Salina Ibrahim's Blog
April 25, 2016
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
BEBERAPA hari sahaja lagi! Acara tahunan yang ditunggu oleh para penulis buku, penggemar buku, pembaca buku, pencinta buku, pengumpul buku dan segala yang berkaitan buku. Tahun ini bukan di PWTC ya, (buat pertama kalinya dan mungkin akan jadi lokasi kekal?) PBAKL berpindah lokasi ke MAEPS, Serdang. Di mana tu? Google Maps kan ada. Atau gunalah G.P.S.!
Saya akan berada di reruai ITBM di Dewan C, untuk promosikan Kumpulan Cerpen G.P.S, D Bawah Langit Copanhagen dan buku-buku lain yang saya ikut tulis (kalau ada). Khabarnya ITBM ada banyak benar promosi, daripada harga buku serendah RM5 sampailah peraduan yang membolehkan pengunjung menang hadiah pelancongan ke Turki! Begitu sekali nak menggalakkan kita membaca!
Jadi mai-lah ramai-ramai, kita jumpa dan berkenalan!
Sesi saya pada hari Sabtu ini 30/4/16, pukul 4 petang. Jumpa nanti naaa!
Mai tau, jangan tak mai!

Published on April 25, 2016 21:40
April 13, 2016
balik ke dunia majalah (untuk sebentar...)
MULAI April, saya kembali ke dunia majalah sebagai penuliis tamu InTrend. Beberapa bulan sahaja, demikian kata sahabat baik Rosie (Editor Pengurusan InTrend), ketika menghubungi saya. Saya ragu mulanya, sebab memikirkan komitmen, takut tak menang tangan, takut tak sempat mengejar deadline mereka, lagipun saya sudah lama benar tak membelek majalah gaya hidup dan seumpama dengannya. Tetapi memikirkan kepercayaan yang diletakkan pada diri dan rasa perlu menolong sahabat, saya menyanggup juga. Saya fikir, yang penting saya masih bebas buat kerja di mana-mana & bila-bila waktu saya suka, juga boleh menulis bertemankan televisyen seperti rutin. :)
Okey, selamat membaca buah tangan saya dalam ruangan Portfolio bulan ini, kerja berpasukan bersama team InTrend.
Selamat membaca #GENIUSKOMEDI! edisi April 2016

Published on April 13, 2016 07:16
February 26, 2016
K-PaP edisi Mac 2016
KATA PENGARANG KATA PEMBACA (K-PaP)5 Mac 2016 (Sabtu)10.30 pagi - 12.30 tengah hariRumah Pena, Kuala Lumpur
Jom ramai-ramai. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Dapat jumpa-jumpa, bincang-bincang, kenal-kenal, mesra-mesra...gitu!
Dua buku yang akan dibincangkan dalam K-PaP edisi Mac ini.
Published on February 26, 2016 20:01
January 8, 2016
2016, Saya Datang!
SEDAR tak sedar (sebenarnya buat-buat tak sedar) setahun sudah berlalu tanpa apa-apa catatan di sini. Entah, tak tahu saya sibukkan apa … mungkin saya fokus kepada urusan lain dan malas nak kisah akan blog ni.
(Barangkali pada tahun 2016, saya akan kembali menulis di sini (?) Bukan janji, jauh sekali azam. Kalau perlu, ya. Kalau tak perlu menulis apa-apa di sini, maka akan duduk senyap saja dalam “gua”.)
Alhamdulillah, ada beberapa perkembangan menarik mengenai projek penulisan saya pada penghujung 2015 lalu. Kumpulan Cerpen G.P.S. (ITBM), Kumpulan Cerpen Remaja Menuai Emas (DBP) dan Novel Remaja Mamaku Menteri (DBP) keluar hampir serentak pada hujung tahun.
G.P.S., himpunan 13 buah cerpen, semuanya karya baru yang tak pernah terbit di mana-mana sebelum ini. Menuai Emas, menghimpunkan 18 buah cerpen remaja, bukan karya baru sangat, maksudnya semua karya itu pernah tersiar sebelum ini dalam pelbagai media cetak. Mamaku Menteri, juga karya baru (?), sebenarnya ini versi novel, kerana Mamaku Menteri ada dalam versi cerpen remaja dengan judul yang sama (Mamaku Menteri, HSKU 2007).
