Goodreads Malaysia discussion

52 views

Comments Showing 1-21 of 21 (21 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by 'Izzat (last edited Jan 11, 2018 07:58AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments Lanjutan dari mula menyertai marathon GR Malaysia tahun lepas, harapnya kali ini dikurniakan masa dan peluang untuk menulis reviu secara lebih konsisten dan komprehensif.

40 Buku adalah sasarannya juga tahun ini.


message 2: by 'Izzat (last edited Jan 21, 2018 08:21AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 1. The Invention of the Land of Israel From Holy Land to Homeland by Shlomo Sand
The Invention of the Land of Israel: From Holy Land to Homeland oleh Shlomo Sand
Tamat baca : 7 Januari
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Sejarah, Israel-Jews, Jewish Studies
Ulasan : Sebuah buku terbit dari kesedaran moral; Sand, seorang sarjana dalam bidang Sejarah berbangsa Yahudi telah menulis buku ini; memerihalkan asal-usul argumen negara Israel; yang merupakan ciptaan dan rekaan (sesuai dengan real-politik) golongan Nazi dan golongan berkepentingan (British umpamanya, yang ingin memulau pelarian Yahudi dari negara mereka).

2. Decoding Advertisements Ideology and Meaning in Advertising by Judith Williamson
Decoding Advertisements: Ideology and Meaning in Advertising oleh Judith Williamson
Tamat baca : 19 Januari
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Media, Filsafat, Kritik Kapitalisme
Ulasan : Meskipun sedikit berat (dan beberapa perkara harus ditambah-baca), buku ini merupakan kritik secara mendasar akan akar pengaruh iklan terhadap diri kita. Digunakan pisau analisis dari tradisi Marxis, psikoanalisis dan filsafat; penulis membongkar sisi pandang iklan yang barangkali kita terlepas pandang; atau lebih tepat, telah diserap menjadi 'sebahagian dari diri kita'.
Ulasan


message 3: by 'Izzat (last edited Jan 28, 2018 05:35AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 3. Against Elections The Case for Democracy by David Van Reybrouck
Against Elections: The Case for Democracy oleh David Van Reybrouck
Tamat baca : 23 Januari
Penilaian : 3 bintang
Jenis buku : Pemikiran politik, Sejarah
Ulasan : Sebuah buku yang mempersoalkan tentang demokrasi pilihanraya, yang pada penulis, sudah busuk hingga ke usus. Dimulakan dengan mengkedepankan sejarah demokrasi (Athens ke Occupy), kemudian ke persoalan kewajaran dalam bab diagnosis, dan pengutaraan solusi/bentuk demokrasi baru dalam bab ubat (remedies).

Ulasan panjang

4. Anarchism and Education A Philosophical Perspective by Judith Suissa
Anarchism and Education: A Philosophical Perspective oleh Judith Suissa
Tamat baca : 26 Januari
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Pendidikan/filsafat pendidikan, Pemikiran Anarkisme
Ulasan : Penulis mengkedepankan satu bentuk/struktur pendidikan melalui mazhab anarkisme, yang didokong oleh mahaguru mahaguru-nya Peter Kroptkin, Michael Bakunin dan beberapa lagi. Diutarakan semula relevensi-nya terhadap para pengkritik pada awalnya, kemudian disambung dari situ persoalan-persoalan sifat-fitrah manusia (human nature) yang tidak bertentang dengan idea anarkisme. Turut dibawa sama projek sekolah anarkisme yang pernah dibina dan cara fungsinya.


message 4: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 5. Healing Without Freud or Prozac Natural Approaches to Curing Stress, Anxiety and Depression by David Servan-Schreiber
Healing Without Freud or Prozac: Natural Approaches to Curing Stress, Anxiety and Depression oleh David Servan-Schreiber
Tamat baca : 15 Februari
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Self-help, Kesihatan Mental
Ulasan : Penulis yang merupakan seorang neurosaintis yang kemudian menjadi psikatris, telah menuliskan cara-cara konservatif dalam pemulihan pesakit mental disamping rawatan baru tanpa keperluan talk-therapy mahupun pengambilan ubat secara berkala yang disaran perubatan Barat-Eropah.

