Rina Farizq's Blog
September 5, 2014
Andainya Dia Tahu

PROLOG
“S
OALAN pertama. Perempuan yang menarik perhatian lelaki, yang kurus atau gempal?”
“Hmm…lelaki suka semua jenis perempuan. Kurus atau gempal bukan ukuran, yang penting macam mana pembawakan diri seseorang perempuan itu.”
“Dan awak sendiri?”
“I love a strong woman who is comfortable being sexy and beautiful.”
“Huh, lelaki! Seksi…cantik, tu pasti. Kan?”
“Remember, don’t judge.”
“Sorry! Soalan kedua, lelaki sukakan perempuan yang bersepatu leper atau bertumit tinggi?”
“Tumit tinggi.”
“Why?”
“Sebab perempuan akan berjalan dengan lebih teratur dan lemah lembut.”
“Really? Bukan kerana struktur tubuh akan kelihatan lebih menonjol bila mengenakan kasut bertumit tinggi? Dada akan lebih ke hadapan dan punggung akan jadi melentik? Hmm?”
Lelaki itu terus tersenyum dan angkat sebelah kening sebelum bersuara perlahan, “yeah…I think that’s the correct answer!”
“Dah agak! Lelaki kan….”
“Don’t judge!” Potong lelaki itu sekaligus mengingatkan.
“Awak? Suka perempuan sepatu leper atau tumit tinggi?”
“Err…..”
“Errr? Tiada jawapan?”
“Saya suka dua-dua!”
Cepat-cepat lelaki itu memberikan jawapan, takut kena tembak agaknya!
“Huh! Lelaki….”
“Don’t…”
“Whatever….third question, kenapa lelaki tak suka bershopping?”
Lelaki itu mendengus perlahan, geram agaknya sebab tak diberi peluang nak membela diri. Nasiblah! Beberapa saat kemudian, lelaki itu menjawab soalan ketiga itu dengan tenang.
“Bukan tak suka tapi kurang gemar. Rasanya, tak ada manusia yang tak suka bershopping. Jadi lelaki tak terkecuali cuma lelaki, tahu apa yang mereka perlukan. Lelaki tak kan buang masa untuk dapatkan apa yang mereka mahukan. Lelaki tak kan ke satu kedai ke satu kedai tanpa sebab. Lelaki juga tak menyelongkar rak untuk dapatkan pakaian murah. Lelaki hanya fikirkan, di mana letaknya pakaian lelaki. Kalau di tingkat satu, lelaki akan terus menuju ke situ tanpa melencong ke mana-mana. Capai satu baju, cuba sekali, kalau sesuai, beli.”
“Jadi lelaki yang menemani kekasihnya bershoppingmesti rasa boring, kan?”
“Depends. Itu cara lelaki mahu bersama kekasihnya tetapi itu bukanlah perkara yang lelaki mahu lakukan sebenarnya.”
“Jadi apa yang lelaki mahu lakukan sebenarnya?”
Lelaki itu senyum lagi, lebih manis berbanding tadi. Tapi senyuman itu juga kelihatan sedikit nakal. Dengan renungan mata yang agak tajam seperti sang helang yang mahu menerkam mangsa, lelaki itu berbisik perlahan, “lelaki hanya mahu bersama perempuan di atas katil!”
“Seriously? Huh!”
Lelaki itu tersenyum meleret dan mengangguk perlahan, tanda mengiyakan jawapan yang diberikan sebelum menyambung bicara.
“Lelaki adalah makhluk yang senang dipuaskan hatinya. Lelaki cuma perlukan tiga perkara. Dorongan, kesetiaan dan seks.”
“Jelaskan. Terperinci!”
“Sebenarnya, lelaki perlukan kata-kata yang mendorong, yang boleh memacu semangat lelaki untuk bertindak dengan lebih baik lagi.”
“Pleaselah…lelaki kan kuat bukan macam perempuan yang lemah, yang mahu disokong dan bermanja-manja.”
“Awak fikir sebab lelaki kuat dan enggan bermanja-manja seperti perempuan, lelaki tak perlukan dorongan? Tak perlukan sokongan? You’re, wrong! Lelaki memang memerlukan kata dorongan. Kalau ada perempuan yang datang pada lelaki dan berkata, awak sungguh bijak dan handsome, awak yang saya perlukan. For sure lelaki itu akan tunduk di kaki perempuan itu.”
“Really?”
“Trust me. Or…. you can try.” Kata lelaki itu sambil angkat kening dengan nakal.
“Huh! So, macam mana pula dengan kesetiaan? Ada ke ‘kesetiaan’ dalam kamus hidup lelaki? Bukan, lelaki yang selalu mencurangi kesetiaan? Hmm?”