Tak perlu tulis panjang. Saya belanja gambar. Gambar sama seperti di sebelah, jadilah...!
G.P.S. (Kumpulan Cerpen)Terbitan: ITBM, 2015Muka surat: 181Harga: RM25 (Semenanjung) / RM30 (Sabah/Sarawak)
Menuai Emas (Kumpulan Cerpen Remaja)Terbitan: DBP, 2015Muka surat: 214Harga: RM18
Mamaku Menteri (Novel Remaja)Terbitan: DBP, 2015)Muka surat: 273Harga: RM16

Published on January 08, 2016 20:45
February 16, 2014
Buku Terkini - Di Bawah Langit Copenhagen
Foto dari Facebook ITBMSAYA hilang berbulan-bulan dari 'rumah' ni. Saya ada, sesekali melawat ke sini, tetapi selalunya tengok dari luar rumah saja. Mungkin saya semakin kurang mesra dengan media sosial tertentu. Sekarang paling banyak di instagram saja sebab di sana, gambar yang bercerita, jadi saya tak perlu membebel banyak.
Okey, saya tak mahu membebel banyak. Ini buku terkini saya. Terima kasih kepada ITBM, walaupun saya terpaksa menunggu lama, tetapi saya tetap sabar gitu! Saya tak suka puji buku sendiri tetapi saya nak puji designer yang design kulit buku ini - sahabat saya Sinaganaga, kerana menghasilkan cover buku yang ringkas tetapi sikit klasik. Sama seperti apa yang saya fikirkan.
Di Bawah Langit Copenhagen (Kumpulan Cerpen) - ada 20 buah cerpen terhimpun di sini. Semuanya pernah diterbitkan secara eceran sebelum ini. Tahun lepas (2013), saya perlahan sedikit kerana terikat dengan banyak juga kerja sampingan berkaitan penulisan (terutamanya menyunting dan mengajar). Apabila banyak menyunting karya orang lain, karya sendiri pun tak sempat tengok. Apabila banyak bercakap (dalam bengkel penulisan), idea di tangan jadi sedikit kaku. Inilah satu-satu buku yang sempat keluar tahun lepas (sudah hujung tahun terbitnya.)
DI BAWAH LANGIT COPENHAGEN (Kumpulan Cerpen)
Terbitan: Institut Terjemahan Buku Malaysia (2013)
M/S: 242 halaman
Harga: RM25.00
Kita jumpa lagi dalam coretan akan datang. Bila...entah!
Published on February 16, 2014 18:50
September 2, 2013
Mengapa Kena Tolak?
SAYA menerima beberapa pertanyaan daripada calon pengarang/baru/muda yang meluahkan rasa kecewa kerana manuskrip novel mereka ditolak oleh penerbit. Selalunya ditolak oleh penerbit tanpa diberikan alasan apa-apa. Mereka tertanya-tanya mengapa manuskrip mereka ditolak, apa yang tak kena, apa yang tak menarik dan tak adakah cara untuk manuskrip itu diterima selepas diberikan penambahbaikan. Penerbit (yang diwakili oleh editor) selalunya tiada masa hendak menjelaskan semua ini. Mereka ada banyak tekanan kerja yang lain dan 1,001 deadline yang perlu didahulukan. Kecuali manuskrip itu ada potensi dan editor amat berminat, editor mungkin akan ‘luangkan masa’ untuk memberi tunjuk ajar.
Umumnya ada beberapa sebab mengapa manuskrip ditolak. Sebab utamanya adalah...
1) Manuskrip tak sesuai untuk terbitan penerbitan berkenaan. Setiap penerbit ada selera dan kekuatan masing-masing. Adapenerbit kuat dengan novel remaja & kanak-kanak, ada penerbit sinonim dengan novel cinta, ada penerbit dikenali sebagai penerbit karya sastera, ada penerbit dengan karya underground. Oleh itu calon pengarang harus mencari penerbit yang sesuai dengan manuskripnya dan jangan anggap penerbit akan terima apa sahaja manuskrip.
