,
Goodreads helps you follow your favorite authors. Be the first to learn about new releases!
Start by following Auni Zainal.

Auni Zainal Auni Zainal > Quotes

 

 (?)
Quotes are added by the Goodreads community and are not verified by Goodreads. (Learn more)
Showing 1-23 of 23
“Bagi saya, penulis ialah anugerah yang Tuhan turunkan untuk manusia.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Mungkin sebab ibu bapa kita tidak menggalakkan kita memahami perasaan. Dan mereka sendiri tidak iktiraf perasaan kita. Mereka tidak beri ruang kita teroka perasaan-perasaan kita semasa kita kecil. Kita terbiasa tutup perasaan itu sebelum kita merasainya betul-betul. Istilahnya ialah pengabaian emosi. Kita mengabaikan emosi kerana itu yang diajar kepada kita sejak kecil.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Dan begitulah tabiat harapan. Harapan tidak pernah mati. Harapan mampu memberikan kekuatan kepada manusia buat sepanjang hayat mereka. Disebabkan itu, ada manusia tidak sanggup merealisasikan harapan itu kerana realiti meletakkan harapan pada risiko. Realiti hanyalah untuk orang-orang yang berani.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Manusia tidak akan tahu apa garis sempadan baik dan jahat melainkan yang tertulis jelas-jelas dalam kalam Tuhan. Ada perkara tersembunyi dalam ruang kelabu, baik dan buruknya tidak jelas.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Menjadi kuat itu tidak semestinya dengan menghadap buta-buta saja semua halangan yang ada depan mata kita, kemudian bertahan dengan halangan itu. Mengelakkan halangan, memilih jalan yang betul, atau berundur untuk bertenang...pun dikira kekuatan.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Apabila seorang manusia terpisah dengan orang yang dia cintai, ingatannya terhadap orang itu pasti akan pudar juga. Sedikit demi sedikit. Malangnya, lompong kosong yang hilang mendadak dalam hati itu tidak akan begitu mudah diabaikan. Lompong itu akan menuntut manusia mengisinya. Akhirnya si manusia terpaksa akur lalu melengkapkannya menggunakan apa-apa sahaja yang tinggal. Menggunakan memori.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Barangkali itulah kuasa pengulangan. Ia memberikan ingatan yang kekal.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Adil itu tidak bermaksud kita dapat segala apa yang dimahukan. Ia lebih kepada kita dapat apa yang diperlukan. Kalau kehilangan dan ujian itu yang kita perlukan, maka mungkin itulah keadilan untuk kita. Itu yang Allah mahukan untuk kita. Jadi, jangan kesal.”
Auni Zainal, Mengejar Mimpi Sempurna
“Dalam hidup Mawaddah, kebanyakan perbualan hanya dibuat dalam bentuk tulisan dalam Whatsapp. Apabila semua emosi sudah terbiasa diterjemah ke dalam bentuk tulisan, emosi daripada suara kedengaran terlalu istimewa.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Melepaskan tidak bermaksud pasrah. Kalau tawakal itu maksudnya tidak berbuat apa-apa, maka kita telah menganggap bahawa Tuhan itu tidak adil. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Dia menyusun takdir mengikut usaha yang kita lakukan pada hari ini. Hidup ini adalah untuk hari ini. Tiada keperluan seseorang manusia itu terlalu merentas fikiran dan hati untuk mendalami perkara yang sudah atau belum terjadi. Mereka perlu berusaha mengubah apa yang ada di tangan mereka sekarang. Barulah pada mereka, takdir itu jadi adil.”
Auni Zainal, Sedetik Lagi
“Dunia tiba-tiba bagai sudah hilang warna. Setiap langkah kakinya hanya umpama daya luar yang mengheretnya untuk terus bergerak. Tidak ada apa-apa yang mengenyangkan. Tidak ada apa-apa yang melenakan.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Dia tidak tahu apa yang mendorong tindakan orang dewasa sehingga mereka sanggup berbohong demi melakukannya. Mungkin dalam dunia orang dewasa, perbuatan baik sukar difahami sehingga mereka terpaksa melakukannya secara sembunyi-sembunyi.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Jika manusia perlu memilih antara dua ketidakadilan, maka dia harus pilih ketidakadilan yang paling kecil.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Meneruskan hidup ialah perjuangan manusia untuk hidup bersama memori orang yang dia cintai, bukan perjuangannya untuk melupakan jasad orang tersebut.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Hujan sering membuatkannya diam berfikir tentang perjalanan kehidupan. Kesuraman suasana hujan akan membawa fikirannya hanyut kepada peristiwa-peristiwa indah dan bercahaya. Kebingitan hujan pula akan memaksa jiwanya berundur dan duduk terperosok di sudut paling sunyi. Hujan satu-satunya teman yang dia ada di sini, tetapi ia juga seteru.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Apabila ada dua orang yang sedang bersedih, salah seorang harus kuat untuk memujuk yang lain.”
Auni Zainal, Mengejar Mimpi Sempurna
“Sungguh, manusia tidak perlu kata-kata yang cekat untuk mencipta pengasingan.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Pada saat hati kita tersihir dengan perasaan, kita hanya nampak apa yang perasaan kita mahu lihat. Adakah kita kejam jika masih berdendam? Adakah kita perlu melepaskan hanya kerana mereka menyesal? Adakah semuanya akan pulih dengan hanya memaafkan? Memang dunia tidak akan berputar balik ke belekang jika kita memaafkan. Disebabkan ia takkan berputar baliklah kita harus melepaskan dan terus pandang ke depan. Adakah semuanya akan pulih dengan hanya memaafkan? Jawapannya tidak. Semuanya tidak akan pulih hanya dengan memaafkan. Tetapi hati manusia pulih. Hatinya pulih.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Manusia, masih suka mencari jawapan yang memuaskan hati walaupun satu dunia telah membentangkan hikmah di depan mata mereka. Ibarat anak kecil yang mengulang-ulang pertanyaan yang sama dalam satu masa, mereka sudah berkali-kali mendengar jawapannya. Mereka cuma mencari sesuatu yang ada pada jawapan tersebut - iaitu nilai kepercayaan. Mereka inginkan seseorang benar-benar melihat ke arah mereka, meyakinkan dengan penuh prihatin, dan berkata, ‘Inilah jawapannya, dan kau tidak berseorangan”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Pada keadaan apa kita tahu yang kita boleh percaya kepada sesuatu? Seperti jam yang tergantung di dinding, kita letakkan kepercayaan kita kepadanya untuk membuat penentuan dalam hidup kita. Kita tidak perlu pandang keluar tingkap untuk tahu siang atau malamnya langit, kita juga tidak perlu risau akan mula atau akhirnya masa pada waktu peperiksaan. Selagi kita lihat jarum saatnya berdetak, pada keadaan itu kita percaya kepada jam.
Lalu pada keadaan apa yang membuat kita percaya kepada manusia?”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Dalam hidup ni, ada perkara lain selain simpati dan kasihan.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
“Takdir memang suka mempersendakan manusia. Di kala manusia hendak mengelak, ketika itulah takdir semakin mahu mengacah.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang
tags: takdir
“Adakah semuanya akan pulih dengan hanya memaafkan? Jawapannya tidak. Semuanya tidak akan pulih hanya dengan memaafkan. Tetapi hati manusia pulih. Hatinya pulih.”
Auni Zainal, Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

All Quotes | Add A Quote
Kita Cuma Kawan, Kan? Kita Cuma Kawan, Kan?
294 ratings
Koloni [M] Koloni [M]
156 ratings