Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh

Rate this book
"Apa yang menarik perihal buku ini adalah penulis bukan sekadar mengemukakan fakta-fakta sejarah perihal Sultan Muhammad yang jarang diketahui umum. Lebih daripada itu, penulis berjaya menganalisa dan mengeluarkan pengajaran praktikal bagi diamalkan pembaca. Pembaca merasakan mereka mampu menjadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, manusia biasa yang bekerja dan berfikir secara luar biasa. Mungkin ada peristiwa yang tidak diceritakan dalam novel saya, diceritakan di dalam buku ini. Semuanya hasil kajian beliau yang mendalam. Buku ini adalah pelengkap serta mampu memberikan jawapan kepada anda." -Kata pengantar daripada Abdul Latip Talib, penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia-

197 pages, Paperback

First published January 1, 2011

35 people are currently reading
439 people want to read

About the author

Muhammad Syaari Ab. Rahman

33 books121 followers
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.

Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.

Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.

Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.

Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
180 (66%)
4 stars
61 (22%)
3 stars
19 (7%)
2 stars
4 (1%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
August 14, 2011
Barangkali anda sudah membaca sekian banyak buku mengenai sejarah pembukaan Konstantinopel. Barangkali juga anda telah menelaah sekian banyak buku yang menceritakan tentang Sultan Muhammad Al-Fatih. Sungguhpun demikian, saya tetap menyarankan buku ini, kerana penulisannya adalah dari perspektif yang berbeza.

Buku ini tidak menceritakan sejarah pembukaan Konstantinopel secara kronologi seperti buku sejarah Islam yang lain. Ia lebih banyak mengupas hikmah di sebalik rentetan peristiwa tersebut, untuk direnung dan dimanfaatkan oleh organisasi.
Profile Image for Idham Aishamuddin.
33 reviews4 followers
July 2, 2021

“Allah memilih orang muda remaja sebagai pilihannya merealisasikan penantian 800 tahun. Dia bukan daripada tiga kurun terbaik nabi, dia bukan sahabat nabi dan dia bukan daripada keturunan Arab. Tetapi dengan kecerdasannya yang seimbang dalam IQ-EQ-SQ, dia adalah sebaik-baik raja.”
(m/s 232)

“Dua belas formula IQ-EQ-SQ menjadikan kita sebagai Al-Fateh kepada organisasi dan persatuan kita. Sama ada kita ulama, pendidik, CEO, presiden persatuan, ketua masyarakat mahupun pemimpin politik.”
(m/s 231)

Ini bukan buku yang menceritakan kronologi misi penawanan Konstantinopel sepertimana kebanyakan buku-buku sejarah, ini juga bukan novel sejarah.

Buku ini merupakan usaha penulis mengajak pembaca menggali segala hikmah tersirat daripada kehidupan The Grand Signauer (Sang Penakluk) yang telah membenarkan hadis Nabi SAW.

Banyak yang dipelajari, khususnya penekanan aspek pendidikan oleh Sultan Murad kepada anakandanya Muhammad, yang natijahnya melahirkan sebaik-baik raja.
Profile Image for YuSRuL.
18 reviews
July 29, 2016
Wahai anak-anakku, inilah aku. Aku bersedia mati di jalan Allah.
Sesiapa yang cintakan syahadah di jalan Allah, ayuh ikutiku.


- Sultan Muhammad Al-Fateh -
Profile Image for nurhafizah.
40 reviews
January 21, 2016
"kita kaum yang dimuliakan Allah hanya dengan Islam. apabila kita mencari selain islam sebagai cara hidup, bersedia menerima kehinaan daripada Allah"
Profile Image for Siti Shakira Suhaimi.
81 reviews16 followers
October 19, 2021
Bacaan yang hebat. Itu secara umumnya. Buku ini bukan mengutamakan kisah bagaimana Sultan Muhammad bin Murad itu menawan Konstatinopol, malahan tiada garis masa akan peristiwa itu.

Buku ini merupakan kisah belakang tabir yang membawa kepada kehebatan al-Fateh. Pembentukan al-Fateh dalam menyediakan diri sebagai pemimpin. Sebagaimana Sultan Murad membentuk dan membimbing anaknya.

Buku ini dipercahkan kepada beberapa bab. Setiap bab merangkumi aspek rahsia kejayaan Fateh. Aspek tersebut kemudiannya dikaitkan pula dengan peristiwa pada zaman Rasulullah betapa untuk menunjukkan bahawa walaupun Fateh itu hidup nya jauh selepas kewafatan baginda, akan tetapi hasil didikan Islam yang dikembangkan daripada zaman nabi, zaman khilafah dan seterusnya yang membawa kepada keperibadian al-Fateh itu sendiri.

In other words, the book is about the wind beneath al-Fateh’s wings.
Great great read!
Profile Image for Shima Membaca.
25 reviews
September 12, 2023
Penaklukan Konstantinopel merupakan salah satu prestasi terbesar dalam sejarah angkatan bersenjata. Sultan Mohamed Al-Fateh memimpin pasukan Uthmaniah yang kuat untuk mengepung kota tersebut. Kepemimpinan Al-Fateh ditandai oleh penaklukan Konstantinopel pada tahun 1453, yang menyebabkan akhir empayar Romawi Timur dan Selatan. Memastikan penguasaan Ottoman sebagai kekuatan terkuat di Timur Tengah.