6. The Technological Society by Jacques Ellul
The Technological Society oleh Jacques Ellul
Tamat baca : 25 Februari
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Filsafat, Politik-Ekonomi, Sejarah
Ulasan : Yang dibahas sebenarnya adalah lebih kepada teknik berbanding teknologi. Teknik dalam memahami sejarah, teknik penguasaan massa oleh pemimpin, teknik dalam pendidikan. Satu buku yang sukar untuk difahami dalam sekali baca, dan perlu dibaca-semula setelah membaca beberapa buku yang dinukil penulis.


message 5: by 'Izzat (last edited Mar 09, 2018 03:12AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 7. Women & Power A Manifesto by Mary Beard
Women & Power: A Manifesto oleh Mary Beard
Tamat baca : 3 Mac
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Pembedayaan Wanita, Sejarah (klasik)
Ulasan : Tulisan seorang sejarawan klasik British yang menghubungkait sejarah dan tulisan sejarah mengenai wanita dalam masyarakat, dan melontarkan persoalan semasa.

8. The Almost Nearly Perfect People Behind the Myth of the Scandinavian Utopia by Michael Booth
The Almost Nearly Perfect People: Behind the Myth of the Scandinavian Utopia oleh Michael Booth
Tamat baca : 8 Mac
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Sejarah, Antropologi
Ulasan : Buku nukilan seorang jurnalis yang menetap di Denmark, beliau mengembara ke negara-negara Nordic (Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland) untuk meneroka sifat azali masyarakat melalui temubual dengan sarjana, sejarawan, ahli ekonomi dan politik; disamping mencatatkan peristiwa yang berlaku secara peribadi.


message 6: by 'Izzat (last edited Mar 18, 2018 12:55AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 9. The Name of the Rose by Umberto Eco
The Name of the Rose oleh Umberto Eco
Tamat baca : 13 Mac
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Fiksyen (keterkaitan rapat dengan sejarah dan filsafat)
Ulasan : Sebuah tulisan seorang sarjana filsafat dan bahasa, novel ini memerihalkan mengenai tragedi pembunuhan di sebuah biara (abbey/ monastery). Isi cerita lebih hidup apabila penyiasat kes itu, William of Baskerville mengutarakan buah-buah pandang-nya (dalam dialog) yang sarat dengan mutiara yang tersembunyi.

10. Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays by Syed Muhammad Naquib al-Attas
Some Aspects of Sufism as Understood and Practised Among the Malays oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas
Tamat baca : 18 Mac
Penilaian : bintang
Jenis buku : Sejarah, sosiologi
Ulasan : Al-Attas merekodkan sisi sufisme secara rasmi dengan methodologi sosiologi. Selain dari menolak tafsiran sejarawan terdahulu terhadap sufisme (bandingan dengan ahli magis/ sihir misalnya), beliau turut memberi terjemahan baru karya-karya tasawwuf, yang akan menjadi sebahagian dari projek intelektual-nya selepas dari karya ini.


message 7: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 11. Anna Karenina by Leo Tolstoy
Anna Karenina oleh Leo Tolstoy
Tamat baca : 9 Mei
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Fiksyen
Ulasan : Sebuah karya fiksyen Tolstoy yang dikatakan antara karya terbaik di dunia (malah lebih dari War and Peace-nya), karya ini mengisahkan mengenai kompleksiti diri manusia, berdepan cabaran dalaman dan luaran, pengkhianatan dan persahabatan tak lupa sama persoalan kelas yakni hubungan manusia dengan alam material.


12. 1984 by George Orwell
1984 oleh George Orwell
Tamat baca : 15 Mei
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Fiksyen
Ulasan : Karya yang sebenarnya lebih kepada amaran berbanding ramalan seperti yang ditanggapi ramai, karya ini antara yang dikritisi ramai, baik dari peminat mahupun pengkritik. Persoalan-persoalan atau tema yang dikemukan melalui cerita beliau di dalam kisah ini wajar dicemati dan direnungi segenap warga yang bergelar manusia bebas.

Ulasan panjang


message 8: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 13. The Bible The Biography by Karen Armstrong
The Bible: The Biography oleh Karen Armstrong
Tamat baca : 25 Mei
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Sejarah, Pemikiran agama
Ulasan : Buku biografi Bible ini ditulis secara berkronologi. Mudah ditelaah, penulisan yang adil dari seorang sarjana.

