Goodreads Malaysia discussion

Hikayat Abdullah
This topic is about Hikayat Abdullah
182 views
Arkib Buku Impak Maksima > Hikayat Abdullah

Comments Showing 1-48 of 48 (48 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 20, 2010 06:27PM) (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Awal tahun dulu, salah satu azam buku saya adalah membaca semula hikayat-hikayat lama. Selepas lebih 4 bulan tersasar ke buku-buku moden, saya kembali mengulit hikayat. Kali ni Hikayat Abdullah. Menurut kenalan dari Indonesia, buku ini diangkat menjadi salah satu bacaan wajib pelajar di sana, cuma saya tak pasti untuk pengajian apa.

Saya sudah habiskan hingga bab ke-4 dan rasa hikayat ini sangat penting untuk menilai psikologi & sejarah orang Melayu. Walaupun ditulis dari kaca mata seorang mamak (Munsyi Abdullah berdarah India Muslim), tetapi beliau banyak membuat pemerhatian sosial ke atas bangsa Melayu.

Antara yang menarik adalah berkait bahasa, saya petik dari bukunya:

"Nasihat: Adalah suatu hairan, lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedar akan dirinya. Ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri, dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal, adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu? Dan lagi pula katanya, "Apakah gunanya dipelajari, kerana ia itu bahasa kita; lagipun dalam dunia sahaja berguna; terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat." Itu pun benar juga; tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu. Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu, ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa Melayu juga. Maka belumlah pernah aku melihat baik orang Melayu peranakan atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga, atau menulis kira-kiranya, atau berkirim surat, atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang dan doa itulah sahaja."

Bab ke-4 adalah antara bab yang paling saya suka setakat ini (mungkin ada bab2 lain selepas ini yang lebih disukai), "Darihal Kota Melaka". Beliau menceritakan mengenai seni bina, kedudukan dan keadaan sosial serta alam sekitar yang berkait dengan Kota Melaka. Kota Melaka yang dibina Portugis itu kemudian diletupkan dengan ubat bedil oleh orang Inggeris pimpinan Raja Farquhar.

Ada juga yang lucu, misalnya adat mengaji Qur'an zaman dulu, ada macam2 jenis alat siksaan untuk budak2 nakal, lari mengaji, lawan guru, bergaduh dengan rakan-rakan, memukul orang dan lain2. Ada pengepit jari, pengikat kaki dan macam-macam lagi yang dibuat dari buluh, rotan dan sebagainya. Sekali baca macam alat siksaan kem pengganas pula.

Ada sesiapa sudah khatam hikayat ni? Bahagian mana paling memberi kesan secara peribadi?


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new) - added it

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Beli bertahun dahulu, hajat nak baca secepat mungkin, sampai sekarang masih di rak buku. Topik dibuka Najibah ini mengingatkan saya bahwa buku ni sedang mengumpul rakan-rakan yg ramai dari kaum habuk.

Akan saya baca, lepas habis baca De Zoet insyaallah.


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 20, 2010 03:17PM) (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Khairul H. wrote: "Beli bertahun dahulu, hajat nak baca secepat mungkin, sampai sekarang masih di rak buku. Topik dibuka Najibah ini mengingatkan saya bahwa buku ni sedang mengumpul rakan-rakan yg ramai dari kaum hab..."

Boleh tahu yang dalam BI/BM? Edisi/Terbitan mana?


message 4: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah,

Macam pernah ternampak buku ni kat Kino. Buku yang sangat cantik, berkulit keras dan kat tepinya (saya tak tahu istilah apa) ada jalur emas. Memang teruja. Insyaallah, akan cuba mendapatkannya.


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Haryati, yang Haryati tengok tu, adakah terbitan Malaysian Branch of Royal Asiatic Society dan dalam BI? Reprint 29?


message 6: by Bukhari (new)

Bukhari | 3 comments Salam semua.

Saya sedang membaca HA versi yang diterbitkan oleh PTS.

Najibah: Saya juga pernah jumpa buku HA yang cantik itu kat Pustaka Darussalam di Alor Setar. Harganya pun kalau tak silap RM180. Versi klasik.


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new) - added it

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ada versi BI ke? Kena cari ni. Saya punya terbitan PTS macam Bukhari punya le kut.


message 8: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 20, 2010 08:18PM) (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bukhari wrote: "Salam semua.

Saya sedang membaca HA versi yang diterbitkan oleh PTS.

Najibah: Saya juga pernah jumpa buku HA yang cantik itu kat Pustaka Darussalam di Alor Setar. Harganya pun kalau tak silap RM..."


