Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Shahnon Ahmad.
Showing 1-6 of 6
“Kuku besi perlu mencakar kerana kalau tidak mencakar, dia bukan lagi kuku besi”
― Tunggul-Tunggul Gerigis
― Tunggul-Tunggul Gerigis
“Kenangan lama memang manis dan nyaman. Dan, kadang-kadang bergelora juga dengan gelombang-gelombang. Tetapi hanya itulah sahaja yang wujud sekarang ini. Sebuah kenangan adalah sebuah rahmat yang sulit dibuang. Ia memberi kesejahteraan di waktu-waktu seperti sekarang.”
― Tunggul-Tunggul Gerigis
― Tunggul-Tunggul Gerigis
“Jadi gitu saja. Minta doa supaya rimba itu jadi huma. Besok minta doa lagi supaya semuanya tumbuh pisang, tumbuh serba tuk nenek. Lusa minta doa lagi supaya serba tuk nenek itu masuk melompat masuk bakul.”
― Srengenge
― Srengenge
“Malu kepada diri sendiri lebih hebat daripada malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tetapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.”
― Srengenge
― Srengenge
“Sebab itu Imam Hamad cuma mengikut ombak sahaja. Biar tidak usah cuba berbuat apa-apa. Biar Kaki Srengenge sekarang seperti Kaki Srengenge dahulu juga. Biar halaman rumah anak buah Kaki Srengenge semuanya jadi sarang puyuh. Biar balai raya jadi kandang kerbau putus jerat. Biar budak-budak muda terus-menerus ayun buah. Bukan sahaja orang lain, anaknya, Jantan, itupun bukan boleh disuruh buat apa-apa. Yang tahu hanya mengayun buah siang-siang. Malam mengatur tapak gayung. Kononnya nak sedia melawan Yahudi. Kononnya hari kiamat sudah tidak lama lagi. Kononnya perang sabil sudah dekat. Dajal nak turun. Biarkan. Biarkan.”
― Srengenge
― Srengenge
“Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan tergantung kepada sawah. Sakit segar tergantung kepada sawah. Mati hidup tergantung kepada sawah. Sawah nadi besar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang kita wajib melawan. Biar siapa datang mengacau, kita wajib melawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu hingga sekarang. Tak ada yang lain. Tak ada yang lain.”
― Ranjau Sepanjang Jalan
― Ranjau Sepanjang Jalan




