Goodreads Malaysia discussion
Makan Buku, Minum Buku...
>
Tabiat Membaca GRMY
date
newest »
newest »
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Mula-mula saya membaca untuk melepas masa. Tetapi sekarang sudah menjadi “addiction”. Kalau tak baca, rasa tak senang hati! Membaca merupakan “escapism” saya yang utama. Saya suka hilangkan diri dalam situasi dan character buku-buku bacaan saya.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya. Kecuali kalau saya pergi bercuti. Kadang-kadang kalau balik rumah tengah malam pun saya cuba baca dalam 30 minit sebelum tidur.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Mungkin dalam 8 buku.
4.Genre buku yang di baca:
Oleh kerana saya membaca untuk suka-suka, saya cuma baca fiction sahaja. Genre kegemaran ialah romance, thriller dan suspense. Saya suka buku-buku yang berunsur “dark” sebab saya rasa suka menyelami psychology character-character yang “disturbed”.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Kalau mampu saya nak beli semua dalam paperback. Tetapi disebabkan masalah ekonomi, kebanyakkan buku saya ialah ebooks. Lagipun jenis buku-buku yang saya suka susah didapati di kedai buku, kecuali kedai-kedai yang besar.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Selalunya saya mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari untuk sebuah novel. Mata saya sensitif, jadi sekali duduk boleh baca dalam 2 jam sahaja. Lepas itu kena rehat sekejap, baru sambung balik.
Aish, boleh terlepas pandang pula topik ni :D1.Apakah tujuan utama anda membaca?
Mengisi masa lapang dan juga menambah pengetahuan. Kini dah menjadi satu rutin. Rasa serba tak kena pula kalau tak membaca dalam satu hari.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya. Kebiasaannya beberapa jam dalam satu hari.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Lima ke sepuluh buah setiap bulan.
4.Genre buku yang di baca
Semua pun boleh tapi ada special spot untuk genre fantasy dalam hati saya. Tak tahu kenapa, tapi saya sangat minat membaca buku yang disertakan dengan map pada permulaan buku tu.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Kebanyakannya dalam format ebook atau mass paperback. Tak gemar membaca hardback copies disebabkan oleh saiznya.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku
Bergantung kepada jenis dan saiz buku tu. Kalau light reading, biasanya dalam satu atau dua hari.
1.Apakah tujuan utama anda membaca? I love to imagine the places people describe in novels - both fiction and non-fiction. I love to look up the historical facts behind the a historical book. And I like to share the information I read with people around me.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Yes.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
About three books.
4.Genre buku yang di baca:
Fantasy, Finance, Bibliography, History
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Paperback and only 1 ebook. Like the paperback all the time.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Three hours per day
Terlepas pandang topik ni. Topik yang menarik untuk dikupas.1.Apakah tujuan utama anda membaca?
Sebelum ini mungkin hanya untuk mengisi masa terluang tetapi sekarang bagaikan satu ketagihan. Dan yang penting saya akan mencungkil dan hadam walaupun satu ilmu atau pengajaaran dari sesebuah buku yang saya baca.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya kecuali keadaan tidak mengizinkan.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Setakat ini hanya 5-6 buah buku sahaja.
4.Genre buku yang di baca:
Saya boleh bertoleransi dengan semua genre tapi saya cepat fokus kepada buku-buku fiksyen dan buku-buku non-fiction pula, travelog banyak mendominasi koleksi saya.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Kerana saya tidak suka gadjet, jadi paperback jadi pilihan saya. Setakat ini saya hanya ada 1 ebook, itu pun belum habis dibaca.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Bergantung kepada jenis buku & ketebalannya. Kadang kala boleh berlanjutan sehingga seminggu.
1.Apakah tujuan utama anda membaca? I didn't used to think about it this way, but now I think it's to escape. Of course, there's the geek in me that wants to know about and read everything, so there's that aspect, too.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
No. I read MOST days, but there are days when I can't read at all. This sometimes occur after finishing a particularly good book - I'd need to take some time to properly digest it first.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Anywhere from 8 to 20? Depending on the books I read, and the mood I'm in.
