Mel Zainal's Blog

March 5, 2025

Kultura Podcast #65 : Nostalgia Ramadhan di MATRI

Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) merupakan sekolah agama rakyat di Tunjung, Perlis. Dengan sistem pendidikan berteraskan tarbiyah Islam, MATRI telah mengeluarkan ribuan pelajar yang berkhidmat di pelbagai lapangan di seluruh negara.

Sempena Ramadhan kali ini Syed Ahmad Fathi akan mengimbau memori bulan Ramadhan di MATRI bersama Ahmad Yusuf Razali, Muhammad Saiful Islam Izra'ai, dan Muhd Ridha. Podcast perihal nostalgia Ramadhan di MATRI ini merupakan kerjasama antara MATRI dan Kultura Podcast sempena peluncuran Tabung Sejuta Barakah MATRI.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2025 18:29

March 2, 2025

Kultura Podcast #64 - "Trump Effect" & Pelan kerajaan Malaysia yang mengarut

Pada Januari lalu, Donald Trump telah dilantik menjadi Presiden untuk Amerika Syarikat buat kali yang ke-2. Sejurus kembalinya beliau ke Rumah Putih (White House), beliau telah membuat dan menggubal beberapa dasar kerajaan yang bersifat agresif.

Pada episod kali ini, kami akan membincangkan kesan Trump kepada ekonomi, cadangan caj kesesakan oleh kementerian Malaysia dan isu kuota sekolah berasrama penuh.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 02, 2025 02:04

February 9, 2025

Kultura Podcast #63 : Pengalaman mendengar syarahan Naquib al-Attas

Beberapa minggu lepas, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan syarahan perdana beliau yang bertajuk "Islam: The Covenants Fulfilled". Majlis telah berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dan dihadiri oleh ratusan intelektual dari dalam dan luar negara, termasuk pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia.

Syed Ahmad Fathi juga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis tersebut dan memuat naik sebuah kupasan yang bertajuk "Naquib al-Attas: Kritikan, Penaglaman dan Syarahan" di laman web Academia. Namun kupasan beliau itu mengundang kritikan dari sesetengah pihak.

Pada episod kali ini, beliau akan memperjelas tentang kupasan itu dan menjawab persoalan yang dilontarkan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 09, 2025 07:03

December 28, 2024

Kultura Podcast EP62: Ulasan senarai buku Goodreads tahun 2024

Seperti kebiasaan di akhir tahun, saya dan Syed Ahmad Fathi akan berkongsi mengenai buku-buku yang telah kami baca mengikut rekod di Goodreads. Tahun 2024 ini juga merupakan tahun yang istimewa kerana kami telah berjaya menerbitkan buku masing-masing dibawah label penerbitan Tochka Press. Antara judul buku dan jurnal yang telah diterbitkan adalah :

1. Resistance Sudah Berbunga - Syed Ahmad Fathi (Tochka Press) ISBN: 9786299905011

2. Jurnal Seorang Rockers - Mel Zainal (Tochka Press) ISBN: 9786299905004

3. Intelektual yang Membosankan - Syed Ahmad Fathi (Kenyalang Press) ISBN: 9789670040707

4. Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia - Syed Ahmad Fathi (Penerbit Cakna) ISBN: 9786299517603

5. Meneliti Karya-Karya Persuratan Bibliofil di Malaysia - Syed Ahmad Fathi - Jawhar: Jurnal Kajian Ketamadunan 20: 83-97, 2024. ISSN 1675-8609

6. Anti-Colonial History: Pulau Pinang from the Point of View of Local Historian and Writer - Syed Ahmad Fathi - MINDEN Journal of History and Archaeology 1 (1): 58-70, 2024. ISSN: 3030-685X

7. Penelitian Terhadap Budaya Merantau Orang Melayu Dalam Persuratan Sejarah : A Review On The Culture Of Merantau In The Malay Society In The Historical Literature - Syed Ahmad Fathi - Manu Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa 35 (2): 1-13, 2024. E-ISSN 2590-4086

 

Antara senarai buku yang dibincangkan dalam episod kali ini pula adalah :

Senarai buku Syed Ahmad Fathi

1. Imperialisme Intelektual - Syed Hussein Alatas

2. Ke Mana Nasionalisme Melayu - Rustam A. Sani

3. Jurnal Seorang Rockers - Mel Zainal

4. The Science Delusion: Freeing the Spirit of Enquiry - Rupert Sheldrake

5. Ways of Being: Animals, Plants, Machines: The Search for a Planetary Intelligence - James Bridle

6. The Avatar of 1786: Decolonizing the Penang Story - Ahmad Murad Merican

7. Menjawab Mitos Melayu Malas: Kajian Kes Penghijrahan Masyarakat Melayu ke Kerian, Perak, 1816-1947 - Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif

8. Dunia Dalam Perenggan: Tinta Seorang Bibliofil - Emmy Hermina Nathasia

9. Lentera Ilmu: Catatan-catatan Dunia Buku - Najibah Abu Bakar

10. Falsafah Kebangsaan Melayu - Burhanuddin Al-Helmy

11. The Kampung Boy - Lat

12. Wacana Pemikiran Islam - Syed Shahriman Syed Ali

13. Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa - Firdaus Zainal

14. Kedah Tua: Sejarah, Arkeologi & Naratif Baharu - Nasha Rodziadi Khaw, Nazarudin Zainun, Suresh Narayanen

15. Harapan Sang Pesimis - Wan Hamidi Hamid

16. A Short History of Cambodia: From Empire to Survival - Hohn A. Tully

 

Senarai buku Mel Zainal

1. Homo Historikus: Perkembangan Kesedaran Sejarah di Malaysia - Syed Ahmad Fathi

2. Man’s Search for Meaning - Victor E. Frankl

3. Islam dan Sosialisme - Syed Hussein Alatas

4. Nakal - Aloy Paradoks

5. Tales from the Cafe - Toshikazu Kawaguchi

Semoga perkongsian ini memberikan idea untuk anda untuk merancang bahan pembacaan seterusnya di tahun 2025. 

