Jump to ratings and reviews
Rate this book

Daerah Zeni

Rate this book
DAERAH ZENI ...suatu daerah di mana perjuangan adalah suatu yang mesti kalau mahu terus hidup.

Anak Lazri Meon, Zeni, semakin tertarik membaca novel karya Lazri, yang berkisar kepada perjuangan Hamdar menentang penjajah Inggeris. Zeni kagum dengan sikap Hamdar yang senang hidup terpisah daripada masyarakat, menghuni gerabak keretapi dan mengenang kembali perjuangan kawan-kawannya menentang penjajah Inggeris; Zeni merasa ditarik untuk menghayati dunia novel itu. Dia membandingi hidup ayahnya dengan hidup Hamdar. Ada mistri dalam penceritaan, ada persamaan dalam perwatakan. Timbullah semangat untuk meladeni hidup cacat adiknya. Doa rela begitu daripada menyambut kedatangan bekas suaminya yang ingin rujuk semula.

Zedi pula yang turut membaca novel ayahnya, tidak menyukai layanan baik yang diberi oleh kakak dan ayahnya. Dia mahu mereka menyelesaikan masalahnya sendiri dan biarkan dia menyelesaikan masalahnya sendiri. Dia cacat, tetapi dalam kecacatan itu dia mahu hidupnya ditentukan oleh dia sendiri bukan simpati keluarganya. Dan novel ayahnya adalah sumber semangat yang tidak dapat dinilai ....

182 pages, Paperback

First published January 1, 1985

2 people are currently reading
104 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books429 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
35 (47%)
4 stars
21 (28%)
3 stars
12 (16%)
2 stars
3 (4%)
1 star
3 (4%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for hans.
1,184 reviews152 followers
January 10, 2022
"Orang macam kita ini memang selalu banyak kalah. Barangkali itulah sebabnya, bila menang sekali kita merasa begitu bahagia-- begitu bersyukur."

Mengembara ke Daerah Zeni dalam dua latar di antara zaman penjajahan dan selepas merdeka, meneroka isi fikiran dan perasaan Zeni dalam memahami perilaku ayahnya yang mula berubah selepas kematian isteri dan adik Zeni, Zedi menjadi lumpuh. Lazri seorang penulis dan terkenal dengan karya-karya deskriptifnya, mula menjauh diri dari keluarga sehingga pernah hilang beberapa hari. Tanpa pengetahuan Lazri, Zeni terjumpa sebuah manuskrip Lazri yang berkisah tentang watak Hamdar yang menghuni gerabak keretapi di zaman perjuangan menentang Inggeris. Zeni menganggap dengan membaca kisah Hamdar mungkin dia bakal bertemu jawapan tentang perubahan Lazri dan dapat lebih memahami sikap ayahnya.

Bernuansa klasik dan awalnya agak payah nak hadam sebab penceritaan Daerah Zeni disatukan dengan manuskrip Lazri jadi agak keliru bila di antara bacaan, perenggan berubah latar dan watak. Aku lebih tertarik dengan naratif Hamdar yang lebih sureal tentang hal sejarah dan pengorbanan berbanding kisah Zeni yang lebih berkait emosi, keluarga dan persekitaran. Namun ada bahagian naratif Zeni yang aku gemar terutama bahas hal sastera dan penulisannya, tentang Lazri yang pernah dikritik seorang penulis muda yang menganggap naskhah penulis-penulis Melayu sebelum perang sebagai lemah dan 'kurang berani'. Secara tak langsung, Daerah Zeni sebenarnya tersirat dengan rakaman dan cara bagaimana seorang penulis menggubah idea dan mencipta premis, juga bagaimana dengan satu kejadian yang menggugah emosi seorang penulis ia boleh mempengaruhi perjalanan karier turun dan naik penulisan beliau.

Paling gemar dengan watak Ehran (cara dia bawa diri dan tak berapa mendesak Zeni) dan Hamdar (walau cuma watak dalam manuskrip, garapan kisah hidup dia sangat menarik bagi aku dan barangkali benar, watak Hamdar ialah refleksi salah satu sisi Lazri), dan paling menyampah dengan Mohdi-- contoh manusia perasan dia terpaling bagus dan penting, paling orang tak boleh nak lupakan padahal sejenis gila talak.

Entah kenapa terkesan benar baca keluhan Lazri bila dia kata hidup dia terkesan dan terganggu sejak isteri dia meninggal dunia, sejak nahas sampai Zedi jadi lumpuh, sejak rumahtangga Zeni runtuh, dia rasa dia gagal sebagai suami, ayah dan manusia.

"Aku rasa kehilangan-- tak dikenal. Aku rasa ibumu saja yang mengenalku. Dia teman, dia guru. Dia banyak mengajarku mengenal diriku. Aku tak pernah ada cermin dalam hidupku. Dialah cerminnya. Tiba-tiba dia tak ada."

"Dan sekarang bapa dah tua. Kami sama-sama tua. Bapa tua mengejar cita-cita kebangsaan, arwah ibumu tua memahami perjuangan bapa."