Selama kepemimpinannya, Sultan Mohamed Al-Fateh melanjutkan perluasan wilayah Uthmaniyah menerusi menaklukkan wilayah-wilayah Balkan, termasuk Bulgaria dan Serbia, serta beberapa kota dan wilayah penting lainnya di Eropah Tenggara. Penaklukan ini memperluaskan kekuasaan Uthmaniah dan memperkayakan empayar dengan sumber daya dan pendapatan baharu.

Selain keberhasilan tenteranya, Sultan Mohamed Al-Fateh menjaga dasar hubungan baik dengan minoriti kelompok agama. Ia memberikan hak-hak istimewa kepada orang Kristian dan Yahudi dan menyokong pembangunan gereja dan sinagog di wilayah yang dikuasai oleh Uthmaniah. Dasar rencana ini menghasilkan kestabilan dan toleransi agama di wilayah Uthmaniah.

Dari aspek perdagangan, Al-Fateh menonjolkan pula kebijaksanaan diplomasi baginda sebelum proses penawanan Konstantinopel dilakukan. Baginda menggalakkan kapal-kapal dagang singgah di perairan Turki dan tidak dikenakan sebarang cukai.

Keseluruhannya, Al-Fateh adalah pemimpin mengagumkan dalam sejarah Turki dan kesultanan Uthmaniah. Penaklukan Konstantinopel dan penguasaan wilayah menjadi tonggak dalam sejarah tentera dan juga politik. Walaupun terdapat kritikan terhadap gaya kepemimpinannya, Al-Fateh dikenali kerana kemampuan dalam membangun dan mempertahankan kesultanan yang berkuasa di wilayah tersebut.

Allah SWT memilih orang muda remaja sebagai pilihanNya merealisasikan penantian 800 tahun. Dia bukan daripada tiga kurun terbaik Nabi, dia bukan sahabat Nabi, dan dia bukan daripada keturunan Arab. Tetapi, dengan kecerdasannya yang seimbang, dia adalah sebaik-baik raja.
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 6, 2022
Q U O T E

"Wa Hamasi (demi semangatku); aku mengeluarkan semua keupayaan untuk pengabdian kepada agamaku, agama Allah.

Wa 'Azmi (demi tekadku); aku tundukkan orang-orang kafir dengan bala tentera, berkat kelembutan Allah.

Wa Tafkiri (demi fikiranku); aku pusatkan kemenangan ini datang daripada rahmat Allah.

Wa Jihadi (demi jihadku); dengan jiwa raga dan harta benda. Lalu apa lagi makna dunia selepas ketaatan kepada perintah Allah.

Wa Asywaqi (demi kerinduanku); dan perang ratusan ribu kali bagi mendapat reda Allah.

Wa Rajai (demi harapanku); adalah pertolongan Allah dan kemenangan negara ini atas musuh-musuh Allah."
_Sultan Muhammad al-Fateh
Profile Image for Siti Nur Izzati.
142 reviews2 followers
February 11, 2022
Ini adalah cubaan membaca karya Ustaz Syaari yang ditulis pada tahun 2010.
Sejujurnya, saya tidak mengenali secara dekat tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Saya hargai penulisan buku ini yang menekankan bagaimana, apa yang menjadi antara faktor kejayaan beliau menguasai Konstantinopel.
Ternyata keseimbangan ilmu dan iq-eq-sq yang menatuhi sunnatullah dan syariatullah memangkin pembukaan kota tersebut.

Pengisian penulis sangat bermakna. Isi-isi yang dikongsi, dan refleksi penulis adalah praktikal untuk kita bangunkan lebih ramai al-fateh di bumi Malaysia ini.
Recommended books for parents, teachers and anyone who wish to raise or become the next al-fateh.
Profile Image for Norsakinah Yusoff.
24 reviews
January 1, 2018
Buku terakhir tahun 2017 insyaAllah. Jika anda mencari buku kepemimpinan (bukan kepimpinan ya, beza, kena baca buku ni) yang bersandarkan islam, sila baca buku ini.

Satu perkataan untuk buku ni ialah "sarat"(dense). Terlalu banyak informasi, kekadang rasa overwhelming masa baca. Mungkin sebab tak biasa dengan kisah al fateh selain dari kisah mereka angkat kapal atas darat.

Penulis memberi argumen yang teratur dan berkesan. Kisah al fateh juga disulamkan dgn kisah nabi Muhammad SAW, mengagumkan.
Profile Image for Farah Shahirah.
70 reviews2 followers
November 15, 2020
Ma sha Allah, buku yang sangat menarik terutama sekali bila penulis mengupas rahsia IQ-EQ-SQ yang terdapat dalam diri sultan Muhammad al-Fateh. Sangat terinspirasi dengan usaha dan keperibadian beliau. Moga kita daoat melahirkan lagi ramai pemimpin2 seperti beliau.
Profile Image for sy.nazurah.
38 reviews6 followers
July 14, 2019
“Masyarakat yang tidak mempedulikan sejarah tidak mempunyai masa depan.”