4.Genre buku yang di baca:
Fantasy, SF, YA & Children's, oddly specific non-fiction (books on the history of stationery, for example, or the correspondences of my favourite children's books editor, Ursula Nordstrom). I also seem to read and amassed a lot of folklore, mythology, feminist theory/texts, and books on riot grrrl, indie pop and zine culture.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Hardback for YA and mythology/folklore. B-format paperback for non-fiction and some of the SF/F that had horrible covers in hardback. Ebook if it's from an indie publisher that would be too costly to get a hardcopy from, or if it's a "throwaway" book, something I'd read but don't care to keep or reread or recommend.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Depends on the book. Usually about 2 days for a book since I only read in the train and while waiting for people/things. That's the most common case, la. I tend to take my time with non-fic because I prefer to read those at home when on holiday, so that I can read without disturbances. Most weekends, I hardly read though - unless it's comics, essays and/or fanfic.
1.Apakah tujuan utama anda membaca?Saya membaca kerana saya tertarik dengan idea yang dimiliki oleh sang penulis cerita dan bagaimana cara dia mengembangkan ideanya itu melalui penulisan.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Bergantung kepada keadaan. Saya tidak memaksa diri saya untuk membaca. Jika saya rasa nak membaca, walaupun ketika itu saya ada perkara yang penting untuk dibuat, saya akan membaca. Jika saya rasa tidak mahu membaca, biarpun saya ada masa terluang sekalipun, saya tidak akan membaca.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Bergantung kepada keadaan.
4.Genre buku yang di baca:
Fantasi, misteri, triler, dan seram.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Kebanyakannya paperback. Tapi jika mampu saya akan beli dalam bentuk hardcover.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Bergantung kepada ketebalan buku. Jika buku itu dalam lingkungan 400 muka surat biasanya 6 ke 7 jam (tidak termasuk rehat/makan/minum, etc.). Jika lebih daripada itu biasanya 8 jam ke atas. Tempoh masa biasanya dalam seminggu atau lebih (jika buku itu membosankan). Jika buku itu tidak membosankan, biasa saya boleh habiskan membacanya dalam sekali duduk.
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Zaman sekolah sekadar Mengisi masa lapang.Lama lama rasa addicted untuk membaca, kalau tidak membaca seperti ada kelompongan yang perlu diisi.
Tentunya kita membaca untuk memperdalam ilmu, memperbaiki diri. Menghadiri Diskusi buku, discourse, wacana, ziarah penulis/tokoh dan Bedah Buku juga cukup penting bagi memperdalam kefahaman saya (jenis lambat pick up sikit).
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya. Saya sentiasa bawa buku kemana saja saya pergi, terutama bila ada kerja di lapangan ataupun meeting (dari tension menunggu orang yang lewat, baik lah baca buku). Kalau malas sangat, sekurang kurangnya bawa tablet (yang penuh dengan ribuan ebooks).
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Bergantung kepada tahap kerajinan. Purata 15 buku sebulan. 150-180 setahun.
4.Genre buku yang di baca.
Ikut musim. Majoriti Sastera, Sejarah/Ketamadunan, Bahasa/Linguistik, Falsafah/Pemikiran dan Ekonomi/Entrepreneurship. Boleh kata baca semua genre. Jack of all trade, Master of few. Setiap buku ada pembacanya (Every bo book its reader), bak kata Ranganathan dalam Five Laws of Library Science.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Tentu sekali paperback. Ebooks,... Last resort. Biasa guna ebooks untuk research dan studies saja. Dan buku buku yang tidak mampu dibeli serta langka.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku.
Fiksyen : 80-90ms/hour
Non Fiksyen : 30-40ms/hour
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Menambah pengetahuan, memperkaya imiginasi, kepuasan diri sendiri juga memberi contoh kpd anak-anak.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Tidak juga. tapi mesti menghabiskan sekurang-kurangnya 1 buku seminggu.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
4 buku
4.Genre buku yang di baca:
Tidak memilih.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
paperback.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
tertakluk kepada kelapangan dan jenis genre buku. kadangkala boleh 1 hari 1 buku atau 1 minggu 1 buku.
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Membaca melapangkan fikiran saya.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
3.
