BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM22 (excl. postage). Pada sesiapa yang berminat, boleh PM.
I'm sure there are many peminat setia mati Hani Fazuha di sini. I'm sorry, but novel ini sangat....
N tahu novel ni bukanlah novel baru tapi hasil penulisan Hani Fazuha yang dulu. But I did not expect it to be so old fashioned. So old fashioned that I thought novel ini diterbitkan pada zaman 90'an. Terkejut N bila check rupanya tahun 2008!
Baik Tasya mahu pun Zahim, dua-dua N tak suka. Sorang tu mulut cakap benci tapi bila didekati terus menyerah. Yang sorang pulak muka tak tahu malu. Dari segi jalan cerita, for me, ia agak meleret dan formulaic. Ada scene sakit-sakit demam, scene pujuk makan dan semestinya, scene lari dari rumah!
So, if you are a big fan of Hani Hazuha and ask me sama ada perlu atau tidak baca novel ini, my honest answer will be no. Just enjoy her current work. Plus, harga novel ini boleh tahan mahalnya, but I don't mind that so much memandangkan buku ni agak tebal. But yeah, save your money for something better. Tapi jika anda curious nak tahu macam mana novel Hani Fazuha yang 'dulu-dulu', go ahead and appreciate how far she has come. But consider yourself warned!
Saya baca versi terbitan IKP 2020. Tak tahu nak kata lebih baik atau tidak sebab tak pernah baca terbitan Alaf 21. Kalau namanya revamp mesti lebih baik kan?
Mengisahkan Tasya yang ditinggalkan Zahim pada hari pertama pernikahan dia. Mereka terpisah selama 4 tahun dan terjumpa semula di tempat kerja Tasya. Ada pula Haris yang terjatuh hati dengan Tasya dan ehhhh seperti dijangka, Haris kawan Zahim. Mampukah Zahim merebut hati Tasya yang perlahan-lahan sudah beralih kepada Haris?
Watak kegemaran bagi saya, tak ada. Sebab semua wataknya buat saya tertutup novel banyak kali.
Zahim yang buat keputusan terburu-buru, perahsia.
Tasya yang degil, suka bersangka (yelah Zahim tu perahsia, mana bini dia tak bersangka), dan bagi saya dia suka memberi harapan. Mula-mula Haris, kemudian Badrul. Senang betul ya dia ikut lelaki lain pergi minum waktu dia lari dari suami sendiri.
Haris, entahlah. Dia baik, tapi dia degil jugak. Atau mungkin sebab dia cinta, dia jadi macam tu.
Oh lupa, mungkin boleh kata saya suka watak Zetty dalam ni. Dia kawan yang baik dan setia. Walaupun Tasya reject abang dia dan kahwin pulak dengan crush dia, tapi dia tak pernah pun terfikir nak jadi langau. Bagus, bagus.
Rasanya novel Merah Cinta Dia karya Hani Fazuha juga lebih kurang cerita macam ni, tapi saya boleh baca sampai habis. Hehehe, mungkin olahan Hani Fazuha ni sedap dibaca.
Kesimpulannya, cerita ni nak kata best sangat, tak. Tak best pun tak. Masih boleh dibaca dan berbaloi dimiliki.
Memang patut pun saya tak pernah 'terpandang' buku ni dulu. Terbitnya di kala musim kisah kahwin paksa. :)
Hubungan baik yang berlangsung di antara kedua ibu bapa Natasya dan Zahim Iskandar (Zahim) mengikat mereka sedari kecil. Alasannya, ibu bapa Zahim mahu membalas budi keluarga Natasya yang pernah membantu dan bergolok gadai semasa mereka mahu memulakan perniagaan.
Namun, bila sampai masa mereka mahu disatukan Zahim memberontak. Natasya ditinggalkan semasa majlis persandingan mereka. Pentingkan diri sungguhlah si Zahim ni. Paling menyayat hati bila Natasya kehilangan ayah kesayangannya semasa pertengkaran hebat antara Zahim dan kedua ibu bapa mertuanya. Kecewa dengan apa yang melanda dirinya, Natasya membawa dirinya merantau mencari pengalaman.