Ulasan panjang

14. Membebaskan Allah Dari 'Islam' by Mohd Syazreen Abdullah
Membebaskan Allah Dari 'Islam' oleh Mohd Syazreen Abdullah
Tamat baca : 27 Mei
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Wacana Islam Kontemporari, Pemikiran agama
Ulasan : Penulis menyambung wacana reformis dengan mempermasalahkan mengenai pegangan agama yang diamalkan umat Islam dalam masyarakat yang plural (rencam, pelbagai).


message 9: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 15. The Knowledge of Nature and the Nature of Knowledge in Early Modern Japan by Federico Marcon
The Knowledge of Nature and the Nature of Knowledge in Early Modern Japan oleh Federico Marcon
Tamat baca : 28 Jun
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Sejarah Jepun, Ilmu Alam
Ulasan : Buku ini mengumpulkan sejarah pembangunan ilmu alam disamping dalam masa sama merekodkan struktur sosial masyarakat Jepun di zaman awal.

16. Intelektual Masyarakat Membangun by Syed Hussein Alatas
Intelektual Masyarakat Membangun oleh Syed Hussein Alatas
Tamat baca : 1 Julai
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Sosiologi, Pemikiran politik
Ulasan : Hussein Alatas mengkedepankan analisa beliau mengenai golongan intelektual (dan dibandingkan dengan golongan pandir dalam masyarakat membangun. Hal-hal seperti falsafah pembangunan, metodologi kajian (mendahulukan pengenalpastian masalah secara tepat sebelum mengutarakan solusi misalnya) adalah antara hal yang dibincangkan dalam bahasa orang awam.


message 10: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 17. The Power Elite by C. Wright Mills
The Power Elite oleh C. Wright Mills
Tamat baca : 8 Julai
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Sosiologi, Sejarah, Pemikiran Politik
Ulasan : Sosiologis humanis ini membedah struktur kuasa dalam wacana Amerika Syarikat. Ia memasukkan perbincangan rapi mengenai aspek berhubung-kait yakni golongan elit pemerintah, golongan tentera dan pengumpul kapital yang membentuk suatu elit penguasa dalam masyarakat.

18. Young People and Political Participation Teen Players by Jacqueline Briggs
Young People and Political Participation: Teen Players oleh Jacqueline Briggs
Tamat baca : 14 Julai
Penilaian : 3 bintang
Jenis buku : Politik, Sejarah
Ulasan : Buku sains politik ini membincangkan mengenai hal pengundi muda. Termasuk dalam perbincangannya adalah media baru, aspek & tahap penglibatan politik serta politik baru dalam wacana Britain serta Eropah.


message 11: by 'Izzat (last edited Aug 14, 2018 08:15AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 19. Reforming Education The Opening of the American Mind by Mortimer J. Adler
Reforming Education: The Opening of the American Mind oleh Mortimer J. Adler
Tamat baca : 29 Julai
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Falsafah Pendidikan
Ulasan : Buku yang mengumpulkan esei Adler yang sebenarnya ditulis di kolum tertentu atau disampaikan di konferensi, ia membicarakan perihal pendidikan di Amerika Syarikat, membelah masalah dengan tajam dari masalah warisan generasi sehingga ke masalah pemikiran scientism/empiricism yang me-wabak ke pengajaran pendidikan di sekolah dan kolej-universiti.

20. The Revolt of the Masses by José Ortega y Gasset
The Revolt of the Masses oleh José Ortega y Gasset
Tamat baca : 1 Ogos
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Falsafah, Sosiologi
Ulasan : Buku filasuf Sepanyol ini memerihalkan mengenai orang-mass (mass-man), hubungkait dengan pandang alam mereka; kemudian disambung perbahasan ke perkembangan nation state di zaman mereka serta struktur masyarakat-kuasa.


message 12: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 21. How to Travel with a Salmon and Other Essays by Umberto Eco
How to Travel with a Salmon and Other Essays oleh Umberto Eco
Tamat baca : 5 Ogos
Penilaian : 3 bintang
Jenis buku : Kumpulan karangan esei falsafah, fiksyen dan umum (expository)
Ulasan : Kumpulan esei bahagian kedua dalam majalah sastera, professor bahasa (semiotik) ini menulis secara santai, menyindir aspek kehidupan moden sama ada di universiti, birokrasi dalam pentadbiran atau kehidupan umumnya. Turut dimuatkan pendedahan kepada pembaca akan aspek umum seperti pemetaan dan penulisan kritik seni.