4.Genre buku yang di baca:
Fantasi
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Dua-dua juga dibaca.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
10 jam untuk buku fantasi ~300 mukasurat.
message 11:
by
Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata
(last edited Jan 20, 2015 10:35PM)
(new)
Soalan yang super seronok nak dijawab:
1.Apakah tujuan utama anda membaca?
Untuk refleksi diri dan kehidupan, menambah ilmu, reset pemikiran dan tindakan, mencari informasi yang diperlukan untuk keluarga dan kerjaya, berhibur.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya, hampir setiap hari (tolak hari bersalin dan seumpamanya). Paling tidak akan membaca bahan elektronik dalam fon bimbit. Adakala tidak sempat bawa buku, atau ke acara yang tak sesuai memegang buku, tapi pegang fon tetap dianggap keperluan di mana saja :)
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Sedang cuba menjadikannya 7 buah sebulan. Sebelum ini antara 2-3 sahaja.
4.Genre buku yang di baca:
Non-fiksyen, terutama biografi, travelog, buku mengenai buku dan perpustakaan, sejarah, puisi.
Fiksyen: Sangat suka, tetapi 2 tahun belakangan, sedang mengubah selera kepada non-fiksyen. Novel sastera dan sesekali chicklit sebagai snek.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Sejak mula membaca secara elektronik (bermula dengan Nook) pada tahun 2010, sudah khatam 14 buah ebuku. Semestinya lebih selesa dengan buku tradisi.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku
Saya gagal menjawab soalan ni. Bergantung kepada buku yang dibaca. Ada yang ambil masa bertahun-tahun tak habis-habis (digantung tak bertali). Ada juga yang bersifat infatuasi, sebentar saja dah berakhir :)
1.Apakah tujuan utama anda membaca?
Untuk refleksi diri dan kehidupan, menambah ilmu, reset pemikiran dan tindakan, mencari informasi yang diperlukan untuk keluarga dan kerjaya, berhibur.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya, hampir setiap hari (tolak hari bersalin dan seumpamanya). Paling tidak akan membaca bahan elektronik dalam fon bimbit. Adakala tidak sempat bawa buku, atau ke acara yang tak sesuai memegang buku, tapi pegang fon tetap dianggap keperluan di mana saja :)
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Sedang cuba menjadikannya 7 buah sebulan. Sebelum ini antara 2-3 sahaja.
4.Genre buku yang di baca:
Non-fiksyen, terutama biografi, travelog, buku mengenai buku dan perpustakaan, sejarah, puisi.
Fiksyen: Sangat suka, tetapi 2 tahun belakangan, sedang mengubah selera kepada non-fiksyen. Novel sastera dan sesekali chicklit sebagai snek.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Sejak mula membaca secara elektronik (bermula dengan Nook) pada tahun 2010, sudah khatam 14 buah ebuku. Semestinya lebih selesa dengan buku tradisi.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku
Saya gagal menjawab soalan ni. Bergantung kepada buku yang dibaca. Ada yang ambil masa bertahun-tahun tak habis-habis (digantung tak bertali). Ada juga yang bersifat infatuasi, sebentar saja dah berakhir :)
1.Apakah tujuan utama anda membaca?Sebab saya sentiasa sunyi.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Seingat saya, Ya. Setidaknya kalau tak ada buku saya akan baca label botol kicap.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Tak tentu, ikut rekod GR tahun lepas saya baca 19 buku. Maknanya +/- 1.5 buku sahaja sebulan. Tapi mungkin ada yang saya lupa nak rekodkan atau buku itu tak ada dalam database GR.
4.Genre buku yang di baca:
sastera, politik, sejarah, falsafah, pengurusan etc.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
apa-apa sahaja selain ebook. ebook sakit mata untuk baca lama-lama.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
ikut mood dan jenis buku. Paling singkat dua jam, paling lama beberapa bulan. Yang baca separuh kemudian tinggal pun banyak juga.
Aziz wrote: "Setidaknya kalau tak ada buku saya akan baca label botol kicap"Hahaha! Kalau dekat restoran saya baca botol sos tomato :)
Aziz wrote: "1.Apakah tujuan utama anda membaca?Sebab saya sentiasa sunyi.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Seingat saya, Ya. Setidaknya kalau tak ada buku saya akan baca label botol kicap.