Selepas empat tahun, Natasya berjaya membina kerjaya dan bagaikan sudah tersurat yang Natasya bakal bertemu kembali dengan Zahim. Perjalanan waktu tak pernah merubah rasa sakit yang dialami Natasya. Sungguh pun Zahim dibenci dan didendami, Natasya tak mampu menolak 'rasa' yang tersimpan dalam hati buat suami. Marah macam mana sekalipun suaminya itulah yang dicintai. Atas rasa yang ada berserta tanggungjawab yang tergalas, mereka kembali bersama.
Tapi, selama mana kebahagiaan mampu bertahan bila suami mula mengabaikan dan mencurigai kejujuran isteri? Mampukah Natasha bertahan di samping Zahim bila kisah silam suaminya terbentang di depan mata?
Komen saya:
1. Saya capai buku ni selepas baca Yang Dia Pilih sebab nak tau kisah kakak angkat si Fatia ni.
2. Natasya yang digambarkan seiras Angelina Jolie ni luarannya nampak tenang. Sabar. Tak pernah terusik atau terganggu dengan kata-kata dan tohmahan orang lain. Tapi dengan Zahim tahap kesabarannya jadi tipis. Hmm, hanya Zahim aja yang mampu mempengaruhi emosi Natasya ni rupanya.
3. Oleh kerana penceritaan guna POV 1, jadi memang rasa geram sangat kat Zahim. Haish. Bias jadinya. :P
4. Seperti yang saya nyatakan di atas sana, kisah ni adalah salah satu daripada lambakan kisah kahwin paksa tapi mengikut acuan dan gaya bahasa penulis sendiri. Cuma gaya bahasa penulis memang nampak berbeza dengan gaya penulisannya sekarang.
Mengukir Bahagia merupakan novel pertama hasil nukilan Hani Fazuha yang I baca, and I know this was her first book. I'm actually intrigued to read her latest novels sebab dah beli beberapa novel baru dia, tapi I prefer to read her first book to see how she has grown. I bought her first 4 books, and apparently masa ne macam dah naik harga. From what I read, I hope her writing better be better than this.
Mengukir Bahagia has a very dramatic story. I liked the plot, tetapi pada I terlalu meleret. Rahsia yang disimpan oleh sang suami yang sepatutnya diceritakan semasa isteri dah sayang dibiarkan dalam hati berlama-lama. Si isteri pun bodoh tahap langit ke tujuh sebab too assuming. Maybe her past made her like that, tapi pada I she should have learnt from the past. Kekerasan hati Natasya sangat-sangat keras, bak konkrit like Haris said... and it made me sangat annoyed with her instead of rasa kasihan.
Bahasa yang digunakan oleh penulis terlalu lengkap for my liking. Maybe this is an old story, so the bahasa pun macam nampak classic to me. Dialog sangat old school... terasa macam mendengar dialog filem-filem Melayu lama zaman Awie-Ziana Zain-Erra Fazira. Then again, this was written in the year 2008, or maybe before that.
Nothing much to say really... but a good 3 star from me for this novel.
Sinopsis
BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”
Ini antara naskah-naskah lama yang di-sua-kan oleh officemate. Dipilih kerana its Hani Fazuha's. Karya pertama yang diterbitkan; 2008. Naskah yang perlu dibanggakan; sederhana tapi memikat.
Menggunakan 1st person POV; Natasya.
Natasya ditinggalkan oleh Zahim di hari persandingan. Bapa Tasya meninggal di hari bersejarah tersebut. Digantung tidak bertali, malahan Tasya juga tidak pernah memohon fasakh untuk meleraikan ikatan tersebut sepanjang 4 tahun berpisah dengan Zahim. Sewaktu cuba membuka hatinya untuk Haris, Zahim muncul meminta haknya. Persatuan jasad mereka secara tidak sengaja kesan ubat khayal yang ditelan Tasya secara paksa (oleh kuncu2 bapa tiri officematenya), merasmikan pertalian tersebut. Tasya terpaksa mengecewakan Haris dan mula menerima Zahim. Mereka hidup normal seperti pasangan suami isteri yang lain apabila Tasya disahkan mengandung. Dalam satu insiden, Tasya keguguran. Dan rumah tangga mereka mula digoncang watak ketiga; Amylia, janda Zahim.
