Goodreads Malaysia discussion

34 views
Arkib Maraton Membaca 2020 > hanya 5 yang kualiti

Comments Showing 1-4 of 4 (4 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Mohd (last edited Mar 16, 2020 11:05PM) (new)

Mohd Azlan | 8 comments #1
The Grapes of Wrath by John Steinbeck
The Grapes of Wrath oleh John Steinbeck

Rating : 5/5

Buku yang menang pulitzer prize tahun 1940. Latar tahun 30-an di bermula di selatan USA, Oklahoma, bersempadan dengan Texas, tahun Dust Bowl, tahun kematian tanah dan tanaman, debu menyelubungi keseluruhan kehidupan di situ. Tom Joad baru dilepaskan dari 4 tahun penjara, on parole, pulang ke keluarga besarnya, Ini buku yang panjang, jadi Steinbeck ambil masa yang cukup untuk lukis setiap sifat watak, terperinci tanpa membosankan.

Tom dan keluarga terpaksa tinggalkan rumah ladang mereka kerana kapitalis akan melenyekkan seluruh kampung. Keluarga yang asalnya melawan tapi terpaksa akur. Kapitalis adalah golongan yang ambil hak orang lain dan mengembalikan hak itu dalam keadaan yang mangsa tak sanggup terima tetapi terpaksa terima kerana tiada pilihan lain, sama seperti di tanah air, tanah ekar dibeli pemaju untuk dibina rumah teres berhimpit-himpit dan dijual kepada orang tanah air untuk duduk berhimpit-himpit tanpa tanah, tanpa ada pilihan.

Dalam satu malam Tom dan keluarga besarnya dan bekas paderi Casy menyembelih 2 ekor babi dan berkemas memuatkan barang dari satu rumah ke dalam satu lori. Awal pagi esoknya terus berangkat ke California. Pembaca menamakan buku ni 'truly american' dan aku mula menyetujui gelaran itu sepanjang perjalanan keluarga Joad ke California. Grandpa meninggal, ditanam ditepi jalan, mereka bantu keluarga Wilson baiki trak dan sama-sama bergerak, Trak Wilson rosak, Tom, Casy, dan Al tinggal membaiki trak Wilson sementara yang lain berhenti bermalam di tanah orang dengan sedikit bayaran. Ya, truly american. Tom dan keluarga merentas kearah selatan hampir separuh USA menuju ke California yang dijanjikan pekerjaan memetik anggur dan oren. Novel ini sangat serius dalam memberi gambaran zaman 'the great depression'. Dalam perjalanan, harapan mereka untuk kehidupan baru sedikit demi sedikit pudar dan akhirnya gelap, dan basah di penghujung cerita. Terasa sangat berat buku ini, dan aku sentiasa ada kerisauan akan adakah buku seterusnya yang sehebat buku ini.


message 2: by Mohd (new)

Mohd Azlan | 8 comments #2
The Science of Interstellar by Kip S. Thorne
The Science of Interstellar
oleh Kip S. Thorne

Rating: 4/5

Ini buku kedua yang aku baca selepas kekaguman dengan movie Interstellar (2014). Kip adalah pencipta asal movie ini, dengan visi beliau yang mahukan teoritikal fizik diterjemah ke wayang gambar, dan dengan kolaborasi dengan Christopher Nolan, hasilnya menakjubkan (walaupun aku bukan penggemar tetap movie Chris Nolan). Mengulas buku ini serupa mengulas movie Interstellar.

Interstellar adalah movie sains 'non-fiksyen' oleh kerana ketepatan jalan ceritanya dengan astrofizik. Namun bukan 100% penceritaan adalah tepat dengan teori astrofizik jadi Kip melabelkan setiap aspek sebagai samada 'Truth', Educated Guess, atau 'Speculation'. Buku ini memperjelas setiap 'event' dalam movie tersebut dari sudut teoritikal fizik dan astrofizik.