Sebelum penawanan Konstantinopel berjaya dibawah Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya, beliau banyak buat kajian tentang 29 kali percubaan gagal oleh pemimpin yang terdahulu. Sikap keterbukaan kepada idea-idea dari sejarah sebelumnya ditambahbaik oleh sultan Muhammad Al-Fateh dan beliau turut mengikuti ilmu teknologi yang semasa.

Dalam usaha penawanan pintu kepada ibu kota eropah itu, Sultan Muhammad Al-Fateh tidak mengehadkan idea dari tokoh perang Islam sahaja, bahkan juga beliau meneliti strategi perang dari tokoh-tokoh barat.

Buku ini lebih menceritakan bagaimana cara sultan Muhammad Al-Fateh merancang perencanaan sebelum memulakan misi menawan bumi Turki itu. Kesungguhan memahami fizikal konstantinopel, keterbukaan dalam penerimaan ilmu dan kerjasama, mengkaji dan belajar ilmu-ilmu fardhu ain dan kifayah (sains, matematik, geografik, teologi dll), hubungan diplomasi dengan maharaja negara yg ingin ditawan supaya pertumpahan darah dapat dielakkan, strategi demi strategi supaya penawanan kota konstantinopel dapat direalisasikan seperti yg dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya dan kekukuhan ekonomi kerajaan Uthmaniyyah dalam memberikan penghargaan kepada pembuat meriam yg mencipta meriam pertama dalam zaman Kerajaan besar Islam Uthmaniyyah, di mana orang lain tak terjangkau pada zaman itu untuk menyerang tembok konstantinopel yang tebal. Ia menunjukkan bahawa Sultan Muhammad Al-Fateh seorang yang sangat rapi persediaan nya.

Seronok sebenarnya baca tentang betapa besarnya beberapa kerajaan Islam yg digeruni oleh Barat kerana keadilan pemerintahannya menaungi rakyat mereka yg berbilang bangsa. Semoga ramai di antara umat Islam sekarang dapat mencontohi cara pemerintahan Muhammad bin Murad ini.
Profile Image for Damaisuria.
77 reviews12 followers
September 12, 2012
Al-Fateh sebanding Salahudin Ayubi membuka kota yang ditawan musuh kepada cahaya Islam yang syumul. Model kepimpinan yang ditunjukkan oleh Sultan Al-Fateh cukup menakjubkan dalam sejarah peradaban dunia. Melayarkan kapal di daratan bukan melalui jalan di lautan suatu yang tidak pernah terfikir oleh manusia sejagat. Maka bermulalah penaklukan kota agung Konstantinopel pada 1453 masihi setelah beratus-ratus tahun dipegang oleh pemerintahan kristian. Lantaran dari peristiwa Al Fateh, ia membuka ilham penulis muda mengungguli kepimpinan yang dibawa sang raja yang adil untuk diteladani oleh generasi hari ini.
Profile Image for Syaz Wani.
100 reviews12 followers
September 25, 2013
Berkesan memberikan satu gambaran kepimpinan seorang pemimpin yang disayangi rakyatnya. Seorang pemimpim yang layak digelar "pemimpin". Tertanya-tanya wujudkah pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh ini pada era moden hari ini? Lebih-lebih lagi di Malaysia? Teladan melalui cara pimpinan Al-Fateh ini boleh dipraktik untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Teruja dengan kesimpulan yang telah disimpulkan penulis.
3 reviews5 followers
June 8, 2011
buku ini byk menjawab persoaln yg bermain di fikiran sy..bagaimana ia mampu membebaskn kekeliruan...seperti berkata2 dgn sy...
buku ini berjaya menonjolkan pemimpin yg dikatakan sebaik2 ketua berbanding pemimpin2 sebelum beliau...

Profile Image for Husnah Naim.
48 reviews2 followers
April 8, 2012
I like this book because it’s gave me a clear vision about Sultan Muhammad Al-Fateh. Besides that, this book reminds me to digest wisely all the facts given by the Western historians about Sultan Muhammad Al-Fateh.
Profile Image for Saudagar.
15 reviews
January 31, 2013
Mesti baca. Satu analisa terperinci kisah ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh. Sesuatu yang mesti diambil sebagai panduan hidup bersyariat lagi berwibawa. Bukankah kita diajar untuk berlumba-lumba dalam kebaikan? (Surah 2: ayat 148)
Profile Image for Nur Sakinah.
3 reviews
August 3, 2013
This book is absolutely great . I get the new idea on how education is the powerful tool to built a civilization or even more than that.
Profile Image for Suhaila.
1 review1 follower
October 29, 2012
best for us to read to improve our knowledge in Islamic history
Profile Image for Hanis.
67 reviews40 followers
March 24, 2016
Lesson: jika inginkan sesuatu yang luar biasa, berilah dengan kadar yang luar biasa juga. Cheers!
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.