Rupa2nya Zahim meninggalkan Tasya di hari persandingan mereka kerana lari ke luar negara bersama Amylia. Namun Amylia telah menipunya kerana ketika itu sedang mengandungkan anak sahabat karib Zahim; Amar. Kematian Amar menyebabkan Zahim menikahi Amylia untuk membelak nasib anak tersebut. Amylia diceraikan lantas Zahim pulang untuk mencari Amylia.
Anak tersebut; Zura disahkan mengidap penyakit hati. Dan Amylia mengugut untuk menghalang Zura daripada mendapatkan rawatan sekiranya Tasya tidak diceraikan. Ugutan tersebut menyebabkan Zahim terpaksa mengabaikan Tasya ditambah lagi dengan cemburu butanya apabila Haris (yang telah kembali daripada luar negara) mula mendekati semula si isteri.
Tasya yang mula terumbang-ambing dengan perasaannya, ditambah pula dengan pengakuan beserta bukti bergambar yang Zahim telah rujuk semula dengan Amylia melarikan diri ke Langkawi. Setelah puas mencari, Zahim membawa kembali si isteri ke pangkuan. Watak Amylia tidak dinoktahkan, cuma dikhabarkan Zura telah meninggal dunia.
Happy Ending.. the end.
*********
Mulanya perasaan kasihan membuak-buak melimpahi si Tasya terutamanya ketika dia diabaikan oleh Zahim. Ketika itu Zahim dinaratifkan sedang bermain kayu tiga dengan jandanya; Amylia. Terbongkarnya tembelang Zahim ketika Tasya terlihat mereka di pusat perubatan, pergaduhan tanpa henti yang menensionkan, juga pelarian Zahim daripada menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Ingat...... ini 1st person POV, so segala kekusutan yang maha menyerabutkan hanya akan dileraikan satu persatu di hujung naskah. Segala perasaan kasihan terhadap Tasya mula terhakis satu persatu bila mengetahui sebab musabab tindakan Zahim.
Setelah ku tilik dan ku renung, perangai Tasya yang menjurus kepada kemelut rumahtangganya sendiri. Betapa terlalu kebergantungannya pada si suami dan betapa teruk sikap mengada-mengadanya; memang menjengkelkan.
DAN.... adegan suami-isterinya memang terserlah. Ini baru naskah pertama, so x hairanlah jika ada pembaca yang sering mengadu tentang scene2 18SX dalam naskah selepas ini hingga yang terkini.
Apapun, (for me).... ini naskah nikah-paksa-kahwin-rela yang berbeza daripada naskah2 lain daripada genre yang sama.
novel ni nak kata best tak la best sangat... nak kata tak best pun tak jugak... mungkin biasa-biasa je... tapi saya bole baca sampai habis... not that bad..
Tasya lost abah sebb zahim.. tasya malu dengan org kampung bila zahim x dtg majlis sanding.. sanding sorang-sorang.. berlalu pergi dari kampung mencari semangat baru.
Zahim keras hati demi kekasih hati A... dlm kasih nya sampai x sedar A mengandung anak kawan sendiri... kawin juga dgn A demi kawan..
4 Tahun berlalu.. ikatan masih belum terlerai.. Kawan sendiri jugak yg syok bini dia.. huhuhu.. Haris..
Haris mungkim layak tuk wanita lain..
Zahim usaha bertahan dgn rumah tangga yang dia sendiri cuba robohkan dulu... tak semua org diberi peluang.. bila dpt hargai la..
Dalam hubungan komunikasi itu penting.. cuma lelaki ni memang kadang x tau bende tu penting buat wanita tahu.. dia anggap x perlu.. ambil remeh..x penting
Kalau dulu Mengukir Bahagia keluaran Alaf saya bg 3⭐ tetapi utk versi ikp saya up ke 4⭐. Bahasa, olahan dan plotnya much2 better dr versi sebelum ini. Bahasa yg digunakan sesuailah dgn thn 2020.
