Goodreads Malaysia discussion
Maraton Malaysia Membaca 2023
>
Azbaqiyah's 2023 Reading
date
newest »



Buku - 01/100
Tajuk : The Dragon's Soulmate Is A Mushroom Princess
Karya : Hanami Nishine
Plot - 5 🍄
Watak - 5 🍄
Gaya Bahasa - 5 🍄
Latar Belakang - 5 🍄
Seni Lukisan - 5 🍄
Kulit Buku - 5 🍄
Keseluruhan - 5 🍄
Perhatian kepada semua mycophiles (dan peminat novel cinta) , buku ini khas untuk anda kerana buku ini sesuai untuk anda di mana terdapat banyak cendawan paling lembap serta segar yang bercambah pada saat-saat romantik paling manis serta kelahiran cinta sejati yang sebenar muncul.
Kisah ini bermula apabila Agnes diputuskan pertunangan oleh tunanganya sendiri dengan alasan bahawa lelaki tersebut telah berjumpa dengan cinta sejatinya.
Marah serta geram, Agnes menengking dan memarahi bekas tunangnya. Maklumlah, bekas tunang Agnes merupakan ahli keluarga diRaja. Agnes tidak kisah pertunangannya dibatalkan, memandangkan dia sendiri pun tak ada perasaan dengan tunangnya. Mereka ditunangkan atas dasar politik. Apa yang buat darah Agnes mendidih adalah bekas tunangnya membuat penggumunman di majlis tari-menari diRaja! Jatuhlah air muka Agnes dan keluarganya. Dengan itu Agnes mempertikaikan kenapa perkara ini tidak dibawa berbincang terlebih dahulu. Mereka berbincang dan akhir menimbulkan perbalahan sehingga Putera Diraja (Putera Claude) (sepupu si bekas tunang Agnes) terpaksa mencelah dan meleraikan perbalahan tersebut.
Dipendekan cerita Agnes membawa diri untuk keluar dari istana tersebut, sebelum itu dirinya sempat menyindir bekas tunanganya supaya hidupnya bahagia untuk akan datang. Putera Claude serba salah akan perbuatan sepupunya. Dengan itu, putera tersebut mengiring Agnes untuk ke pedati kudanya. Pada saat itulah cinta (yang bertepuk di sebelah tangan) mekar. Putera Claude perlu cepat menawan hati Agnes, kerana sejak insiden putus tunang tersebut, Agnes tidak mahu bercinta dan nekad untuk balik ke kampung halamannya.
Light novel ini berlatarkan dunia fantasi zaman eropah. Walaubagaimanapun sistem magik dalam kisah ini tidak begitu berat ditekankan. Sesetengah manusia di sana mempunyai kuasa sakti sejak turun-temurun. Keluarga Putera Claude mengandungi sebahagian daripada darah naga agung yang melindungi kerajaannya. Manakala Agnes sendiri mampu berkomunikasi dengan semangat hutan. Buku ini juga banyak menyebut jenis cendawan yang agak menarik.


Buku - 03/100
Tajuk - My Status as an Assassin Obviously Exceed the Hero's
Karya - Matsuri Akai
Rate - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Buku - 07/100
Tajuk - The Dark History of the Reincarnated Villainess
Karya Akiharu Touka
Rate - ⭐️⭐️⭐️⭐️


Buku - 08/100
Tajuk - I Swear I Won't Bother You Again!
Karya - Reina Soratani & Haru Harukawa
Rate - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Buku - 13/100
Tajuk - The Misfit of Demon King Academy: History's Strongest Demon King Reincarnates and Goes to School with His Descendants
Karya - Shu
Rate - ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Books mentioned in this topic
D.Gray-man, Vol. 10 (other topics)The Misfit of Demon King Academy 03: History's Strongest Demon King Reincarnates and Goes to School with His Descendants (other topics)
The King's Beast, Vol. 5 (other topics)
Pandora Hearts, Volume 2 (other topics)
Vampire Knight, Vol. 8 (other topics)
More...
Authors mentioned in this topic
Katsura Hoshino (other topics)Shu (other topics)
Rei Tōma (other topics)
Jun Mochizuki (other topics)
Matsuri Hino (other topics)
More...
Sudah beberapa tahun saya tidak sertai event Maraton Malaysia Membaca. Untuk tahun 2023, saya akan sertailah.
Untuk makluman semua, sasaran saya untuk tahun kali ini adalah untuk membaca 100 buah buku novel ringan.
Tujuan saya buat sasaran ini adalah untuk seimbangankan genra buku dalam library saya di Goodreads.
Selamat membaca semua!