Goodreads Malaysia discussion

101 views
Makan Buku, Minum Buku... > Kenapa baca buku?

Comments Showing 1-24 of 24 (24 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Zaghol (last edited Jul 26, 2020 07:56AM) (new)

Zaghol  | 38 comments Saya baca buku sebab mak cik saya masa saya darjah satu belikan saya "buku" manga doraemon. Lepas tu saya akan paksa makcik saya beli komik selalu, anak2 sidek, doraemon, majalah kawan. Sampai saya sekolah rendah darjah 5, ada program buku nilam, saya suka betul program tu sebab saya boleh rekodkan buku dalam buku nilam dengan review sekali. Memang seronok! Saya baca 400 buku masa tu, saya ingat saya menang, rupa2nya ada gadis kelas sebelah baca 600 buku, saya tempat ke-2, dapat hadiah kamus dewan edisi ketiga. Gadis tu dapat basikal. Itulah punca saya baca buku, terima kasih Mak Cik!

p/s: saya pernah cuba nak jadi pengawas perpustakaan masa sekolah menengah tapi tak dapat sebab tak fokus kerja, asyik belek buku je.

Boleh kongsikan kenapa anda baca buku jugak...


message 2: by Zulkifli (last edited Jul 26, 2020 09:20PM) (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 82 comments Saya baca buku (selain al-Quran) dengan pulun sebab nak menulis. Menulis untuk sesuatu projek (terutama yang ada tarikh akhir) begitu mamaksa diri untuk membaca. Oleh sebab itu, bila berada dalam dunia Goodreads saya bagai 'dibuli' oleh kenalan yang begitu banyak baca buku malah terasa kerdil dan kenit, lebih kecil berbanding Awang Khenit!


message 3: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments saya teringin jugak nak menulis, ada la menulis 2-3 cerpen di wattpad tapi itulah, rasa macam mustahil kalau nak menghasilkan novel, penulis novel memang hebat!


message 4: by Zulkifli (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 82 comments Hari ini, besok dan lusa ambil cuti nak siapkan penulisan. Namun tetap ada juga urusan kerja perjumpaan dalam talian (online). Saja tulis sini sebagai suatu bentuk ikrar. Ayuh Zaghol. Tulis apa yang dibaca dalam ayat sendiri. Nanti kumpul-kumpul jadi lah buku.


message 5: by Fara (new)

Fara (faradee) | 12 comments Zaghol wrote: "saya teringin jugak nak menulis, ada la menulis 2-3 cerpen di wattpad tapi itulah, rasa macam mustahil kalau nak menghasilkan novel, penulis novel memang hebat!"

Wah... share lah link Zaghol, boleh tumpang baca.

Saya membaca sebab dari kecil tengok arwah ayah suka membaca buku jadi rasa macam perkara tu normal. Dulu suka baca fiction, sekarang campur-campur. Paling suka baca travelog.

Pernah dapat anugerah Nilam masa Form 1. Hadiahnya buku juga. Best! :D


message 6: by Saif (new)

Saif Ibn Mohd | 121 comments kita nk belajar semua ilmu secara mendalamb atau melawat ke semua tempat dlm dunia ni memang tak sempat atau tak mampu....baca buku untuk mendapatkan gambaran mengenainya. ..


message 7: by Azbaqiyah (new)

Azbaqiyah | 20 comments Minat membaca kerana ibu saya. Sejak kecil ibu saya kerap membelikan buku cerita Enid Blyton. Lama-lama perasaan membaca itu sebati dengan jiwa saya.

Seperti Zaghol, saya juga menulis sebagai hobi. Saya pasti ramai pembaca akan berjinak-jinak dengan dunia penulisan.


message 8: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Fara wrote: Wah... share lah li..."

https://www.wattpad.com/user/raulzaff...

amaran: cerpen2 ni saya tulis untuk cukaria tapi cuma satu je yang terpilih, oleh sebab sasar untuk cukaria jadi cerpen2nya berbaur kefixian haha


message 9: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1570 comments Mod
Saya baca buku untuk mengetahui banyak perkara yang saya belum tahu, mengembara ke berbagai tempat yang saya belum pergi, merasai pengalaman orang lain yang saya tidak lalui, mempelajari melalui kesilapan dan pencapaian orang lain, berfantasi, menghilangkan bosan dan banyak lagi sebab.