Persamaan yg buat saya geram utk kedua2 versi ini adalah watak Natasya. Terlalu degil. Mungkin kerana sejarah luka yg dialami membuatkan dia sukar utk membuka mata terhadap kebaikan yg Zahim lakukan.
Zahim pon ada juga salahnya. Terlalu sgt menjaga rahsia dan mengambil mudah sesuatu perkara hanya kerana tidak mahu Tasya terluka. Namun kerana hal2 sebeginilah yg membuatkan Tasya melarikan diri sekali lagi tanpa mahu mendengar apa2 penjelasan.
Ikutkan buku ini layak utk mendapat 5⭐ dari saya. Tetapi kerana watak Tasya yg sebegitu, saya kekalkan 4⭐.
Tahniah Hani atas usaha keras anda menjadikan karya ini lebih bagus dan best👍
ML capai novel ni lepas Kak Hani mcm nak lahirkan kembali MB ni dengan adunan baru. Maaflah.. walaupun konsep tu, ML x berapa nak gemar.. tapi... tu bkn penyebab utk ML lupakan karya dia... bila baca balik kisah ni... confirm sebelum ni memang dah pernah baca . tapi x ingat tahun bila.
Penulis: Hani Fazuha Publisher: Alaf 21 Sdn Bhd Harga: RM18.00 / RM21.00 M/S: 452
Sanggupkah aku menerima insan yang telah merobek hatiku?
Blurb:
Bukan kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan.
"Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja."
Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas.
Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?
Peliknya cinta...walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya.
"Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagian suaminya."
Review:
Walaupun ini novel pertama hasil karya Hani tp ia yang terakhir dibaca selepas HSC dan BK.
Kisah Tasya, anak yang menurut kehendak ayah untuk mengahwini anak kepada kawan org tuanya kerana wasiat. Mereka telah dtunangkan sejak kecil lagi. Kerana tidak mahu membuat ayahnya kecil hati atau bersedih Tasya merelakan pertunangan itu sehingga dia tamat belajar.
Namun, apabila tinggal 3 hari saja lagi sebelum majlis yang telah dirancang oleh ayah, papa dan umi, Zahim datang menemuinya dengan satu arahan: batalkan shj majlis tersebut. Tasya terngadah, dalam masa sesingkat ini apa yang boleh dia lakukan.
Akhirnya, Tasya tekad untuk meneruskan juga majlis akad nikah tersebut. Namun peristiwa pada hari persandingannya telah mengubah seluruh arah hidupnya. Dia kehilangan orang yang paling dia sayang dan ditinggalkan oleh Zahim tanpa belas kasihan.
Bertahun lama dia cuma mengubati hati dengan menjauh dr semua orang yang mengenalinya kecuali sahabat kecik kecil, Nani.
Kalau Allah sudah termaktub jodoh itu, itu juga. Maka perpindahan Tasya ke Kuala Lumpur telah menjadi penyebab luka lama bergores semula.
Di Mewah Holding, dia telah dilantik sebagai Penolong Pengurus Projek dan telah menemukan dia dengan Haris. Kehadiran Tasya telah mengubah Haris menjadi seorang yang lebih baik. Namun kerana Haris jugalah Tasya bertentang mata semula dengan orang yang dia benci itu.
Walaupun benci, kehadiran Zahim tetap mengocak perasaan Tasya dan hanya Zahim saja yang boleh memberi rasa itu padanya. Dalam Tasya sudah mulai mahu menyayanginya, Zahim telah mengambil haknya sebagai suami dalam keadaan Tasya tidak sedarkan diri.
Namun konflik ini, tetap mampu Zahim tangani dan Tasya juga tidak mampu untuk terus membohongi dirinya. Dan kehilangan anak kecil yang tidak sempat ditatap itu mula menjadi penyebab kepada masalah hubungan mereka.
Kehadiran Amylia dan Haris makin membebankan. Kerana sikap tidak berkongsi rasa mereka sama-sama terluka....
Kesudahannya....sama2 derita.....nak tahu endingnya....sila la beli MB ni....
