Fuji’s review of Semusim Di Divonne > Likes and Comments

Comments Showing 1-2 of 2 (2 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Ika (new)

Ika Salams Cik Fuji,

Terima kasih atas ulasannya yang begitu detail sekali 😬

Menjawab persoalan tentang Jemari Seni, ya mereka sudah tutup enam tahun lepas & insya-Allah kalau ada rezeki novel Melayu yang baru akan terbit insya-Allah sebelum hujung tahun ini :)

Semoga ada rezeki untuk mendapatkannya nanti.

Jet Jonah boleh cuba cari di library online / ada aplikasi namanya Libby, boleh baca e-book Jet Jonah kalau ada library membership. Login guna details PNM yang awak ada.

Again, thank you so much!


message 2: by Fuji (new)

Fuji Sakura (Ain Liyana Si Pencinta Bahasa Melayu) Alhamdulillah terima kasih di atas jawapan kepada persoalan saya mengenai syarikat penerbitan Jemari Seni, sayangnya jika begitu kerana semakin banyak penerbitan ditutup.

Sudahlah Jemari Seni di antara penerbitan buku yang disukai saya selama ini, saya tidak sangkakan bahawa penulis sendiri membalas ulasan saya.

Maaflah jika saya teringin mahu mengetahui mengapakah Jemari Seni ditutup selepas sekian lama? Adakah disebabkan covid 19 yang melanda dunia masa itukah? Jika benar nampaknya Jemari Seni di antara syarikat penerbitan novel melayu yang gulung tikar semasa PKP.

Minta maaf di atas kelewatan membalasnya kerana saya baru menyedari sebentar tadi, sama-sama juga kepada penulis Ika Madera untuk pandangan saya yang terperinci mengenai novel ini.

Mengenai karya lama ' Jet Jonah ' itu sejujurnya saya lebih menyukai membeli dan membaca versi novel berbanding e-book, jika tidak berpeluang membacanya mungkin bukannya rezeki saya.

Apapun terima kasih di atas cadangan yang diberikan itu, saya amatlah menghargainya dan terharu di atas balasan dari Ika Madera sendiri.

Ohh..nampaknya Ika Madera akan mengeluarkan novel baharu setelah sekian lama, jika tidak keberatan bolehkah saya mengetahui bawah syarikat penerbitan mana yang akan mencetak novel tersebut?


Jika ada rezeki InsyaAllah saya berpeluang membelinya suatu hari nanti, sekali lagi terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana membaca ulasan saya dan meninggalkan pendapat Ika Madera.\ (^w^)/


back to top