Bagaimana nak cari penerbit yang sesuai? Kenalah rajin cari, baca dan selidik penerbit-penerbit yang ada. Sekarang mudah sangat hendak ‘kenal’ penerbit; kebanyakannya ada web, FB, Twitter bagai. Bukan setakat kenal penerbit tapi bacalah juga novel yang diterbitkan mereka, terutamanya terbitan mereka yang terkini. Ini penting untuk tahu trend penerbit; mungkin tahun lepas, mereka terbitkan genre itu tapi tahun ini tak lagi. Oleh itu, baca genre terbitan mereka yang terkini. Telitikan novel-novel terbitan mereka, gaya bahasanya dan cerita yang disampaikan. Ini dapat jadi panduan kepada calon pengarang mengenai selera penerbit.
Ada beberapa perkara lain kita kena ingat. Kadang-kadang manuskrip yang ditolak, bukan sebab manuskrip itu tak bagus tapi kerana tak sesuai diterbitkan oleh penerbit berkenaan pada ketika itu. Kadangkala ada 1-2 perkara dalam manuskrip itu yang perlu dibuang/diubah/dipinda untuk menjadikannya sesuai diterbitkan.
2) Selain itu terdapat juga beberapa alasan lain seperti:
i. Plot dan jalan cerita yang tak kena, tak logik, tak munasabah, tak menarik atau terlalu biasa. Apabila plot novel tak munasabah, editor memang tak dapat bantu dan cara paling senang adalah menolak manuskrip itu.
ii. Tatabahasa yang banyak kesalahan, terlalu banyak kesilapan teknikal seperti ejaan salah, penggunaan tanda bacaan yang tak tepat, kesalahan tipografi (menaip) dan seumpama dengannya. Kesalahan teknikal ini memang dapat dibetulkan oleh editor (memang tugas editor untuk buat suntingan) tapi kalau terlalu banyak kesalahan, editor pun tak kuasa. Bahasa bisu editor (yang selalunya tak disuarakan kepada calon pengarang), "Balik belajar bahasa dulu dan belajar menaip sebelum tulis novel!"
Hakikatnya, manuskrip yang ditolak penerbit adalah perkara lazim bagi pengarang. Orang yang sudah menulis berpuluh tahun pun biasa menghadapi penolakan, apatah lagi orang yang baru bermula. Sekali manuskrip ditolak oleh penerbit, tak bermakna kena putus asa dan berhenti menulis. Hendak jadi penulis, mesti berjiwa besar; tak boleh sekali manuskrip ditolak, terus merajuk dan tak mahu menulis. Janganlah mengeluh, "saya hantar pada lima penerbit, semua kelima-limanya tolak!" Belajar lagi dan tulis lagi. Insya-Allah peluang yang baik itu akan muncul.
Selamat menulis.

Published on September 02, 2013 19:59
April 18, 2013
[Kemas Kini] Bicara Karya Alumni MPR
Antologi MPR 2012
Antologi MPR 2011
Antologi MPR 2010BICARA KARYA ALUMNI MINGGU PENULIS REMAJA (MPR).
1) Siti Nurmalaysia - Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 20102) Kalam Pertama - Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 20113) Anugerah Terindah - Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 2012
Pada:28 Mei 2013
Masa:10.00 pagi
Tempat:Sanggar Lanang, Tingkat 31, Menara DBP, Kuala Lumpur
Published on April 18, 2013 21:51
Bicara Karya Alumni MPR
Antologi MPR 2012
Antologi MPR 2011
Antologi MPR 2010Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan BICARA KARYA ALUMNI MINGGU PENULIS REMAJA (MPR).
