TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat.
Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.
Seiring waktu berlalu… cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa… lelaki itu seperti memusuhinya.
Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!
Popular Novelist Hanizura Jamaludin known as Aisya Sofea.
AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.
Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.
Nadhiya [Dhiya] & Eddie – dua orang sepupu yang agak rapat. Apatah lagi bila Eddie membawa diri ke London setelah cintanya ditolak oleh Nazirah [kakchik]; kakak Dhiya. Saling berhubungan di alam maya membuatkan Dhiya semakin menyenangi Eddie. Lagipun Eddie umpama abang yang tak pernah dia ada, yang selalu menyokong perbuatannya.
Dhiya ni anak yang mandiri. Dia ada ijazah tetapi tak menggemari kerja-kerja pejabat. Sudahnya berkerja di restoran sebelum dia berpeluang membeli van terpakai untuk dijadikan van sekolah. Ibu mana lah yang tak senang hati bila melihat anak gadisnya sebegitu. Tetapi Dhiya memang selamba gila hingga dia membawa pulang si kecil Fauzan ke rumah. Mak Dhiya ni walaupun suka membebel tetapi dia sangat sayangkan anak kecil. Terpandang Fauzan, cepat saja hatinya sejuk.
Fauzan tu pula anak Ahmad; mekanik di bengkel yang selalu Dhiya hantarkan vannya kalau rosak. Kehadiran Fauzan dalam hidup Kakchik mengembalikan semula semangat Kakchik yang lumpuh. Kakchik ni dalam proses menuntut cerai. Hmm, aku tak pasti kenapa adegan Kakchik bagai ada-tiada-ada saja. Mulanya kisah dia tolak Eddie, kemudian nak kahwin dengan duda lepas tu cerai dan jatuh cinta dengan Ahmad. Tetapi itu semua bagaikan dibayangi oleh watak Dhiya. Mungkin kerana fokus utamanya adalah Dhiya, jadi begitulah *wink*
Ok kembali pada Dhiya ;P Dhiya akhirnya menerima tawaran berkerja dengan Pak Longnya. Itu pun dengan syarat yang dia hanya berkerja sementara. Dan di situ rupanya dia perlu berkerjasama dengan Eddie. Tetapi kenapa Eddie di pejabat dengan abang Eddie YMnya tak sama? Memang mencengkam perasaan bila baca scene Eddie mengamuk dan panas baran tak tentu hala. Dan ada masanya aku rasa Eddie ada split personality. Dhiya pun satu, dengar je kalau si Eddie tu marah-marah. Cubalah melawan sikit kih5
Tetapi rupanya dalam diam, Eddie dah ada rasa lain pada Dhiya. Dan kehadiran Nuryn; kenalan Eddie di London yang turut berkerja di syarikat sama umpama pintu buat Eddie dan Dhiya mengenali rasa lain yang timbul itu. Watak Nuryn walaupun agak mental, tetapi lebih memorable daripada watak-watak lain. Kenapa aku cakap dia mental? Baca sendiri lah ;P
Banyak perkara yang buat aku ‘kurang rasa’ tetapi yang yang paling buat aku rasa tak enak adalah ini:-
“Baju tak ikut piawaian. Balik rumah nanti abang qada” [page 277]
Walaupun ianya perbualan antara Eddie dan Nadhiya aku tak rasa ia wajar dituliskan. Takut ada yang tersalah faham akan hal qada solat ini kerana aku sendiri baca 2-3 kali bila tiba di ayat ini. Risau aku pula yang tersalah faham akan maksud sebenar penulis. Dan kalau aku yang salah, maafkan aku.
Satu lagi pasal YM dan sms yang digunakan. Susun aturnya agak berterabur dan sukar untuk aku bezakan yang mana dialog, YM atau sms. Ditambah pula dengan kesalahan ejaan. Aduhai!
Ps: Aku pinjam novel ini daripada seorang teman maya; Fatim namanya ;))
Setuju dengan ulasan Gobokairina tentang: Susun atur antara perbualan maya di YM dan SMS agak berterabur dan sukar untuk membezakan yang mana dialog, YM atau SMS.
Mungkin penulis boleh asingkan perenggan nya bagi nampak 'cantek' & 'cerah'.. *peace*
Sye suke watak heroin dlm ni.. Dhiya,penyayang,sgt matang dn bijak,tegas dlm mmbuat keputusan wlpun pd awal cerita nampak agak keanak-anakan..brangkali sbb tu dia paling disayangi keluarganya,paklong,maklong termasuk Eddie... Sye dh bca byk kali buku ni bestt..aisya sofea klu tulis buku, romantiknya bukan tertuju pd perbuatan tpi pada puitis kata- kata yang mengalunkan perasaan,wlpun kdg2 agak cringe gak tpi sye suka..