Goodreads Malaysia discussion

120 views
Komen & Cadangan > Biodata Pengarang

Comments Showing 1-5 of 5 (5 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 05, 2009 03:03AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Sebahagian kecil pengarang Malaysia, saya telah usahakan melengkapkan biodata mereka. Mungkin ada pengarang yang warga GR Malaysia minati, jadi bolehlah sama-sama membantu mengemas kini biodata mereka.

Untuk lebih memudahkan semua pihak, biodata pengarang yang hampir lengkap mungkin boleh disenaraikan di sini (merujuk kepada adanya foto, tarikh lahir, description, rss feed blog mereka, jantina dan lain-lain yang asas):

1. Zamri Mohamad
2. Marsli N.O.
3. Faisal Tehrani
4. A Samad Said
5. Lim Swee Tin
6. Hasrizal Abdul Jamil
7. Mohd Fadzilah Kamsah
8. H M Tuah Iskandar
9. ...........


message 2: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualikum wrh wbt.

Saya mulakan dulu boleh?

A. Samad Said

A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura. Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976), S.E.A. Write Award (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.
(Rujukan : http://wirabukit.com)


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited May 04, 2009 10:25PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ops Annahs, ada sedikit kekeliruan saya rasa. Maksud saya di atas merujuk kepada helaian elektronik data pengarang misalnya di sini adalah helaian elektronik tentang A Samad Said yang telah dilengkapkan seseorang: http://www.goodreads.com/author/show/...

Nama-nama pengarang dengan biodata lengkap sebeginilah yang saya pohon senaraikan di sini :)

Apapun terima kasih Annahs sebab bereaksi


message 4: by annahs (new)

annahs | 70 comments Assalammualaikum

Saya pun tak faham juga...

Hehehehe...

Tumpang lalu gak..


message 5: by Amirul (new)

Amirul | 6 comments Snn Usman Awang ada tak najibah?
perlu menyiapkan tugasan lah..hehe.

lagi satu..ada tak sasterawan/penyajak mana mana bagi makna atau mendefinisikan apa itu sajak/puisi?hurm...nak maksud puisi bukan dari kamus dewan..adeh..


back to top