Oh, sekarang saya rasa saya tahu. Yang edisi klasik ni, terbitan Yayasan Karyawan.

Jadi sekarang ada beberapa edisi HA yang beredar dalam pasaran:

1. Hikayat Abdullah (yang ini terbitan MBRAS, dalam bahasa Inggeris)
2. Hikayat Abdullah (terbitan PTS, BM, bahasa saya yakin dah dimodenkan sesuai zaman sekarang, kan Bukhari?)
3. Terbitan Yayasan Karyawan, BM, seperti imej di bawah:



Yang saya sedang baca, rasanya dah tak dicetak ulang lagi, terbitan Pustaka Antara, Hikayat Abdullah

PS: Harga yang Yayasan Karyawan, kalau beli terus dari yayasan, RM117.


message 9: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah,
Penerbitnya tak pasti tapi dalam bahasa Melayu.


message 10: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Haryati wrote: "Najibah,
Penerbitnya tak pasti tapi dalam bahasa Melayu."


Haryati, macam dalam gambar kat atas ke?


message 11: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
"kat tepinya (saya tak tahu istilah apa) ada jalur emas"

Dalam istilah perbukuan, dipanggil 'fore-edge' atau 'tubir depan'. Tubir depannya bercat emas.


message 12: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah wrote: "Haryati wrote: "Najibah,
Penerbitnya tak pasti tapi dalam bahasa Melayu."

Haryati, macam dalam gambar kat atas ke?"


Rasanya ya, sebab buku tu berbalut cantik. Saya cuma pegang fizikal saja tapi tak minta pihak Kino buka untuk saya. Risau terjatuh cinta nanti.


message 13: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah wrote: ""kat tepinya (saya tak tahu istilah apa) ada jalur emas"

Dalam istilah perbukuan, dipanggil 'fore-edge' atau 'tubir depan'. Tubir depannya bercat emas."


Najibah,
Oh! Tubir depan, terima kasih atas info.


message 14: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Buku Hikayat Abdullah ni, kalau boleh saya sarankan, elok dijadikan naskhah 'wajib-baca' bagi orang Melayu. Tapi tak le sampai tahap wajib melebihi Al-Quran.

Banyak maklumat dan pengetahuan berkaitan yang saya dapat dari buku ini yang dipanjangkan ke peringkat pengajian saya ketika ini, walaupun secara tidak langsung.

Contohnya, ketika zaman Munshi Abdullah itu, betapa banyak manuskrip dan surat-surat Melayu dijual kepada Inggeris kerana mereka (orang Melayu) nakkan duit cepat. Maka hairan apa jika surat-surat lama sultan Melau kita yang begitu indah itu menjadi milik arkib di UK?


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Buku Hikayat Abdullah ni, kalau boleh saya sarankan, elok dijadikan naskhah 'wajib-baca' bagi orang Melayu. Tapi tak le sampai tahap wajib melebihi Al-Quran.

Banyak maklumat dan pengetahuan berk..."


Ya, setuju dengan pengamatan Bunnybaby, rasa sangat sedih - boleh kata dari dulu sikap kita tak banyak berubah.

Cuma ada juga segelintir yang tak menjual, tetapi akan dibuat salinan oleh orang Puteh.

Perhatikan juga sikap penduduk Melaka waktu seorang raja Melayu berusaha mendapatkan kembali Melaka:

Bermula di balik kebun Kompeni itulah tempat ditanamkan Raja Haji iaitu seorang raja Melayu yang berkuasa adanya. Asalnya ia itu keturunan Bugis, maka isterinya bernama Ratu Mas, maka ia lah yang telah datang memerangi Melaka pada zaman Holanda.... Maka hampir-hampir dapat Melaka olehnya.... Maka pada masa itu segala bangsa yang ada di Melaka masuk perang menolong Holanda daripada Melayu, Keling, Cina, Serani.

Maknanya selepas jatuh Kesultanan Melaka, cepat sekali semua etnik itu lupa dengan ketua asal mereka, sudah terpaut hati dengan orang Belanda. Sepatutnya apabila Raja Haji menyerang, mereka dapatlah membantu dari dalam, ini tidak, SEMUANYA MASUK PERANG MENOLONG HOLANDA. Mentaliti.


message 16: by Norain (new)

Norain | 687 comments Nak beli dan baca juga!


message 17: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new) - added it

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
@Najibah: tapi kita tak tahu konteksnya. Org Melaka dipaksa perang dipihak Belanda mungkin? Atau org Melaka memang tak suka si Raja Haji? Atau dibayar oleh Belanda untuk jadi askar mereka?

