Goodreads Malaysia discussion
This topic is about
As the Crow Flies
Arkib Buku Impak Maksima
>
As the Crow Flies
date
newest »
newest »
Saya belum pernah baca Jeffrey Archer. Niat memang ada, sekurang2nya mahu baca sebuah saja bukunya pun jadilah.
Kalau saya (malu pula nak cerita), buku Inggeris pertama yang saya baca habis dari kulit ke kulit, hanyalah buku Mr Meddle Stories. Lawak slapstik, ala-ala Pak Pandir begitu. Itupun saya baca masa umur 13 tahun. Uh uh. Buku Inggeris pertama yang saya beli dengan duit elaun sendiri masa di asrama. Saya memang orang kampung yang sangat Melayu :D

Najibah: Saya amat cadangkan anda baca buku dia. As the Crow Flies is of course my recommendation. Saya menangis walaupun selepas pembacaan kedua. Dan saya bukan jenis yang mudah menangis semasa membaca buku.Walaupun pembacaan yang terkemudian nyata mempunyai teknik penceritaan yang lebih kurang sama (twisting), tapi saya tetap mengkagumi "kebijaksanaan"nya memutarbelitkan jalan cerita di setiap buku hasil tulisannya.
Tapi tak tahulah kalau pembaca buku Inggeris pro akan merasa impaknya sama seperti pembaca novel Inggeris amatur (saya semasa itu). Suami saya juga mula membaca novel Inggeris selepas membaca salah satu buku Archer yang saya beli. Lepas tu dia pulak yang lebih2 dari saya nak dapatkan sebarang buku baru tulisan Archer (Keuntungan bagi saya).
Saya lagi malu nak cerita Najibah.. 20 tahun lepas tu saya dah berumur 18 tahun. Itu pun sebab saya masuk Pusat Matrik UIA. Terpaksa membaca Novel Inggeris untuk survival study.
Web of Conflicts, To Kill a Mocking Bird, As I Was PAssing and one more (cant remember) were among the textbooks.. Menangis saya nak faham.. :).. Nasib baik As I Was Passing tu senang sikit nak faham. At least saya gelak baca buku tu (makna faham lah tu)..
Posting about the book here http://usrahfatihah.blogspot.com/2010... as well as review section at my page.
Ummu wrote: "Itu pun sebab saya masuk Pusat Matrik UIA. Terpaksa membaca Novel Inggeris untuk survival study.
Web of Conflicts, To Kill a Mocking Bird, As I Was PAssing and one more (cant remember) were among the textbooks.. Menangis saya nak faham.. :).. Nasib baik As I Was Passing tu senang sikit nak faham. At least saya gelak baca buku tu (makna faham lah tu).."
Samalah dengan saya..macam kita dalam batch yang lebih kurang aje..

Ya ka Azzah?.. saya sempat lagi merasa asrama puteri kat atas bukit lembah pantai.. Tahun 2 matrikulasi dah tukar ke asrama kat sebelah padang hoki... Dah lama sangat dah... Dah kelabu dah memori kat situ.. saya matriks batch 90/91. Era Azzah Pusat Matrik masih kat Lembah Pantai ke?.
Salam Azzah:Saya dah tengok gambar zoom in awak.. saya rasa saya kenal awaklah.. :) Walaupun bukan kategori yang "mesra2" punya tapi kalau setakat matriks UIA tu, bukannya besar sangat... :)
Ummu wrote: "Ya ka Azzah?.. saya sempat lagi merasa asrama puteri kat atas bukit lembah pantai.. Tahun 2 matrikulasi dah tukar ke asrama kat sebelah padang hoki... Dah lama sangat dah... Dah kelabu dah memori k..."
Yelah..kat Zainab Al-Ghazali masa 1st yr then pindah ke blok2 kat bawah tu, ada 6 blok.
Mungkin lain course rasanya, cuma saya tak pasti nama & rupa sebenar Ummu, apa2 pun seronok rasanya bila berkongsi minat yang sama dengan rakan sealumni..

As the Crow Flies (Jeffrey Archer)
Novel ini mengisahkan kehidupan Charlie Trumper seorang cucu kepada peniaga buahan. Yang saya paling ingati ialah keazamannya untuk memiliki sebuah barrow terbesar di dunia.
Dan cita-citanya itu terlaksana apabila dia akhirnya berjaya membuka sebuah gedung membeli belah yang dianggapnya barrownya.
Kejayaannya bukanlah dicapai dengan mudah di mana dia perlu melakukan banyak pengorbanan demi untuk memenuhi cita2nya tersebut.
Gaya bahasa Jeffrey Archer yang selamba juga telah menggamit saya untuk mencari setiap novel beliau dan kebanyakan (kalau tak semua) telah berjaya saya miliki.
Namun apabila saya telah memiliki semua buku2 Jeffrey Archer, saya dapat mengesan persamaan di dalam semua buku tulisan beliau (stereotype).
Walaupun sekarang saya telah menemui pelbagai novel Inggeris lain yang lebih mencabar berbanding buku2 tulisan Jeffrey Archer, tapi saya tetap menghargai sumbangan As the Crow Flies dalam membuka mata saya bahawa ada dunia buku lain selain dari novel Inggeris Romance yang banyak dibaca remaja masa itu.