Paling penting kerana ia perintahNya.


message 10: by Deviki (new)

Deviki | 207 comments I read books because I always have keen interest in wanting to know something that is not learnt in school.

I still remember my first book I found in the library about the mystery of the Loch Ness creature that came with "evidence pictures". I was so intrigued but my reading skill was very poor so I had to force my sister or mom to read for me. Then, I realized that I rather read it myself and started to slowly read on my own with my friends and teachers to help me and I realize it was much easier than relying on someone to read it for me. That opened up a lot of new doors of knowledge and I was swoon :)

I learn to read in Malay first because the spelling was easier but spoke fluent English ....gosh, I was a weird kid.


message 11: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Deviki wrote: "I read books because I always have keen interest in wanting to know something that is not learnt in school.

I still remember my first book I found in the library about the mystery of the Loch Nes..."


Yeah, read a lot of book make us feel that we got a lot more to learn, knowledge is unlimited, but time is limited. Savor every moment.


message 12: by Mohammad Aizat (new)

Mohammad Aizat Mohammad Hanafi (jatbuku13) | 18 comments baca buku sebab nak tambah macam-macam ilmu yg mungkin tidak dapat didapati dlm kehidupan seharian. nak tambah cara utk berkata-kata sbb membaca buku ni membuka minda, buat otak sentiasa berfikir (pada pandangan saya la)


message 13: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Mohammad Aizat wrote: "baca buku sebab nak tambah macam-macam ilmu yg mungkin tidak dapat didapati dlm kehidupan seharian. nak tambah cara utk berkata-kata sbb membaca buku ni membuka minda, buat otak sentiasa berfikir (..."

setuju


message 14: by Zulkifli (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 82 comments Rajin membaca itu mustahak supaya kelak tidak menjadi ketua yang bodoh...


message 15: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Zulkifli wrote: "Rajin membaca itu mustahak supaya kelak tidak menjadi ketua yang bodoh..."

menjadi ketua itu sangat mencabar, kena rajin membaca dan banyak bergaul untuk memahami isi hati anak buah.


message 16: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Aug 31, 2023 07:12AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Pertanyaan yang menarik.

Saya membaca kerana sudah jadi sebahagian daripada tabiat, kalau tidak membaca rasa serba tak kena dan akan mudah marah-marah kepada orang sekeliling.

Sejak diperkenalkan dengan buku dan dapat membaca waktu umur 4 tahun, tak dapat berenggang dengan buku hingga arwah ayah beri amaran kerana waktu nak periksa pun masih baca novel penyiasatan.

Selalu tak dapat tidur malam waktu belajar di uni dulu sebab nak habiskan buku yang dibaca. Akibatnya terpaksa mengejar ulang kaji dan kerja tutorial yang terlewat disiapkan. Tabiat buruk yang tak patut dicontohi.

Sekarang masih membaca walaupun tidak sebanyak zaman remaja. Pilihan buku juga sudah berubah, lebih kepada baca bukan fiksyen kerana rasa teruja dan berada di alam magis apabila dapat menangkupkan suatu peta besar khazanah pengetahuan yang saling berkait antara satu sama lain. Macam main susun suai.

Yang paling memenuhkan perasaan dengan rasa puas, apabila membaca buku dan teringat apa yang diperkatakan dalam al-Qur'an tentang sesuatu, amat sesuai dan terlihat kebenarannya.


message 17: by Siti (new)

Siti | 120 comments Saya baca buku untuk redakan tekanan. Escape from real life. Jadi bahan bacaan saya kebanyakannya ringan dan berbentuk fiksyen. Cuma disebabkan minda saya juga dididik untuk menyerap ilmu pengetahuan menerusi pembacaan, banyak benda yang saya dapat tahu dan simpan adalah daripada bacaan.