Walaupun plot cerita ni sedikit hambar tp masih seronok untuk dibaca. Bahasa yang digunakan bahasa yang biasa-biasa, mungkin kerana ia hasil karya yang pertama.
P/S: Credit to Hani utk signature dan sudi tolong borong novel-novel untuk Kak Chik, please keep a good writing. Masih boleh diperbaiki. :)
LiFe iS a LoNG JouRNeY ~ Kak Chik~
Nota: Permulaan kenal dengan penulis tersohor ni. Alhamdulillah, ukhuwah masih berkekalan walaupun jumpa hanya 3-4 kali. Moga terus sukses Hani. :)
Ini novel pertama HF ke? Entah tak pasti dan tak rajin nak cari, just terbaca sekali lalu review by previous readers tadi. Kalau nak kira, ceritanya ok lah juga, baik sangat hati Tasya, terima saja, sabar saja, pasrah saja, demi kebahagian orang tersayang. Tapi ada juga la part dia marah sangat kat Zahim, but still, tarikan Zahim sebagai seorang lelaki sempurna di matanya lebih kuat dari krmarahannya. Walaupun saya tak terbaca sebab si Zahim 'deflower' Tasya, saya dapat agak keadaan di sebalik berlakunya kejadian tu, Tasya kan baru lepas kena paksa telan 2biji pill dek bapak tiri Nadia, rasanya pill ecstasy atau yang sewaktu dengannya kot, takkan ponstan pulak. Kesian watak-watak tambahan yang provide support system untuk Tasya; Nani, entah sampai bila dia masih solo sentiasa bersedia tadah telinga dan bahu untuk Tasya, Harris yang sanggup tahan jiwa sampai entah bila, Lydia, Zetty, semua baik sangat. Final say, saya sangat benci watak Zahim ... tak boleh ampun.
Lama cari buku ni baru dpt.. Sy membaca sisi lain hani fazuha dlm criter ini.. Lebih serius dn tersusun.. Buku baru beliau lebih santai Sy sgt suka criter ni.. Tempo sesuai dgn jiwa sy. Bg ⭐⭐⭐⭐.5.. 😉. Namun sy ttp memilih haris dr zahim. Sy nampak watak haris sgt kuat dn sy jatuh cinta pd haris dr awal lg. Ya sy tahu hero adalah zahim iskandar. Jika haris Wujud dlm dunia nyata.. Pasti sy akan tackle. Kan best klu dpt di akhir buku apa terjadi pd haris seperti mana pengakhiran pd zetty. Ok im happy with the book.. Puas hati. Yeahh
Karya pertama beliau yg telah d hasilkan... Cerita suam² kuku laaa... :) Banyak gula²... klo yg mahukan ketenangan tanpa stress boleh la layan novel ini.
Zahim Iskandar selamat dinikahkan dengan Natasya mengikut kehendak Umi serta Tan Sri Hasyim dan ayah Tasya juga wasiat arwah ibu Tasya. Malangnya di hari persandingan, pengantin lelaki tidak muncul. Paling menyakitkan Zahim datang selepas majlis hanya untuk menghina Tasya. Zahim tidak rela dengan perkahwinan mereka dan tidak mahu mengaku Tasya isterinya. Pengakuan itu telah meragut nyawa ayah Tasya. Empat tahun kemudian, Tasya mendapat jawatan di Mewah Holdings di tempat yang sama Zetty bekerja, teman baiknya semasa di universiti dulu. Detik pertemuan Tasya dengan Haris, CEO syarikat, membuahkan bibit-bibit cinta di hati Haris, abang Zetty. Kemunculan Zahim, peguam korporat syarikat Mewah Holdings di pejabat Haris memeranjatkan Tasya. Zahim cuba merebut kembali cinta isterinya. Bila Tasya mula mempercayai Zahim, datang Amylia di pejabat Tasya dan mengaku Zahim kahwin dengannya semasa mereka menuntut di UK dulu. Tasya kecewa. Haris pula mengambil kesempatan mendekati Tasya semula dan memujuknya. Keseluruhan cerita menarik tapi agak perlahan. Plot yang tidak berkembang. Watak antagonis Amylia kurang terserlah. Begitu juga Julia hilang peranannya.