Goodreads Malaysia discussion

note: This topic has been closed to new comments.
85 views
Arkib > Salam Perkenalan 2011

Comments Showing 1-49 of 49 (49 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Rakan-rakan baru yang mendaftar di GRMY 2011, boleh perkenalkan diri di sini.

Boleh juga di 2010, tetapi thread itu sudah terlalu panjang dan menjadi sukar untuk diikuti.


message 2: by Norain (new)

Norain | 687 comments Tutup sahajalah thread 2010 tu, nanti tahulah mereka nak ke sini :P


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Hi, selamat berkenalan. Hehe.


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Norain MT wrote: "Tutup sahajalah thread 2010 tu, nanti tahulah mereka nak ke sini :P"

Saya selalu lupa dengan kuasa yang ada, memang pasti tak boleh jadi orang politik :)

Menjawab soalan Norain di thread yang dah ditutup oleh moderator yang menyedarinya, anak saya akan genap 5 tahun Jun ini.


message 5: by Aly (new)

Aly (A_ly) | 41 comments Selamat berkenalan semua!
^^,


message 6: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Norain MT wrote: "Tutup sahajalah thread 2010 tu, nanti tahulah mereka nak ke sini :P"

Saya selalu lupa dengan kuasa yang ada, memang pasti tak boleh jadi orang politik :)

Menjawab soalan Norain ..."


bila dapat kuasa politik, pasti tak boleh lupa.. hehehe.. ada dlm diri setiap manusia :))


message 7: by Ezlyna (new)

Ezlyna | 118 comments Saya baru mendaftar di GRMY bulan lepas. Nama saya Ezlyna. Asal Muar tapi sekarang menetap di Tokyo.

I love biographies and memoirs. Silalah recommend kalau ada biographies & memoirs yang menarik tak kiralah by famous or non-famous people, be it in BM, English, Japanese or French. Saya suka baca.

Selamat berkenalan! :)


message 8: by Norain (new)

Norain | 687 comments Saya baru saja sedar pengasas GR/MY berada di Australia tapi di territory yang berbeza dengan saya. Kali terakhir aktif April tahun ini tapi data buku terbaharunya 2007. Apakah dia ada menjenguk ke sini dalam senyap???


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Ezlyna wrote: "Saya baru mendaftar di GRMY bulan lepas. Nama saya Ezlyna. Asal Muar tapi sekarang menetap di Tokyo.

I love biographies and memoirs. Silalah recommend kalau ada biographies & memoirs yang menarik ..."


Salam buku, Ezlyna. Saya peminat biografi dan memoir juga. Antara siri biografi/memoir yang tak jemu saya baca, terbitan UKM seperti Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api. Mungkin boleh cuba juga biografi Searching for Solace : A Biography of Abdullah Yusuf Ali? Atau memoir Azar Nafisi Things I've Been Silent About?


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jun 07, 2011 06:42AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Terima Kasih Najibah memberitahu saya mengenai biografi A. Yusuf Ali. Tak tahu pun kewujudannya. Saya tahu sedikit kisah hidupnya, yg paling sedih dia mati seorang diri di London. Tiada siapa nak pergi ambil jenazahnya di hospital sehinggalah hospital menghubungi wakil kedutaan Pakistan. Macam mana penterjermah Quran ke Inggeris paling masyhur boleh menerima nasib begitu? Tu lah nak tau ni.

Ala, cawangan Amazon semua takde. Kena cari tempat lain.

Edit: Silverfishbooks.com ada!


message 11: by ❀ Hana (new)

❀ Hana (hanakirana) | 38 comments Salam semua,

Selamat berkenalan! Saya Hana dan kini menetap di Birmingham, UK. Saya salah seorang yg daftar tahun lepas. hehehe


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Khairul H. wrote: "Terima Kasih Najibah memberitahu saya mengenai biografi A. Yusuf Ali. Tak tahu pun kewujudannya. Saya tahu sedikit kisah hidupnya, yg paling sedih dia mati seorang diri di London. Tiada siapa nak p..."

Saya pun dah ingat-ingat lupa apa sebabnya beliau mati sendirian begitu. Sekarang rasa seperti mahu baca semula buku ini, sayangnya ada di kampung pula.


message 13: by Sabariah (new)

Sabariah | 53 comments Assalamualaikum.
Saya baru jer joint kat sini. harap nak meluaskan skop bahan bacaan yang sekarang ni tertumpu kepada novel melayu.

saya berminat untuk mengumpul buku mengenai pantun, puisi dan gurindam. so far dah ada beberapa buah buku pantun. sedang mencari buku pantun DBP.


