Goodreads Malaysia discussion

46 views
Arkib (50 Buku Setahun 2009) > Senarai 50 annahs

Comments Showing 1-16 of 16 (16 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by annahs (last edited May 06, 2009 02:43AM) (new)

annahs | 70 comments Assalammualaikum wrh wbt.

Saya malu sebenarnya hendak letak di sini. Bukannya apa, masing - masing punya bacaan hebat dan bercirikan antarabangsa, yang tentunya lebih luas penguasaan ilmu. Saya membaca banyak jenis buku, majalah dan apa jua media yang memberi apa maklumat, tetapi kurang dalam buku - buku antarabangsa. Kalau adapun, sedikit sahaja. Mungkin kena pertingkatkan lagi selepas ini. :)

Saya senaraikan dulu yang mana yang teringat. Nanti akan ditambah kemudiannya. Terima kasih pada kak najibah sebab bagi semangat pada saya yang masih lagi kurang membaca ini. Thanks!

. The Kite Runner - Khaled Hosseini.
. Siddhartha - Hermann Hesse (ITNM)
. Pusaka Cendana - Nor Azah Abd Aziz & Rozlan Mohamed Noor.
. Membina Imiginasi Cemerlang - H.M Tuah Iskandar
. Islam Liberal-Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong - Prof Madya Mohammad Kamil Hj Abd Majid, Prof Madya Dr Fauzi Deraman, Mohd Asri Zainal Abidin & Admin Armas, M.A
. Jiwa Hamba - Azizi Hj Abdullah
. Rahmat di sebalik Dugaan - Kasmuri Selamat M A
. Cinta Berbalas di Meja 17 - Dr Ir Wan Abu Bakar (eSastera.net)
. Zikir Rindu - Azizi Hj Abdullah
. Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid
. Age-Proof Your Brain - Tony Buzan
. Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
. Sang Pemimpi - Andrea Hirata
. Kitab Cinta Yusuff & Zulaikha - Tafiqurrahman Al-Hazizy
. Wang, Anda & Islam - Zaharuddin Abd Rahman
. Terbilang-Potret Tokoh Wartawan - Chamil Wariya
. Syumul - Azmah Nordin
. The Chronicle of Narnia - CS Lewis
. Tanam secara fertigasi - beli online.
. Ketupat Cinta - Faisal Tehrani (terbaru)
. Seni Penulisan Kreatif - Lim Swee Tin.

Sedang membaca :
. Dinar Emas Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia - Salmy Edawati Yaacob & Ab. Mumin Ab. Ghani
. Malaysia:The Planning of A Nation - M J Bruton

Ini sahaja yang teringat. Selepas ini akan menyusul lagi.

p/s : Puan moderator, kalau baca bukan buku macam karya ilmiah @ kertas kerja, boleh masuk sekali ka? :)


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Heeeeeee, nak kena Annahs ni... Kalau tak antarabangsa lagi buku-buku di atas, apa lagi ciri antarabangsa yang boleh ditambah. Annahs dah baca buku profesor dan pengarang-pengarang tersohor di peringkat ASEAN dan lain-lain, maksudnya karya-karya mereka pun dah antarabangsa juga, kan? :)

Saja ya, cuba menjadi padi yang rasminya menunduk bila makin berisi...


message 3: by annahs (new)

annahs | 70 comments Loh! Itu kira antarabangsa ek? Tau baca je. hahahaha.

Tapi memang sikit pun. Kena tambah lagi ni. Nak dibanding dengan yang teman2 lain, ishk! Malu betul!

Tak sangka bila taip2 nak dekat 20 buah. Boleh tercapai 50 ni. Amin!


message 4: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
annahs kata: "Terima kasih pada kak najibah sebab bagi semangat pada saya yang masih lagi kurang membaca ini."

