Goodreads Malaysia discussion

362 views
Komuniti Peminat > Buku Indonesia

Comments Showing 1-50 of 102 (102 new)    post a comment »
« previous 1 3

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ada peminat buku-buku Indonesia di sini?


message 2: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Saya masih tidak boleh dikategorikan sebagai peminat, kerana setakat ini hanya baca tulisan Andrea Hirata sahaja :D


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Xara, cuba Pramoedya.


message 4: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments housemate pun ada beri cadangan. nanti akan cuba survey juga.


message 5: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ya, cuba Pramoedya. Bagi saya, hanya ada dua penulis Indonesia. Ada Hamka dan ada Pram.

Andrea Hirata tak masuk senarai saya. :)


message 6: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments tok macam anti je dengan andrea hirata..hehehe. takpe, setiap orang ada penulis yang digemari dan juga yang kurang digemari.


message 7: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Xara, bukan anti, tapi belum tergerak hati untuk membacanya. Kalau dah baca nanti, mungkin masuk senarai saya juga, mana tahu?

:)


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Mudin, baru-baru ni ada satu seminar Hamka dan Budaya Melayu di UKM, ada buku seminarnya, isi sangat menarik. Saya mahu cari sebuah nanti dari fakulti. Kalau mahu juga saya boleh tanyakan. Atau ada sesiapa yang lain selain Mudin mahu juga, pun saya boleh tanyakan.

Xara, sekarang buku-buku Pram sudah boleh beli online di Fajar Ilmu Baru.


message 9: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Kak Najibah, ya saya mahu. Dah ada nanti bagitau ya!

Terima kasih. :)


message 10: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Najibah wrote: "Mudin, baru-baru ni ada satu seminar Hamka dan Budaya Melayu di UKM, ada buku seminarnya, isi sangat menarik. Saya mahu cari sebuah nanti dari fakulti. Kalau mahu juga saya boleh tanyakan. Atau ada..."

Salam Najibah,
Jika dapat prosidingnya, saya mohon satu naskhah. Kena bayar pun tak mengapa. Kalau dalam bentuk salinan pun ok. Saya baru tahu hari ini apabila masuk ke laman UKM. Terima kasih.


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Salam kembali Kak Nisah,

InsyaAllah, akan diusahakan. Saya pun terlepas peluang ke sana, sebab waktu itu kerja tengah banyak dan semester baru mula. Mudah-mudahan dapat prosidingnya nanti buat kenang-kenangan.


message 12: by Peesha (last edited Feb 16, 2010 09:24PM) (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Saya mencuba Hamka "Tenggelamnya Kapal van Der wijck" [maaf, salah tajuk tadi:] - tapi rasa sangat biasa. Ada cadangan karya Hamka untuk saya?

Karya Pramoedya belum pernah saya sentuh. Sedikit 'gerun' saya kira.

Mutakhir ini, saya suka Tere Liye.

Sekian, menyibuk. :p


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Hamka bagi saya bukan penulis novel semata. Ya, boleh mencuba Tenggelamnya kapal Van der Wijck, karyanya yang paling terkenal mungkin.

Tapi saya lebih sukakan sentuhan-sentuhan bukan fiksyen beliau, Falsafah Hidup misalnya.


message 14: by Haryati (new)

Haryati Abd Halim (haryatiabdhalim) | 765 comments Peesha,

Mungkin boleh cuba Di Bawah Lindungan Kaabah atau Tasawuf Moden. Atau buku biografinya~ Kenang-KenanganKu (kalau tak silap tajuknya.)


