Abdullah Hussaini > Recent Status Updates

Showing 1-30 of 522
Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 547 of 632 of Gema
"Awak hanya mementingkan hak awak semata-mata. Adakah pernah awak memikirkan perasaan pembaca? Kenapa awak tidak boleh menjadi penulis kelas pertama? Awak terlalu ikut suka hati sendiri. Seorang penulis yang baik bukan hanya menulis apa yang dia mahu tulis, tetapi juga tahu apa yang tidak patut ditulis." Mu Dafu berkata dengan penuh emosi, seolah-olah yang dibunuh dalam karya itu adalah dirinya sendiri.
— Oct 27, 2026 08:02AM Add a comment
Gema

Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 378 of 632 of Gema
Ternyata ingatan boleh berubah mengikut keperluan, bagaikan sejarah yang boleh diubah suai oleh sesiapa sahaja.
— Oct 24, 2026 09:40AM Add a comment
Gema

Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 371 of 632 of Gema
"Mengapa sasterawan suka menyeksa watak utama wanita?"

"Mereka tidak pernah menemui cinta sejati, maka mereka mempamerkan emosi mereka ke dalam novel. Emile Michel Cioran, seorang pemikir penting aliran skeptisisme dan nihilisme pada abad ke-20 pernah menyebut bahawa penulis ialah makhluk yang mengalami gangguan mental yang menyembuhkan diri mereka melalui kata-kata."
— Oct 24, 2026 09:27AM Add a comment
Gema

Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 253 of 632 of Gema
"orang yang pernah melakukan kesilapan tidak kisah untuk melakukan kesilapan kali kedua."
— Oct 19, 2026 07:55AM Add a comment
Gema

Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 194 of 632 of Gema
Mu Dafu ingin mencari contoh novel tentang pasangan suami isteri yang bercinta sehingga rambut mereka beruban. Akan tetapi, selepas lama berfikir, dia tidak dapat ingat satu pun novel-novel itu. Ada begitu ramai pengarang di dunia, namun tidak ada yang menulis tentang tema sedemikian. Mungkin dia sendiri yang kurang pengetahuan. Kisah cinta paling menyentuh hati yang ditulis oleh pengarang bukanlah kisah cinta...
— Oct 10, 2026 07:01PM Add a comment
Gema

Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 137 of 351 of Kalbu
"Baiklah," katanya. "Kerana hanya untuk sementara waktu, ayah akan tentukan kau menda-pat belanja. Tetapi ingat, hanya untuk sementara waktu sahaja. Kau harus berdikari sebaik sahaja kau dapat pekerjaan. Ayah rasa salah bagi seseorang yang baru lulus universiti masih bergantung pada pembiayaan keluarga untuk hidup. Nampaknya generasi muda hari ini seolah-olah hanya pandai membelanjakan wang. Tidak terlintas di fikira
— Aug 14, 2026 10:45PM Add a comment
Kalbu

Abdullah Hussaini
Abdullah Hussaini is on page 133 of 351 of Kalbu
"Kau tahu," ayah berkata kepadaku, "ada baik dan tidak baiknya mempunyai anak yang terpelajar. Kita bersusah payah memberikan mereka pelajaran dan apabila mereka berjaya mereka akan pergi dan tidak kembali lagi. Malah kita boleh mengatakan bahawa pelajaran adalah satu cara untuk memisah-kan anak daripada kedua-dua orang tuanya."
— Aug 14, 2026 10:44PM Add a comment
Kalbu

« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 … 17 18
Follow Abdullah's updates via RSS