Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam. • Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin. • Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati. • Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai. Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.
Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.
Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.
Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.
Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jika anda pernah mengikuti kursus anjuran Fitrah Perkasa, maka buku ini adalah sangat bagus untuk revision. Jika tidak pernah, buku ini masih terbaik untuk meningkatkan motivasi anda dari kaca mata Islam. Personally, this is the best malay motivational book i have ever read.
Saya di"offer" baca buku ni dari seorang kaunselor, terus jatuh cinta dengan penulis dia, dan saya beli semua buku tulisan dia, memang best, menarik,...more
Semua orang ingin bahagia.semua orang mencari bahagia.Apakah itu kebahagiaan?Bagaimana cara mencari kebahagiaan?Penulis menggaris beberapa kaedah menurut islam: 1. Beriman dan beramal soleh 2. Banyak mengingati allah 3. bersandar kepada allah(tawakkal) 4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik 5. tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam(penting tu) 6melihat kelebihan bukan kekurangan diri 6. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia 7. dll
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.
Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.
Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.
Bagus sekali untuk mereka yang terlibat dalam bidang latihan dan kepimpinan motivasi.
Ada ayat dalam tu yang berbunyi lebih kurang macam ni. Agama macam backup plan bila tak berjaya, walhal agama perlu dijadikan yang utama bukan bila dah tersungkur baru nak cari agama.