Goodreads Malaysia discussion
Arkib (50 Buku Setahun 2010)
>
Senarai 50 Aina
Baru mula kerja tahun ini selepas graduasi November lepas. Masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan suasana baru.Hehe..
aina,selagi buku komik itu mempunyai dailog/kata-kata yang perlu dibaca dan bukan hanya setakat ilustrasi/gambar semata-mata, maka saya anggap buku sepertinya adalah termasuk dalam kategori bahan bacaan. that's my point of view. :D
Assalamualaikum :)8. Sesejuk Maaf di Kalbu (Nor Atiqah Ghazali)
9. Hulagu Khan (Abdul Latip Talib)
10. Denyut Kasih Medik ( Dr Farhan Hadi)
11. Rumah yang Tidak Dimasuki Syaitan (Rasul Dahri)
12. Diary of a Wimpy Kid (Diary of a Wimpy Kid, #1) (Jeff Kinney)
13. Fluffy Baby Animals
14. Yang Mana Dahulu? (Fauziah Halimah Rashid)
15.Syaitan Musuh Kita (Badrul Hisham) 16.Murabbi Cinta (Hasrizal Abdul Jamil)
17. Travelog Cinta Abadi ; Masa yang Berlalu (Roza Roslan)
18. Terasing (Hilal Asyraf)
Kak Aidura, saya mengambil semangat akak dan ahli GR yang lain :) Harap-harap anak yang bakal lahir ni pun akan minat membaca :DWelma, buku yang Welma baca membuatkan saya rasa 'cemburu'. Haha..ada yang sukar dicari. Nantilah bila ke KL akan diburu juga ;)
19. 10 Sahabat yang Dijanjikan Syurga (Saridah Hamid)20. 20 Soalan Paling Lazim tentang Islam (Dr Zakir Abdul-Karim Naik)
21. Penjagaan Sewaktu Kehamilan & Selepas Bersalin (Dr Rushmini Maris)
Aina Dayana wrote: "Kak Aidura, saya mengambil semangat akak dan ahli GR yang lain :) Harap-harap anak yang bakal lahir ni pun akan minat membaca :DInsya-Allah Aina. Anak Aina yg bakal lahir tu bakal menjadi peminat buku yg tegar dan bijaksana, amiinnn. ;)
22. Cinta Sufi (Ramlee Awang Murshid)Sekarang sedang mengulit buku Membentuk Akhlak Anak Belajar dari Mukjizat Para Nabi (karya Najwa Husein Abdul Aziz) dan Syahadat Gadis Ateis :)
Tahniah..isteri saya pun sedang sarat mengandung. Harapan anak kami yang bakal lahir pun ditanam minat membaca juga :)
Aina Dayana wrote: "2. Remaja Mulia (Hilal Asyraf).
18. Terasing (Hilal Asyraf) "
Nak tanya, macam mana buku tu? Belum pernah baca tulisan Hilal dan teringin tapi belum berkesempatan.
Bagi saya remaja mulia sangat sesuai untuk kanak-kanak dan remaja kerana wataknya yang berumur 12 tahun digarap dengan matang dan islamik. Banyak unsur ketauhidan diserapkan dalam bentuk cerita agar kanak-kanak mudah mengikut tingkah laku yang baik. Terasing pula cerita thriller macam Ramlee Awang Murshid. Cuma bezanya ia banyak diterapkan elemen-elemen tawakkal, sabar, dan doa. Tapi ada beberapa kelemahan juga.
Cubalah baca VT juga. Novel sulung Hilal Asyraf dengan Galeri Ilmu. VT pasal mengangkat martabat sukan sebagai ibadah. Pasal bola tampar. Novel itu novel terbaik Hilal saya rasakan setakat ini.