1) Siti Nurmalaysia - Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 20102) Kalam Pertama - Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 20113) Anugerah Terindah - Antologi Puisi dan Cerpen Minggu Penulis Remaja 2012
Pembicara:YBhg. Dr. Nik Rafidah binti Nik Muhamad AffendiSdr. Rahimidin ZahariSdr. Ariff Mohamad
Pada:4 Mei 2013 (Sabtu)
Masa:3.00 petang
Tempat:Bilik Seminar (Kuala Lumpur), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:Fazilah binti Mohamedeni - 03-21485292Norhamiza binti Mohd Tuharni - 03-21482204
Published on April 18, 2013 21:51
March 28, 2013
MPR 2013
Alhamdulillah, Minggu Penulis Remaja 2013 sudah selesai. Kepada peserta yang baru tamat pengajian, selamat menyertai keluarga besar alumni MPR!
[image error] 23-28 Mac 2013. Kami di Pangsun Hulu Langat.
Aktiviti luar, meneroka alam. Meredah belukar, cari air terjun. Penat , pergh...!
Nama-nama calon pengarang...
Bukan peserta. Sekadar menumpang. Berbengkel dalam hutan, jadi banyaklah makhluk alam ikut sekali...
Tahniah kepada mereka. Eh, anak siapa yang terlebih 'excited' tu?

Published on March 28, 2013 07:00
March 18, 2013
Tip Penulisan: Siapa Nak Terbit?
Antara soalan yang saya terima berkaitan proses menerbitkan novel:
[image error]
Secara ringkasnya, begini jawapan saya:
‘Tempat terbit novel’ dipanggil ‘penerbit’ atau ‘syarikat penerbitan’. Terlebih dahulu, sedikit pesanan saya; biasakan diri menggunakan perkataan yang betul supaya soalan kita tidak kedengaran dangkal. Tiada gunalah kita mahir guna Internet, bere-mel bagai kalau masih guna perkataan yang salah. Penggunaan internet bukan setakat untuk ber- ‘facebooking’ atau ‘twittering’ saja ya!
1. Ketika merancang, menulis dan menyiapkan sesebuah novel (atau istilahnya dipanggil manuskrip (iaitu bahan yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku dan lain-lain), calon pengarang sepatutnya sudah tahu kepada penerbit mana manuskrip itu bakal diajukan.
2. Oleh itu, calon pengarang mesti membuat penyelidikan tentang syarikat penerbitan yang disukainya. Jika dia menggemari novel-novel terbitan Alaf21, banyak membaca karya terbitan Alaf21, dan berhajat hendak hantar karyanya ke sana, maka tulislah dengan gayaAlaf21. Jika seleranya lebih kepada gaya novel-novel terbitan PTS, maka menulislah dengan gaya sebegitu dan sasarkan kepada penerbit berkenaan. Apabila kita banyak membaca novel yang diterbitkan oleh sesebuah syarikat penerbitan, tentulah sedikit banyak kita tahu dan biasa dengan gaya penerbit itu (dari segi ceritanya, bahasanya, persembahannya dan lain-lain). Setiap penerbit ada stail masing-masing. Jika menulis dengan gayapenerbit A tetapi hantar kepada penerbit B, sudah tentu penerbit B susah hendak terima. Jadi kalau ada pengarang yang mengeluh limapenerbit (satu demi satu) menolak manuskripnya, maka fikirkanlah balik, mungkin dia sebenarnya menulis tidak menepati kehendak penerbit itu!
3. Buat carian di internet untuk dapatkan alamat dan e-mel penerbit. Hampir semua penerbit ada laman web masing-masing atau sekurang-kurangnya Page FB. Di sana, kita boleh dapatkan alamat syarikat dan alamat e-mel. Setiap penerbit ada cara masing-masing ketika menerima manuskrip. Ada penerbit mahu calon pengarang mengirimkan manuskrip penuh bercetak, oleh itu harus dikirim melalui pos atau hantar sendiri. Ada yang menerima kiriman manuskrip melalui e-mel. Untuk kepastian, eloklah kirimkan e-mel dahulu bertanya kepada penerbit (editor).
4. Selamat menulis.

Published on March 18, 2013 01:12
Salina Ibrahim's Blog
- Salina Ibrahim's profile
- 17 followers
Salina Ibrahim isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.