Wah, begini dikatakan kurang membaca? Hrm... :>




message 5: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Wah... macam2 jenis buku, dari yang saya pernah dengar sehinggala yang saya tak pernah dengar. Saya rasa mungkin saya akan pick up a couple of books from the list to read. Nampak macam interesting je... Tapi kena habis yang ada atas rak saya dulu...


message 6: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualikum

Jack, tiada masalah kalau nak pinjam & boleh bertukar - tukar. Akan ada lagi tajuk yang pelik2 lepas ini. hahaha

Saya masih lagi menunggu soalan saya pada puan moderator. Kalau bahan - bahan lain yang dibaca tapi bukan buku, boleh tak letak di sini? :)


message 7: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments annahs wrote: "Assalammualikum

Jack, tiada masalah kalau nak pinjam & boleh bertukar - tukar. Akan ada lagi tajuk yang pelik2 lepas ini. hahaha"


Saya sebenarnya, suka beli buku ^^ habit, kalau boleh tunjukkan di mana saya boleh dapatkan buku-buku tertentu - saya laju je membeli =D


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 03, 2009 08:36PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Annahs,

:) tak tertengok soalan Annahs yang terakhir sekali tu. Ini semacam artikel jurnal, majalah dan lain-lain ke?

Boleh saja Annahs, dialu-alukan :). Tapi cadangan saya di hujungnya nanti masukkan ke dalam 'bracket' apa jenis bahannya, supaya rakan-rakan kita di GR tak keliru bila tengok senarai kita :) - sebab kebanyakan senarai lain semuanya buku setakat ini. Harap telah membantu.


message 9: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualikum...

Ok. Saya agak kerap attend kursus2 yang banyak bagi kertas2 kerja dan kajian ilmiah.

Nanti saya masukkan.

Buku untuk pembedahan pun belum dibeli lagi... huhuhuh


message 10: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments Jack wrote: "Saya sebenarnya, suka beli buku ^^ habit, kalau bo..."


Saya pun. Selalu je nak beli, padahal buku kat rumah pun tak habis baca lagi. Pastu rasa happy je bila tengok almari kat rumah tu penuh dengan buku :)



message 11: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualaikum...

Sebenarnya, bilik tu jadi sangat wangi dengan buku... Hahahahaha


message 12: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments annahs wrote: "Sebenarnya, bilik tu jadi sangat wangi dengan buku... Hahahahaha"

Balik semula pada isu bau buku.. haha. Honestly, sebelum ni saya tak pernah2 dengar orang cakap pasal bau buku ni. Masuk group ni memang gives me macam2 idea yang pelik, but interesting nevertheless. Ataupun saya saja yang pelik sebab tak pernah nak terfikir untuk bau buku? :P




message 13: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Saya memang gila bau buku - paling best bau buku lama (yg tak berhabuk la!). I have an old Macbeth copy - saya beli in 1985 for O-Level Literature. It's hardbound, small-sized and slim tapi with sturdy pages, gold-gilt sided pages pulak tu (tapi dah faded sikit la) and imagine, it was published in 1931.

1931!!! It's 78 years old! And it gives out this wonderful powdery smell when you flip thru the pages!

Shivering punya syiok hehehe


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
:O 78 years old book! Di rumah saya buku paling lama diterbitkan sekitar 1950-an, karya Pendeta Za'ba menghimpunkan pantun-pantun Melayu. Itupun buku yang diselamatkan semasa 'weeding' di sekolah arwah ayah. Yang ini sudah tak boleh dicium bau sebab berhabuk-habuk digigit gegat :(

PS: Buku-buku Arab emak saya tak pasti pula tahun berapa paling awal terbit. Balik ke kampung nanti, akan semak semula :D


message 15: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualaikum...

Masa kecil2 dulu teringat ayah selalu selak dan bau buku. Saya fikir ayah semacam gian dengan bau..

Bila dah besar dan boleh fikir ni, baru lah saya tau buku tu ada baunya sendiri. Sekarang anak dia pula yang gian bau buku.. hahahahaha

p/s: Seingat saya semasa sekolah rendah, cuba ikut ayah bau majalah sarina yang ayah langgan dari zaman dia muda. Akhirnya, batuk & selsema seminggu. Berhabuk pastinya! :)


message 16: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Ahhh... Bau buku... Heheh... Saya pun suke... Tapi, pasal buku lama... Rumah saya, yang paling lama pun mungkin dalam usia 20 tahun. Family banyak pindah waktu mak muda, so basically the books got thrown out or goes missing while in transit. Too bad, I'd love to keep something that long and look at it again and again. Thinking how not just the story survive the test of time, but the material used to bind the story together...


back to top