Jump to ratings and reviews
Rate this book

Coke & Sundae #1

Coke and Sundae

Rate this book
Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...


Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.


Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!


Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.


Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.

368 pages, Paperback

First published August 1, 2010

21 people are currently reading
224 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books46 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
77 (32%)
4 stars
78 (33%)
3 stars
59 (25%)
2 stars
18 (7%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,008 reviews192 followers
October 19, 2012
I laughed hysterically from beginning to end. One of the best book I have ever read in Malay novel category.
Photobucket

Do I need to say more? Please check and buy from Popular or KakiNovel.

Highly recommended! a Keeper
Photobucket
Profile Image for Fatin Azreen.
21 reviews1 follower
June 8, 2017
Kelakar dan comel.

Cuma watak Syakir, kalau tak silap dia lepasan STPM so masuk degree at the age of 20. Tapi 23 tahun dah final year? Course Medic ambil at least 5 years to finish. Supposedly dia baru 3rd year and 3rd year means clinical year, practical kat hospital. And lecturers dia sepatutnya doctors, dipanggil Dr ataupun Prof. bukan Cik Puan.
Profile Image for Mohd Ashmunir.
166 reviews3 followers
August 2, 2023
Lucu… Gila2…. X kering gusi membaca naskah drpd penulis nie… and suddenly rindu plak life U… mcm2 rencah dan ragam… berbalik kpd novel nie pula… kisah Syakir dan Azyan nie mmg lucu… asal bertemu gaduh… Tp dlm gaduh2 plak tup2 berchenta… tuelah org ckp… jgn terlalu membenci sbb nnti bleh terjatuh hati… overall lite2 je kisah nie… love the family bonding and friendship dlm novel nie… hehe… 👍🏻
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
April 11, 2013
Coke And Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
368 mukasurat
isbn: 9789675067518


'Syakir:
"Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh kucari,
mana nak sama dgn Miss Coke ku seorg."


Azyan: "Pak Sameon menoreh getah,
pigidah!!!"


Rasanya baru beberapa minggu yg lalu lynn suruh aku google 'Coke and Sundae' tup tup tengok dah kuar buku. So aku komen kat review ni saja lah ye lynn ;)


Tengok tajuk jer kita dah terasa-rasa keselambaan cerita ini. Dulu aku pernah tengok cerita Thailand yg ada tajuk ala-ala macam ni iaitu "Soda & Ice Tea" :) Heroin yg ditampilkan dalam cerita Coke and Sundae ni memang lain dari yg lain. Dia sangat kuat. hehe. Selalunya bila heroin dirujuk sbg kuat adalah ketika dia tabah menerima dugaan dlm hidupnya. Tapi si Azyan ni kuat as in mencepuk, membelasah dan menghadiahkan lebam2 fizikal kpd org yg cari pasal dgn dia. Rasanya physically dia tak lah kuat, cuma dia mahir teknik2 tertentu utk menjatuhkan lawan so itu menjadikan dia kelihatan kuat.


Alam remaja yg semakin ditinggalkan menjadikan Azyan mahu berubah mjadi lebih feminin hinggakan tiga jejaka (bapa dan 2 abgnya) istimewa dlm hidupnya terlopong. Walaupun perubahan dia macam jadi tak jadi, tetapi dia tetap mencuba.


Syakir ni sejak zaman skolah lagi dah syok kat Azyan. Tapi tak penah rasa takut akan kehilangan Azyan wpun dia tak penah confess cinta dia kat Azyan tapi dia yakin suatu hari nanti Azyan akan jadi isteri dia. Tapi perubahan Azyan yg jadi lebih feminin tu membuat Syakir sgt bimbang kerana rupa cute yg sebelum ni hanya dia sorang nampak sudah terserlah di mata semua org tambah2 jejaka2 saingannya spt Haziq, Zekri, Rizlan, malah Syamir, adik Syakir yg baru masuk 13thn tu pun jatuh hati dgn Azyan.


Jejaka idaman hati Azyan adalah lelaki yg lebih kuat darinya. Azyan jatuh hati dgn luaran Haziq tapi syg Haziq tu lari lintang pukang bila diganggu sekumpulan samseng, last2 Azyan yg kena mblasah diorg semua utk selamatkan Haziq. Reject! Zekri? Romeo tahap tak hengat. Reject! Rizlan? Mamat hensem yg kaya dgn badan macho berketul2. Perfect!


Syakir? Tak masuk list langsung. Azyan bencikan Syakir sbb Syakir selalu memaksa dan setiap kali Syakir berjaya membuat dia melakukan benda2 yg dia sendiri tak terfikir nak buat seperti jadi heroin utk teater dan pegi berkhemah. Syakir tu terer bab mengugut. Tambah2 dia ngam ngan bakal2 abg ipar dan pandai approach bakal pak mentua dia, Mejar Idris yg bermisai melintang tu.


