Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Sultan Nazrin Shah.
Showing 1-5 of 5
“Seharusnya umat Islam memahami tuntutan keadilan dan sikap bertoleransi. Toleransi yang dimaksudkan tidak bererti umat Islam diperlukan mengakui doktrin keyakinan agama lain kerana dalam persoalan akidah, Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kesyirikan. Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam, menyentuh aspek muamalah harian iaitu perkara-perkara berkaitan urusan dunia dan kehidupan manusia di samping mengamalkan akhlak yang baik ketika berkomunikasi dengan penganut agama lain.”
―
―
“Insan berpelajaran mungkin menguasai pelbagai pengetahuan tetapi tidak merasa bersalah memanipulasikan pengetahuan untuk kepentingan diri, meski mengakibatkan kesengsaraan kepada insan lain dan kehidupan alam; sementara insan berpendidikan adalah insan berilmu yang dilengkapi komponen roh, lalu menyedari akan etika dan batas yang wajib dihormati.”
―
―
“Sebaik-baik tempat hubungan antara kaum itu dapat dijalinkan adalah di alam persekolahan.”
―
―
“Rasuah dikenal pasti sebagai salah satu sebab utama yang membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelaburan asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menidakkan rakyat daripada mendapat perkhidmatan, serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik. Rasuah mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara.”
―
―
“Raja yang ditabalkan itu adalah pemegang watak utama untuk menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kembali sejarah dan keagungan tamadun bangsanya yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, mengandungi komponen-komponen kekayaan sejarah, keagungan tamadun, kehalusan budi dan keindahan bahasa, lalu dijadikan asas untuk membangunkan sebuah negara bangsa yang berdisiplin, maju, moden lagi progresif.”
―
―




