Goodreads Malaysia discussion
Arkib (Maraton Membaca 2017)
>
Bacaan Hanom 2017
date
newest »




*Tamat Bacaan : 14 Januari 2017
*Rating : 5 bintang
Sebuah novel luar biasa yang menyelitkan sejarah Israel dan Zionis serta pendedahan penyeksaan di penjara rejim zionis. Cinta kepada tanah airnya Lebanon mengatasi cinta Ibrahim Pasha kepada Anastanya.



*Tamat bacaan : 20 Januari 2017
*Rating : 5 bintang
Sebuah novel 96 muka surat yang mampu mengetuk hati pembaca terhadap secebis kisah masyarakat yang merahsiakan rasa. Rasa yang bersahut namun tiada ruang untuk bersama hingga keduanya bertemu yang Esa.
Namun cinta kepada Allah yang tinggi tidak sepatutnya membawa kekecewaan yang berpanjangan akibat cinta kepada manusia yang tidak kesampaian.



*Tamat bacaan : 20 Januari 2017
*Rating : 5 bintang
Buku yang memuatkan panduan memanfaatkan dunia sebagai bekalan akhirat disamping menjaga hati daripada penyakit-penyakit hati agar amalan kita tidak sia-sia.



*Tamat bacaan : 25 Januari 2017
*Rating : 4 bintang
Cinta Ibrahim terhadap surau lama di Desa Seworan dan wasiat Kiai Ahmad telah membawa Ibrahim kepada konflik yang berat bukan sahaja daripada penduduk kampung malahan ibu bapanya sendiri. Jiwanya semakin parah apabila dalam masa yang sama dia baru mengenali cinta dan dikecewakan. Ibrahim diulit kecewa sepanjang hidupnya walaupun dia telah melakukan segala kebaikan agak sedikit tidak adil buat Ibrahim. Namun gaya bahasa, pemilihan kata serta teknik penulisan seperti penggunaan metafora, simile dan hiperbola yang baik menjadikan perjalanan novel ini begitu alami.



*Tamat bacaan : 30 Mei 2017
*Rating : 4 bintang
Karya yang penuh dengan motivasi untuk berjaya. Semangat setiakawan serta bercita-cita tinggi adalah perkara yang patut dicontohi oleh semua remaja di Malaysia. Saya kira wataknya yang sangat matang dan bertanggungjawab membimbing kawan-kawan untuk sama-sama berjaya dalam SPM.
Tahniah kepada penulis dan pelukis!
Jom baca!


* Tamat bacaan : 8 Jun 2017
* Rating : 5 bintang
Novel remaja yang mempunyai rentak yang agak laju. setiap bab perlu diikuti dengan bab seterusnya untuk mengetahui perjalanan cerita. Perjalanan hidup sukar 3 orang akibat peceraian ibu bapa dan diserahkan secara mutlak kepada penjaga telah menjadikan Khairul seorang remaja yang sangat matang. Dalam usia semuda 17 tahun dia sudah menjadi abang sulung yang bertanggungjawab kepada dua adiknya yang diserahkan kepada penjaga berasingan. Khairul tidak sekalipun menyalahkan takdir kehidupannya ataupun menyalahkan p[enceraian kedua orang tuanya yang jarang menjenguk mereka setelah masing-masing berkahwin semula. Walupun diserahkan kepada waris terdekat, adik bongsunya Minhad telah menjadi mangsa penderaan bapa saudaranya sendiri. ini semua kerana dendam bapa saudaranya itu terhadap Khairul. Kanak-kanak berusia 7 tahun itu akhirnya berjaya diselamatkan.
Perjalanan hidup kita sudah ditentukan tuhan. Bukan kerana manusia kita sengsara. Kuatkan hati dan semangat, anda boleh berjaya walaupun apa latar belakang anda!
Jom baca!
Books mentioned in this topic
Novel Remaja: Minhad (other topics)Misi 10A Finale (other topics)
Jangan Biarkan Surau ini Roboh (other topics)
Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi: Jalan Lurus Menuju Allah (other topics)
Di Bawah Lindungan Kaabah (other topics)
More...
Authors mentioned in this topic
Osman Dol (other topics)Nazry Salam (other topics)
Taufiqurrahman al-Azizy (other topics)
Ibn Qudamah al-Maqdisi (other topics)
Hamka (other topics)
More...
Masih bercita-cita meneruskan aktiviti pembacaan 2017. Sekadar menjadikan membaca sebagai terapi diri.
Moga berjaya!