Resensinya boleh lihat di blog saya : http://ainyanunalif.blogspot.com
(,")
23. Membentuk Akhlak Anak Belajar dari Mukjizat Para Nabi (Najwa Husein Abdul Aziz)24. A Blessed Pregnancy : Enjoying & Understanding Pre-pregnancy, Pregnancy & Post-Partum Care with Reference to the Qur'an and Sunnah (Sherin binti Kunhibava)
25. Mangkuk Tempurung Nenek (Ummu Hani Abu Hassan)
26. Indahnya Ramadhan di Rumah Kita (Dr Akram Ridha)
27. Diari Sufi (Siti Munazakiah)
28. Penakluk Kota Unggu (Kusyi Hirdan)29. Apabila Haiwan Menjadi Guru (Sahrulazmi Sidek)
30. Kamceng dengan Solat (Mohd Zawawi Yusoh & Siti Hasnah Hamzah)
31. Asam Pedas Gula Melaka (Norbi Husin)32. Versus (Hlovate)
33.Mari Bercerita - Koleksi Mari Bercerita Majalah Pa & Ma
34. Syahadah Gadis Ateis (Imran Haaz)
35. Ma Yan (Sanie B. Kuncoro)
36. Anakku Hebat Anakku Soleh (Zahazan Mohamad)
37. Secangkir Teh Pengubat Letih (Hasrizal Abdul Jamil)
38. Keajaiban Al-Qur'an (Harun Yahya)39. Cerita-cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri (Hamedah Wok Awang)
40. Untukmu Wanita (Zaharuddin Abd Rahman)
Itu sahaja untuk bulan Ogos (no 28 hingga 40) :)
Chaiyok Tok Mudin! Saya kira buku yang saya baca kurang 'berat' sebab tak pandai nak baca genre yang 'heavy'..baca ikut kemampuan. Cuma berusaha mengurangkan baca novel / fiksyen kerana nak mempelbagaikan bacaan :)
dia sekarang sambung belajar kat peranchis kan...lepas diari dia dah dijumpai, semakin banyak yang datang memberi bantuan, dengar cerita mak dia sekarang ni pun tengah fokus membantu golongan susah kat sana...Ma Yan ni rasa sangat dekat di hati sebab dia muslim..kasihan sungguh muslim di china...masa kat makkah, ada juga cari2 muka orang china tapi tak jumpa..
Welma wrote: "dia sekarang sambung belajar kat peranchis kan...lepas diari dia dah dijumpai, semakin banyak yang datang memberi bantuan, dengar cerita mak dia sekarang ni pun tengah fokus membantu golongan susah..."Welma..apa nama buku sambungan MaYan tu?
Gdiz wrote: "Welma wrote: "dia sekarang sambung belajar kat peranchis kan...lepas diari dia dah dijumpai, semakin banyak yang datang memberi bantuan, dengar cerita mak dia sekarang ni pun tengah fokus membantu ..."Kak,
Hehe. Saya google.Baca berita dan youtube.
Buku September :41. Tutuplah Tubuhmu Ada yang Melihat! (Bambang Q. Anees)
42. Islam Agama Sempurna (Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti - terjemahan oleh Ust Abd Basit)
43. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Dr Danial Zainal Abidin)
44. 11 Perkara yang Mencemari Kemurnian Tauhid (Hafiz Firdaus Abdullah)
45. Langit Ilahi (Hilal Asyraf)
46. Rembulan Tenggelam di Wajahmu (Tere Liye)
47. Memoir Tragedi Memali
Ada 3 buah lagi.. saya harap dapat capai sebelum bersalin nanti..hee.. (",)
Aina Dayana wrote: "Buku September :
41. Tutuplah Tubuhmu Ada yang Melihat! (Bambang Q. Anees)
42. Islam Agama Sempurna (Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti - terjemahan oleh Ust Abd Basit)
43. Perubatan Islam da..."
lepas bersalin - pantang orang tua tak boleh baca buku, kan?
sebenarnya dari sudut medikal pun tak digalakkan baca buku.
kalau nak baca buku juga, cari buku yg fontnya bersaiz 72 point ke.. hehehe
41. Tutuplah Tubuhmu Ada yang Melihat! (Bambang Q. Anees)
42. Islam Agama Sempurna (Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti - terjemahan oleh Ust Abd Basit)
43. Perubatan Islam da..."
lepas bersalin - pantang orang tua tak boleh baca buku, kan?
sebenarnya dari sudut medikal pun tak digalakkan baca buku.
kalau nak baca buku juga, cari buku yg fontnya bersaiz 72 point ke.. hehehe
Aina Dayana wrote: "W.. terima kasih :)
En Nazmi.. oh yakah? baru saya tahu.. :D Menunggu hari sahaja ni..hehe"
kebetulan, seorang rakan sekerja di berita minggu pernah wawancara pensyarah perubatan ttg pantang-larang ni. tentang pantang membaca - katanya - ada kaitan dgn ketiadaan/kekurangan hormon atau kelemahan daya anjalan pada kornea. begitulah. saya dengar sambil makan pagi. :)
En Nazmi.. oh yakah? baru saya tahu.. :D Menunggu hari sahaja ni..hehe"
kebetulan, seorang rakan sekerja di berita minggu pernah wawancara pensyarah perubatan ttg pantang-larang ni. tentang pantang membaca - katanya - ada kaitan dgn ketiadaan/kekurangan hormon atau kelemahan daya anjalan pada kornea. begitulah. saya dengar sambil makan pagi. :)
kenapa tidak digalakkan baca buku?Semasa berpantang sahaja ke? Saya nak tahu juga persepsi perubatan mengenai perkara ini.