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 08, 2011 01:48PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Sabariah wrote: "Assalamualaikum.
Saya baru jer joint kat sini. harap nak meluaskan skop bahan bacaan yang sekarang ni tertumpu kepada novel melayu.

saya berminat untuk mengumpul buku mengenai pantun, puisi dan g..."


Salam buku, Sabariah. Menarik, Prof Ding Choo Ming mungkin ada beberapa buku mengenai pantun, beliau peminat pantun dan sekarang sedang membina data pantun (atau data pantun Baba Nyonya?) di pangkalan data Malay Civilization.

Norain MT wrote: "Saya baru saja sedar pengasas GR/MY berada di Australia tapi di territory yang berbeza dengan saya. Kali terakhir aktif April tahun ini tapi data buku terbaharunya 2007. Apakah dia ada menjenguk ke..."

Tahun lepas beliau ada juga menjenguk sekali. Alangkah baiknya kalau beliau dapat memeriahkan forum kita juga - sangat mahu mengenali beliau sebagai peminat buku.


message 15: by Ezlyna (new)

Ezlyna | 118 comments Salam buku Najibah, terima kasih! :)

OK, saya dah order buku Azar Nafisi tapi memoir Ahmad Boestamam & biografi Abdullah Yusuf Ali nampak gayanya kena cari di Malaysia. Saya check on Amazon tadi - "ships from Malaysia", tak jadi nak order sebab bulan Ogos nanti saya balik kampung. Tak sabar nak import buku banyak-banyak. :)


message 16: by Norain (last edited Jun 12, 2011 05:16AM) (new)

Norain | 687 comments Ezlyna wrote: "Saya baru mendaftar di GRMY bulan lepas. Nama saya Ezlyna. Asal Muar tapi sekarang menetap di Tokyo.

I love biographies and memoirs. Silalah recommend kalau ada biographies & memoirs yang menarik ..."


I found Three Women of Herat very interesting, the story of friendship between an English woman and three Afghanistan women before the period of Soveit invasion.


message 17: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Sabariah wrote: "Assalamualaikum.
Saya baru jer joint kat sini. harap nak meluaskan skop bahan bacaan yang sekarang ni tertumpu kepada novel melayu.

saya berminat untuk mengumpul buku mengenai pa..."


ya, prof ding mmg kendalikan laman yg sangat bagus itu. sayang sekali ada orang yg baru masuk ke tempatnya dan tiba2 menjadi ketua projek itu pula. kisah yg sebegini menyebabkan saya menyampah pd institusi pendidikan kita!


message 18: by Sabariah (new)

Sabariah | 53 comments Sabariah wrote: "Assalamualaikum.
Saya baru jer joint kat sini. harap nak meluaskan skop bahan bacaan yang sekarang ni tertumpu kepada novel melayu.

saya berminat untuk mengumpul buku mengenai pantun, puisi dan g..."


terima kasih untuk info tersebut.


message 19: by Ezlyna (new)

Ezlyna | 118 comments Thanks, Norain! Looks interesting. I've added it to my wishlist. Too many books to read, too little time... :-|


message 20: by Ayesha (new)

Ayesha | 1 comments Assalamualaikum. Saya Ayesha, baru nak join group ni balik. =)
Anyway, I envy those who has time and money to spend on books. Especially money. Because that I don't have. Luckily I'm working at a library, boleh la pinjam aje.

Selamat berkenalan ^__^


message 21: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Wa'alaikumussalam Ayesha. Welcome back!


message 22: by Sabariah (new)

Sabariah | 53 comments Najibah : dah check kat malay civilization. thanks.


message 23: by Aisyahnas (new)

Aisyahnas | 5 comments Assalamualaikum. Saya baru nak berjinak-jinak dengan GRMY ni.

Just want to ask for opinion, sbb saya selalu baca novel melayu je, kat kedai buku teringin nak beli bila tengok ada macam-macam novel inggeris, tapi tak tahu mana satu yang best.