22. Gender Trouble Feminism and the Subversion of Identity by Judith Butler
Gender Trouble: Feminism and the Subversion of Identity oleh Judith Butler
Tamat baca : 11 Ogos
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Pengajian/teori gender/queer, psikoanalisis
Ulasan : Antara buku terawal abad 20 dalam topik ini, Judith Butler mempermasalahkan hal berkaitan jantina (gender), seks (seks) dari kerangka teori kritikal (psikoanalisis, antropologis dan filsafat dekonstruksi).

Ulasan tidak pendek


message 13: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 23. Dialectic by Mortimer J. Adler
Dialectic oleh Mortimer Adler
Tamat baca : 13 Ogos
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Falsafah
Ulasan : Antara buku terawal beliau, ia membicarakan mengenai cara berfikir dialetika, selain perihal berkaitan seperti perdebatan idea dan titik temu/pisah, dan contoh-contoh dialetika dalam persoalan kehidupan.

24. Fathers And Sons by Ivan Turgenev
Fathers And Sons oleh Ivan Turgenev
Tamat baca : 31 Ogos
Penilaian : 3 bintang
Jenis buku : Fiksyen
Ulasan : Buku penulis terkenal Russia ini memerihalkan persoalan asas dalam masyarakat membangun (di Russia); hal yang merentasi generasi baru dan lama, serta nilai-nilai baru yang dicedok dari negara lain (dan lama) yang cuba dibahaskan melalui watak dalam cerita ini.


message 14: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 25. Animal Sacrifice in Ancient Greek Religion, Judaism, and Christianity, 100 BC-Ad 200 by Maria-Zoe Petropoulou
Animal Sacrifice in Ancient Greek Religion, Judaism, and Christianity, 100 BC-Ad 200 oleh Maria-Zoe Petropoulou
Tamat baca : 2 September
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Sejarah (kajian tekstual)
Ulasan : Kajian sarjana Greek ini memfokuskan kepada topik korban haiwan dalam tiga tamadun: Greek lama, Yahudi dan Kristian. Ia melakukan banding beza dan interpretasi terhadap teks-teks lama (dan cuma mengambil sedikit faktor arkeologi berbanding faktor budaya cultural).

26. Minorities Islam and the Nation State by S. Showkat Hussain
Minorities: Islam and the Nation State oleh S. Showkat Hussain
Tamat baca : 8 September
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Politik (Undang-undang), Sejarah
Ulasan : Masalah golongan minoriti dalam negara-bangsa sepanjang sejarah dibahaskan dalam buku ini, menurut prinsip yang digariskan Islam. Ia membahas secara ringkas kes-kes di Amerika, Eropah dan India sebagai perbandingan.


message 15: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 27. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu by Syed Muhammad Naquib al-Attas
Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas
Tamat baca : 9 September
Jenis buku : Falsafah Sejarah-Melayu
Ulasan : Buku kumpulan ucapan Prof Naquib semasa pengukuhan pelantikan beliau di UKM. Membahaskan sejarah (bahasa) Melayu serta halatuju yang diharapkan dari penubuhan Institusi Bahasa.

28. Foucault A Very Short Introduction by Gary Gutting
Foucault: A Very Short Introduction oleh Gary Gutting
Tamat baca : 15 September
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Falsafah, Biografi
Ulasan : Antara buku pemula bagi mengenali tokoh ini, buku ini memampatkan perbincangan sekitar tokoh ini dari sumber yang pelbagai.


message 16: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 29. Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya- Persoalan Wibawa Dalam Wacana Islam by Khaled Abou El Fadl
Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya- Persoalan Wibawa Dalam Wacana Islam oleh Khaled Abou El Fadl
Tamat baca : 17 September
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Wacana Islam Kontemporari, Pemikiran agama
Ulasan : Penulis mengkritik sisi ortodoks dalam ber-ugama, khususnya faham yang dipelopori golongan fundamentalis.