Masyarakat membangun dengan tinta dan buku!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2024 06:36

November 25, 2024

Menganalisa hubungan Anarkisme dan orang Melayu

Wujudkah apa yang dipanggil sebagai anarkis Melayu? Jika wujud apakah ciri-ciri dan pemikiran mereka?

Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi akan menganalisa persoalan ini bersama Hadri Shah. Hadri Shah merupakan sosok yang banyak memperihalkan perihal anarkisme dan orang Melayu dalam penulisannya. Antara buku tulisan beliau yang terbaharu adalah "Bukan Jurnal Anarki" dan "Melayu Maha Mulia". Selain penulisan buku, Hadri juga mengendalikan program audio siar "Tengkorak Hang Podcast".

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2024 18:37

November 16, 2024

Kultura Podcast EP60 : Menganalisa teori kejatuhan kuasa politik Melayu

Pada episod kali ini, Syed Ahmad Fathi dan Firdaus Zainal akan berdiskusi tentang kejatuhan kuasa politik orang Melayu di Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2024 01:43

August 16, 2024

Kultura Podcast #59 : Ulasan Olimpik 2024 & Jenayah Siber

Pada temasya Olimpik yang lalu, rata-rata prestasi atlet negara mengundang banyak persepsi masyarakat terutamanya di media sosial. Di zaman yang serba moden ini, semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing di medan siber. 

Pada kali ini kami akan membincangkan serba sedikit pendapat kami tentang sukan Olimpik 2024 dan jenayah siber yang makin berleluasa dikalangan rakyat Malaysia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 16, 2024 21:47

June 30, 2024

Kultura Podcast #58 : Ulasan kritikan buku Intelektual Yang Membosankan

Antara buku yang hangat dikritik oleh penulis-penulis mahupun golongan 'intelektual' di negara usai PBAKL yang lalu adalah sebuah buku yang bertajuk Intelektual yang Membosankan, hasil tulisan Syed Ahmad Fathi.

Pada episod kali ini, beliau akan mengulas dan menjawab tentang kritikan dan tohmahan yang dilemparkan pada beliau di media sosial dan berkongsi serba sedikit tentang bukunya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2024 07:11

April 1, 2024

Kultura Podcast #57 : Buya Hamka - Renungan Hidup dan Mati

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dalam kuliah subuh ini, kami berbahagiakan perenungan mendalam tentang rahasia kehidupan dan kehidupan kekal yang kita sebutkan setiap dua minggu dalam pengajian Tassawuf ini. Diskusi spiritual ini mengeksplorasi kesejajaran antara kehidupan yang kita alami sekarang dan kehidupan kekal yang menanti kita.

Pertama dan utama, kita menjelajahi makna dan esensi kebahagiaan sejati dalam kehidupan ini yang hanya dapat dicapai melalui pengetahuan, kebaikan, dan kasih Tuhan. Kami merenungi pesan dan ajaran agung dari para Nabi - mulai dari Nabi Adam, Idris, Allah, Ibrahim, Ismail, Ishak, sampai kepada Yusuf, Musa, Isa, Daud dan Sulaiman - yang berisi petunjuk hidup dan pengetahuan keabadian.

Melalui refleksi dalam beragam wujud dan perspektif, kita membahas tentang eksistensialisme dan pentingnya kepuasan dalam hidup, serta perubahan sejati manusia setelah mati. Kami mengingatkan bahwa pandangan dunia ateisme dan skeptisisme sering kali tidak sejalan dengan rasa tahu yang berasal dari hati kita, dan bagaimana pandangan tersebut berbungkus dalam logika dari perspektif ilmu dan intuisi.

Menghargai setiap momen kehidupan dan merenungkan tujuan hidup kita adalah jalan menuju pemahaman yang lebih baik tentang keabadian. Kita juga merenungi konsekuensi dari kepercayaan kita, dan bagaimana akhlak dan amalan baik dapat mengarahkan kita ke jalan yang benar menuju kehidupan yang abadi.

Dalam pengajian ini, kontemplasi dan diskusi kami diharapkan dapat membantu kita semua untuk mempersiapkan diri menuju penyeberangan yang luas ke arah kehidupan kekal dan kebahagiaan abadi. Terima kasih dan semoga pengajian ini bermanfaat bagi kita semua.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 01, 2024 14:40

February 1, 2024

Kultura Podcast #56 : Pelancaran buku Jurnal Seorang Rockers

Pada episod kali ini, aku akan mengulas serba sedikit berkenaan buku baharu yang aku terbitkan bersama Tochka Press.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 01, 2024 06:15