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Peesha, rasa ingin tahu pula kenapa 'gerun' dengan Pramoedya... Bagi saya dia pencerita yang baik, kisah-kisahnya biasa tak berbelit, tak gunakan banyak perkataan bombastik. Ada sesetengah buku penulis kita lebih susah lagi untuk difahami. Cubalah, Cerita dari Blora kumpulan cerpennya, menusuk...


message 16: by Peesha (last edited Feb 17, 2010 04:15AM) (new)

Peesha Pishaposh (cik_peesha) | 137 comments Haryati:
Saya pernah terjumpa Kenang-Kenanganku itu ... tapi x tercapai. Nak kena tunggu seru kot :p

Najibah:
[Ini pengakuan sedih lagi memalukan :(]
Saya ini pembaca yang selective and non-adventurous ... tu sebab, kalau penulis nama2 besar ni, saya semacam rasa macam ... "whoaaaa ..." ... lagi pun curiosity saya pun biasa2 saja ... bukan penulis besar dari Indonesia ... karya2 SN pun boleh dibilang sebelah jari saja yang saya baca ... :(

Please don't try this at home kids! T_T




message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Peesha,

Pengakuan ikhlas juga dari saya, masih banyak lagi karya-karya SN kita saya belum telaah, yang pernah saya baca cuma karya-karya A. Samad Said, Abdullah Husain dan Arena Wati. Yang lain-lain, kebanyakannya belum lagi.

Kalaulah Peesha dekat-dekat sini, boleh saya bagi pinjam buku-buku Pram.


message 18: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Rasanya untuk buku indonesia; selain dari karya andrea hirata dan tere liye, saya lebih banyak menguliti buku2 agamanya. :)


message 19: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Kalau novel Pramoedya A. Toer dalam BI macam mana? 'Buru Quartet' saya dah khatam, tapi in English.


message 20: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Johnny,

Saya rasa terjemahan Buru Quartet tu agak bagus, saya pernah baca kuartet Buru bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris (bukan semualah, misalnya This Earth of Mankind dan House of Glass dalam BI, kemudian Anak Semua Bangsa dalam B. Indonesia). Kalau dibandingkan, terasa ada nuansa suara Pram yang berjaya diangkat oleh penterjemah ke dalam versi BInya. Tapi kalau lihat dari sudut teknikal, tak salah saya ramai juga pengkritik kata terjemahan tu belum benar-benar berjaya.

Aidura,

Buku-buku agama Indonesia, biasanya dari penerbit mana yang lebih cenderung dipilih? Boleh kongsi?


message 21: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Update mengenai buku prosiding Buya Hamka: Kak Nisah dan Mudin

Buku prosiding itu tak berjaya saya dapatkan percuma, ia harus dibeli, dan harganya RM30 sebuah. Kalau Kak Nisah dan Mudin masih mahu, saya sudah cop 3 buah - kalau tak jadi, tak ada masalah :)


message 22: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Najibah wrote: "Update mengenai buku prosiding Buya Hamka: Kak Nisah dan Mudin

Buku prosiding itu tak berjaya saya dapatkan percuma, ia harus dibeli, dan harganya RM30 sebuah. Kalau Kak Nisah dan Mudin masih mahu..."



Najibah,
Saya masih berminat. Terima kasih kerana mendapatkannya. Simpankan untuk saya. Insya-Allah, akan ke UKM dalam masa terdekat. Kita jumpa di TSL? Saya bayar terus. Kalau mahu saya bayar dulu pun boleh saja, tolong berikan nombor akaun ke e-mail saya : nisah.haron@gmail.com.

Terima kasih sekali lagi!


message 23: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Najibah wrote: "Update mengenai buku prosiding Buya Hamka: Kak Nisah dan Mudin

Buku prosiding itu tak berjaya saya dapatkan percuma, ia harus dibeli, dan harganya RM30 sebuah. Kalau Kak Nisah dan Mudin masih mahu..."


Ok. Saya bayar. Nanti saya PM address. Terima kasih.


message 24: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Saya peminat tegar Tere Liye setakat ini :).


message 25: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments najibah,

saya akan semak senarai penerbitnya ek.

kebanyakan buku indonesia yg saya beli adalah berdasarkan "tajuk buku" yang menarik perhatian saya dan berjaya menepati kehendak semasa dibelek "isi kandungannya". :D


message 26: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Selain itu, saya banyak membeli buku terjemahan (Indonesia-BM) terbitan PTS Litera, PTS Millennia.


message 27: by Saniah (new)

Saniah Mat | 163 comments Xara_fatima wrote: "Saya masih tidak boleh dikategorikan sebagai peminat, kerana setakat ini hanya baca tulisan Andrea Hirata sahaja :D"