30. Charles Baudelaire A Lyric Poet In The Era Of High Capitalism (The Verso Classics Series) by Walter Benjamin
Charles Baudelaire: A Lyric Poet In The Era Of High Capitalism oleh Walter Benjamin
Tamat baca : 5 Oktober
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Falsafah, kesusasteraan
Ulasan : Syarah sastera modeniti selain filsafat usulliy Benjamin.


message 17: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 31. The Writer of Modern Life Essays on Charles Baudelaire by Walter Benjamin
The Writer of Modern Life: Essays on Charles Baudelaire oleh Walter Benjamin
Tamat baca : 5 Oktober
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Falsafah, kesusasteraan
Ulasan : Edisi terbitan yang lain, lebih komprehensif nota kakinya.

32. The Republic and the Laws by Marcus Tullius Cicero
The Republic and the Laws oleh Marcus Tullius Cicero
Tamat baca : 11 November
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Pemikiran politik, Falsafah, Sejarah
Ulasan : Berbanding Republik Plato, tulisan Cicero ini lebih membumi, disebabkan usulan yang dibuat bukan berdasarkan utopia/ideal tetapi perbandingan dengan konsep nyata, real.


message 18: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 33. Cicero a Turbulent Life  by Anthony Everitt
Cicero: a Turbulent Life oleh Anthony Everitt
Tamat baca : 11 November
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Biografi, Sejarah
Ulasan : Sebuah tulisan sejarah yang neutral bagi cicero.

34. The Asian Renaissance by Anwar Ibrahim
The Asian Renaissance oleh Anwar Ibrahim
Tamat baca : 11 November
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Pemikiran politik
Ulasan : Diungkapkan kembali prinsip politik moral dalam wacana politik yang berkecamuk.


message 19: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 35. Reflections on Asia by Mahathir Mohamad
Reflections on Asia oleh Mahathir Mohamad
Tamat baca : 11 November
Penilaian : 3 bintang
Jenis buku : Pemikiran politik, sejarah
Ulasan : Catatan berkala seorang perdana menteri semasa dalam pentadbiran.

36. The Battle for God A History of Fundamentalism by Karen Armstrong
The Battle for God: A History of Fundamentalism oleh Karen Armstrong
Tamat baca : 28 November
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Falsafah, Sejarah, Wacana Agama Kontemporari
Ulasan : Pengutaraan wacana dalam perkembangan tiga agama utama; Islam (di Mesir & Iran), Kristian (AS & Eropah) dan Yahudi (pra & pasca Israel).


message 20: by 'Izzat (last edited Dec 30, 2018 05:13AM) (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 37. The Illustrated Animal Farm by George Orwell
The Illustrated Animal Farm oleh George Orwell
Tamat baca : 6 Disember
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Fiksyen, pemikiran politik
Ulasan : Kritik satira Orwell terhadap komunisme Rusia mahupun bentuk birokrasi kerajaan/negara.

38. On Palestine by Noam Chomsky
On Palestine oleh Noam Chomsky, Ilan Pappé
Tamat baca : 9 Disember
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Pemikiran politik, sejarah
Ulasan : Catatan perbualan dua tokoh seputar hal Palestin-Israel dan tindakan lanjutan darinya.


message 21: by 'Izzat (new)

'Izzat Radzi (izzatradzi10) | 53 comments 39. The Invention of the Jewish People by Shlomo Sand
The Invention of the Jewish People oleh Shlomo Sand
Tamat baca : 20 Disember
Penilaian : 5 bintang
Jenis buku : Sejarah, Pemikiran politik
Ulasan : Sejarawan Yahudi menghidupkan wacana sejarah kritis terhadap monopoli sejarah Yahudi dalam wacana pendidikan Israel.

40. Russian Political Thought A Concise History by Sergej V. Utechin
Russian Political Thought: A Concise History oleh Sergej Utechin
Tamat baca : 26 Disember
Penilaian : 4 bintang
Jenis buku : Pemikiran politik, Sejarah
Ulasan : Tulisan ringkas pemikiran-pemikiran politik Rusia, dari zaman pra-russia (muscovite) sehingga gerakan anti-komunis.


back to top