Rasanya kalau Syakir tu tak garang sangat dan gentleman sikit, mesti azyan suka. Wpun dulu masa skolah Syakir ni cicak kobeng, tapi la ni dah macho. Macam mana akhirnya cik gorilla jatuh cinta ngan encik doktor cicak kobeng? Mula2 jatuh lubang dulu lepas tu baru jatuh cinta. heran aku gak mula2 cemana tengah2 utan tetiba ada lubang. memang ganas idea budak2 teater tu. Nak buat cemana, dah hero heroin pun ganas semacam.


Biasanya hero mcm Syakir tu aku tak suka sgt sbb suka buli dan menyakitkan hati heroin, tapi memandangkan heroin nya adalah Azyan yg sama jer tahap buli dgn Syakir so aku rasa diorang sangat perfect 2gether! :) gila-gila la penulis citer ni, nasib baik dia tak pilih tajuk Gorilla vs. Cicak Kobeng! haha... Coke and Sundae adalah tajuk yg sangat catchy ;)


Paling lawak part masa Azyan mengigau dlm hutan tu. Tetiba jer dia bangun dan jerit nak bunuh syakir n then dia tido balik. Bebudak camping tu nak gelakpun tak berani sbb takut kena cepuk dgn Syakir. hehe.


sure fine whatever
alongside


sinopsis/blurb belakang buku:


Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...


Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.


Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!


Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.


Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.

sinopsis di web kaki novel
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
Profile Image for Audrey Widjaja.
176 reviews9 followers
October 10, 2017
Awal-awal sampai tahap tiga perapat buku boleh buat senyum2, kadang gelak pun adalah.... kecewa tika syakir meluahkan perasaan camtu aje. ingat tadinya adalah klimax besar gajah kat kes hilang diari dalam hutan tu, angan2 diari ditemukan azyan pun adalah sekali... tapi tak langsung. Malah habis itu, setakat bilang 'aku sukakan kau' aje, lalu bab berikut asik jadi couple langsung, Azyan pun tak adalah jawab ya ke tidak... 3 halaman aje... bagian itu kurang smooth sikit, turbo lah katakan berbanding masa mereka bertekak tekak tu...hehehe tapi overall bagus...sekarang aku nak mula cari coke and sundae II. Harap2 nanti Yan boleh letak percaya sikit kat abang dokter cicak kobeng tu tau! jangan pandai2 cemburu dan naik baran aje! sikit2 minta break, nanti dah kahwin pun siap minta balik rumah mejar Idris pulak!
Profile Image for nilam.
363 reviews70 followers
October 6, 2013
Haha..lawak cerita ni..satu kisah santai..sesiapa yg nk lari dari konflik yang berat boleh baca novel ni..

Part paling buat sy gelak masa Azyan yg kalah pertaruhan dan kna ajk Syakir dating. Then Syakir yang memang suka kat Azyan apa lagi terima la.. lepas tu masa dating boleh pulak dia bwk sekali anak sepupu dia ikut..lepas tu suruh panggil Azyan mama..lepas tu asyik nak sakat2 Azyan..haha..sampai kena penumbuk sebiji..

Part yang Azyan gaduh besar dgn Syakir lepas couple tu kelakar jugak. Masa dia kat dapur ayah dia x berani nak tegur Azyan yang tengah berangin dan ayah dia bg amaran jgn tegur ank dara dia tu. Lepas tu Azuan dgn beraninya cuba tegur..apa lgi..Azyan lumur sambal belacan kat mata abg dia..bertapa ganasnya gorilla ni..hahaha
Profile Image for Nurul Ezzati Fitri.
22 reviews
July 29, 2023
Saya pernah baca buku ni zaman sekolah menengah dulu.. and I don't know if anyone noticed this but it has been bugging me since secondary school.

(maaf, saya akan sambung dalam Bahasa Inggeris sebab saya kurang gemar tulis BM secara formal)

There were some - I meant A LOT of scenes from this book that blatantly copies two Japanese Shojo Manga.

To name a few that I could remember on top of my head (the manga are from the same author Motomi Kyousuke):

Love Arrow - the female mc enters the same club as the male mc (where he is the president) | he harbors a HUGE crush for the girl since young (but hides it by 'bullying her') | has her photo in his diary | the club went to a retreat | he forces her to fish by using her hands at the river | the monkey stole their food | she somehow got lost in the forest and he founds her - she cries and clung to him | they fell in a huge hole | she got conscious of him after the retreat |

Otokomae! Beads Club - she went out on a date with some dude | all of the club members followed them | they sabotaged (i think) the date | the male mc didn't do much but was forced to follow them spying on the date | the dude tried to inappropriately touch the female mc - but got wrecked by her.

