Suri Roowi's Blog
May 28, 2020
Penafian Pembabitan Dr Suri Roowi Dengan Produk Cellcode
Dr Suri Roowi sudah tidak mempunyai kaitan lagi dengan Produk Cellcode (Minuman Limau Kasturi).
Saya tidak bertanggungjawab terhadap SEGALA TUNTUTAN KESIHATAN atau APA-APA KESAN NEGATIF (sekiranya ada) akibat pengambilan produk ini.
Pihak Dr Suri Roowi juga TIDAK BERTANGGUN-JAWAB terhadap SEGALA TUNTUTAN KEWANGAN @ MAHKAMAH yang melibatkan produk ini (Sekiranya ada)
Sekian Dimaklumkan, Terima Kasih.
Dr Suri Roowi
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Telegram
The post Penafian Pembabitan Dr Suri Roowi Dengan Produk Cellcode appeared first on Dr Suri Roowi.
April 2, 2019
Madu Kelulut Sebagai Antioksidan Dan Antikanser
Bahan antioksidan ringkas dalam madu kelulut didapati lebih tinggi berbanding madu tempatan lain mahupun madu import
Antara bahan yang dikenalpasti dalam madu kelulut adalah; asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilik, asid protokatechuik dan asid p-koumarik.
Kajian sebelum ini menunjukkan asid fenolik mempunyai banyak kebaikan seperti boleh bantu rendahkan kolesterol darah, sebagai antioksidan dan antikanser
Kajian yang dilakukan ke atas tikus menunjukkan madu kelulut boleh bertindak sebagai penghalang kanser khususnya kanser usus besar
Kajian terhadap sel kanser yang ditumbuhkan dalam ‘test tube’ pula menunjukkan madu kelulut bertindak sebagai antikanser khususnya kanser hati dan paru-paru.
Madu kelulut juga boleh bantu rawat luka
Dapatkan Madu BAHTERA KELULUT, madu asli diakui TULEN dan TINGGI khasiat

Kajian madu kelulut menunjukkan kehadiran Asid Fenolik dalam Madu Kelulut
Rujukan
a. Roowi, S. et al. (2012). Buletin Teknologi MARDI, 2, 145–147.
b. Amin et al. (2018). Advances in Pharmacological Sciences Volume 2018, Article ID 6179596, 12 pages
c. Yazan, et al., (2016). BioMed Research International Article ID 4036926,6 pages, 2016.
d. Abdul Jalil et al. (2017). Skin Pharmacol Physiol. 30:66–75
Kepada yang minat untuk mendapatkan Bahtera Madu kelulut boleh hubungi Puan Ina lead sales kami di talian 0103654794
Share on facebook
0
Share on twitter
Share on whatsapp
The post Madu Kelulut Sebagai Antioksidan Dan Antikanser appeared first on Dr Suri Roowi.
February 5, 2018
APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?
Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan.
Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam?
Jawapan
Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein.
Kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukan pengambilan madu beserta garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut.
Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan?
Jawapan
Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (polifenol) akan dipecahkan dan diserap dalam badan di antara 5 hingga 24 jam dan ianya berlaku dalam usus besar manusia.
Madu tinggi asid fenolik (bahan berkhasiat) dan bahan ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit. Seeloknya diminum semasa perut kosong dan pengambilan makanan lain sebaiknya dibuat selepas 1 jam minum madu.
Soalan 3. Bagaimana cara makan buah dan adakah madu boleh diambil bersama buah atau makanan lain?
Jawapan
Kita boleh makan buah dalam keadaan perut kosong. Ini disebabkan bahan berkhasiat antioksidan (asid fenolik) akan lebih mudah dan lebih banyak diserap. Jika seseorang itu tidak tahan dengan buah-buahan berasid, buah boleh diambil bersama sedikit makanan contohnya roti. Cuma perlu elakkan makan buah bersama makanan tinggi protein atau lemak contohnya susu.
Jika anda ingin minum madu bersama susu, sebaiknya ia diambil bersama barli. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. menyuruh agar talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”
Talbinah dibuat menggunakan barli + susu + madu
Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini;
merupakan fiber larut air
tidak dapat diuraikan oleh enzim pencernaan usus kecil
c. terus dibawa ke usus besar dan difermentasi oleh mikroflora usus besar
bertindak sebagai prebiotic iaitu menggalakkan pertumbuhan bakterian baik seperti bifidobakteria, laktobasillus dan merencatkan pertumbuhan bakteria berbahaya seperti enterobacteriaceae.
e. membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam madu yang mungkin terikat bersama bahan lain dalam usus besar manusia
Buah juga boleh diambil bersama madu kerana kebanyakan bahan berkhasiat dalam buah adalah dari jenis larut air, sama seperti dalam madu. Enzim dalam madu juga akan membantu meleraikan bahan berkhasiat dalam buah agar ianya hadir dalam bentuk bebas dan seterusnya mudah diserap dalam perut manusia
Soalan 4. Bagaimana cara untuk menentukan madu itu asli atau tidak?