3.Secara ..."
Hahah. Ingat saya sorang je buat lagu tu. :p
1.Apakah tujuan utama anda membaca? untuk kepuasan. Atau cari ilmu/maklumat. Mostly sebab tengah tunggu episodes baru untuk setiap tv series yang saya tonton. Atau tetengah musim peperiksaan stress baca buku teks. Atau ada kawan yang cadangkan buku.. Atau bualan hangat masyarakat ...
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Tidak. Mingguan, boleh sakit kepala jugak kalau tak berhenti baca buku. Dan sengal-sengal badan.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Bergantung pada emosi. Mungkin seminggu dua buku jadi sebulan dalam 8 buah buku.
4.Genre buku yang di baca:
Memoir atau biografi, sejarah, historical fiction (laksamana sunan !!), sci-fi, children books (terutama yang banyak gambar besar-besar macam Emila Yusof tu), sastera, philosophical serta chick-lit (sophie kinsella)
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Paperback untuk novel melayu dan ebook untuk novel inggeris
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Bergantung pada ketebalan buku. Selalunya 2 jam buku nipis (tak taulah nipis tu macam mana) dan tebal 5-7 jam. (speed reader)
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Fun. Ilmu. Mengisi masa lapang. Menjadi contoh kepada keluarga.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Kalau membaca buku, tidak. Kalau sekadar membaca, setiap hari.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Bergantung, mungkin 3-5 buah buku. Masih belum pandai kaedah "speed reading".
4.Genre buku yang di baca:
Campur aduk. Fiksyen yang selalunya. Memoir, kembara rohani.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Paperback. Ebook, sehingga hari ini hanya satu buku yang habis dibaca. Lain-lain, masih tersimpan rapi dalam telefon.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Puratanya 2-4 hari untuk sebuah buku. Ada yang pernah berlanjutan sampai dua bulan. Ada yang hanya memerlukan satu jam.
My turn now! ^_^1. Apakah tujuan utama anda membaca?
• Entahlah. Saya memang suka sangat membaca. And at the same time sangat salute pada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang memberangsangkan.
• Lagi satu mungkin kerana bau helaian kertas itu sendiri. Rasanya ramai suka memghidu bau kertas buku mereka, kan?
2. Adakah anda membaca setiap hari?
• Dulu ya sehinggakan sewaktu sekolah dalam tahap jauhari kategori nilam dalam program N.I.L.A.M. Tetapi sekarang telah menurun dengan teruknya. Semua ini kerana tiada masa yang mengizinkan. Akan cuba berusaha untuk membaca lagi.
3.Secara purata berapa buku yang dibaca sebulan.
•Bergantung. Kadang-kadang sebuah buku mengambil masa sehingga tiga bulan! Kalau nasib baik seminggu boleh selesai.
4. Genre buku yang dibaca.
• Fantasi! Apa-apa saja asalkan genre tersebut diselitkan sekali.
• Kalau ilmiah pula lebih gemarkan mengenai haiwan (Ex: Majalah Jinak) serta geologi bumi (Ex: Treasure of the Earth). Selain itu apa-apa saja mengenai cerita mitos dan lagenda dunia.
5. Jenis buku yang dibaca. (Paperback/Ebook)
•Biasanya paperback. Sekarang baru berjinak dengan ebook.
6. Purata masa bacaan untuk sebuah buku.
• Biasanya setiap kali baca akan selesaikan satu chapter. So if dua tiga kali sehari dah cover dua tiga chapter juga.
^_^
Itu saja dapat diperkatakan. Gembira dapat berkongsi bersama-sama.
Ask wrote: "My turn now! ^_^1. Apakah tujuan utama anda membaca?
• Entahlah. Saya memang suka sangat membaca. And at the same time sangat salute pada penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang memberang..."
Ask,
Suka dengan idea sekali baca satu bab tu. Idea untuk kami yang sentiasa mencari-cari masa untuk membaca. terima kasih ya.
