Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Rate this book

219 pages, Paperback

First published January 1, 2009

14 people are currently reading
83 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (43%)
4 stars
28 (42%)
3 stars
8 (12%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books55 followers
October 8, 2022
Diceritakan, “kurma adalah makanan yang sempurna kerana elemen gizinya sangat lengkap. Sedangkan janggut pula dapat melindungi diri dari penyakit kanser.”

Rasulullah ditakdirkan berusia 63 tahun. Antara keistimewaan kehidupannya, Rasullulah hanya pernah jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja! Penyakit yg pernah dideritai Rasullulah tidak lebih dari kehilangan nafsu makan yg dialaminya dlm tahun ke-6 Hijrah dimana tersiar berita bohong beliau disihir oleh orang Yahudi. Satu penyakit lg yg dideritainya sehingga berbekam adalah selepas termakan daging beracun pd tahun ke-7 hijrah.

Hidup “kemiskinan” yg sengaja dipilih oleh Rasulullah bererti dikediamannya tidak pernah tersimpan makanan bg hari esok. Isterinya Aisyah mengatakan, hari-hari beliau dilalui dgn perut yg lapar setiap hari. Tidak pernah seumur hidupnya Rasulullah kenyang selama 2 hari berturut2. Menu biasa beliau adalah roti gandum keras. Waktu tidurnya sgt sedikit. Satu doanya yg pasti sukar kita ikuti adalah, “ya Tuhanku, hidupkan aku dlm keadaan miskin dan bangkitkan aku bersama orang2 miskin”.

Buku ini mengenai formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yg diajarkan oleh Rasulullah. Banyak tip-tip sihat yang mudah bahkan murah mengikut sunnah Rasulullah. Jika zaman skrg perlu menghabiskan duit utk sihat seperti main gym dll, maka ikutilah tips Rasulullah ini pasti akan dpt membantu meningkatkan daya tahan tubuh melawan penyakit.

Ktiteria makanan sihat dan bermanfaat mengikut Quran dan sunnah Rasulullah juga disebutkan dlm buku ini seperti contoh makanan sihat minyak zaitun iaitu salah satu makanan yg dpt menyembuh segala penyakit termasuk kusta kecuali maut, kurma, susu, daging burung, madu, habbatussauda, dan susu ibu. Manakala makanan haram yg perlu dijauhi tidaklah hanya babi, bangkai dan haiwan bertaring bahkan juga dari sumber yg haram yg boleh menjadi darah daging sehingga terbentuknya akhlak yg tidak baik.

Di samping itu, ada juga diterangkan kesan berpuasa kepada tubuh manusia dimana kita digalakkan untuk berpuasa seminggu sekali dan juga rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat.

Jika mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan, setiap individu perlu mempraktikkan panduan dan kaedah di dalam buku ini dengan baik.

Buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit termasuk dalam kempen Be Like Muhammad ini. Boleh dapatkan buku dalam promosi ini di kedai-kedai buku terpilih atau dalam talian di bookcafe.com.my.
Profile Image for Khairul Hezry.
750 reviews141 followers
February 16, 2011
Menjelaskan hikmah kesihatan disebalik rukun-rukun yang ditetapkan di dalam Islam. Mengapa kita harus menyucikan diri, mengapa makan dengan tangan kanan bukan kiri, mengapa perlu berkhatan dan banyak lagi termasuk mengapa umat Islam menyembah tuhan dengan cara berdiri tegak, mengangkat tangan, ruku', sujud, duduk antara dua sujud. Semua pergerakan-pergerakan itu ada rahsia kesihatan disebaliknya.

Ajaran-ajaran dari Rasulullah ini bukannya sengaja diada-adakan tetapi untuk memupukkan sifat mementingkan kebersihan dan kesihatan di kalangan umatnya, baik di abad ke-7 Masehi mahupun abad ke-21.
Profile Image for Nas.
149 reviews68 followers
October 26, 2022


Rasulullah hanya pernah jatuh sakit 2 kali sahaja seumur hidup baginda.

Kedengaran mustahil tetapi itulah kenyataannya. Apakah rahsia baginda?

Banyak perkaitan antara sains dan Islam dari sudut kesihatan yang dikupas secara mendalam oleh penulis yang merupakan seorang doktor perubatan. Perkaitan ini juga dikukuhkan dengan statistik dan data dari kajian-kajian yang dijalankan oleh saintis.

Salah satu contoh menarik dan popular adalah hikmah pergerakan dalam solat dari sudut sains dan kesihatan. Pergerakan seperti rukuk merembeskan hormon morfin endogen yang menghilangkan rasa sakit dan memberi rasa nyaman pada anggota badan.

Terdapat 10 bab utama yang membincangkan tentang kebersihan, pemakanan, kelebihan puasa, tidur, gaya hidup sihat dan pergerakan dalam solat mengikut saranan dan sunnah Rasulullah SAW.

Islam itu bersifat syumul, sehinggakan sekecil-kecil perkara terkandung hikmah yang tersendiri demi kesejahteraan hidup manusia di dunia. Tidak ada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia.

Memetik kata-kata penulis, ilmu adalah perkara yang sangat luas. Amat mustahil jika hendak difahamkan dan dipelajari kesemuanya kerana keterbatasan kita sebagai seorang hamba dan manusia.

Ilmu fisiologi dan biologi badan manusia sangat menakjubkan. Saintis masih akan sentiasa menemukan perkara-perkara baru dari zaman ke zaman oleh kerana uniknya tubuh badan manusia yang masih menyimpan banyak misteri.

