Goodreads Malaysia discussion

172 views
Arkib (Maraton Membaca 2013) > Bagaimana menyertai?

Comments Showing 1-14 of 14 (14 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Feb 26, 2013 10:55PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Sesiapa yang ada pertanyaan mengenai bagaimana ingin turut serta dan lain-lain yang berkaitan, boleh ajukan di sini.

Mungkin antara seramai 1500 lebih ahli ada yang berminat, tapi kurang pasti bagaimana ingin bermula. Ramai yang dah pakar hal Goodreads, jadi jangan segan ya. Boleh manfaatkan lagi forum ini.

Ada dua cara untuk sertai:

1. Secara manual, iaitu dengan membuka satu thread di bawah folder Maraton Malaysia Membaca 2013, letaklah nama sedikit dengan apa-apa moto atau ayat yang kita suka, kemudian senaraikan buku-buku yang sudah habis dibaca tahun 2013, dengan bernombor. Kenapa perlu diletak nombor? Kerana ada jurukira berdedikasi kita, Syahira Syarif :) (bila bernombor, itu membantu tugas Syahira untuk buat statistik bulanan dan tahunan).

2. Secara auto, iaitu dengan menyertai Challenge Malaysia Membaca (yang di bawah Currently Reading). Kalau mahu gunakan sistem yang dibina Goodreads ni, hanya perlu gunakan "read" shelf, tapi jangan lupa tandakan tarikh kita tamat baca buku itu pada bahagian review buku (mesti antara 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013). Atau boleh juga buat satu shelf lain khusus (berilah apa saja nama) untuk letak buku-buku bacaaan tahun ni, masih dengan syarat tarikh tamat baca buku harus ditanda pada book review. Jika tidak, sistem auto Goodreads tak akan update jumlah bacaan dalam Challenge itu nanti.

3. Add Syahira Syarif ke friend list masing-masing, supaya Syahira dapat mengira jumlah bacaan rakan-rakan sebagai statistik Malaysia Membaca :)

Ada yang kurang pasti, bolehlah tanya di sini.


message 2: by Ummu Auni (last edited Jun 06, 2013 12:18AM) (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments Wah Syahira jadi tukang kira ye? Itulah kebetulan tidak membuka topik baru.


message 3: by Gobokairina (last edited Mar 05, 2013 11:08PM) (new)

Gobokairina | 18 comments Owh! Okies..
Sudah sertai cabarannya (melalui cara ke-2) & baru lepas add Cik Syahira Syarif ;))


message 4: by Neenee (new)

Neenee | 32 comments Kena promote lagi ni. Baru 74 peserta. Target kita 200 orang kan


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ya, kena rekrut ramai lagi.


message 6: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Bersemangat sikit bila sifu dah 'masuk duty'. Najibah dah habis pantang ye.
Kita promosi kepada ahli untuk serta. Ada yang sangka bila dah masuk kat challenge tu, dah dikira sekali.


message 7: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments Rasanya tidak ramai tahu kena masuk shelf Malaysia Membaca. Mungkin perlu terangkan di sini. Limau Nipis pun saya rasa tidak perasan


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ya, ramai yang tak perasan, dan rasanya ramai juga yang tak set up shelf mereka betul2 sebab banyak shelf tak bertambah pun bacaan.


message 9: by Norain (new)

Norain | 687 comments Tak faham saya. Yang mana satu dikira sebenarnya? Bilangan peserta challenge tak sama dengan yang dikira oleh Syahira. Dan saya tak tahu jumlah buku yang mana yang dikira Syahira.

Kesian dia. Kalau saya mesti dah pening lalat.


message 10: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments banyak shelf kosong kat mari membaca dan ada member active GRMY dalam friendlist tak masuk thread MM dan widget.


message 11: by Fadzli (new)

Fadzli Jamaludin | 19 comments saya pun memang keliru dengan sistem yg di guna pakai...apa2 pun sya cuma buat reading chalenge yg di sediakan oleh Goodreads shj...

maaf masih belajar lagi guna Goodreads ni...


message 12: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Shelf MM tu kat mana? Saya guna mobile version, di ofis tak boleh akses GR, sebab Social communication. Tak nampak kat mana Shelf MM


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Mobile version memang tak ada Kak Azzah. MM shelf lebih kurang shelf Goodreads Challenge yang pihak GR sediakan setiap tahun tu.


message 14: by Wafa (new)

Wafa | 22 comments 3-4 bulan sebelum 2013 menutup tirai,

semoga berjaya !


back to top