Goodreads Malaysia discussion

45 views
Arkib (Maraton Membaca 2017) > Norziati Membaca 2017

Comments Showing 1-29 of 29 (29 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Norziati (last edited Nov 12, 2017 08:43PM) (new)

Norziati | 380 comments Tahun ini sasaran 80 buku.

Tahun 2016 Berjaya mencapai sasaran 70 buku

1. Hikayat Raja Pasai
2. Islam Di Alam Melayu
3. Ayah
4. Karya Klasik Melayu Islam
5. Budaya Ilmu Dan Gagasan 1Malaysia: Membina Negara Maju Dan Bahagia
6. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
7. Syeikh Nuruddin ar-Raniry: Sejarah, Karya dan Sanggahan Terhadap Wujudiyyah di Aceh
8. Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani - Ulama' dan Pengarang Terulung
9. Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. oleh H.W Muhd Saghir Abdullah
10. Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah
11. Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. oleh Wan Muhd Shaghir Abdullah
12. Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. oleh Wan Muhd Shaghir Abdullah
13. Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. oleh Wan Muhd Shaghir Abdullah
14. Penyebaran Islam Dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu. Wan Mohd Shaghir Abdullah
15. Syeikh Ismail al-Minangkabawi: Penyiar Thariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah oleh Wan Muhd Shaghir Abdullah
16. Kumpulan Cerpen: Segara Lazuardi oleh Tiras Raduan
17. Hilang Dari Istana
18. Lelaki Lena di Batu oleh Suhaimi Haji Muhammad
19. Kumpulan Puisi Mek Bah oleh Faisal Tehrani
20. Pendidekan budi pekerti oleh Ahmad Sonhadji Muhammad
21. Syeikh Ahmad Al-Fathani - Pemikir Agung Melayu Dan Islam oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah
22. Syeikh Ahmad Al-Fathani - Pemikir Agung Melayu Dan Islam oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah
23. Kasut Biru Rubina oleh Sufian Abas
24. Mani Purindan Dalam Sejarah Melayu oleh Ismail Azman Omar
25.SMILE: Skill, Motivasi, Inspirasi, Luar Biasa, Elegan oleh Irma Hasmie
26. Cerita Cinta Ahmad Ammar oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia
27. شرح القويسني على السلم oleh الشيخ حسن درويش القويسني
28. Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah
29.بصائر أزهرية على المواهب الربانية في شرح المقدمات السنوسية oleh لأبي إسحاقق إبراهيم الأندلسي ثم السرسقطي
30. Memoir A. Samad Ismail Di Singapura oleh A. Samad Ismail
31.Yusoff Zaky Yacob: Dian Yang Tak Kunjung Padam oleh Asmadi Yakob
32. Tarim: Kota Sejuta Wali oleh Abdul Qadir Umar Mauladdawilah
33.


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Tahniah! Tumpang semangat Norziati. Semoga sama2 berjaya mencapai target tahun ini.


message 3: by Norziati (last edited Jan 11, 2017 10:18PM) (new)

Norziati | 380 comments 1. . Hikayat Raja Pasai by Russel Jones oleh Russel Jones

Tamat baca: 3 Januari
Rating: A
Genre: Sejarah
Ulasan: Buku penting yang mencatatkan peristiwa kedatangan Islam ke alam Melayu. Sama ada ia mitos atu sekadar cerita, hikayat ini tetap menjadi bahan kajian utama dalam mencari maklumat serta menafsir setiap kata yang tertulis di dalamnya.


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Selain Russell Jones, belum ada pengkaji lain yang transliterasikan?


message 5: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments 2. Islam Di Alam Melayu by Mahayudin Haji Yahaya oleh Mahayudin Haji Yahaya

Tamat baca: 9 Januari
Rating: C
Genre: Sejarah
Ulasan: Kumpulan tulisan penulis. Ada satu artikel yang sudah dimasukkan dalam bukunya yang lain, oleh itu tak boleh bagi banyak bintang :(


message 6: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments 3 . Karya Klasik Melayu Islam by Mahayuddin Hj Yahaya olehMahayudin Haji Yahaya

Tamat baca: 12 Januari
Rating: C
Genre: Sejarah
Ulasan: Transliterasi 5 manuskrip Melayu, data koleksi Melayu di Eropah dan satu artikel tentang manuskrip. Ada maklumat yang perlukan bacaan lain supaya boleh mengurangkan kemarahan (haha). Tapi penulis memberikan kesimpulan yang baik.


message 7: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments 4. Ayah by Andrea Hirata oleh Andrea Hirata

Tamat baca: 9 Januari
Rating: A
Genre: Novel
Ulasan: Apa lagi yang boleh kita kata tentang Andrea Hirata? Novel Ayah bukan sekadar tentang ayah. Boleh termenung dibuatnya


message 8: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Norziati wrote: "2. Islam Di Alam Melayu by Mahayudin Haji Yahaya oleh Mahayudin Haji Yahaya

Tamat baca: 9 Januari
Rating: C
Genre: Sejarah
Ulasan: Kumpulan tulisan penulis. Ada satu artikel yang sudah..."


kesimpulannya, pengarang tarjihkan pandangan mana tentang islam di alam melayu?


message 9: by Norziati (last edited Jan 11, 2017 11:06PM) (new)

Norziati | 380 comments Nazmi wrote: "Norziati wrote: "2. Islam Di Alam Melayu by Mahayudin Haji Yahaya oleh Mahayudin Haji Yahaya

Tamat baca: 9 Januari
Rating: C
Genre: Sejarah
Ulasan: Kumpulan tulisan penulis. Ada satu a..."


