Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Bahruddin Bekri.
Showing 1-30 of 56
“Pada ketika aku mengeluh tidak ada kasut, masih ada manusia yang tersenyum walaupun tidak ada kaki.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Bahagia itu bukan kerana kita ketawa dan gembira, tetapi bahagia itu adalah melihat orang yang kita sayang ketawa dan ceria walaupun kita sendiri berada dalam derita”
― Lelaki Baik
― Lelaki Baik
“Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba”
―
―
“Jalan ke syurga tidak memungkinkan hidup kita mudah. Banyak halangan, banyak cubaan dan banyak rintangan. Jadi apabila hidup kita sudah didatangi banyak cubaan, halangan dan rintangan, bersyukurlah kerana tuhan sudah memudahkan jalan kita ke syurga”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Jangan hairan melihat manusia mencuba walaupun mereka tahu tetap akan gagal, kerana mencuba itu juga adalah suatu kebahagian untuk mereka yang tidak pernah berada dalam kebahagian itu sendiri.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Perkara paling sulit dalam hidup adalah cuba mengerti mengapa ujian didatangkan untuk kita. Cukup sulit, kerana jawapan itu hanya ada dalam sabar, dan kamu sendiri tahu, sabar itu sendiri sudah cukup sulit. Sabar terkadang hanya perlu seminit dua, terkadang berbulan, dan terkadang hingga kamu mati, perlu terus bersabar.”
―
―
“dunia ini seperli laut. engkau boleh tenggelam, engkau boleh timbul. tetapi engkau tak boleh selama-lamanya timbul dan enakau tak boleh selama-lamanya tenggelam. jadi engkau harus tahu berenang ke daratan”
― Di Mana Terangnya Bulan
― Di Mana Terangnya Bulan
“perempuan tu aslinya pemalu. malunya pada mata, lalu perempuan pejam. malu juga ada pada wajah, lalu perempuan tunduk. perempuan itu juga sangat malu pada lidah, lalu perempuan diam.”
― Penulis Yang Disayang Tuhan
― Penulis Yang Disayang Tuhan
“ikhlas adalah apabila kau tidak mengharapkan balasan.”
― Di Mana Terangnya Bulan
― Di Mana Terangnya Bulan
“Perempuan yang bahagia bukanlah perempuan yang tidak pernah kecewa. Tetapi perempuan yang bahagia adalah perempuan yang tahu makna kecewa dan duka. Bagaimana kita mahu tahu makna bahagia sekiranya tidak tahu makna kecewa dan duka?”
― Naluri Ayah
― Naluri Ayah
“Maaf bukannya datang pada waktu hati kita marah, ia datang pada waktu hati kita tenang. Jadi sentiasa tenangkan diri, semoga kita mudah memberi maaf dan semoga allah semakin mengasihi kita”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak dapat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“hati ini umpama bulan. ia akan memancar pada kelakuan dan sifat kita. tetapi samar, gelap dan terangnya bulan bukan kerana cahayanya sendiri. tetapi cahays daripada matahari. hati kita juga begitu, samar, gelap dan terangnya hati bukan kerana hati itu sendiri tetapi akibat daripada apa yang kita niatkan.”
― Di Mana Terangnya Bulan
― Di Mana Terangnya Bulan
“Orang yang bercinta ini terkadang terkeliru berkenaan makna percaya. Mereka fikir, apabila mereka percayakan seseorang itu barulah itu dipanggil cinta. Namun, cinta yang sebenarnya adalah, apabila seseorang itu mempercayai kita, walaupun kita menipu.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Jadi apabila membuat sesuatu, niatkan dalam hati kita bagi menjaga ‘hati’ allah. Jadilah orang yang Berjaya dengan menjaga ‘hati’ allah.”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Perempuan cantik itu, godaannya bukanlah kepada rupanya yang cantik, tetapi godaan pada statusnya. Pada ketika kamu tahu yang hatinya belum terisi, pada saat itulah godaanya meninggi.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“semakin kita sayang kepada seseorang, semakin tinggi harapan, dan semakin tinggi harapan, semakin mudah pula kecewa. kesimpulannya semakin kita sayang orang itu, semakin mudah kita berkecil hati”
― Hati Emak
― Hati Emak
“hidup ini singkat, ingatan kita juga singkat, tetapi doa kita walaupun sesingkat mana pun, ia tetap kekal lama di sisi tuhan”
― Haru-Biru
― Haru-Biru
“Bulan itu menerangi malam manusia dengan remangnya yang lembut. Ia sangat lembut, namun adakah maknanya bulan tanpa adanya bumi yang mengagumi keindahanya. Jadi bulan itu adalah umpama perempuan dan bumi itu adalah umpama lelaki.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“ALLAH menguji kita melalui perkara yang kita suka”
― Diari Mat Despatch
― Diari Mat Despatch
“Bahagia itu bkn kerana kita ketawa dan gembira, ttp bahagia itu adalah melihat org yg kita sayang ketawa dan ceria walaupun kita sendiri berada dalam derita”
― Diari Mat Despatch
― Diari Mat Despatch
“mengubah gunung-gunung itu sebenarnya lebih mudah berbanding mengubah manusia. setidak-tidaknya gunung tidak berasa sakit apabila diketuk dan dipahat. manusia pula diberi nasihat pun kadangkala boleh sakit hati kepada kita”
― Hati Emak
― Hati Emak
“aku ini rumput,
kau pijak aku,
ak patah, sakit dan ak layu,
kau berdiri atas aku,
ak patah, sakit dan ak layu,
aku ini rumput,
aku tidak mungkin mati”
― Penulis Yang Disayang Tuhan
kau pijak aku,
ak patah, sakit dan ak layu,
kau berdiri atas aku,
ak patah, sakit dan ak layu,
aku ini rumput,
aku tidak mungkin mati”
― Penulis Yang Disayang Tuhan
“Kalau esok masih ada, mengapa hari ini kita berduka? Bergembiralah hari ini kerana esok mungkin kita berduka kerana kita sudah tidak ada lagi hari lusa”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Awasi hidup kamu, seperti kamu mengawasi tangan kamu semasa memegang pisau. Pada ketika kamu lalai, pisau itu akan melukai kamu.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Kritikan dan hinaan tidak akan membantu menusia menjadi lebih baik”
― Diari Mat Despatch
― Diari Mat Despatch
“Lelaki baik itu tidak ada batasnya. Orang Inggeris kata, ’good guy has no limit’. Jadi tidak ada perkara khusus bagi menjadi lelaki baik. Apa sahaja perkara yg mendatangkan manfaat kpd orang lain, itu adalah perkara baik”
―
―
“Sekiranya mahu memujuk lelaki, pujuk perutnya”
― Diari Mat Despatch
― Diari Mat Despatch
“Kadangkala apabila kita membuat dosa, akibat daripada dosa yang kita buat itu bukan sahaja menimpa diri kita, tetapi menimpa keluarga kita. Tuhan menguji kita bukan sahaja melalui penderitaan fizikal, malah penderitaan hati. Malah penderitaan hati itu lebih dasyat kesannya kepada kita”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“oleh kerana manusia melakukan sesuatu didorong oleh rasa mahu dirinya penting dan mahu dirinya dihargai, manusia perlu berhati-hati dengan satu perkara, iaitu manusia seperti kita perlu tahu membezakan antara penghargaan dan pengampu”
― Hati Emak
― Hati Emak






