Goodreads Malaysia discussion
Arkib II
>
Interlok
date
newest »
newest »
Tak pernah baca interlok, yang saya baca SN Abdullah Husain adalah tentang buku autobiogarfinya saja.Tak boleh nak ulas panjang.
Begitu takut sekali dengan kenyataan sebenar yang ada berlaku di bawah arus. Sampai bila kita mahu sapu semua masalah kita ke bawah tikar?
Mungkin sudah masanya kita berdepan dengan 'naga' yang menjadi momok semua pihak Melayu, Cina, India.
Mahu baca Interlok bulan depan untuk Ganding Baca boleh juga. Kita lihat sejauh mana ia rasis, memecah-belah, mengganggu keharmonian dan lain-lain.
*Saya sendiri belum baca Interlok.

Boleh juga untuk ganding baca. Kita kaji dan bandingkan pendapat mereka yang menolak. Sempat rasanya untuk cari novel tersebut di Dawama (tak ada lelong hujung tahunkah?)
Norziati wrote: "Boleh juga untuk ganding baca. Kita kaji dan bandingkan pendapat mereka yang menolak. Sempat rasanya untuk cari novel tersebut di Dawama (tak ada lelong hujung tahunkah?)"
Saya pun baru buat pesanan di Dawama :) - nak ke jualan lelong (kalaupun ada), sudah diberi notis supaya 'jangan terlalu lasak' oleh doktor.
Saya pun baru buat pesanan di Dawama :) - nak ke jualan lelong (kalaupun ada), sudah diberi notis supaya 'jangan terlalu lasak' oleh doktor.
Dawama ada jualan hujung tahun? Bila? Jom kita pakat-pakat cari buku ni. Lagi diban, lagilah kita nak baca...lagi ditarik-balik, lagilah kira berebut-rebut membelinya..ha..ha...

Menurut laporan dari Berita Harian, novel ini didapati 'mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.'
Oleh kerana dalam buku ini ada perkataan bodoh, maka ia ditarik balik. Betapa bodohnya keputusan selepas duit banyak dihabiskan untuk mencetak dan mengedar buku ini ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Siapa bodoh?
Bukankah bagus buku ini dijadikan kajian oleh pelajar sekolah supaya mereka tahu apa itu rasis, apa itu politik, apa itu semangat, apa itu persahabatan. Bukanlah itu lebih baik? Bukannya meletakkan anggapan bukan-bukan dengan sekadar membaca isi tanpa menghadamnya betul-betul
Pautan penuh:
http://www.bharian.com.my/bharian/Sec...