Atau Melayu dulu sama je macam Melayu sekarang? Mata biru rambut kuning lebih baik dari mata hitam rambut hitam?


message 18: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Khairul H. wrote: "@Najibah: tapi kita tak tahu konteksnya. Org Melaka dipaksa perang dipihak Belanda mungkin? Atau org Melaka memang tak suka si Raja Haji? Atau dibayar oleh Belanda untuk jadi askar mereka?

Atau M..."


Ya, kalau dihalusi, saya harus tahu konteksnya sebelum berkata begitu. Tetapi berdasarkan wacana di sekitar dalam Hikayat ini, mereka sangat neutral, tidak berpihak malah terhadap apa yang boleh dikira kepentingan sendiri. Contohnya terhadap perobohan kota Melaka, tak ada langsung disebut mengenai bantahan orang Melaka. Hanya ada perbualan neutral mengenai keupayaan Inggeris untuk melakukannya. Bukan ke itu kota mereka, milik mereka, tapi... entahlah.

Dan tentang konteks, malah mungkin Munsyi sendiri, sebagai orang yang rapat dengan Inggeris, sudah dipengaruhi pandangan Inggeris terhadap orang Melayu, sebab tak banyak yang baik mengenai Melayu yang ditulisnya (hingga bab 6 sekarang, sampai cerita Raffles). Asyik bodoh sahaja yang diberinya :)


message 19: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Atau Melayu dulu sama je macam Melayu sekarang? Mata biru rambut kuning lebih baik dari mata hitam rambut hitam?

Boleh cuba tukar sedikit ayat Munsyi yang ini:

Dan lagi pula katanya, "Apakah gunanya dipelajari, kerana ia itu bahasa kita; lagipun dalam dunia sahaja berguna; terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat."

Dan lagi pula katanya, "Apakah gunanya dipelajari [bahasa Melayu:] kerana ia itu bahasa kita; lagipun dalam sastera sahaja berguna; terlebih baik bahasa Inggeris, berguna [untuk:] sains matematik."

Hehe, sounds too familiar.


message 20: by Haryati (last edited Jul 21, 2010 12:09AM) (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah,

Dalam salah satu cerpen dalam Aduhai- (kalau tak silap tajuknya 50 tahun sesudah medeka) ada disentuh cerita Abdullah Munsyi dan Raffles. Katanya Abdullah selalu merindu-rindu Raffles yang telah mengaut seluruh kekayaan Tanah Melayu dan belayar balik ke England. Tapi akhirnya kapal Raffles karam sebelum sempat Raffles "bermesra" dengan hartanya. Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka. Mungkinkah ini alasannya kenapa orang-orang Melayu itu bodoh sahaja layaknya?

Adakah perkara ini diceritakan dalam Hikayat Abdullah?


message 21: by Juliana Es (last edited Jul 21, 2010 12:18AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Hikayat Abdullah memang ada memperihalkan kemesraan dan kerapatan Munshi Abdullah dengan orang-orang Inggeris.

Berkenaan Melayu dari kaca mata Inggeris, bolehlah baca buku "Perihal Orang Melayu" yang ditulis oleh Frank Swettenham (edisi terjemahan BM). Dalam buku Swettenham ini, penulisnya ada memuji malah mengkagumi budaya dan adat orang Melayu.


message 22: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Haryati wrote: "Najibah,

Dalam salah satu cerpen dalam Aduhai- (kalau tak silap tajuknya 50 tahun sesudah medeka) ada disentuh cerita Abdullah Munsyi dan Raffles. Katanya Abdullah selalu merindu-rindu Raffles..."


Haryati, baru masuk bab 'Mengenai Raja Raffles'. Tapi boleh nampak betapa sayang dia pada Raffles. Segala puji-pujian manis diberi.


message 23: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 765 comments Najibah wrote: "Haryati wrote: "Najibah,

Dalam salah satu cerpen dalam Aduhai- (kalau tak silap tajuknya 50 tahun sesudah medeka) ada disentuh cerita Abdullah Munsyi dan Raffles. Katanya Abdullah selalu merindu..."


Najibah,

Kalau suka, memang segalanya manis tapi tak suka bodohlah layaknya. Itukan adat dunia.


message 24: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments wah.. macam menarik je hikayat Abdullah ni. Perlu beli juga ni (tapi bacanya entah bila) :)


message 25: by Hilman (new) - added it

Hilman | 492 comments baru je beli keluaran PTS...lepas raya nanti baru boleh baca...


message 26: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Bagus Hilman ni, Ramadhan baca Qur'an :)


message 27: by sani (new)

sani | 53 comments Sakitnya hati aku mendengar Tok Nenek aku dibodohkan oleh Munsyi Abdullah ni.