Dalam artikel awal, dia mengatakan bahawa oleh kerana kerajaan Pasai kerajaan Islam pertama di alam Melayu dan kitab Bahr al-Lahut digunakan ketika itu, dan Bahr al-Lahut pula ada unsur syiah, maka kerajaan awal alam Melayu berfahaman syiah. Tapi kemudian telah bertukar kepada mazhab Shafi'i bila datang ulama ASWJ membawa fahaman tasawuf dan kekal hingga sekarang. Sejauh mana 'kesyiahan' kerajaan tersebut dan amalannya, tidak dinyatakan dengan jelas.

Artikel bahagian kesimpulan, dia membicarakan tentang bidang penulisan manuskrip Melayu-Islam yang terarah kepada fiqh, tauhid dan tasawuf. Cuma saya tidak senang bila dia mengatakan ajaran Islam di alam Melayu telah 'dipengaruhi' oleh ajaran tasawuf. Kenapa perlu 'mempengaruhi', bukannya menyerap. Seolah-olah tasawuf aalah satu ajaran luar dari Islam.

Begitulah sedikit sebanyak perkara yang mendatangkan keraguan, jadi kena counter dengan Mysticism :)


message 10: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Najibah wrote: "Selain Russell Jones, belum ada pengkaji lain yang transliterasikan?"

Ada beberapa sarjana yang buat. Setakat ini baru baca Russell Jones yang menggunakan manuskrip simpanan Stamford Raffles.


message 11: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (last edited Jan 11, 2017 11:11PM) (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Norziati wrote: "Nazmi wrote: "Norziati wrote: "2. Islam Di Alam Melayu by Mahayudin Haji Yahaya oleh Mahayudin Haji Yahaya

Tamat baca: 9 Januari
Rating: C
Genre: Sejarah
Ulasan: Kumpulan tulisan penul..."


1. mengatakan ajaran islam di alam melayu dipengaruhi oleh ajaran tasawuf, mungkin sama dgn mengatakan ajaran islam di alam melayu dipengaruhi oleh ajaran fiqh.... atau kalam!

:)

2. apa pula unsur syiah dalam kitab bahr al-lahut? ada perincian?


message 12: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Nazmi wrote: "Norziati wrote: "Nazmi wrote: "Norziati wrote: "2. Islam Di Alam Melayu by Mahayudin Haji Yahaya oleh Mahayudin Haji Yahaya

Tamat baca: 9 Januari
Rating: C
Genre: Sejarah
Ulasan: Kumpu..."


1. Setuju! Ia sebahagian dari ajaran Islam, bukan sekadar pengaruh-mempengaruhi

2. Itu masalahnya - tidak ada perincian. Sekadar tulis. Kena usaha mencari dalam artikel dia yang lain kalau mahu lihat aliran pemikirannya.


message 13: by Norziati (last edited Jan 27, 2017 12:00AM) (new)

Norziati | 380 comments 5. Karya Klasik Melayu Islam by Mahayuddin Hj Yahaya oleh Wan Mohd Nor Wan Daud

Tamat baca:
Rating:
Genre:
Ulasan:


message 14: by Norziati (last edited Jan 27, 2017 12:00AM) (new)

Norziati | 380 comments 6. Penjelasan Budaya Ilmu by Wan Mohd Nor Wan Daud oleh Wan Mohd Nor Wan Daud

Tamat baca:
Rating:
Genre:
Ulasan:


message 15: by Norziati (last edited Jan 27, 2017 12:00AM) (new)

Norziati | 380 comments 7. Syeikh Nuruddin ar-Raniry Sejarah, Karya dan Sanggahan Terhadap Wujudiyyah di Aceh by Ahmad Daudi oleh Ahmad Daudi

Tamat baca:
Rating:
Genre:
Ulasan:


message 16: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments 8. Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani - Ulama' dan Pengarang Terulung by Wan Mohd Shaghir Abdullah oleh Wan Mohd Shaghir Abdullah

Tamat baca:
Rating:
Genre:
Ulasan:


message 17: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Banyak hutang ni, kata Najibah :)


message 18: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Nazmi wrote: "Banyak hutang ni, kata Najibah :)"

Ok lari... haha


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Haha, macam mana boleh baca fikiran saya


message 22: by Norziati (last edited Apr 13, 2017 09:45PM) (new)

Norziati | 380 comments Buku yang tiada dalam senarai Goodreads
(belum muatnaik = malas nak muatnaik/tak sempat dimuatnaik/tak perlu muat naik).

1. Pemikiran kalam Imam Abu Mansur al-Maturidi: Perbandingan dengan Kalam Mu'tazilah dan al-Asy'ari oleh Dr Noer Iskandar al-Barsany
2. Pengantar Ilmu Tarekat dan Tasauf oleh Aboebakar Atjeh


message 24: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 24, 2017 06:58AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Subhanallah, sudah mampu baca buku2 Arab. Tahniah T_T... Jauh sudah saya ketinggalan...


message 25: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Najibah wrote: "Subhanallah, sudah mampu baca buku2 Arab. Tahniah T_T... Jauh sudah saya ketinggalan..."

Baca dengan dipimpin guru, baru boleh habis. Kalau tidak, baca tak faham apa :)


back to top