Samalah saya pun sama macam Xara_fatima.


message 28: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Najibah,

Kalau nak cari buku-buku agama Indonesia, boleh cuba penerbit2 berikut:-

1. Crescent
2. Republika
3. Hikmah
4. Qultum Media
5. Pustaka Marwa
6. Abyan Solo
7. Ufukpress
8. Erlangga
9. Cahaya Salam
10.Irsyad Baitul Salam
11.Gramedia Pustaka Utama
12.Al-Risalah
13.Bentang Pustaka

Ada sesiapa nak tambah senarai penerbit buku Indonesia? :)


message 29: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments nak tambah lagi. Kedai buku Fajarilmu adalah kedai buku yang terbaik jikalau anda mahu mendapatkan buku-buku terbitan Indonesia. Tuan punya kedai buku jua berilmu tentang buku2 yang dijual.Gramedia di Malaysia setakat ini saya lihat masih tidak mampu menyaingi kuantiti buku Indonesia jikalau nak dibandingkan dengan Fajarilmu.


message 30: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Welma wrote: "nak tambah lagi. Kedai buku Fajarilmu adalah kedai buku yang terbaik jikalau anda mahu mendapatkan buku-buku terbitan Indonesia. Tuan punya kedai buku jua berilmu tentang buku2 yang dijual.Gramedia..."

Saya bersetuju dengan Welma.

Saya masih belum berkesempatan berkunjung ke Gramedia di Malaysia. Setiap kali hadir ke KL, pasti kaki menginjak ke Fajar Ilmu Baru sahaja. Sememangnya di situ banyak buku-buku dan majalah dari Indonesia. Satu lagi tarikannya adalah tuan punya kedai yang serba tahu di mana dan siapa penulis buku jika pelanggan bertandang bertanya. Dengan cepat tuan punya mendapatkannya walaupun pelanggan telah berpusing2 mencari2 sebelumnya.

Seterusnya, saya amat suka melawat beberapa laman web buku indonesia bagi mengetahui perkembangan buku-buku menarik yang dipasarkan di seberang sana. Antara laman yang bisa dikunjungi adalah ;

http://www.dinamikaebooks.com/index.php

dan

http://www.mizan.com/index.php


message 31: by Shah (new)

Shah Abdullah | 384 comments Aidura wrote: "Najibah,

Kalau nak cari buku-buku agama Indonesia, boleh cuba penerbit2 berikut:-

1. Crescent
2. Republika
3. Hikmah
4. Qultum Media
5. Pustaka Marwa
6. Abyan Solo
7. Ufukpress
8. Erla..."


Tambahan daripada saya adalah penerbit adalah AQWAM dan PUSTAKA AL-KAUTSAR.


message 32: by W (new)

W (wnorhaslina) | 203 comments Saya belum pernah baca karya Pramoedya A. Toer. Ha kan bagus kalu dok dekat2 Kak Najibah. Haha.
Saya minat karya2 Hamka dan Tere Liye juga :)


message 33: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
W, jomlah pindah ke sini :)


message 34: by Isma (new)

Isma | 682 comments Buku agama terbitan Paramadina agak mengelirukan..dan membebaskan.


message 35: by Maryam (new)

Maryam (maryammuqaddasa) | 8 comments Saya peminat!

Saya juga ada menjual sedikit sebanyak buku-buku dari Indonesia.

Boleh lawati: http://www.nowfara.com.

Saya suka penulis2 dakwah disana, sangat2 bersemangat!


message 36: by Maryam (new)

Maryam (maryammuqaddasa) | 8 comments Aidura wrote: "Rasanya untuk buku indonesia; selain dari karya andrea hirata dan tere liye, saya lebih banyak menguliti buku2 agamanya. :)"

Sama dengan saya :)


message 37: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Mana nak cari buku Chairil Anwar di KL? Kalau boleh nak cari Aku Ini Binatang Jalang dan Kerikil Tajam dan Yang Terampas dan Yang Putus.

