Arif Putera > Recent Status Updates

Showing 1-14 of 14
Arif Putera
Arif Putera is on page 148 of 233 of Kunang Pesisir Morten
Kebanyakan manusia itu mirip resmi Pak Jasmi. Mulut suka bercakap tanpa bukti, kemudian cetus spekulasi sana sini. Buat huru-hara saja. Tapi ada yang lebih teruk lagi daripada Pak Jasmi. Yakni mereka yang mudah percaya omongan manusia bebal seperti dia. Huru-hara. Huru-hara bila wujudnya manusia seperti ini!
Mar 08, 2016 11:35PM Add a comment
Kunang Pesisir Morten

Arif Putera
Arif Putera is on page 101 of 233 of Kunang Pesisir Morten
Daripada watak gadis cilik Dhiya ini, kita diajarkan bahawa cita-cita yang benar akan disusuli dengan tindakan, bukan angan-angan hampa. Dalam waktu yang sama juga mengajarkan, pada waktu mengejar cita-cita itu, tidak patut pula ia lebih ditinggikan daripada setiakawan. Tidak seperti kebanyakan yang dibutakan keinginan, hingga teman sendiri, yang setia membangun bersamanya diketepikan.
Mar 07, 2016 07:40AM Add a comment
Kunang Pesisir Morten

Arif Putera
Arif Putera is on page 54 of 233 of Kunang Pesisir Morten
Buku ini teringin sekali aku baca kerana melihatkan banyak sekali ia mendapat pujian orang. Dhiya bagai si cilik genius, punya kelebihan takjub pada cara fikir dan pengamatannya terhadap sekitar. Sebenarnya, awal-awal aku lihat agak berlebihan watak kanak-kanak 9 tahun diberikan karakter fikir bagai orang dewasa. Tapi kemungkinan wujudnya si cilik begini tidak mustahil di celah masyarakat kalau dididik secara betul
Mar 06, 2016 05:12AM Add a comment
Kunang Pesisir Morten

Arif Putera
Arif Putera is on page 161 of 240 of Merantau Ke Deli
Meski Poniem itu perempuan budiman, tetapi dia juga seorang manusia, ada kebatasan-kebatasan tertentu, itu juga termasuk kesabarannya. Bukan tiap-tiap waktu dia mampu mengalah dan menyerah, sampai saja dibiar haknya dipijak-pijak. Dia punya maruah. Tapi Leman seakan tidak mengertikan semua ini, dia tidak sedar kalau dalam banyak perkara dia banyak melebih-lebihkan isteri mudanya, Mariatun. Hinggalah talak itu keluar.
Feb 20, 2016 11:38PM Add a comment
Merantau Ke Deli

Arif Putera
Arif Putera is on page 90 of 240 of Merantau Ke Deli
Leman akhirnya setuju mengahwini Mariatun. Bukan kerana Poniem tidak punya anak atau apa-apa perkara lainnya. Itu cuma alasan yang dia cipta. Leman setuju mengahwini Mariatun kerana Leman menginginkan Mariatun.

Alasan cuma tinggal alasan, bukan penyebab datangnya kemahuan, Malah kemahuanlah yang mendatangkan alasan. Begitulah ketika hati sudah memilih.
Feb 19, 2016 09:30AM Add a comment
Merantau Ke Deli

Arif Putera
Arif Putera is on page 150 of 205 of Berjuta Rasanya
Kisah Kupu-Kupu Monarch paling mengasyikkan. Dan dalam kisah Hiks, Kupikir Kau Naksir Aku, itu sangat benar sekali berlaku dalam realiti. Kita selalu mencipta ilusi, menaksir-naksir kejadian dengan menganggap itu tanda seseorang itu suka kepada kita hingga membawa maksud yang tidak nyata.
Aug 26, 2014 07:05AM Add a comment
Berjuta Rasanya

Arif Putera
Arif Putera is on page 71 of 205 of Berjuta Rasanya
Kisah-kisahnya lucu tetapi tersalut kebenaran tentang halnya perasaan. Bagaimana dia yang diketuk perasaan ini, tingkahnya penuh ilusi.
Aug 21, 2014 11:36AM Add a comment
Berjuta Rasanya

Arif Putera
Arif Putera is on page 105 of 252 of Amina
Apr 22, 2013 02:54AM Add a comment
Amina

Follow Arif's updates via RSS