Dan semestinya kita sebagai umat Rasulullah SAW, sunnah baginda adalah perkara yang perlu kita ikuti. Rahsia kesihatan baginda SAW adalah legasi berharga yang ditinggalkan untuk menjadi ikutan.

“Manusia adalah tubuh, fikiran, jiwa dan roh.”

Bacaan yang sangat informatif dan membuka pemikiran saya mengenai dunia sains dan perkaitannya dengan Islam dari sudut kesihatan.


Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
August 13, 2011
Satu lagi buku yang dapat dikhatam berkaitan sunnah rasul dalam kesihatan. Buku ini lebih baik dari Quran Saintifik saya rasa. Sebab saya lebih mudah hadam. Insya Allah. Saya juga amat tertarik dengan bab yang ditulis mengenai negara Jepun. "Anda akan menemui Islam di negeri bukan Islam". Sememangnya budaya orang Jepun amat dekat dengan ajaran Islam sebenarnya. Dari segi kebersihan mereka sangat menjaga ketelitian. Dikatakan hampir tiada penyakit berjangkit di sebuah daerah di sana. Masyarakatnya tidak mengenal makanan goreng kerana semua makanan dimasak dengan cara direbus, bakar dan kukus.

Fakta lain yang saya tertarik ialah "keajaiban" wuduk dan solat dari sudut sainsnya. Banyak lagi perkara yang tidak saya ketahui. Walaupun perkara kecil (sunnah) yang Nabi lakukan sebenarnya memberi impak yang besar kepada sistem badan. Subhanallah.
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
January 7, 2017
Tubuh badan adalah amanah yang perlu dijaga. Pemeliharaan kesihatan diri adalah fardu ain. Menurut sejarah, Nabi Muhammad SAW hanya pernah jatuh sakit sebanyak dua kali sahaja. Wajarlah kita belajar bagaimana Baginda Nabi menjaga kesihatan diri.

Perbuatan ibadat yang merupakan aktiviti spiritual itu tersembunyi kelebihan-kelebihan tersendiri, sebagai contoh - terdapat kajian yang mengatakan pergerakan satu rakaat solat bersamaan dengan senaman berintensiti rendah yang mampu membakar kira-kira 10 kalori. Ini belum lagi hal berdiri dengan postur yang betul, mengangkat tangan untuk takbir, rukuk, sujud, pola pernafasan tatkala membaca bacaan-bacaan penting dalam solat dll. Semua ada impak yang baik untuk sistem tubuh manusia.

Ada juga diterangkan hikmah menjaga pemakanan. Pada asasnya, orang Islam dibenarkan untuk makan sesuatu itu asalkan ia halal lagi baik (Surah Al-Baqarah, ayat 168).

Saya turut tertarik dengan permulaan Bab 3 yang mengingatkan, (merujuk kepada kisah Nabi Adam) kesalahan pertama yang dilakukan oleh manusia adalah berkenaan dengan urusan makanan. Maka hal-hal pemakanan ini memang tidak patut diambil mudah.
Profile Image for Liana Taj.
27 reviews2 followers
August 24, 2015
Selepas membaca buku ini, membuatkan saya lebih peka dengan pemakanan dan kesihatan saya. Sesunguhnya, kesihatan yang baik itu juga termasuk dalam Islam. Amat rugilah kita menjadi muslim tetapi tidak mengambil berat tentang kesihatan kita. Cara pemakanan dan kesihatan semuanya telah dicakupi dalam Al-Quran dan sunnah.
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
April 30, 2011
Buku ini yang saya mahu selama ini. Membuktikan keselarian amalan islam dan sains kesihatan. penulisan penuh rujukan dari kajian islam, bukan islam, hadith dan quran. Cuma, bahagian pengenalan terlalu panjang dan beberapa maklumat diulang berkali2.

Profile Image for Muhammad Nazmi Abdullah.
10 reviews1 follower
October 19, 2011
Kandungan buku ini bagus - banyak informasi yang kita perolehi dari buku ini. Tapi saya tak berapa setuju dengan tajuk buku tersebut. Tidak ada kesinambungan dengan isi kandungan dan fakta yang diberikan dalam buku ini.
Profile Image for Kionora.
8 reviews
June 18, 2021
Rasulullah adalah sebaik-baik contoh. Kita harus mengikuti hukum Ilahi (yang digariskan pada alam semesta), perlukan keseimbangan dalam segala hal. Buku ini memperincikan lagi "mencegah lebih baik daripada mengubati". Dalam hal ini pesakit dan doktor sama-sama memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat sejahtera. Penyembuhan dari dalam (pemakanan,gaya hidup dll) ternyata lebih mesra alam dan menjimatkan. Berbanding penyembuhan dari luar (mesin canggih,ubat-ubatan dll) yang lebih mahal kerana semakin kompleks penyakit semakin rumit penyembuhannya
Profile Image for Ahmad Irfan syakir.
28 reviews
October 30, 2019
Semakin bersemangat untuk menjalani kehidupan sehat yang mana sebenarnya banyak yang boleh dicontohi daripada peribadi Rasulullah yang teragung.
Profile Image for Muhammad Syazwan.
30 reviews
January 17, 2016
Mencintai & mencontohi Rasulullah, secara sunnah yang menyeluruh.

Mengidamkan kesempurnaan, maka Baginda adalah uswatun hasanah.

Mengimpikan tubuh badan sihat & kuat, mana lagi contoh ikutan yang terbaik.

Allahumma solli3ala Sayyidina Muhammad
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.