Thanks.


message 38: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Johnny wrote: "Mana nak cari buku Chairil Anwar di KL? Kalau boleh nak cari Aku Ini Binatang Jalang dan Kerikil Tajam dan Yang Terampas dan Yang Putus.

Thanks."


johnny, dah try cari kat Fajar Ilmu Baru?


message 39: by Lilys (new)

Lilys (gdiz) | 207 comments Saya hanya pernah membaca karya Hamka - Tenggelamnya kapal Van der Wijck.
Hati teringin nak cuba membaca karya2 dari indonesia..tp mcm mn nk dapatkan buku2 dari sana?


message 40: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Kedai Fajar Ilmu Baru? Kat mana tu? Saya ni newbie tentang buku-buku Indonesia ni. Saya ada dengar ada kedai Gramedia di Mines. Betul ke?


message 41: by Aidura (last edited Apr 09, 2010 01:40AM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Johnny wrote: "Kedai Fajar Ilmu Baru? Kat mana tu? Saya ni newbie tentang buku-buku Indonesia ni. Saya ada dengar ada kedai Gramedia di Mines. Betul ke?"

Fajar Ilmu Baru Enterprise
Blok A, Tkt. 2, Wisma Yakin, Jln Masjid India, 50100 Kuala Lumpur
Tel : +603-26923940, Faks : +603-26981742
E-mel : fib_enterprise@yahoo.com
Website : http://www.fajarilmubaru.com.my

Isnin - Sabtu : 10.30 pagi - 6.30 petang, Ahad : Insya'Allah buka. 11.30 pagi - 5 petang (Sila telefon dulu sebelum datang, untuk kepastian)

Cawangan GRAMEDIA Bookstores:
1. The Mines, Sri Kembangan
2. Tesco Setia Alam
3. Tesco Extra Seberang Perai

p/s** Johnny, any more enquiry? :D


message 42: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Gdiz wrote: "Saya hanya pernah membaca karya Hamka - Tenggelamnya kapal Van der Wijck.
Hati teringin nak cuba membaca karya2 dari indonesia..tp mcm mn nk dapatkan buku2 dari sana?"


Gdiz, cari kat Fajar Ilmu Baru atau Gramedia Bookstore. :)


message 43: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Thank you, Madame A!

Bagi full address lagi tu. Cool...


message 44: by Lilys (new)

Lilys (gdiz) | 207 comments terima kasih byk2 aidura :)


message 45: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments bru je igt nak try satu buku..so i bought an indonesian novel time kat bookfair previously.. a rough reading from the outside, it sounded interesting cause it is a story of muslim communities who had to struggle for a peace and serenity, living in a colonized country. basically,it is about our brotherhood that had been oppressed by non muslim..

tapi sayang sangat...my this very 1st attempt seemed to fail sbab bhse indon die nmpak mcm ssh sgt nak faham even if there were pages for some words translated. itupun, i still x faham. nmpaknye mcm xnak beli pure indonesian book lgi la after this. smpai skrg bku tu stuck in the middle. sbab when i tried nak bce bku tu, lpas tu mle la jmpe prktaan yg pelik2, and i have to search for every words, it had become a tiring and tedious reading. kirenye, sye x hbeh bce bku tu laa..huhu..unless if one day this book ade version n malay, i bought the new one, and jual yg ni..huhu


message 46: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Apa tajuknya, Izzati?


message 47: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Even Ayat-ayat Cinta ada BM version, as opposed to the B.Indon one. Kalau baca the latter, memang kita kehilangan. So unless you terrer B.Indonesia, saya sarankan pick up the BM one lah. Easy.


message 48: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments tjuk die rindu andalusia. i bought almost 10 books kat bookfair, tggal lgi bku ni je yg x bce. A bit spoilt la jgk..

1st time blaja bce indonesian nvel were ayat2 cinta and ketika cinta bertasbih 1 - itupun BM version and been given from a friend. Kalau tidak, memang sekadar tengok movie die je la..


message 49: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Izzati, appreciate if you can avoid 'bahasa sms' here. Thanks!


message 50: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments ooo...okay.. thanks =)


« previous 1 3
back to top