Goodreads Malaysia discussion
Arkib (Maraton Membaca 2014)
>
Maraton Malaysia Membaca 2014
date
newest »
newest »
tapi moderator perlu kemas kini topik discussion. maraton malaysia membaca 2014 masih belum dinaikkan dlm discussion board kita.
Boleh masukkan sendiri. Ada "Manually add ..." Tak ingat pulak ayat penuhnya.
Atau minta ahli Goodreads lain yang bertaraf Goodreads Librarian masukkan - antaranya Najibah
Atau minta ahli Goodreads lain yang bertaraf Goodreads Librarian masukkan - antaranya Najibah
assalamualaikum, ini post pertama saya dalam GRMY. Daftar sebagai ahli dah lama. Hajat di hati nak sertai maraton ni. Lama dah tak membaca buku secara konsisten.
Bagi rakan-rakan pembaca di sini yang tidak mahu buat senarai baca secara manual, boleh letakkan ikrar membaca tahunan untuk tahun 2014 di pautan (link) berikut:
https://www.goodreads.com/challenges/...
https://www.goodreads.com/challenges/...
Faridah Ahmat wrote: "assalamualaikum, ini post pertama saya dalam GRMY. Daftar sebagai ahli dah lama. Hajat di hati nak sertai maraton ni. Lama dah tak membaca buku secara konsisten."
Faridah, amat dialu-alukan :)
Faridah, amat dialu-alukan :)
Saya ada tambah buku baru dalam database GR. Mungkin boleh di jadikan koleksi dalam perpustakaan peribadi kawan-kawan.
Menuju Sejahtera Meraih Bahagia










Saya meniru apa yang telah Puan Najibah post pada tahun lepas untuk tajuk yang sama.
Masing-masing tertunggu-tunggu untuk memulakan Maraton 2014. Jadi saya buatkan ini bagi memudahkan semua rakan-rakan yang sedang bersemangat.
Sesiapa yang ada pertanyaan mengenai bagaimana ingin turut serta dan lain-lain yang berkaitan, boleh ajukan di sini.
Mungkin antara seramai 1500 lebih ahli ada yang berminat, tapi kurang pasti bagaimana ingin bermula. Ramai yang dah pakar hal Goodreads, jadi jangan segan ya. Boleh manfaatkan lagi forum ini.
Ada dua cara untuk sertai:
1. Secara manual, iaitu dengan membuka satu thread di bawah folder Maraton Malaysia Membaca 2014, letaklah nama sedikit dengan apa-apa moto atau ayat yang kita suka, kemudian senaraikan buku-buku yang sudah habis dibaca tahun 2014, dengan bernombor. Kenapa perlu diletak nombor? Kerana ada jurukira berdedikasi kita, Syahira Syarif :) (bila bernombor, itu membantu tugas Syahira untuk buat statistik bulanan dan tahunan).
2. Secara auto, iaitu dengan menyertai Challenge Malaysia Membaca (yang di bawah Currently Reading). Kalau mahu gunakan sistem yang dibina Goodreads ni, hanya perlu gunakan "read" shelf, tapi jangan lupa tandakan tarikh kita tamat baca buku itu pada bahagian review buku (mesti antara 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014). Atau boleh juga buat satu shelf lain khusus (berilah apa saja nama) untuk letak buku-buku bacaaan tahun ni, masih dengan syarat tarikh tamat baca buku harus ditanda pada book review. Jika tidak, sistem auto Goodreads tak akan update jumlah bacaan dalam Challenge itu nanti.
3. Add Syahira Syarif ke friend list masing-masing, supaya Syahira dapat mengira jumlah bacaan rakan-rakan sebagai statistik Malaysia Membaca :)
Ada yang kurang pasti, bolehlah tanya di sini.