Apakah mungkin pihak yg kalah dlm perang atau dijajah itu semuanya bodoh belaka? Bagaimana pula bagi sebahagian dari mereka yg berjuang lalu terbunuh, adakah mereka itu bodoh juga?

Kenapa Inggeris menyuruh Munsyi Abdullah menulis, walaupun kononnya tidak ramai org Melayu yg tahu membaca pada masa itu.

Mungkinkah ia sebuah propaganda Inggeris, ditujukan utk anak cucu org Melayu sendiri.

Nah, kalau ditulis oleh Inggeris sendiri sudah tentu akan dipertikaikan kebenarannya.

Bilamana ditulis oleh org yg bernama Abdullah haruskah kita telan semuanya sebagai sejarah (kebenaran) pula?.

*Ish teremosi pulak*


message 28: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
sani wrote: "Sakitnya hati aku mendengar Tok Nenek aku dibodohkan oleh Munsyi Abdullah ni.

Apakah mungkin pihak yg kalah dlm perang atau dijajah itu semuanya bodoh belaka? Bagaimana pula bagi sebahagian dari ..."


Sani, kata orang kalau mahu tahu kelemahan kita, kita kena tanya pada musuh kita - sebab akan mereka selongkar habis-habisan walau sekecil mana, untuk diperbesar-besarkan.

Itulah, walaupun pada awal pembacaan saya prejudis terhadap Munsyi, setelah habis membaca Hikayatnya, saya mahu bersangka baik sahaja terhadap beliau. Mungkin beliau sendiri telah membiarkan dirinya digunakan oleh Inggeris tanpa disedarinya?

Banyak fakta dalam bukunya tak bersalahan dengan fakta-fakta kehidupan dan budaya Melayu yang masih bersisa, dan ada fakta lain didukung pula oleh dokumen/buku lain yang menguatkan lagi hujahnya. Apa boleh buat kalau itu memang gaya hidup nenek moyang kita? Kitalah yang harus mengambil iktibar dari kehidupan mereka, dan berterima kasih kepada Munshi yang telah menegur, entah kerana tulus, atau entah sebagai musuh?


message 29: by Hilman (new) - added it

Hilman | 492 comments hangat jugak ye buku ni... ni yang buat saya nak balik baca.. huhuhu

lepas baca baru boleh komen...


message 30: by Isma (new)

Isma | 682 comments Lama saya cari,Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan tak jumpa-jumpa.

(Hikayat Abdullah Munsyi beberapa kali sudah khatam.)


message 31: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Isma, Akak ada jumpa dalam bentuk digital, Kisah Pelayaran Abdullah ni. Kalau tak salah ini yang versi asal, dalam Jawi dan ada transliterasi Rumi. Nanti Akak e-mel.


message 32: by Mizz (last edited Aug 17, 2010 08:59AM) (new)

Mizz | 11 comments Hmm...saya dengar memang macam yang Encik Sani cakap, Munsyi Abdullah ni orang gunaan Inggeris, malah sampai boleh digelar musuh Islam. Banyak fakta yang diselewengkan. Mungkin apa yang dikatanya betul, maka bolehlah dibuat panduan, contohnya apa yang dikatanya mengenai orang Melayu yang tak hendak belajar bahasa sendiri itu memang kena. Tapi sakitnya hati bila baca Malay Dilemma, tak taulah sebab kebenaran itu pahit atau bangsa kita dipandang hina sebegitu rupa tapi buruk sungguh bahasanya di mata saya, seburuk nenek moyang dan raja kita di matanya, tak ada yang baik langsung. Tapi bagi saya, mungkin kita bodoh macam dikatanya kalau kita percaya bulat-bulat semua yang ditulisnya.
Sekarang dengan wujudnya gelombang pengkaji sejarah realiti yang mengkaji sejarah dari sebelah pihak kita sendiri, bolehlah kita buat perbandingan sebab selama ni kita cuma telan fakta daripada para orientalis saja. Contohnya kata depa, kalau ikut manuskrip Undang-undang Kedah, pecahlah tembelang dan agenda orang Inggeris dan Thai yang dok sorokkan sebab banyaknya fakta yang bercanggah.


message 33: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new) - added it

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
sani wrote: "Bagaimana pula bagi sebahagian dari mereka yg berjuang lalu terbunuh, adakah mereka itu bodoh juga?"