So can someone give any recommendations for any good and interesting english books for beginner like me?


message 24: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
We cannot give recommendations if we don't know what you like to read. General fiction? Romance? Fantasy? young Adult? There are so many genres and sub-genres.


message 25: by Aisyahnas (new)

Aisyahnas | 5 comments Khairul H. wrote: "We cannot give recommendations if we don't know what you like to read. General fiction? Romance? Fantasy? young Adult? There are so many genres and sub-genres."

Okay, I like to read general fiction books, including like adventure, some historic, mystery and fantasy/science fiction elements or family/friendship stories. I can read any types of book actually, but I'm not too into horror or ghost stories. Maybe I can start with books for young adult. Thank you.


message 26: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Aisyahnas wrote: "Khairul H. wrote: "We cannot give recommendations if we don't know what you like to read. General fiction? Romance? Fantasy? young Adult? There are so many genres and sub-genres."

Okay, I like to ..."


Hi Aisyah

Saya dulu suka baca Sidney Sheldon but then I grew tired of his style of writing. Pernah cuba Archer(Kane and Abel) dan Grisham (The Firm / The Pelican Brief). I thought those were very nice.

Have you tried Michael Crichton (Next) and Ken Follet? I quite like the The Third Twin.

If young adult perhaps boleh cuba Neil Gaiman Neverwhere. Itu young adult kan? *scratch head


message 27: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Ce start with Jeffrey Archer's short stories. TryNot a Penny More, Not a Penny Less

YA? Try the Percy Jackson series (by Rick Riordan), or Twilight (Stephenie Meyer). Try Ann Brashares' Sisterhood of the Travelling Pants if you like friendship stories.

Good luck, Aisyahnas!


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
There's always the Harry Potter series.


message 29: by Aisyahnas (new)

Aisyahnas | 5 comments To Faizah Roslaini, Kataklicik and Khairul H.,

Thank you so much for all the recommendations.
Ok, I'll try the books that you suggest.

At least, sekarang dah ada prospek novel Inggeris untuk dicari. Terima kasih semua (",)


message 30: by Izzati (new)

Izzati  Hashim (deazati) | 6 comments Salam alaik.

I'm newbie here. Glad found this website. At least, saya blh manage buku-buku yg dibaca.

Just wanna share someting yang pernah saya dengari di ceramah, "membaca bukan hanya satu hobi. Tapi ia adalah satu kewajipan bagi yang beragama Islam. Kenapa? Sebab wahyu yg pertama yg diturunkan pada Rasulullah SAW adalah membaca." (=

salam perkenalan (=


message 31: by Azyaz (new)

Azyaz | 2 comments Assalamualaikum,
saya baru saja join group ini.Selamat berkenalan.


message 32: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Wa'alaikumussalam Azyaz.
Selamat datang ke kumpulan pencinta dan pencandu buku Malaysia.


message 33: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jun 22, 2011 10:18PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Selamat datang Albi, Azyaz dan Aisyahnas :) + Hana & Aly.

Jangan lupakan 'candu' selama-lamanya (baca: jangan lupa buku selama-lamanya)


message 34: by Azyaz (new)

Azyaz | 2 comments Najibah wrote: "Selamat datang Albi, Azyaz dan Aisyahnas :) + Hana & Aly.

Jangan lupakan 'candu' selama-lamanya (baca: jangan lupa buku selama-lamanya)"


Terimakasih najibah dan babybunny:)


message 35: by Aisyahnas (new)

Aisyahnas | 5 comments Najibah wrote: "Selamat datang Albi, Azyaz dan Aisyahnas :) + Hana & Aly.

Jangan lupakan 'candu' selama-lamanya (baca: jangan lupa buku selama-lamanya)"


Terima kasih banyak Najibah (",)


message 36: by Shahrul Nizam (new)

Shahrul Nizam Daud (goodreadscomshahrulnizamdaud) | 1 comments Salam kenalan semua.


message 37: by Sharizan (new)

Sharizan | 1 comments hye!!! sye pun baru di web nie..tapi rase seronok sngt sebb dapat join komuniti yg sama mcm sye..book lover!!!
suke sngt2..harap kwn2 dpt bantu sye dlm mengexplore dunia buku yg sungguh luas ini.


message 38: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (last edited Sep 07, 2011 09:12PM) (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1570 comments Mod
Albi wrote: "Salam alaik.

I'm newbie here. Glad found this website. At least, saya blh manage buku-buku yg dibaca.

Just wanna share someting yang pernah saya dengari di ceramah, "membaca bukan hanya satu hob..."


