Goodreads Malaysia discussion

18 views
Arkib (Maraton Membaca 2018) > 2018 - Misi Mempertegas Hadaf, Memperjelas Khittah : Penafikewalahan dan Penafikelelahan

Comments Showing 1-9 of 9 (9 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Bismillah.


message 2: by M. Azhaari Shah (last edited Jan 16, 2018 05:34AM) (new)

M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 1. 100 Ideas for Dads Who Love Their Kids But Find Them Exhausting by Willem Van Eekelen 100 Ideas for Dads Who Love Their Kids But Find Them Exhausting by Willem Van Eekelen

1/218

Memulakan 2018 dengan bacaan futuristik. Oh jangan salah faham. Membaca untuk persiapan kelas kelas enrichment yang mungkin akan diadakan semula nanti, sebenarnya.

Saya kira permainan dengan kanak kanak ini bersifat universal sebenarnya. Sebagaimana kita di Timur, permainan permainan ini juga digunakan oleh ibu bapa bersama anak anak mereka di Barat. Jadi, kita dapat fahami permainan permainan dalam buku ini kerana kita juga mungkin pernah bermain permainan ini semasa kecil.

Apapun buku ini didedikasikan kepada ayah ayah yang sibuk dan kepenatan setelah bekerja seharian supaya masih dapat bermain dengan anak anak mereka tanpa terlalu banyak pergerakan dan menggunakan terlalu banyak tenaga.

Mungkin selain buku Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu yang mengenengahkan tentang permainan permainan bernostalgia bersama kawan kawan sepermainan, buku berkenaan permainan ibu bapa dan anak anak versi Malaysia juga boleh dihasilkan. Mesti jadi bestseller juga

2. Mengurus Sekolah by Abdullah Sani Yahaya Mengurus Sekolah oleh Abdullah Sani Yahaya

Buku ini berkisar tentang cara mengurus sekolah dari A-Z. Fokus pembacaan adalah pada bahagian defisit pembelajaran, agihan mata pelajaran, corrective feedback dan teori motivasi pembelajaran.

Penulis menghurai setiap topik dengan sangat detailed bersulam pengalaman penulis yang sangat berpengalaman dalam pengurusan pendidikan dan di KPM.

3. Motivation and Practice for the Classroom by Phillip A. Towndrow Motivation and Practice for the Classroom oleh Phillip A. Towndrow

Terjebak dengan research seorang teman dalam bidang motivasi pembelajaran dan defisit pembelajaran. Maka dicari lah beberapa buku sebagai bacaan sebelum menyumbang sedikit penulisan.

Ini kali pertama sebenarnya memfokuskan bacaan kepada motivasi pembelajaran. Rupanya Motivasi adalah penting juga.Ia penting lebih lagi kerana sistem pendidikan di Malaysia yang menggalakkan persaingan dan streaming.

Tanpa motivasi pelajar akan hilang punca dan tujuan datang ke sekolah. Iya kita boleh berdebat tentang merasionalkan tentang mengapa perlu pergi ke sekolah, tetapi dengan tiadanya motivasi, sudah tentu pelajar akan mudah merasakan sekolah sebagai penjara bagi mereka.

Maka buku ini menggariskan khittah penting bagi
Panduan guru untuk memotivasikan pelajar di dalam dan di luar kelas.

4. Iman dan Kehidupan by Yusuf Al-Qaradawi Iman dan Kehidupan oleh Yusuf Al-Qaradawi

Dengan buku ini kita akan dapat mempelajari tentang hakikat iman dan kehidupan dengan begitu ensiklopedik dan menyeluruh.

Mungkin saya belum bertemu atau tahu lagi tentang kitab kitab lain yang membahaskan tentang keimanan dengan begitu tuntas, namun setakat ini, ini lah kitab yang paling luas cakupan perbahasan nya(setakat yang saya pernah baca) tentang iman, baik dari segi ilmu tauhid, interaksi fiqh taayyusy dengan non Muslim, ciri ciri insan beriman, peran pentingnya insan beriman dalam membangun masyarakat, keluarga dan negara.

Sungguh cukup kenyang dapat membaca buku ini. Cuma disayangkan, terpaksa dibaca dengan laju kerana dipinjam dari seorang teman. Hilang nikmatnya.

5. Batu Bersurat Terengganu Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini? by Ahmat Adam Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini? oleh Ahmat Adam

Berani, menongkah arus dan non confirmist. Itu lah Prof Ahmat Adam. Kritikan beliau terhadap Zainiy Uthman yang dikatakan sekadar 'membawa' tulisan lama SMN Al Atas tanpa membawakan penemuan penemuan baru tentang Batu Bersurat Terengganu sepatutnya jadi pengajaran supaya kita tidak hanya selesa menjadi confirmist sejati tanpa cuba menghadirkan sesuatu dapatan yang baru.

Seolah-olah keseluruhan buku ini adalah ditulis sebagai antithesis kepada tulisan Zainiy Uthman tersebut.

6. Adab Berdialog & Strateginya by Adab Berdialog & Strateginya Adab Berdialog & Strateginya oleh Aidh Al Qarni

7. Kunang Pesisir Morten by Raiha Bahaudin Kunang Pesisir Morten oleh Raiha Bahaudin


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 50-100


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 101-149


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 150-199


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 200-218


message 7: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Ok sudah masuk dalam senarai liga.


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments Nazmi wrote: "Ok sudah masuk dalam senarai liga."

Baik ustaz terima kasih. 😉


M. Azhaari Shah Sulaiman (azhaarishah) | 216 comments 6. Adab Berdialog & Strateginya by Adab Berdialog & Strateginya Adab Berdialog & Strateginya oleh Aidh Al Qarni


Berapa banyak konflik yang dapat diselesaikan melalui jalan dialog. Malah, dialog selalu menjadi pilihan pertama untuk menyelesaikan isu isu sensitif.

Melalui buku ini, dapatlah difahami bahawa dialog tidak hanya berlaku dalam perbincangan ilmiah atau dalam ketegangan, malah turut termasuk juga dialog dalam kehidupan seharian bersama keluarga terutama dalam menyampaikan nasihat kepada ahli keluarga.

Adab dan strategi dialog amat penting terutama bagi mengelakkan ketegangan selepas berlaku nya dialog


7. Kunang Pesisir Morten by Raiha Bahaudin Kunang Pesisir Morten oleh Raiha Bahaudin

Took two weeks to finish. I really wanted to appreciate this book aptly. Really moved by just how brilliant that little girl Dhiya was. Took awhile for me to imagine the crab fight since I have never witnessed it either. But overall, it was a very good reading, good narrative which then resonates lively imagination.


back to top