These are the ones that I can remember. I don't know if there are more. You can try to read the novel and manga side by side, and you will get what I meant by the plagiarism.

The only reason that I know of the plagiarism is because I used to be the girl who read a lot of Japanese manga during secondary school - and so I picked up the similarities pretty quickly.

I still enjoyed reading the novel, of course, it was funny and cute - but some of the scenes that I found funny and cute were from the Japanese manga - and not an original from the author itself. It just doesn't feel right with me.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,518 reviews1 follower
September 4, 2017
Novel cinta yang comel, kelakar dan sangat gagah.. Bila Coke dan Sundae bersatu, memang sweet habis.. Gorilla yang gagah pun boleh jadi lemah lembut depan cicak kobeng.. Terbaiklah.. Tak sabar nak baca sambungannya.. #cokeandsundae #illyaabdullah #kakinovel #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bacaanseptember2017 #bookworm #bookreview #booklover #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
5 reviews
February 18, 2023
Reallyy really a funny story! Citer ni buatkan I berdekah dekah even situasi tu situasi serius..serious talk,kalau I Ada member macam dorang NI memang Hari Hari terhibur la nampaknya😭😭😭 recommended giler🙌
Profile Image for Nadiah Zaidi.
76 reviews93 followers
August 10, 2018
Saya ada come & sundae 1 2 . Sapa nak boleh Pm . Harga rm30 skali pos
Profile Image for Ubi.
314 reviews
April 21, 2024
Cerita macam sesuai untuk kanak2 ribena. Comel2 gitu
Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
Read
March 9, 2011
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 10, 2012
CAS membawa cerita Nur Azyan Idris [Azyan]; sang Gorilla cantik yang selalu bertekak dengan si Cicak Kobeng Muhammad Syakir Ilyas [Syakir]. Mereka berdua memang tak boleh berjumpa, memang senantiasa berperang mulut.

Azyan gadis yang manis tetapi teramatlah garang. Dia mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya – The Rock. Mungkin kerana ‘keperkasaannya’, dia mahu lelaki yang lebih gagah perkasa daripadanya. Dalam diam-diam Azyan menyukai Haziq, sepupu Syakir. Rasa tak percaya pula yang Azyan ini berani mengirimkan surat cinta kepada Haziq. Malangnya Syakir pula yang membacanya. Dan itu membuatkan Syakir mengambil kesempatan dengan memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Si Syakir ni pula rupanya memang dah lama sukakan Azyan. Namun dek kerana egonya, dia tak mampu meluahkan. Cara yang paling mudah untuk menarik perhatian Azyan adalah dengan mencari gaduh dengan gadis pujaannya itu. Azyan pula ada masanya memang lurus bendul. Bayangkan semua orang tahu Syakir ni sukakannya tetapi dia pula tak perasan langsung. Jadi sedap ke rasanya kalau coke bercampur dengan sundae? Bacalah CAS untuk mengetahui kesudahannya.

Ceritanya yang mudah dan disampaikan dengan straight forward. Kisah cinta anak remaja. Memang sesuai untuk mereka yang menggemari cerita yang sempoi begini.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
November 30, 2012
Azyan dan Syakir tidak boleh bertemu. Ada sahaja yang nak digaduhkan. Tapi dalam diam Syakir memendam rasa. Cuma Azyan yang lambat tangkap. Mula-mula Azyan ingat Haziq adalah lelaki idamannya, tapi dia lemah-lembut. Kemudian, Azyan ingat Rizlan adalah pilihan yang tepat. Tapi akhirnya, dia sedar bahawa Syakir telah ada didalam hatinya. Setelah lama bercinta, Emelda datang lagi untuk mengganggu hubungan mereka. Mujur ada teman-teman, Syamil dan ibu Syakir. Akhirnya mereka disatukan.
Cerita yang simple tapi menghiburkan dengan telatah Azyan dan Syakir yang sangat ego.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
February 17, 2011
Doktor Muhammad Syakir bin Ilyas
Nur Azyan binti Idris

Sama-sama kasar... sama-sama padan
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
March 21, 2011
Nur Azyan 'Gorilla' Idris & Dr Muhammad Syakir 'Cicak Kobeng' Ilyas

Ya Allah! Ganas betoi diorang ni!! Usik mengusik bawa bahagia.. ;)
Displaying 1 - 23 of 23 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.