Goodreads Malaysia discussion

53 views
Arkib (Maraton Membaca 2019) > Rak Nissa' 2019

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Nissa' (last edited Jan 26, 2019 06:38AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Sasaran tahun ini - 40 buku.

Januari


1. The Forty Rules of Love by Elif Shafak
The Forty Rules of Love

Sambung baca dari tahun lepas. Novel di dalam novel ini bercerita tentang persahabatan Rumi dan Shams al-Tabriz. Sebagai seorang yang hanya mengenal Rumi daripada puisi-puisi beliau sahaja, novel ini adalah pembuka mata untuk saya mencari lebih tentang beliau (dan Shams) dan juga falsafah-falsafah di sebalik ajarannya.


2. The Hen Who Dreamed She Could Fly by Sun-mi Hwang
The Hen Who Dreamed She Could Fly

Akhirnya, novel Korea Selatan pertama yang saya baca. Saya beli buku ini di MPH tanpa berfikir banyak, sebenarnya kerana tertarik dengan kulit buku yang cantik. Bacaan yang santai dan lancar, bercerita tentang Sprout (hen) yang menetaskan dan membesarkan seekor mallard. Selain tentang kasih-sayang seorang ibu, novel ini juga bercerita tentang perbezaan identiti/jenis yang membuatkan mereka tidak diterima oleh kelompok masing-masing. A typical but realistic Korean drama :)


3. Every Breath by Nicholas Sparks
Every Breath

Sengaja saya pilih novel yang sedikit ringan untuk mengekalkan momentum awal tahun. Bab-bab awal sedikit perlahan dan bosan. Tapi Nicholas Sparks masih pandai memikat dengan bahasanya. Novel ini tentang cinta antara benua Tru dan Hope. Juga tentang magis Kindred Spirit - sebuah peti surat awam di Sunset Beach, North Corolina. Kebanyakan surat yang diletakkan di situ adalah "letter to the universe", surat tanpa alamat yang ditujukan kepada kenangan. (Saya dah Google, peti surat ini memang wujud!)


message 2: by Nissa' (last edited Feb 23, 2019 09:36PM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Februari


4. Warkah Buat Seorang Penyair Muda by Rainer Maria Rilke
Warkah Buat Seorang Penyair Muda

Koleksi surat-surat Rainer Maria Rilke kepada Franz Xaver Kappus, ketika itu seorang penyair muda yang sedang belajar di akademi tentera. Suka membaca terjemahan Dato' Baha Zain yang mengalir cantik.

5. Strange Weather in Tokyo by Hiromi Kawakami
Strange Weather in Tokyo

Sebuah novel yang sangat ringkas dengan plot yang lurus.


Sedang baca:
Appointment with Death
The Pocket Rumi Paperback JALALUDDIN RUMI, MEVLANA



message 4: by Nissa' (last edited Apr 20, 2019 09:18AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
April


9. The Dog Who Dared to Dream by Sun-mi Hwang
The Dog Who Dared to Dream


Maraton membaca buku-buku dari PBAKL supaya tidak tertangguh lama seperti tahun-tahun lalu.

10. Rumah Yang Tumbuh Dari Bukit by S.M. Zakir
Rumah Yang Tumbuh Dari Bukit

Kumpulan puisi S.M. Zakir yang membawa hal-hal dari Taiwan. Tentang kehidupan beliau sepanjang di Treasure Hill, Taipei dan juga tentang kesepian di tanah asing.


11. Perempuan Pembunuh Sepi by Rita Robert Rawantas
Perempuan Pembunuh Sepi

Kumpulan puisi ini mengangkat satu tema yang jarang didengari, iaitu kehidupan para perempuan di lorong-lorong belakang yang hitam. Rupanya bukan sengaja cover buku dibuat sebegini,


12. Ular Di Tilamku by S.M. Zakir
Ular Di Tilamku

Juga cerita-cerita S.M. Zakir dari Taiwan. Seperti yang ditulis di blurb buku, 12 cerpen di dalam buku ini sengaja tidak mengikut garis dan jalan yang ada. Ia melompat dari realiti ke khayali membuatkan kita tersihir oleh cerita. Cerpen paling saya suka adalah Penyair yang Melompat Keluar Dari Buku.


13. Surat-Surat Untuk Cinta Daripada Seperenggan Hujan by Hani Salwah Yaakup
Surat-Surat Untuk Cinta Daripada Seperenggan Hujan

Hujan, cinta rindu dan perempuan memang sinonim :)


14. Jarum Jocasta by Siti Jasmina Ibrahim
Jarum Jocasta

15. Ifindo by Saifullizan Yahaya
Ifindo

16. Ahad Yang Suram by Zainal Rashid Ahmad
Ahad Yang Suram

17. Generasi Paling Jahanam by Saharil Hasrin Sanin
Generasi Paling Jahanam

18. Sampah by Shahnon Ahmad
Sampah


message 5: by Nissa' (last edited May 14, 2019 11:49PM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Mei


19. Meneruskan Perjalanan by Zurinah Hassan
Meneruskan Perjalanan

Edisi terbitan semula oleh DBP. Suka membaca cerita dan suasana pada zaman itu.


20. Love & Misadventure - Cinta & Kesialan-Kesialan by Lang Leav
Love & Misadventure - Cinta & Kesialan-Kesialan


21. Pekan Berembang (Salina Ibrahim)


message 9: by Nissa' (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
September


33. The Nakano Thrift Shop by Hiromi Kawakami
The Nakano Thrift Shop


message 12: by Nissa' (last edited Jan 01, 2020 04:10AM) (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Disember


39. I, KKK The Autobiography of a Historian by Khoo Kay Kim
I, KKK: The Autobiography of a Historian

40. Botchan by Natsume Sōseki
Botchan


Sebenarnya sewaktu meletakkan target bacaan 40 buah buku saya mengharapkan berjaya baca lebih, tapi nampaknya memang ngam-ngam saja tahun ini.

Tahun depan mahu kurangkan kuantiti dan baca lebih banyak buku-buku tebal :)


back to top