Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Faisal Mat Zawi.
Showing 1-3 of 3
“berhati-hatilah dengan
orang yang meletakkan Tuhan
di mulutnya berfirman
kata-kata yang kudus
tangan mereka di dalam kocek
mengira duit-duit kertas
menyeka air mata melihat
orang-orang lapar di jalanan
agama tinggal bangunan jabatan
kitab suci dibaca almari dan rak dikunci
-takut dicuri
orang yang meletakkan Tuhan
di mulutnya berbalah
dalam masjid atas mimbar
sedang di tangga
72 budak kehilangan selipar.”
―
orang yang meletakkan Tuhan
di mulutnya berfirman
kata-kata yang kudus
tangan mereka di dalam kocek
mengira duit-duit kertas
menyeka air mata melihat
orang-orang lapar di jalanan
agama tinggal bangunan jabatan
kitab suci dibaca almari dan rak dikunci
-takut dicuri
orang yang meletakkan Tuhan
di mulutnya berbalah
dalam masjid atas mimbar
sedang di tangga
72 budak kehilangan selipar.”
―
“Di bangku kayu
ada bapa celaka dikerjakan hidup
dia tewas menyerah
membaca botol bir hijau
ada nama anak perempuannya
di bangku kayu
ada bapa yang sejuk dan kaku
double-barrelled dan isi kepalanya tumpah di atas meja
selepas semalam dia ke gereja
Tuhan tak ada.
Bangalore, Mac 2015.”
―
ada bapa celaka dikerjakan hidup
dia tewas menyerah
membaca botol bir hijau
ada nama anak perempuannya
di bangku kayu
ada bapa yang sejuk dan kaku
double-barrelled dan isi kepalanya tumpah di atas meja
selepas semalam dia ke gereja
Tuhan tak ada.
Bangalore, Mac 2015.”
―
“pada lelaki memakai suasa
ditegah kitab begitu aturan
setiap kita orang berdosa
jangan hamba berlagak Tuhan
Bangalore, April 2015.”
―
ditegah kitab begitu aturan
setiap kita orang berdosa
jangan hamba berlagak Tuhan
Bangalore, April 2015.”
―