Berbakul2 buku saya baca masa pantang dulu :p
Saya juga membaca ketika hamil, ketika baru sahaja lepas bersalin (masih di hospital), apatah lagi sewaktu dalam pantang. Ketika dalam pantang anak kedua, saya khatam The Lord of the Rings. Nak buat macam mana, anak saya menyusu (badan) dalam tempoh yang lama. Tentulah membaca jadi aktiviti paling praktikal kerana ibunya 'terperangkap' dalam keadaan duduk yang agak lama bersama si anak. Jadi, selalunya apabila hamil, saya akan bina 'stok buku' sebanyak yang mungkin untuk dibaca ketika dalam pantang. (hahaha, alasan untuk membeli banyak buku lagi). Saya tak pasti sama ada saya bertambah rabun. Saya memang bercermin mata, dan mengikut ujian terkini 'power' cermin mata tidak bertambah. Jadi, saya fikir saya tidaklah bertambah rabun kerana banyak membaca sewaktu di dalam pantang.
Untuk yang hamil atau menunggu hari, saya syorkan buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Sebuah buku yang mengandungi khazanah perbidanan orang-orang Melayu yang seharusnya diwarisi. Ada di Ujana Ilmu.
http://www.ujanailmu.com.my/pd_ensikl...
Kak Nisah, betul tu, sebab pantang merupakan tempoh berkurung. Itu yang saya pun bina stok buku pada masa yang sama. Menarik buku tu! Tetapi, tak beranak dalam masa terdekat ni, hehehe.
Buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu elok dibaca sebelum seseorang wanita itu bersedia untuk hamil. Ada banyak cara-cara untuk menjaga pemakanan dengan baik sebelum hamil, ketika hamil dan selepas melahirkan. Ada panduan juga untuk ibu-ibu yang keguguran. Elok juga dihadiahkan kepada sebagai hadiah pengantin baharu atau apabila sahabat kita mengumumkan yang dia sedang menanti 'orang baharu'. :-)
Terima kasih En Nazmi atas maklumat. Saya nak cari lagi maklumat mengenai itu. Logik juga jika dikatakan ada kaitan dengan ketiadaan/kekurangan hormon atau kelemahan daya anjalan pada kornea.Kak Nisah, terima kasih atas cadangan. Saya baru sahaja terfikir mengenai membina 'stok buku' sebelum bersalin ni. Hehe..baca 'post' dari yang lain ni membuatkan idea baru muncul :D
Tapi, mahu cari dulu maklumat En Nazmi tu :)
"Buku September :41. Tutuplah Tubuhmu Ada yang Melihat! (Bambang Q. Anees)
42. Islam Agama Sempurna (Sheikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti - terjemahan oleh Ust Abd Basit)
43. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Dr Danial Zainal Abidin)
44. 11 Perkara yang Mencemari Kemurnian Tauhid (Hafiz Firdaus Abdullah)
45. Langit Ilahi (Hilal Asyraf)
46. Rembulan Tenggelam di Wajahmu (Tere Liye)
47. Memoir Tragedi Memali"
Sambungan :
48. Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem (Abdul Latip Talib)
49. Takaza #1 (Komik M)
50. Raihan Rangerz #1
51. O.T.A.I Lawan jadi Kawan (Ilya Ilias)
Alhamdulillah sudah lepas target 50 :)
Nisah wrote: "Buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu elok dibaca sebelum seseorang wanita itu bersedia untuk hamil. Ada banyak cara-cara untuk menjaga pemakanan dengan baik sebelum hamil, ketika hamil dan selepas melahirkan. Ada panduan juga untuk ibu-ibu yang keguguran. Elok juga dihadiahkan kepada sebagai hadiah pengantin baharu atau apabila sahabat kita mengumumkan yang dia sedang menanti 'orang baharu'. :-)"kalau buat hantaran kawin ok tak???hihihi mahal tak bukunya???
Books mentioned in this topic
The Lord of the Rings (other topics)Ensiklopedia Perbidanan Melayu (other topics)








1. Imam Syafie Pejuang Kebenaran (Abdul Latip Talib).
2. Remaja Mulia (Hilal Asyraf).