1.Apakah tujuan utama anda membaca? escape from reality; tambah general ideas - sometime put my book on hold to google some new thing
2.Adakah anda membaca setiap hari?
mostly yes
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
depend. 20 to 25
update: sekarang dah kurang. sebulan dalam 10 buah buku je
4.Genre buku yang di baca:
i read all except sci-fi, politics, horor but i love most is fiction. if non-fiction i read real-life experienced for motivation
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
definitely ebook
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
depends on pages. biasanye 50 to 60 pages per hour
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Menambah ilmu pengetahuan.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya. (Kebanyakannya rujukan semula)
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Bergantung pada masa lapang. (10 baru)
4.Genre buku yang di baca:
Non-fiction, fantasy
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
90% Paperback, 10% ebook
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
5-12 jam (penuh masa)
1.Apakah tujuan utama anda membaca?Menambah ilmu pengetahuan, meneroka minat sedia ada, meneroka minat yang terpupuk dari buku yang telah dibaca, budaya yang terpupuk di UK, eskapisme; sebagaimana sesetengah orang eskapisme dengan membeli-belah, bermain permainan video/komputer, makan-makan, bersukan dsb.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya, kecuali dalam minggu ulangkaji & minggu peperiksaan.
3.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Kedua-duanya.
Ebook (dengan Kindle Paperwhite) atas faktor ketersediaan (availabilty) buku tersebut di Malaysia, juga atas faktor ekonomi.
Paperback atas faktor kecepatan baca dan keselesaan (mudah rujuk silang nota kaki). Selalu saya beli atau dapati di Kino, KL Book Exchange serta kedai 2nd-hand dan pasar buku sekitar KL dan Penang.
4.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
3-5.
Tetapi kalau dalam semester, kadarnya agak rendah.
Bila cuti, boleh cecah 1-3 buku sehari (faktor psikologi).
5.Genre buku yang di baca:
Pelbagai, kecuali fiksyen.
Kalaupun fiksyen, hanya jenis utopia-distopia (buat masa sekarang).
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku
Seperti di (4) diatas, bergantung kepada masa baca (dalam semester atau tidak) dan jenis buku (falsafah selalunya lambat lebih sikit).
Boleh jadi 1 buku sehari, atau satu buku seminggu atau sebulan.
1.Apakah tujuan utama anda membaca? Mengisi masa dan menambah pengetahuan
2.Adakah anda membaca setiap hari?
1-2 jam sehari
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
2 buah buku
4.Genre buku yang di baca:
Sastera/Sejarah/Ekonomi
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Paperback
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
2 minggu
Menariknya topik ini. Maaf kerana saya terlepas pandang. Berikut adalah jawapan saya untuk soalan-soalan yang ditanyakan:1. Apakah tujuan utama anda membaca?
: Tujuan utama adalah sebagai escapism. Pekerjaan seharian sangat menekan jadi saya membaca untuk lari sebentar dari realiti atau permasalahan kerja.
2. Adakah anda membaca setiap hari?
: Ye, setiap hari. Waktu pagi sebelum mula kerja, dan waktu malam, ketika hendak tidur. Jika tiada mood untuk makan, waktu lunch akan dihabiskan dengan membaca. Sebab itu, saya sentiasa membawa buku didalam handbag.
3. Secara purata berapa buku didalam sebulan yang dibaca?
: Kebiasaanya, 4-6 buah buku. Bergantung pada ketebalan buku tersebut dan juga masa yang ada. Adakalanya, bila waktu peak time, dimana banyak kerja ad-hoc yang datang atau deadline project semakin dekat, jumlah buku yang dapat dibaca akan berkurangan.
4. Genre buku yang dibaca:
: General fiction, biography, economy, sastera, motivasi dan macam -macam lagi, kecuali love story. Sangat tidak menggemari love story kerana saya rasa kebanyakkannya tidak berpijak di bumi nyata.
5. Jenis buku yang dibaca: Paperback / ebook.
: Paperback. Bau kertas itu hanya pencinta buku sahaja yang faham.
6. Purata masa bacaan untuk sebuah buku.
: 4 - 5 hari.
best topic ni , maaf terlepas pandang juga 1.Apakah tujuan utama anda membaca?