Itu bukan bererti mereka bijak, cuma mereka berani mati. Samada bodoh ke bijak, tak boleh diukur dgn kesungguhan mereka berjuang.


message 34: by Lilys (new)

Lilys (gdiz) | 207 comments Erm..macam menarik. Pernah tengok2 kat Kedai buku.com. Kena beli baca ni.


Norziati | 380 comments Setelah lama mendengar, kali ini saya benar-benar terpengaruh dengan sosok Abdullah Munsyi. Di Gramedia Mines sehari sebelum Ramadhan berakhir, saya membeli dua naskhah buku Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Jilid 2 (Puisi dan Ceritera) dan Jilid 3(Hikayat Abdullah). Jilid pertama tiada. Kedua-duanya tulisan Amin Sweeney diterbitkan oleh Kepustakaan Popular Gramedia (KPG)


message 36: by Isma (new)

Isma | 682 comments La... lama saya cari tulisan Amin Sweeney.


Norziati | 380 comments Buku ini ada di Gramedia Mines. Potongan 50% sehingga 4 Oktober. Harga asal RM 30, tinggal RM15 selepas potongan :-)


message 38: by Asal (new) - added it

Asal | 2 comments salam kenal. Terima kasih kerana ulasan-ulasan yang baik sekali mengenai buku ini. Saya beli kerana teruja membaca setiap komen dalam perbincagan ini.


message 39: by Isma (new)

Isma | 682 comments Norziati wrote: "Setelah lama mendengar, kali ini saya benar-benar terpengaruh dengan sosok Abdullah Munsyi. Di Gramedia Mines sehari sebelum Ramadhan berakhir, saya membeli dua naskhah buku Karya Lengkap Abdullah ..."

Amin Sweeney dalam satu satu temubual pernah melahirkan rasa kecewa tinggal di Malaysia.Sebab itu dia pindah ke Indonesia.


message 40: by Zul (new)

Zul | 70 comments Saya tengah cari hikayat pelayaran Abdullah..kat PNM takde nampaknya...


message 41: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ini hasil carian saya dari katalog awam PNM:

http://webopac.pnm.gov.my/search/quer...

Ada dua puluh hasil carian, termasuk versi asal hikayat Abdullah dalam bentuk manuskrip. Menakjubkan!

Faizal cari dari mana tempoh hari yang menyebabkan tak jumpa? Mungkin lain kali boleh menelefon sendiri ke pustakawan rujukan di PNM untuk dapatkan kepastian :)


message 42: by Zul (new)

Zul | 70 comments Nanti sy try. Tapi saya penah rujuk kat katalog berkomputer PNM nak cari A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau ikut sistem tu ada 2 buah tapi bila cari2 tak jumpa2 pon kat tempat disebutkan.
Saya pernah baca buku Hikayat Pelayaran Abdullah ni masa sekolah menengah dulu. Memang menarik sebab menceritakan suasana di negeri-negeri Pantai Timur ketika tu...


message 43: by Norain (new)

Norain | 687 comments Kak Najibah, masih ada ke fail Kisah Pelayaran Abdullah? Saya nak, boleh?

Saya terkejut sebab terjumpa sumber-sumber tentang Melayu yang berbahasa Melayu di National Library Australia. Buku sejarah yang susah benar nak cari di Malaysia pun ada, kagum saya. Terkilan sebab perpustakaan tu di Canberra. Kalau bijak sikit otak saya ni, dapat agaknya belajar di ANU dan bukan sekadar di Adelaide. Aduhai.


message 44: by Azimah (last edited Feb 16, 2013 03:47AM) (new)

Azimah  Othman | 113 comments I stumbled upon this topic recently. Would love to get hold of a BI version if any.


message 45: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new) - rated it 4 stars

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
@Norain, nanti saya cari semula link/failnya. Maaf lambat respon.

@Azimah, have you tried MBRAS? They published the reprint, English.


message 46: by Izzy (new)

Izzy Khalid | 29 comments @Azimah ... Hikayat Abdullah in BI, please refer to MBRAS link below

http://www.mbras.org.my/reprint29.html


message 47: by Azim Mat (new)

Azim Mat (matazim) | 19 comments MunsYi atau MunsHi Abdullah? atau abdullah abdul kadir?

Cuba search satu² nama diatas, Masing² ada buku yang sama.
Apa kata seragamkan nama penulis ini agar tak bertindan tajuk dan versi yang sama. Senang pembaca meletakkan dlm rak dan dapat dinilai bersama.


message 48: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments Thanks Najibah/Hazrul. I hope non-members can buy. Shall follow up with them.


back to top