Pada tahun 1995 beliau telah diberikan hak kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.
# Latar Belakang Pendidikan:
1. BA Pendidikan (1967 – 1971) – Fakulti Ilmu Agama jurusan Bahasa Arab di Insitut Agama Islam Negeri, Sultan Syarif Qasim (IAIN – SUSQA) Pekan Baru, Riau, Indonesia.
2. LC (title Al-Syeikh) (1972 – 1976) – Fakulti Da’wah dan Ushuluddin di University Islam Madinah, Madinah, Arab Saudi.
3. MA – (1980) - dalam Fakulti Perbandingan Ilmu Fiqh di Universiti Imam Mohammad Ibn Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi.
4. PhD - title Dr. (1993 – 1995) – di Islamic Study, American Coustline University, Louisiana, Amerika Syarikat.
Beliau bergerak sebagai pendakwah di bawah Unit Dakwah Islamic Counselor, Kedutaaan Arab Saudi berpusat di Kuala Lumpur mulai darPada tahun 1995 beliau telah diberikan hak kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.
# Latar Belakang Pendidikan:
1. BA Pendidikan (1967 – 1971) – Fakulti Ilmu Agama jurusan Bahasa Arab di Insitut Agama Islam Negeri, Sultan Syarif Qasim (IAIN – SUSQA) Pekan Baru, Riau, Indonesia.
2. LC (title Al-Syeikh) (1972 – 1976) – Fakulti Da’wah dan Ushuluddin di University Islam Madinah, Madinah, Arab Saudi.
3. MA – (1980) - dalam Fakulti Perbandingan Ilmu Fiqh di Universiti Imam Mohammad Ibn Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi.
4. PhD - title Dr. (1993 – 1995) – di Islamic Study, American Coustline University, Louisiana, Amerika Syarikat.
Beliau bergerak sebagai pendakwah di bawah Unit Dakwah Islamic Counselor, Kedutaaan Arab Saudi berpusat di Kuala Lumpur mulai dari tahun 1980 sehingga tahun 2009. Setelah bersara dari Kedutaan Arab Saudi pada tahun 2009, beliau tetap bergiat sebagai seorang pendakwah (bebas) dan memimpin beberapa pertubuhan Islam, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Antara jawatan terkini yang dipegang oleh beliau adalah sebagai Pengerusi Majlis Syura GASMA (Gabungan Ahlus Sunnah Malaysia) beribupejabat di Kuala Lumpur. GASMA merupakan satu badan yang menggabungkan hampir 120 NGO yang berlandaskan Aqidah Ahli Sunnah Wa Jamaah diseluruh Malaysia. Selain berdakwah ke beberapa tempat di Nusantara, beliau kini juga aktif berdakwah melalui OnLine antaranya seperti Facebok, Zoom dan juga Youtube. Bagi mereka yang mengikuti kuliah beliau boleh dikatakan keseluruhan yang disampaikan adalah dari rujukan Al-Quran dan As-Sunnah semata mata sepertimana yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya.
Selain giat berdakwah, beliau juga banyak menggunakan kesempatan dengan menulis kitab kitab. Sehingga kini beliau telah menulis melebihi 40 buah buku agama dengan pelbagai topik. Antara karya beliau yang paling utama ialah Kitab Aqidah (3 jilid) ; Tafsir Al-Furqan (secara Juz) ; Mengenal Allah Melalui Al-Asmaa’ Al-Husnaa ; Bahaya Syirik ; Ke Arah Memahami Al-Quran dan Al-Hadis (5 jilid). Kitab-kitab tulisan beliau boleh didapati Kedai Buku UDAY. ...more