Goodreads Malaysia discussion
Budaya Membaca
>
Perpustakaan mini
date
newest »
newest »
Saya tiada perpustakaan mini, tetapi adalah rak buku yang saya letakkan di ruang tamu rumah flet saya yang sempit itu. Tujuannya selain untuk show off yang saya ni rajin membaca, juga sebagai bahan bacaan kalau orang bosan bila bertandang ke rumah.Setakat ini tiada siapa lagi yang ambil baca.
Buku kanak-kanak murah banyak ada di DAWAMA. ada yang berharga RM1.90.
Untuk mendidik mereka pula sangatlah payah. Even alQuran pun mereka boleh koyakkan. Sebab itu dicipta alQuran dari plastik. Inikan pula buku biasa. Mereka ni macam kera, bagi apa pun semuanya akan berakhir lunyai. Semoga kata semangat saya ini tidak melemahkan kamu.
:D :D Nama pun kanak-kanak.Tapi ada je kanak-kanak yang pandai hargai buku kan. Saya geram juga tengok majalah dan buku yang dah "botak" (dikoyakkan dan sticker dalam majalah habis semua diambil) dek dikerjakan mereka ni. Tapi nak buat macam mana. Saya teruskan juga buat sudut bacaan.
Setakat ini saya baru langgankan majalah sahaja. Buku.. sedang kumpul bajet sendiri untuk beli buku untuk mereka.
Dah bertahun saya tak beli buku keluaran DBP tetapi buku DBP memang bagus. Insya Allah saya akan ke DAWAMA juga nanti. Terima kasih atas cadangan.


Baru beberapa bulan saya wujudkan sudut bacaan di rumah untuk anak-anak kampung yang datang mengaji al-quran. Biasalah awal-awal semua baik kemudian mulalah buku hilang atau koyak dan diconteng :)
Rakan-rakan GR ada tak pengalaman buat perpustakaan mini di rumah tapi dibuka untuk dikunjungi terutama kanak-kanak?
Di mana saya boleh dapatkan buku atau majalah kanak-kanak yang murah? ^_^
Yang penting bagaimana saya nak didik mereka supaya sayang dan jaga buku elok-elok?
Pendapat anda semua amat dialu-alukan =)