Yang berminat nak baca Daerah Zeni aku sarankan baca naskhah Lazri Meon Daerah Zeni juga untuk lebih faham idea dan penceritaan penulis tentang novel ini terutama berkenaan watak Lazri.

3.5 bintang untuk naskhah ini!
Profile Image for books.bintulu.
276 reviews7 followers
June 5, 2023
Jun 2023: Daerah Zeni

Cerita dalam cerita.

Kisah dalam manuskrip yang ditulis Lazri Meon:
Hamdar, Raja Jabet, Mardi yang berjuang menentang penjajah.

Kisah di luar manuskrip:
Keluarga kecil Lazri Meon dan dua anaknya, Zeni dan Zedi yang mencari kekuatan selepas bencana yang menimpa keluarga mereka.

Lazri Meon masih meratapi dan rasa bersalah atas pemergian isterinya. Kerap menghilangkan diri dan membuat anak-anaknya risau.

Zeni pula trauma dengan perkahwinan dengan bekas suaminya, Mohdi, lalu sukar menerima cinta si buruh binaan dan juga si pujangga, Ehran.

Zedi menjadi lumpuh kaki dalam kemalangan yang meragut nyawa ibunya.

Zeni dan Zedi yang membaca manuskrip berasa kisah itu benar² muncul dalam hidup dan mimpi mereka. Betapa real dan deskriptifnya penulisan ayah mereka.

🏞🏞🏞

Mujur saya terbaca komen di Goodreads tentang banyaknya watak dalam cerita ini (kelemahan saya kalau kisah yang punya banyak watak), jadi saya lebih cermat membaca. Watak dalam manuskrip dan watak dalam hidup sebenar.

Susah juga menghabiskan buku ini. Paling saya suka:

🏞dialog Zeni dengan Ehran - halus

🏞Luahan Lazri Meon tentang kehilangan isterinya- sangat meruntun jiwa.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books55 followers
September 19, 2022
Judul buku: Daerah Zeni
Penulis: A.Samad Said
Terbitan: Helmi Samad Publication
Tahun terbit: 2022
Jumlah halaman: 209

Ulasan:
Daerah Zeni, bukanlah merujuk kepada daerah secara fizikal kewujudannya. Tetapi lebih kepada Zeni dan cerita-cerita di sekelilingnya, yang pada saya, itulah daerah yang dirujuk oleh penulis. Ia merujuk kepada daerah fahaman watak-wataknya terhadap manuskrip yang ditulis oleh bapa Zeni, Lazri Meon

Boleh dikatakan, ia cerita di dalam cerita. Kita seolah-olah membaca dua cerita berbeza daripada buku yang sama. Yang berselang-seli tanpa disempadani oleh apa-apa ayat. Sehinggakan ada waktunya, rasa seperti tergelincir daripada mimpi yang muncul tak dijangka, yang kemudian ghaib tiba-tiba.Tanpa noktah atau tanda.
.
Saya harus memuji kedua-dua cerita di dalam Daerah Zeni. Seperti biasa, kekuatan penulisan Pak Samad adalah pada naratif penceritaannya yang rinci. Gambaran latar dengan mudah dapat dibayangkan sebaik baris ayatnya melepasi mata.
.
Hatta, gambaran di dalam kediaman Hamdar, di dalam ģerabak usang, sangat jelas. Malah, kehidupan dan perasaan Hamdar terselam baik sepanjang pembacaan.
.
Cuma, rasa yang baru nak sebati, terpancung dek diri dikembalikan ke realiti watak sebenar cerita Daerah Zeni. Sedangkan watak Hamdar itu adalah watak daripada manuskrip Lazri Meon, yang dibaca oleh Zeni, Zedi dan Ehran.
.
Cerita yang terserap, hilang dan terlupa pada banyak helaian juga bila watak-watak baru muncul. Watak-watak yang bukan sahaja daripada cerita Daerah Zeni, tetapi daripada manuskrip karya watak Lazri Meon itu sendiri.
.
Kisah ini, kisah kehidupan. Perjuangan, warisan dan matlamat hidup yang ada waktunya tidak jelas dan berbeza. Watak belajar daripada setiap situasi. Malah, belajar daripada hasil tulis bapa sendiri untuk memahami tindak tanduk si bapa bila secara zahiriah gagal dicerna.
.
Video ulasan boleh ditonton di saluran YouTube NORSAMILA SAMSUDIN.
.
#ulasanbuku
#sasterawannegara
#asamadsaid
#helmisamadpublication
#malaysiamembaca
#booktuber
#booktubemy
#booktubemalaysia
#penulispengulas
#norsamilasamsudin
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
November 26, 2018
Pak Samad sebenarnya mengajar kita bagaimana menghayati sastera dan seni. Bagaimana proses yang dilakukan dan bagaimana ilham datang kepada penulis. Juga Pak Samad memberitahu pembaca bahawa penulis memberikan pendapatnya yang pelbagai melalui tulisan novel, sebab itu lah Zeni dalam cerita ini cuba membandingkan sikap ayahnya iaitu Lazri Meon dengan watak-watak dan kejadian di dalam novel. Juga bagaimana sesuatu watak di dalam novel dibentuk. Bagi yang baru membaca sastera mungkin akan rasa berat, tapi bagi yang dah lama membaca sastera mungkin akan lebih menghayati sastera selepas membaca Daerah Zeni.
Profile Image for Lim.
64 reviews6 followers
September 25, 2013
Membaca buku ini buat kali kedua.
Antara kata-kata dalam buku yang masih segar dalam minda: "Nyawa itu pinjaman. Kita pulangkan penuh bermaruah dan berguna!"
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
February 26, 2017
setiap orang berhak meneliti apa saja dihadapannya dan setiap orang juga berhak hanyut atau hilang dalam khayalannya sendiri ...
Profile Image for Mohd Azlan.
24 reviews1 follower
July 22, 2019
Bukan kerana perempuan itu tidak boleh berseni, tetapi mungkin kerana aku lelaki aku tidak mengerti bagaimana seninya perempuan. Maka awalnya aku ingatkan Zeni dan Zedi itu lelaki.
Watak pembaca dan pemikir dalam noval Pak Samad kali ini dalam bentuk orang kurang upaya, mungkin supaya ada lebih banyak ruang untuk membincangkan buah fikirannya. Orang kurang upaya ini dianugerahkan masa yg lebih banyak untuk berfikir dan menafsir.