Jawapan
Menurut kaedah tradisional, keaslian madu ditentukan dengan merujuk kepada beberapa kaedah ringkas. Diantaranya adalah…
Madu asli akan berbentuk hexagon (segi enam) bila digoyang dalam gerakan memusing dalam semangkuk air.
b. Madu asli membenarkan mancis yang telah dicelup ke dalamnya menyala walaupun madu masih ada di kepala mancis – madu asli atau tiruan akan tetap menyala jika kandungan airnya rendah
c. Madu asli tidak membentuk mendapan walaupun disimpan bertahun-tahun.
Sebenarnya, madu lebah asli – air (18%-20%). Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama.
Semua kaedah di atas BELUM lagi dibuktikan secara saintifik dan diragui kebenarannya
Cara yang terbaik untuk menentukan keaslian madu ialah dengan merujuk kepada Alquran iaitu dalam Surah AnNahl (16): ayat 69
…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi mereka berfikir….
Madu yang banyak khasiat adalah madu yang mempunyai pelbagai warna contohnya warna kuning emas, warna gelap cthnya perang
b. Antara komponen warna dalam madu dipanggil antosianin dan bahan ini termasuk dalam kumpulan flavonoid (antioksidan). Bahan antioksidan yang diterangkan dalam ayat ini adalah bahan penawar kepada manusia
Ini menunjukkan bahawa AlQuran bukan perkataan manusia dan ianya adalah Kalam Allah yang diturunkan 1400 tahun dahulu. Sains baru sahaja menjumpai komponen warna/antioksidan boleh bertindak sebagai ubat atau penawar
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa makanan khususnya madu boleh bertindak sebagai ubat atau penawar penyakit. Dalam lain perkataan – `Food as Medicine’
Bahan antioksidan ini boleh dianalisa menggunakan alatan makmal yang dikenali sebagai HPLC
Kajian saya menunjukan madu kelulut lebih tinggi khasiat berbanding madu biasa. Hasil kajian saya juga madu kelulut asli juga ada yang mempunyai warna seperti susu tetapi kebanyakkan madu kelulut berwarna emas, perang (pekat atau pudar)
Soalan 5. Adakah madu boleh diletak dalam peti ais?
Jawapan
Madu sebaiknya disimpan dalam chiller (bahagian bawah) atau suhu bilik (jika telah dibuang airnya). Madu (khususnya madu kelulut) sebaiknya dibuang air untuk mengelakkan berlaku penapaian (yang akhirnya akan mengurangkan khasiat madu tersebut). Enzim dalam madu juga akan rosak jika didedahkan pada suhu tinggi. Bahan karbohidrat dalam madu juga akan berubah kepada hidroksimetilfurfural (HMF) jika didedahkan pada suhu tinggi seperti dimasak atas dapur atau diletakkan dalam bonet kereta pada suhu panas
Moga Bermanfaat
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU? appeared first on Dr Suri Roowi.
RERAMBUT JAGUNG – SUMBER ASLI YG JARANG DIMANFAATKAN
Ia telah digunakan sebagai ubat tradisional oleh msyarakat China, Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.
Rerambut jagung juga digunakan untuk membantu mencegah pembentukan batu karang, sebagai diuretik, gangguan prostat, kencing malam, jangkitan kencing dan masalah kegemukan.
Air rebusan rerambut jagung mempunyai bahan yang boleh membantu mengurangkan paras glukosa darah
Ianya bertindak dengan meningkatkan pengeluaran insulin, memulihkan sel- sel pankreas yang cedera dan mengawal paras gula.
Rerambut jagung juga digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina untuk membantu pesakit buah pinggang
Bahan berkhasiat dalam rerambut jagung dikenali sebagai flavonoid, 3′-methoxymaysin dan terbitan maysin
Sila dapatkan nasihat Dr sebelum mencubanya
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post RERAMBUT JAGUNG – SUMBER ASLI YG JARANG DIMANFAATKAN appeared first on Dr Suri Roowi.
KHASIAT HALBA
Halba boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan menurunkan kolesterol.
Bahan berkhasiat utama dalam biji halba adalah 4-hidroksi-isoleusin, trigonellin dan diosgenin.
Biji halba juga mengandungi;
a. 20 – 30% protein
b. 45 – 60% karbohidrat (terutamanya galactomannan)
c. 5 – 10% lemak
Biji halba membantu menurunkan glukosa darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2 terutamanya dikalangan ‘mild type 2 diabetes’
Pengambilan halba pada kadar 5 g/sehari lebih menampakkan kesan yang nyata
Walaubagaimanapun jika dimakan bersama makanan berlemak contohnya yoghurt, ianya tidak boleh menurunkan kolesterol (LDL) dan trigliserida (TG) darah
Penggunaan halba dalam makanan seperti kari memberikan kesan yang tidak konsisten
Halba lebih memberikan kesan jika hanya dibancuh bersama air panas
Kajian juga menunjukkan halba juga boleh meningkatkan penghasilan susu ibu
Walau bagaimanapun, penggunaan halba perlu dielakkan dikalangan ibu-ibu mengandung kerana mungkin boleh mengakibatkan keguguran
Dapatkan nasihat Dr anda terlebih dahulu
Rujukan : Singletary, K. W. (2017). Nutrition Today. Vol. 52(2) 93-111
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post KHASIAT HALBA appeared first on Dr Suri Roowi.