Ye..Dr Zulkifli al Bakri juga sebut begitu..membaca bukan hobi..ianya wajib..suruhan Allah.

Salam semua, selamat datang ke GRMY. Tahun lepas saya baru join, tahun ni kira dah jadi seniorlah kepada yang baru join. Tapi tak boleh lawan sifu2 membaca di sini.


message 39: by Ad (new)

Ad Or (ador126) | 1 comments Salams all,

New to this group, though not so new to the goodreads.com website. Didn't explore it enough before to discover a specific MY group. Glad I did. :)

Laters.


message 40: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Wa'alaikumussalam.

Welcome aboard Shahrul, Sharizan, Afiq, and Ad :-)


message 41: by Hunny (new)

Hunny (hunnyryne) | 9 comments Salam perkenalan pada semua jugak. I'm joined in February 2011.

Jadi, masih orang baru. Kagum dengan semua kawan2 kat sini, ternyata ada interest masing2 dalam membaca, tak limitkan skop bacaan hanya sekadar penceritaan, novel tapi ada jugak yang berilmiah, syabas semua..


message 42: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Helloooo Hani, moh la join challenge kami, membaca 50 buku setahun. Ada time lagi ni, kalau nak kejar... ;p


message 43: by Hunny (new)

Hunny (hunnyryne) | 9 comments Kataklicik wrote: "Helloooo Hani, moh la join challenge kami, membaca 50 buku setahun. Ada time lagi ni, kalau nak kejar... ;p"

Tak sempat kot..


♥ AnisLaRateDeBibliothèque ツ ♥ (anisalfa) | 1 comments Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam ukhuwwah.
Saya Anis, pelajar sekolah menengah di luar negara, baru saja di luar negara ini kerana mengikut ibu saya yang menyambung pelajarannya di sini. Dulu waktu sekolah rendah di Malaysia, saya boleh dikatakan aktif dalam program NILAM. Sekarang GoodReadslah buku NILAM saya! :) Sangat merindui novel-novel bahasa Melayu! Saya,rasanya, dah jatuh cinta pada English & Malay novels.. .. I'm going to participate in that 50 books a year challenge, insyaAllah.. Baru je join "GR" 2 bulan lps.. Tak tahulah sempat kejar ke tak, harap-harap sempatlah!


message 45: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Anis Farhana wrote: "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam ukhuwwah.
Saya Anis, pelajar sekolah menengah di luar negara, baru saja di luar negara ini kerana mengikut ibu saya yang menyambung pelajarannya d..."


yg penting berlari. sampai ke garis penamat itu bonus.


message 46: by Cik (new)

Cik (cikwedges) | 1 comments Salam perkenalan semua...Maaf saya terlambat untuk memperkenalkan diri saya. Saya masih baru dalam Goodreads Malaysia ini. Untuk perkenalan ini, saya ingin memperkenalkan diri saya seringkas yang mungkin. Anda boleh panggil saya Cik Wedges. Saya merupakan graduan yang baru tamat dan masih terkial-kial untuk menapakkan diri dalam alam pekerjaan. Saya sangat berminat membaca novel English dan Melayu dan sangat suka membaca puisi dan catatan yang dibukukan mahupun ditulis di dalam blog. Akhir sekali, salam perkenalan dari saya,Cik Wedges dari Limbang, Sarawak. :)


message 47: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Selamat datang Cik ^__^


message 48: by Shavian (new)

Shavian Gibril | 4 comments Salam perkenalan, kepada semua saya baru sahaja join a newbie lah katakan saya dari sabah negeri di bawah bayu. saya sangat sangat mencintai buku-buku terutamanya English classics yang diajar sebagai literature di sekolah semasa saya kecil-kecil dulu, terutamanya titles yang ditulis oleh Charles Dickens, Jane Austen, Louisa M Alcott, George Eliot, tak ketinggalan jua saya meminati pantun dan puisi Melayu. Sekali lagi salam perkenalan dari KK Sabah.


message 49: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Cik wrote: "Salam perkenalan semua...Maaf saya terlambat untuk memperkenalkan diri saya. Saya masih baru dalam Goodreads Malaysia ini. Untuk perkenalan ini, saya ingin memperkenalkan diri saya seringkas yang m..."

wah, teringat kenangan sepintas lalu di limbang. tenang pekan tepi sungai.


back to top
This topic has been frozen by the moderator. No new comments can be posted.