Dan bab yang membuatkan aku beli buku ni adalah bab di mana Cooper masuk / jatuhkan dirinya ke dalam Gargantua (black hole). Dan segala kekaguman bermula di situ, dari teori space-time, space warps, gravity harnessing, worm hole, sehingga time travel. Bayangkan time travel dijelaskan dari sudut hukum fizik.


message 3: by Mohd (new)

Mohd Azlan | 8 comments #3
Inside Out A Personal History of Pink Floyd by Nick Mason
Inside Out: A Personal History of Pink Floyd
oleh Nick Mason

Rating 2/5

Penceritaan paling berkesan semestinya dari saksi yang nampak keseluruhan, dan Nick Mason yang ada skill menulis selain pemain drum band ini, dia melihat setiap kejadian dari sudut paling belakang. Pink Floyd adalah the greatest rock band on earth. Band yang tumbuh lewat 60-an hampir serentak dengan nama besar lain dari cambah blues-rock; Led Zeppelin, Jimi Hendrix, King Crimson, dan yang sedikit lewat dan flamboyant, Queen. 'Rock' itu sendiri berakar dari blues yang dimainkan orang kulit hitam yang lalui apartheid, bukan Elvis atau Beetles. Jika lebih spesifik, Pink Floyd dikelaskan kepada progresif rock dan psychedelic rock oleh kerana susunan muziknya dan persembahan pentasnya yang tidak tipikal.

Nick tidak menulis rahsia penciptaan lagu-lagu mereka, tidak juga perihal peribadi ahli band. Sedikit sangat cerita pasal David, Roger, dan Rick (Richard Wright). Tapi cerita orang-orang yg terlibat dengan band seperti pengurus, sound engineer terlalu banyak pula. Nick rupanya merekod setiap perihal pergerakan mereka semasa gig dan tour sehingga terkadang aku terpaksa skip. Jika pembaca mencari cerita di sebalik lagu-lagu berhantu mereka contohnya The Great Gig in The Sky yang kawan aku sifatkan sebagai 'dengar orang menjerit ja' maka pembaca akan kecewa. Malahan Nick sendiri seakan kabur dalam menceritakan sebab-sebab album The Dark Side of The Moon itu boleh terjual sedemikian hebat. Barangkali kerana Nick bukan tenaga dalam mencipta lagu, barangkali dia cenderung kearah teknikal dan mekanikal penghasilan bunyi seperti yang dia sifatkan 'mechanics of the sound rather than the creation of the music'. Namun aku hargai keperician memori Nick dan role beliau sebagai pivot sepanjang perkelahian antara ahli band sejak lewat 70an sehinggah reunion untuk Live 8 pada 2005.

Bukanlah buku yang kualiti tapi aku tinggalkan ulasan di sini. Jika buku ini ditulis David atau Rick, mungkin isinya lebih kepada isi tersirat lirik dan rahsia alunan muzik sebagaimana filosofi arwah Rick Wright ; 'technique is so secondary to ideas'. Sejak 2010 hingga hari ini, lagu Time masih lagi aku set sebagai alunan alarm pagi-pagi.


message 4: by Mohd (last edited May 16, 2020 02:50AM) (new)

Mohd Azlan | 8 comments #4
Rontok by Arena Wati
Rontok
Oleh Arena Wati

Rating 2/5

Buku yang sesuai dibaca remaja lebih 12 tahun tapi tak sesuai dimasukkan sebagai pembelajaran KOMSAS sekolah menengah. Survival kanak-kanak dan remaja pelarian Sulu yang terlalu kecil umurnya namun pilihan tiada di tangan mereka sejak tiba di Sabah. Umar, Tijah, dan kanak-kanak lain semuanya pelarian, tidak miliki orang tua mahupun keperluan hidup asas. Penceritaan dalam buku ini macam khayalan yang menggunakan watak yang diadaptasi oleh pemerhatian seharian. Ia satu buku pendek yang sebenarnya tragis, jauh sekali jika mahu dikelaskan kepada cerita kanak-kanak.

Mesej yang mahu disampaikan oleh Arena Wati jelas di penghujung cerita. Semua orang di sekeliling watak terlalu sibuk dengan urusan harian, dan orang kulit putih yang datang mengkaji kanak-kanak pelarian pun sekadar untuk siapkan thesis sendiri tanpa mahu ambil kisah nasib kanak-kanak ini samada makan atau tidak, tidur di mana, mandi di mana, minum air atau minum kotoran, hidup atau mati. Agak keras sebenarnya, kerana ia adalah kritik secara langsung kepada golongan pengkaji (researcher) dan ilmuan tempatan yang mencanangkan tajuk kajian mereka dengan maksud mahu memberitahu umum akan ilmu yang mereka ada namun hasilnya cuma pada diri sendiri, bukan pada kumpulan umum yang dicanang sebagai sasaran. Pedas kan?


back to top