DAUN PISANG ANTIKEDUT?
Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering 31(2): 126-134 (2016) ke atas ekstrak daun pisang.
Hasil kajian mendapati ekstrak daun pisang boleh bertindak sebagai antikedut.
Ekstrak daun pisang bertindak dengan meningkatkan pro-collagen dengan menurunkan enzim MMP-1 dan MMP-2 (enzim yg terlibat dgn pembentukan kedut).
Bahan aktif ekstrak daun pisang adalah asid corosolic
Walau bagaimanapun belum ada maklumat rasmi tentang cara penggunaannya yg betul.
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post DAUN PISANG ANTIKEDUT? appeared first on Dr Suri Roowi.
KHASIAT TEH ROOIBOS
Teh herba dari Afrika Selatan dipanggil teh rooibos or ‘bush tea’.
Teh ini TIDAK mengandungi KAFEIN dan kandungan TANIN juga RENDAH berbanding teh biasa.
Sebenarnya, kopi, teh biasa dan teh hijau juga mengandungi kafein
Tanin banyak dalam teh biasa dan tidak sesuai utk org yg ada masalah HB rendah @ ‘kurang darah’
Bahan utama dalam teh rooibos dikenali sebagai dihidrochalcone
Bahan ini tinggi antioksidan @ buang toksik, tetapi susah hadam. Justeru kena minum dengan sedikit gula atau madu
Boleh bantu masalah diabetis dan darah tinggi.
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post KHASIAT TEH ROOIBOS appeared first on Dr Suri Roowi.
KHASIAT MULBERRY
Mulberry kaya bahan berkhasiat.
Dari hasil kajian saya, bahan berkhasiat dalam mulberry terdapat juga dalam kulit dan biji anggur, rozel, teh hijau dan kopi hijau.
Antara bahan berkhasiatnya adalah asid protocatechuic dan gallocatechin gallate
Banyak kajian saintifik menunjukkan ekstrak mulberry boleh menurunkan gula dalam darah dan membantu masalah diabetis
Kajian saintifik juga menunjukkan buah dan daun selamat dimakan/minum tetapi tinggi potassium (mungkin kurang sesuai untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang)
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post KHASIAT MULBERRY appeared first on Dr Suri Roowi.
BAHAN KHASIAT DALAM AIR NASI
AIR REBUSAN NASI (TAJIN) LEBIH BERKHASIAT berbanding nasi itu sendiri
Air tajin adalah air yg diambil semasa nasi mendidih
Air nasi kaya bahan coumaric dan ferulik (bahan bersifat antikanser, antidiabetis dan antioksidan)
Air nasi dari beras perang dan beras berwarna didapati tinggi bahan berkhasiat (antioksidan) berbanding beras biasa
Jika seseorang tidak sihat contohnya demam atau diarrhea minumlah air nasi.
Air nasi oleh membantu mengatasi masalah angin, sembelit dan diarrhea.
Air nasi juga menstabilkan suhu badan dan elakkan dehidrasi.
Ia juga boleh bantu kurangkan berat badan.
Selamat mencuba
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
Rujukan: J Med Assoc Thai 2010; 93 (Suppl. 7) : S83-S91
The post BAHAN KHASIAT DALAM AIR NASI appeared first on Dr Suri Roowi.
COKLAT BAGUS UNTUK KANAK-KANAK?
Biasanya anak-anak kita meminati minuman seperti susu coklat, coklat bar dan coklat candy.
Antara banyak-banyak coklat, COKLAT HITAM adalah yang paling tinggi khasiatnya. (antioksidan – prosianidin)
Bahan ini mempunyai struktur kimia yang besar (sehingga 17 unit). Jadi, kanak-kanak SUKAR untuk PECAHKAN bahan khasiat ini
Kajian menunjukkan coklat juga tinggi LEMAK dan PROTEIN yang menyebabkan bahan berkhasiat ini TIDAK dapat dipecahkan dan diserap dalam usus besar.
Untuk mendapatkan banyak khasiat, caranya adalah dengan makan OAT / minum BARLI selepas memakan coklat gelap. Barli dan oat ini juga dapat kawal gula dan kolesterol darah
Buah-buahan adalah yg PALING SESUAI untuk kanak2 krn kaya dengan bahan khasiat berstruktur kecil
#DrSuriRoowi | Principal Scientist
The post COKLAT BAGUS UNTUK KANAK-KANAK? appeared first on Dr Suri Roowi.
Suri Roowi's Blog
- Suri Roowi's profile
- 1 follower

