Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Saharil Hasrin Sanin.

Saharil Hasrin Sanin Saharil Hasrin Sanin > Quotes

 

 (?)
Quotes are added by the Goodreads community and are not verified by Goodreads. (Learn more)
Showing 1-30 of 30
“Untuk luka menjadi sembuh, engkau kena berhenti menyentuhnya.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Cuba fikirkan, pelangi adalah penyebaran seluruh warna di dalam spektrum cahaya. Berapa warnakah ada dalam spektrum cahaya? Jawapannya adalah dekat infiniti, bukan? Maka, jumlah warna pelangi adalah terlalu banyak sehingga infiniti juga. Mungkin tona warna dekat-dekat, maka otak manusia tak boleh bezakan.

Masa sekolah bolehlah cakap 7 warna, sekarang sudah faham tentang spektrum, tak bolehlah memikirkan masih tujuh lagi.”
― Saharil Hasrin Sanin
“Jangan takut pada benda yang engkau tidak tahu, jangan kecam benda yang kau tidak pernah alami. Jangan meremehkan benda yang lemah. Air pun boleh melekukkan batu menjadi gua.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Hadiah yang paling bermakna dibalut dengan hati.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
tags: gifts
“Kenapa kita asyik meminta-minta kepada Tuhan? Kenapa apabila menadah tangan, kita tidak berterima kasih sahaja. Cukup. Itu sahaja doa kita kepadaNya. Kenapa kita asyik meminta-minta sedangkan Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
tags: dua, god, prayer
“Apabila kami berkomunikasi, perbualan kami nipis perkataan, tetapi kaya dengan gerak geri, sarat dengan tanda baca, kesunyian yang hamil tanpa apa-apa kata.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Semua orang akan melukan engkau, semua orang akan membuatkan engkau kecewa. Yang itu engkau tak boleh nak elak, Dentang. Yang boleh engkau buat adalah memilih, luka dari siapa yang engkau sanggup tahan.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Saya boleh dengar bunyinya, hati yang meretak, membisik, macam tilde-tilde.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
tags: heart, hurt
“Kekal bujang, kalau kau mahu. Jangan rusuh. Tunggu sahaja takdir siapkan kisah cinta engkau.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Jika kita bernikah dengan seekor marsupial, takkanlah mahu berkenduri bersanding besar-besaran. Apa nanti jiran kata?”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Wajah saya emoji-emoji.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
tags: emoji
“Salinda, tak boleh ke engkau tak melalak dalam satu bab pun dalam novel aku ni?”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Zaman sekarang ini, orang hanya memikirkan yang negatif dan buruk-buruk dahulu, sebelum mengambil yang jernih.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Ada kalanya, perbuatan boleh jadi lebih bising daripada kata-kata.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Terlalu banyak yang diucapkan apabila kita berdiam diri. Kata-kata ghaib seolah-olah batu, menghimpit kami.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Tak perlu nak capai katarsis dari pelunasan kesumat.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Burung bernyanyi riang. Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa. Dan lain-lain klise.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
tags: cliche
“Hanya ellipsis pada bibir saya.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Budak-budak mentah dan orang tua berusia, kadang kala, kurang ajarnya sama sahaja.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Kalau engkau tak dapat apa yang engkau nak dalam hidup, itu tandanya engkau sebenarnya bukan hendak sangat pun benda itu. Atau pengorbanan yang engkau telah lakukan belum cukup untuk mendapatkannya.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Kata Emak, kita mudah terhibur dengan kepelikkan.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Orang tua-tua kena beri laluan kepada generasi muda. Kalau orang tua-tua tamakkan pentas, bangsa kita juga yang akan rugi, tak akan ada generasi pengganti nanti.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Apabila kita hilang sesuatu, apabila Tuhan ambil sesuatu daripada kita, kita bukan hilang segala-galanya. Dia akan meninggalkan secukupnya untuk kita. Tuhan ambil sesuatu supaya kita sedar apa yang kita (masih) ada.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
tags: loss
“Ketika usia kita muda, kita terlalu naif dan berterus terang, sifat yang menjadikan kita kejam, seolah-olah tidak berhati perut, tidak tahu mahu menjaga perasaan.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Kehendak dalam percintaan adalah satu pisau yang tajam. Sesuatu yang kita kena kendalikan dengan penuh cermat dan hati-hati, supaya ia tidak melukakan.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Mungkin ada manusia memang seleranya pada beruang.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Anak mata Emak mati sebelum Emak.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Kalau engkau asyik berjaya, itu tandanya cita-cita engkau terlalu rendah.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Hiduplah macam tembakul, walaupun rumahnya penuh lumpur, sisiknya berkilat.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang
“Mungkin kerana manusia terlalu lemah untuk menghadapi realiti, maka kita bergantung kepada harapan.”
― Saharil Hasrin Sanin, Dentang

All Quotes | Add A Quote
Saharil Hasrin Sanin
113 followers
Dentang Dentang
180 ratings
Tentang Tentang
124 ratings
Kentang Kentang
118 ratings