- mula tu hobi sejak sekolah sekadar mengisi masa lapang , sekarang macam dah gian pula , kalau tak membaca sehari macam tak sah
2.Adakah anda membaca setiap hari?
- ya setiap hari , di waktu bekerja ada masanya menyelak juga ebook , di waktu malam sambil sambil menonton drama mesti membaca juga dua tiga bab
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
- bergantung pada keadaan , sepanjang minggu bekerja mungkin sukar nak menghabiskan sebuah buku tapi di waktu hujung minggu boleh habis dua buah
4.Genre buku yang di baca:
- dulu ye cerita cinta remaja paling digemari waktu muda belia sekarang sesuai faktor umur apa saja genre harus cuba untuk menambahkan pengetahuan
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook :
- semestinya paperback , cuma sekarang sahaja cuba berjinak jinak dengan ebook
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
ini juga bergantung pada keadaan , jika penulis buku itu adalah kegemaran saya atau jalan cerita nya sangat menarik selalunya dalam masa 3 hari waktu bekerja dapat habiskan ,
Azbaqiyah wrote: "Waktu bekerja curi-curi baca ebook tu memang saya suka buat. (^v^)"alah apa salahnya kan kan kan hihihi ( harap harap takdela bos kat GR ni ) :)
iamfizz wrote: "Azbaqiyah wrote: "Waktu bekerja curi-curi baca ebook tu memang saya suka buat. (^v^)"alah apa salahnya kan kan kan hihihi ( harap harap takdela bos kat GR ni ) :)"
hehehe....minta jauhlah....
Entry pertama dalam group:1.Apakah tujuan utama anda membaca?
I read mainly for pleasure. Though at times the books that I read are that of a technical nature, the intent of gaining knowledge is to a large extent that of seeking pleasure as well.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Yes, I try my best. Always have a book handy in my bag.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Largely depends on the books. On average I will be reading up to 4 books at a time, thus it will take longer to finish. On a month where the books are of a lighter genre, I can finish up to 5-6 books.
4.Genre buku yang di baca:
Going off fiction to more non-fiction. The price of getting older (mature?) I think. I enjoy economics, historical fiction and psychology/cognitive/behavioural theory books.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Paperback. Am thinking of getting a kindle though.
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
A book that strikes my fancy will be absorbed with the least amount of time it takes (digestion process will be dependent on the amount of processing that is involved). A less cognitive involved book will take less time and a 'standard' fiction around a day or two.
1.Apakah tujuan utama anda membaca?Sebab saya suka membaca.
2.Adakah anda membaca setiap hari?
Ya.
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
Biasanya 5 tapi kalau terlalu rajin boleh sampai 15.
4.Genre buku yang di baca:
Saya suka baca buku yang perlu berfikir seperti genre misteri/detektif. Disamping dapat berfikir dapat juga mengkagumi otak-otak penulis kurniaan Allah sehingga dapat menghasilkan cerita yang begitu 'complicated' dan licik. Saya juga suka buku berkaitan sejarah, terutama berkaitan peperangan.
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
Pegang buku lebih selesa tapi banyak download ebooks free dari Project Gutenberg. Biasanya saya baca buku luar negara, jadi lebih jimat beli ebooks sebab tiada kos penghantaran. Selalu beli/order melalui kinokuniya tapi sejak masalah currency semua buku dinaikkan Rm5 (melampau!) lebih baik beli ebooks dari negara asal. Tulisan dalam ebooks boleh dibesarkan sebesar mungkin, sesuai untuk orang yang rabun tahap kronik macam saya(@_@;)
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku:
Biasanya 3-5 hari tapi kalau terlalu suka 1-2 hari.



Saya selalu terfikir tentang tabiat membaca ahli-ahli GRMY. Jadi apa kata kita kongsi sama-sama? Anda boleh jawab soalan-soalan berikut:
1.Apakah tujuan utama anda membaca?
2.Adakah anda membaca setiap hari?
3.Secara purata berapa buku dalam sebulan yang dibaca?
4.Genre buku yang di baca:
5.Jenis buku dibaca: paperback/ebook
6.Purata masa bacaan untuk sebuah buku: