Muhammad Fakhruddin > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 163
Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is finished with Climate Change and the Nation State: The Realist Case
Buku ini meninjau sejauh mana negara, sebagai aktor dalam erti kata realisme politik antarabangsa, bertindak dalam menangani perubahan iklim.

Yang baharu pada saya adalah fokusnya mengenai impak perubahan iklim yang menyemarakkan lagi migrasi massa, seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan politik di rantau tertentu terutamanya Eropah. Masih pekat nuansa Amerika dan Euro-sentrik dalam 3 bab awal ini.
Jan 09, 2025 08:54AM Add a comment
Climate Change and the Nation State: The Realist Case

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is 3% done with Thinking Like a Climate: Governing a City in Times of Environmental Change
Tahun 2021 dibuka dengan karya bilionwan menulis mengenai iklim

Tahun 2022 dimulakan dengan karya antropologis yang mengkaji iklim sebagai fenomena bidangnya
Jan 09, 2022 05:17AM Add a comment
Thinking Like a Climate: Governing a City in Times of Environmental Change

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 48 of 188 of The Honest Broker: Making Sense of Science in Policy and Politics
Huraian tentang nilai dan politik

Pengarang selaku akademia di US banyak mengambil contoh dan analogi yang berlaku di sana menerusi lensa Abortion Politics dan Tornado Politics
Jun 19, 2021 03:43PM Add a comment
The Honest Broker: Making Sense of Science in Policy and Politics

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 190 of 499 of Thinking, Fast and Slow
Dalam bahagian kedua ini beliau banyak menghuraikan bagaimana cara fikir Sistem 1 yang banyak bergantung kepada hubungkait mengherotkan pandangan kita.

Salah satunya kegemaran Sistem 1 untuk melihat sebab (causal) walaupun sesuatu kejadian itu berhubungkait disebabkan korelasi semata-mata.
Nov 13, 2020 01:11AM Add a comment
Thinking, Fast and Slow

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 105 of 499 of Thinking, Fast and Slow
Bahagian pertama memperkenalkan dua bahagian atau dua sistem yang beroperasi dalam minda.

Sistem 1 yang lebih pantas dalam memberi respon, dan beroperasi berdasarkan hubungkait peristiwa dan objek. Seringkali respon begini mengundang apa yang disebut sebagai 'systemic bias'.

Sistem 2 pula lebih 'lambat' dan berkira-kira dalam memberi respon.
Oct 30, 2020 09:44PM Add a comment
Thinking, Fast and Slow

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 91 of Rahasia-rahasia Ali Moertopo
Sejarah dan tokoh Indonesia secara tidak langsung turut meninggalkan jejak dalam proses pembentukan negara kita. Ali Moertopo merupakan orang kanan Soeharto, sekaligus terlibat dalam banyak operasi risikan terkait peristiwa Ganyang Malaysia dan juga pemulihan semula hubungan Malaysia-Indonesia.
Apr 29, 2020 04:21PM Add a comment
Rahasia-rahasia Ali Moertopo

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 74 of 333 of Khazanah Intelektual Islam
Berhenti di Bahagian Mukadimah yang lazat. Selain kegigihan Cak Nur mencari dan menterjemah karya-karya silam, boleh dikatakan bahagian Mukadimah ini salah satu sumbangan pemikiran Cak Nur yang asli.

Terasa gerun membaca petikan terjemahan karya ulama-ulama silam di bahagian yang mendatang.
Apr 23, 2020 12:21PM Add a comment
Khazanah Intelektual Islam

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 265 of 413 of Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini
Baru merangkak ke bahagian II semasa tempoh PKP ini.

Boleh dirumuskan bahawa Bahagian I adalah huraian yang komprehensif mengenai budaya ilmu itu sendiri, manakala Bahagian II ini cuba meninjau amalan dan pelaksanaannya dalam ketamadunan umat Islam
Mar 30, 2020 07:01AM Add a comment
Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 90 of 413 of Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini
Indah sekali pabila Prof. menghuraikan makna dan peranan sebenar seorang pentadbir, iaitu seseorang yang bukan sahaja menyelia dan melaksanakan sesuatu, bahkan meneliti dan memikirkan kemungkinan dan akibat daripada sesuatu tindakan!
Aug 02, 2019 05:49PM Add a comment
Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 74 of 214 of Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti
Tamat Bahagian Pertama. Dimulakan dengan bab-bab resah mengenangkan seni dan seniman di tengah arus siasah, menuju ke bab-bab seterusnya dilembutkan dengan pengamatan penulis terhadap karya-karya P. Ramlee dan Hamka
Apr 01, 2019 07:22AM Add a comment
Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 80 of 142 of Jejak-jejak di Pantai Zaman
Dalam bab Jejak-Jejak di Pantai Zaman, Prof. Ungku Aziz memberikan pengenalan yang baik mengenai tema buku ini, iaitu konsep kemiskinan menjurus kepada kemiskinan dalam kalangan bangsa Melayu. Prof mengupas sedikit dapatan-dapatan kajian beliau sendiri mengenai kemiskinan orang Melayu, ataupun menurut perspektif beliau sebagai ahli ekonomi, kemiskinan desa (rural poverty).
Feb 19, 2018 03:07AM Add a comment
Jejak-jejak di Pantai Zaman

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 80 of 142 of Jejak-jejak di Pantai Zaman
Dalam bab Jejak-Jejak di Pantai Zaman, Prof. Ungku Aziz memberikan pengenalan yang baik mengenai tema buku ini, iaitu konsep kemiskinan menjurus kepada kemiskinan dalam kalangan bangsa Melayu. Prof mengupas sedikit dapatan-dapatan kajian beliau sendiri mengenai kemiskinan orang Melayu, ataupun menurut perspektif beliau sebagai ahli ekonomi, kemiskinan desa (rural poverty).
Feb 19, 2018 03:07AM Add a comment
Jejak-jejak di Pantai Zaman

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 11 of 288 of Holy Ignorance: When Religion and Culture Part Ways
Jenuh juga nak baca buku cadangan Ustaz Hasrizal ini haha
Sep 19, 2017 02:18AM Add a comment
Holy Ignorance: When Religion and Culture Part Ways

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 112 of 272 of The Rules of Work: A definitive code for personal success (2nd Edition)
My early conclusion about this book; to be a Rules Player is not about an end to yourself. A Rules Player is about being nice person, and know your priorities when it comes to get the job done and get the promotion.
Feb 05, 2017 12:45AM Add a comment
The Rules of Work: A definitive code for personal success (2nd Edition)

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 37 of 203 of Peribadi
HAMKA menterjemahkan kata tawaduk sebagai 'tahu diri', satu kedudukan antara sombong dengan rendah diri. Terjemahan yang membawa kefahaman baru.
Jan 15, 2017 01:25AM Add a comment
Peribadi

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 99 of 280 of Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini
Bab tiga dan bab empat secara tidak langsung menyentuh tema yang sama, iaitu penulisan sejarah. Menariknya bab tiga berkisar pada penulis dan penulisan sejarah dari laman istana, bab empat pula menggagaskan sesuatu yang baru iaitu penulisan sejarah rakyat.
Oct 16, 2016 03:50PM Add a comment
Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 46 of 280 of Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini
Buku ini cuba mengetengahkan buah fikir penulis tentang apa yang disebut sebagai Pengajian Melayu.

Satu bidang yang cukup luas serta multidisiplin, dan memerlukan bab pendahuluan yang lebih mantap daripada apa yang telah disajikan.

Adakah penulis mahu menumpukan beberapa subbidang, atau bebas berpendapat mengikut tema/subjek yang ingin disentuh olehnya?
Oct 03, 2016 08:45AM Add a comment
Menyanggah Belenggu: Kerancuan Fikiran Masakini

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 103 of 277 of Berakhir Sudahkah Ilmu dalam Acuan Sendiri?
Daripada dunia pengurusan dan kepimpinan kita dibawa ke forte beliau, seputar teori matematik dan fizik.

Dalam membahaskan konsep atau teori berkenaan masa, beliau turut menukilkan dapatan daripada ahli bahasa kita, iaitu Prof. Asmah Omar dalam bukunya, Malay Perception of Time. Cuma menunggu disahut oleh ahli fizik dan matematik kita.
Apr 08, 2016 09:52AM Add a comment
Berakhir Sudahkah Ilmu dalam Acuan Sendiri?

Muhammad Fakhruddin
Muhammad Fakhruddin is on page 73 of 98 of Educating Your Child in Modern Times: How to Raise an Intelligent, Sovereign & Ethical Human Being
Macam biasa, beli sudah lama, usiknya masih beberapa minggu lepas. Kadang habis satu bab, kadang hanya sehelai dua.

Dalam rencana tulisan Dorothy Sayers, beliau nyatakan skema Trivium masih boleh wujud dalam rangka pendidikan zaman sekarang, dengan beberapa contoh subjek seperti sejarah, geografi dan sains.
Mar 25, 2016 09:49AM Add a comment
Educating Your Child in Modern Times: How to Raise an Intelligent, Sovereign & Ethical Human Being

« previous 1 3 4 5 6
Follow Muhammad Fakhruddin's updates via RSS