilham berusaha mendekati dirinya sdg kan antara dia dan Aiman sudah ketahui keluarga hubungan mereka. ada perkahwinan, ada kematian,ada perpisahan, ada cahaya yg muncul..


sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:


Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.


Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!


Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.


Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

1 review
January 13, 2012
suke sanga baca novel ni...terima kasih aina emir sebab buat saya tersenyum baca novel ini....
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
June 22, 2021
Cerita yang sangat best! Saya suka novel Aina Emir yang ini dari karya beliau yang lain.
Kisah kali ini cinta segi tiga tapi kelainannya adik-beradik yang jatuh cinta pada adik angkat mereka.
Abang yang sulung, Ilham dan adiknya Aiman sayang Insyirah kerana mereka membesar bersama.
Ilham mengalah pada Aiman dan bertunang dengan Juwita. Insyirah sedih kerana dia cintakan Ilham dalam diam namun begitu dia beralih arah pada Aiman.
Pulangnya Syira dari Manchester, kisah percintaan mereka berubah. Ilham mula mendekati Syira semula. Syira yang memang cintakan Ilham dari dulu lagi, terima lamaran Ilham selepas nampak Aiman mesra dengan Juwita.
Perkahwinan yang membahagiakan hanya sekejap saja buat Ilham dan Syira. Andaian, prasangka dan cemburu buta serta kurang kepercayaan terhadap diri masing-masing menyebabkan perceraian Ilham dan Syira.
Watak antagonis Juwita kurang terserlah. Watak sampingan terutama keluarga Ilham dan Syira yang banyak membantu untuk hidupkan jalan cerita.
Saya musykil kenapa Nurjana, kawan baik Syira tiba-tiba membenci Syira? Isu ini tergantung walaupun mungkin tak penting untuk dilanjutkan.
Keseluruhan isi cerita dan jalan cerita sangat menarik walaupun sesetengah bab yang berulang-ulang dan agak meleret.
Profile Image for Faslina  Saidi.
22 reviews
October 15, 2011
Penulis novel Aina Emir, mengisahkan percintaan yang romantik antara dua hati dan banyak menceritakan keadaan diluar negara
Profile Image for Zaryn Iddin.
8 reviews
May 1, 2013
ini adalah novel terbaik dari novelis aina emir..watak ilham sangat2 buat saya teruja untuk mengulang membaca..
Profile Image for Pawa Pazley.
7 reviews
June 14, 2021
Novel pertama yang saya baca, sampaikan saya jadi seorang pengemar pembaca nove
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.