The act of reading also calms me down and makes me focused.


message 18: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Najibah wrote: "Pertanyaan yang menarik.

Saya membaca kerana sudah jadi sebahagian daripada tabiat, kalau tidak membaca rasa serba tak kena dan akan mudah marah-marah kepada orang sekeliling.

Sejak diperkenalkan..."


haha dulu masa saya ambil report card sekolah, result saya teruk kerana terlampau byk sgt membaca buku2 misteri enid blyton daripada buku pelajaran. Bila cikgu saya tanya abah saya kenapa saya mcm ni, abah saya jawab "dia banyak baca buku2 misteri", cikgu saya faham misteri tahyul, saya cakap dalam hati "eh, bukan misteri yang tu....".


message 19: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Haira wrote: "Saya baca buku untuk redakan tekanan. Escape from real life. Jadi bahan bacaan saya kebanyakannya ringan dan berbentuk fiksyen. Cuma disebabkan minda saya juga dididik untuk menyerap ilmu pengetahu..."

setuju


message 20: by Zulkifli (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 82 comments Sekitar 10 tahun lalu, ada bapa juga jiran dan usahawan minta saya buat sesi perundingan dengan anaknya yang kuat membaca (bukan buku berkaitan langsung dengan kurikulum) dan risau dengan pencapaian akademik. Kini anak tersebut dalam pengajian sarjana. Beradasarkan perkongsian rakan-rakan yang kaki baca di sini sejak zaman sekolah, kita tak patut susah hati dengan yang kuat membaca, yang paling risau adalah yang sentuh langsung buku. Ternyata Tuan/Puan boleh dianggap golongan berjaya dengan tabiat yang murni lagi penuh daya sejak dulu lagi. Tahniah.


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Zaghol wrote: "Najibah wrote: "Pertanyaan yang menarik.

Saya membaca kerana sudah jadi sebahagian daripada tabiat, kalau tidak membaca rasa serba tak kena dan akan mudah marah-marah kepada orang sekeliling.

Sej..."


Haha cikgu ingat misteri macam Tamar Jalis atau Mastika kot


message 22: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Zulkifli wrote: "Sekitar 10 tahun lalu, ada bapa juga jiran dan usahawan minta saya buat sesi perundingan dengan anaknya yang kuat membaca (bukan buku berkaitan langsung dengan kurikulum) dan risau dengan pencapaia..."

insya-Allah semua manusia yang kuat membaca, semoga berjaya dalam bidang masing2...


message 23: by Zaghol (new)

Zaghol  | 38 comments Najibah wrote: "Zaghol wrote: "Najibah wrote: "Pertanyaan yang menarik.

Saya membaca kerana sudah jadi sebahagian daripada tabiat, kalau tidak membaca rasa serba tak kena dan akan mudah marah-marah kepada orang s..."


mungkin,, padahal saya buku Tamar Jalis pun tak pernah baca haha


message 24: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1570 comments Mod
Zaghol wrote: "Najibah wrote: "Pertanyaan yang menarik.

Saya membaca kerana sudah jadi sebahagian daripada tabiat, kalau tidak membaca rasa serba tak kena dan akan mudah marah-marah kepada orang sekeliling.

Sej..."


Sebab tu sebagai ibu bapa, sewajarnya ambil inisiatif untuk belek-belek buku yang anak-anak baca supaya kita tahu dan faham apa yang mereka baca. Tidaklah ibu bapa buat kesimpulan yang salah.

Kalau masa anak-anak kecil dulu, memandangkan kita yang membayarkan buku yang anak-anak nak beli, saya akan belek dulu isi buku yang nak dibeli.

Tapi bila mereka dah besar, beli buku sendiri, saya akan belek buku yang mereka baca selepas dibeli. Dan banyak masa, saya pula yang 'tersangkut' dan membaca sampai habis buku mereka, hahaha...


back to top