Kata Ansan, “Kata datuk saya yang melanun itu masih Melayu”. Latar waktu ini di zaman penjajah. Penjajah sedang menekan Melayu, sambil Melayu itu melanun dan menekan dari sudut lain. Zaman sekarang, masih zaman penjajahan walau bentuknya berbeza, dan Melayu masih lagi melanun, dalam bentuk berbeza.

Pergerakan plot dalam novel ini sangat lambat. Menuju ke tengah novel, tiada banyak perkembangan watak dan pengenalan watak baru. Ini lebih menguatkan lagi tanggapan bahawa setiap novel Pak Samad adalah lapangan beliau untuk melukis dan memperkenalkan falsafah beliau, melalui tulisan wataknya Lazri Meon, diulas dan difikirkan semula oleh Zeni dan Zedi, dan disertai Ehran.

Menuju ke hujung novel, masih tiada pengembangan. Satu-satunya konflik yang ketara adalah kehadiran bekas suami Zeni yang mahu berhadapan dengan Ehran. Dan habisnya novel ini tanpa penyudah untuk dunia novel Lazri Meon mahupun dunia nyata Zeni.

Ada persamaan antara novel Daerah Zeni dengan Hujan Pagi. Latar hampir sama. Pertindihan dunia khayalan dan dunia realiti. Namun Hujan Pagi lebih hebat kesannya, lebih berisi, dan terlalu berat untuk orang surat khabar dan media zaman moden.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews
December 10, 2022
Mulanya agak sukar untuk mengikuti plot kerana terlalu banyak watak diperkenalkan dan terdapat dua penceritaan, satu penceritaan di alam realiti manakala satu lagi kisah dalam manuskrip Lazri Meon. Manuskrip itu jadikan novel ini sebuah novel dalam novel. Spt biasa juga, nama watak dalam tulisan Pak Samad bunyinya pelik dan unik, termasuklah novel ini.

Konsepnya seakan novel Hujan Pagi, dengan diselit juga elemen mental health. Pada waktu masyarakat belum cukup sedar tentang mental health, Pak Samad dah lebih dulu ke hadapan menggarap hal tersebut dalam karyanya.

Kisah Hamdar, Raja Dabet, Bomoh Sakinah dan lain lain dalam manuskrip itu rasanya lebih menangkap perhatian saya. Alangkah baik juga kalau manuskrip Lazri Meon itu diterbitkan secara penuh sebagai sebuah novel yang berasingan.
Profile Image for Bidasari.
364 reviews
December 27, 2022
Cerita dalam cerita begitu.

Kisah Zeni dan Zedi yang membaca manuskrip novel yang tidak dapat disiapkan oleh ayahnya selepas kematian ibu mereka.

Manuskrip mengisahkan tentang kehidupan Hamdar, Mardi dan Dol Zaleh bersama orang di sekeliling mereka semasa mereka sedang merangka rancangan untuk menentang penjajahan British di Malaya.

Pembacaan manuskrip ini membuatkan Zeni dan Zedi mengaitkan dengan kehidupan mereka sekarang.

Memang molek perkataan dan ayat yang diolah rapi penuh seni oleh sasterawan negara yang seorang ini.
Profile Image for Ira Nadhirah.
616 reviews
March 9, 2015
Kehilangan membuatkan kita mempunyai keinginan untuk bercakap dengan diri kita sendiri. Apa selama ini yang aku rasakan hanyalah kehilangan? Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Aku takut. Aku perlukan masa. Tetapi, aku takut masa itu yang akan mengalahkan aku satu hari nanti.
Profile Image for Shahrulrock.
69 reviews
August 14, 2009
Di baca ketika usia mahu melangkah ke awal remaja.Kesannya, masih sehingga kini.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews