Goodreads Malaysia discussion

37 views
Arkib Maraton Membaca 2021 > Norjihan - 36

Comments Showing 1-12 of 12 (12 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tekad membaca


message 2: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments SETEGUH GUNUNG FUJI BERDIRI

Penceritaan yang menarik disulami dengan pengajaran, iktibar dan pandangan dari penulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pembacaannya.

Ketika saya baca bab pertama, saya terfikir, kenapa penulis tidak menonton anime lain seperti Naruto, One Piece atau Bleach - kerana dalam anime tersebut ada mempromosi nilai-nilai setiakawan, tidak berputus asa, kepercayaan guru terhadap muridnya, menghormati kelebihan dan kekurangan orang lain, adil dalam perlawanan, semangat kerja berpasukan dsb. yang dikatakan oleh penulis tidak ada dalam anime Jepun.


message 3: by Wan Norjihan (last edited Feb 14, 2021 08:26PM) (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Mencari Unta Merah Jepun
oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

Saya sangat mengagumi Jepun dari sudut budaya, disiplin dan adab mereka, namun jauh di sudut hati saya kadangkala memperingatkan diri bahawa mereka ini dahulunya pernah menjajah Malaya dan sangat zalim. Saya menyoal diri sendiri, wajarkah saya mengagumi Jepun?

Setelah menonton drama-drama period, saya dapat menelah dari mana kezaliman itu datang.

Entah kenapa, minda separa sedar saya sentiasa berdoa agar mereka diberikan hidayah.

Setelah membaca buku ini saya temui jawapannya, Ustaz Abdullah menyebut di beberapa tempat dalam buku ini bahawa biarlah pada sejarahnya mereka pernah menjajah dan menjarah kita, tapi kita pulangkan kepada mereka dengan taburan bunga dan wangian Islam. Allahu akbar!


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Seronok baca pandangan akak mengenai buku2 ni


message 5: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Najibah wrote: "Seronok baca pandangan akak mengenai buku2 ni"

Sekadar tulis apa yang terfikir dalam kepala semasa baca buku-buku ni... 🤭


message 6: by Wan Norjihan (last edited Feb 14, 2021 08:27PM) (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Harry Potter and the Philosopher's Stone
Author : J. K. Rowling
Publisher : Bloomsbury (Great Britain)

Entah ini adalah kali yang keberapa saya baca siri HP ini. Setakat ini saya belum lagi rasa jemu, malahan rasa teruja dan gelihati dengan humornya masih kuat kesannya.

Hajat hati nak baca secara santai saja sebagai selingan dengan buku-buku lain, tapi bila dah pertengahan tu, sudah tidak boleh berhenti 😅. Terasa seperti turut berada di Hogwarts.

Saya suka dengan gaya penulisan J.K Rowling, terserlah kematangan dan keluasan pembacaannya. Malahan Rowling sentiasa menasihatkan peminat-peminatnya agar banyak membaca. Walaupun novel ini dikategorikan kepada awal remaja (young adult), tapi pembaca dewasa seperti saya tidak akan terasa bosan atau offended. Banyak isu tersirat yang diketengahkan.


message 7: by Wan Norjihan (last edited Feb 14, 2021 08:30PM) (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk :Harry Potter and the Chamber of Secrets
Penulis : J. K. Rowling
Penerbit : Bloomsbury

Pengembaraan Harry Potter makin jauh dalam dunia keduanya. Kali ini dia kembali ke Hogwarts dengan penuh gaya dalam kacamata awal remaja yang nakal, sebaliknya mencetus kerisauan orang dewasa - hmmm .... macam biasa dengar kan?

Tahun kedua memperkenalkan beberapa lagi watak dan membawa kita mengenali watak sedia ada dengan lebih jauh, termasuk latarbelakang watak antagonis melalui imbas kembali memori.

Harry Potter dan sahabat-sahabatnya yang mempunyai rasa ingin tahu yang mengalahkan kucing terus teruji secara fizikal, mental dan emosi. Di sinilah peranan dua sahabatnya, Ron Weasley dan Hermione Granger makin terserlah dalam proses pembesaran mereka.

Ron dan Hermione mempunyai personaliti yang jauh berbeza dan menjadi pelengkap kepada personaliti Harry.

Yang menariknya Hermione adalah seorang bibliophile dan sering digambarkan oleh Ron ... “That’s Hermione, when in doubts, go to the library.”


message 8: by Wan Norjihan (last edited Feb 14, 2021 08:30PM) (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
Penulis : J. K. Rowling
Penerbit : Bloomsbury

Antara yang menyeronokkan apabila membaca siri Harry Potter ini adalah pertumbuhan dan perkembangan karakter sedikit demi sedikit sesuai dengan umur dan persekitaran.

Setiap karakter membangun dari segi perkembangan minda, emosi dan intelektual.

Begitu juga dari segi plot yang semakin berat.

Dalam siri ketiga ini, Harry dan sahabatnya didedahkan dengan makna dan nilai sebuah persahabatan, samada persahabatan mereka sendiri juga dari persahabatan yang telah lama terbentuk dan teruji dengan kepercayaan dan pengkhiatan.

Harry juga dipertemukan dengan karakter lain yang lebih lunak dan menjanjikan sedikit kebahagiaan untuk dirinya, yang telah membesar sebagai anak yatim dan melalui penderaan emosi dan layanan oleh saudaranya sendiri.


message 9: by Wan Norjihan (last edited Feb 14, 2021 08:31PM) (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk : Birthday Girl
Penulis : Haruki Murakami
Penerbit: Penguin Random House

Sebuah buku mini yang ditulis bagi meraikan hari lahir yang ke 70 Encik Murakami sendiri.

Ya, tidak namanya buku yang ditulis olehnya kalau tidak ditamatkan dengan lebih persoalan.


message 10: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk : Harry Potter and the Goblet of Fire
Penulis : J. K. Rowling
Penerbit : Scholastic

Siri keempat Harry Potter memperkenalkan lebih ramai karakter baru dan lebih berbentuk antarabangsa.

Sebelum kembali ke Hogwarts, Harry dan rakan-rakannya dibawa menyaksikan Quidditch World Cup, iaitu sukan popular dalam dunia magis, yang memperkenalkan Harry dan Hermione kepada ahli sihir dari negara lain dan makhluk magis lain.

Dalam siri ini juga Harry membina hubungan dengan bapa angkatnya (godfather) yang telah diselamatkannya dalam siri yang lalu. Ini memberi ruang untuk Harry mempunyai seseorang di luar Hogwarts sebagai tempat mengadu yang menjadi ganti kepada ibubapanya.

Melalui siri ini, Rowling mengenengahkan isu status dan darjat yang dibanggakan oleh sesetengah golongan. Juga isu prejudis terhadap golongan yang dianggap tidak berdarah sejati atau golongan yang bukan dari spesis yang sama.

Melalui karakter Sirius Black, Rowling mengungkapkan "If you want to know what a man's like, take a good look at how he treats his inferiors, not his equals."


message 11: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk : Harry Potter and the Order of the Phoenix
Penulis : J. K. Rowling
Penerbit : Scholastic

Harry Potter and the Order of the Phoenix membawa kita meneroka alam magis bersama Harry ketika dia mula mencapai usia akil baligh. Harry teruji bukan sahaja dengan kebangkita semula Voldermort, tetapi sikap pihak Kementerian Magis yang menafikan kebangkitan semula itu.

Harry yang selama ini popular sebagai Budak yang Terselamat kini menerima kecaman demi kecaman. Tiada lagi keamanan dalam hidupnya, hatta di Hogwarts sekali pun.

Dalam keadaan emosi yang sukar dikawal dek kerana perubahan hormon, Harry terpaksa menghadapi seorang lagi guru yang sentiasa mencari peluang untuk menyiksa hidupnya iaitu, Dolores Umbridge, seorang ultra kiasu yang merupakan juga pegawai dari Kementerian Magis.

Siri ini lebih gelap dan sarat dengan plot yang berat dan negatif. Rentetan dari perlawanan Harry dengan Voldermort dan Death Eater dalam siri keempat, Harry telah menubuhkan kelab bawah tanah di Hogwarts yang bertujuan untuk melatih rakan-rakannya bertarung dan mempertahankan diri, kerana kelas yang sepatutnya mengajar tentang itu tidak berbuat demikian.

Dalam siri ini, ada dua pertubuhan bawah tanah yang dibawa iaitu Dumbledore's Army (kelab yang diketua oleh Harry di Hogwarts dan dianggotai oleh pelajar-pelajar Hogwarts, dan Order of the Phoenix, yang diketuai oleh Dumbledore dan dianggotai oleh golongan dewasa dari pelbagai peringkat yang percayakannya.

Selain dari mengekalkan tema kematian dan kejahatan, Rowling turut membawa tema politik dan buli.

Karakter-karakter lain juga diberi perhatian dengan perkembangan yang memberangsangkan.

Saya tidak dapat menahan airmata dalam beberapa tempat ketika membaca buku ini, walaupun saya sudah banyak kali ulang baca.


message 12: by Wan Norjihan (new)

Wan Norjihan Abdullah (norjihan) | 39 comments Tajuk : Grab Blues: CEO Jadi Pemandu
Penulis : Mohd Khair Ngadiron

Apabila melihat susun atur buku ini yang berwarna-warni dan menarik, saya bercadang untuk membaca buku dalam kereta, apabila menunggu lampu bertukar ke hijau, atau terpaksa menunggu parkir.

Setelah membaca dua mukasurat, saya jadi teruja untuk meneruskan bacaan lagi. Jadi, sampai di rumah, saya bawa buku ini masuk sekali untuk menyambung bacaan pada sebelah malam nanti. Ternyata, saya telah membaca buku ini hingga lewat malam. Cuma tinggal beberapa helai lagi yang sengaja saya tinggalkan untuk dibaca esoknya.

Perkongsian pengalaman Bro. Khair amat menarik dan gaya penceritaannya tenang tanpa emosi negatif dan sesekali diselangi dengan humour. Seronok membacanya. Seronok mengintai dunia buku yang dialami yang tidak mungkin dapat orang sekerdil saya laluinya.

Juga, cerita-cerita tentang pelanggan Grab, diceritakan bukan untuk merungut tetapi untuk berkongsi sisi positif, atau sisi pandangan Bro. Khair yang sentiasa positif dan optimis.

Banyak pengajaran yang tersurat dan tersirat boleh dikutip dari pengalaman ini.

Terima kasih, Bro. Khair.


back to top