“Cinta bagi perempuan, penuh perasaan. Mendalam. Keikhlasan, ketulusan, keindahan, penghargaan dan banyak lagi. Tapi bagi lelaki, hanya satu. Cinta itu setia. Lelaki akan tetap berada di sisi seorang perempuan bila dia merasakan kesetiaan perempuan itu benar dan tidak dapat disangsikan lagi. Setia yang saya maksudkan, seorang perempuan menerima lelaki itu seadanya tak kira berapa banyak kelemahan yang ada pada lelaki itu. Dan seks….”
Lelaki itu tak segera menyudahkan bicara sebaliknya memandang dengan sedikit curiga, mungkin takut topik seterusnya itu akan menimbulkan suasana kurang selesa.
“It’s ok. Teruskan. Saya dah cukup dewasa untuk membincangkan topik tu.”
“Ok.” Sahut lelaki itu sambil tersenyum meleret dengan lirikan mata yang agak nakal sebelum kembali bersuara, “lelaki memang perlukan seks. Lelaki sukakannya. Kalau ada lelaki yang kata tidak memerlukan seks, boleh jadi dia cacat atau mahu menidakkannya. Lelaki mahukan perempuan tanpa banyak soal.”
“Seks bukan hanya ‘melepaskan’ saja tapi ianya ekspresi sebuah cinta. Lelaki patut tahu itu!”
“Ya lelaki tahu tapi lelaki adalah lelaki. Manusia yang ringkas, yang tak memikirkan apa-apa ketika keinginannya dipenuhi. Perkara yang melibatkan emosi seperti berbual panjang, berpegang tangan dan bermanja-manja itu semua perbuatan yang perempuan sukai. Lelaki hanya melakukannya kerana lelaki tahu ia penting bagi perempuan.”
“Huh…teruknya!”
“Jangan menghakimi lelaki sebab lelaki memang dijadikan begitu. Lelaki akan membelai perempuan kerana dia tahu perempuan memang suka dibelai dan dimanjai. Lelaki, sekadar mahu memenuhi keinginan perempuan sebelum keinginannya dicapai.”
“So, selepas dorongan, kesetiaan dan seks, apa?”
“Tiada apa yang lelaki perlukan ketika lelaki berasa lemah semangat melainkan tiga perkara itu. So…bila tiga perkara itu dipenuhi, lelaki akan bangkit semula dan meneruskan apa yang patut dia hadapi. Dia juga akan jadi lelaki yang perempuan idamkan.”
“Huh….”
“Kesimpulannya, act like a lady, think like a man!” Ujar lelaki itu dengan sebaris senyuman.
Nota : Semoga terhibur, XOXO!
Published on September 05, 2014 06:20
February 8, 2014
PROLOGUKAIL tersenyum dan senyuman itu membuatkan aku ras...

PROLOG
UKAIL tersenyum dan senyuman itu membuatkan aku rasa nak cekik batang lehernya. Entahkenapa dia ajak aku berdiri di hadapan katil. Tak faham aku! “Sonak tidur sebelah mana? Kiri atau kanan?” Soalnya perlahan tapi serius.
Aku mengerutkan dahi, tiba-tibapulak suruh aku pilih tempat. Apa kes? Aku mengerling padanya yang berdiridengan bersahaja itu.
“Kenapa pulak nak kena pilih? Adabeza ke kalau tidur di sebelah kiri atau kanan?” Soalku dengan nada yang kasar.
Serius, aku masih boleh terfikir apabezanya kalau aku mengambil tempat untuk tidur sama ada di sebelah kiri ataukanan.
Ukail tersenyum dan senyumannyamacam ada yang tak kena. Rasa-rasanya tu senyuman jahat! Apa yang dia nak cubabuat? Jangan nak mengada sangatlah, nanti aku terajang, ada yang tersangkut katbumbung apartment.
“Mestilah ada beza. Saya rasasebelah kiri ni macam keras sikit, baik awak pilih sebelah kanan. Tapi kalauawak nak juga sebelah kiri, saya tak ada masalah cuma saya kena hati-hatiajelah.”
Aku tercengang, memandang muka Ukailyang masih beriak bersahaja itu. Apa yang keras? Ish… selama ni, aku tidursorang ok aje? Tak ada apa-apa pun. Terus berdiri bulu roma aku. Cepat-cepataku memeluk tubuh, terasa seram!
“Apa yang keras?” Soalkuteragak-agak.
Ukail mendekatkan dirinya pada aku.Dipautnya bahu aku dengan erat. Pada waktu ini aku tak melawan bila dia buatmacam tu. Rasa selamat pula bila dalam pautannya.
“Semalam awak tidur sebelah kiri,mengigau. Habis saya kena terajang. Hampir-hampir saya nak tergolek ke bawah.Jadi, hari ni cuba pulak sebelah kanan. Kalau mengigau jugak, esok kita tukarkatil baru. Agaknya katil ni memang keras, berhantu kut?”
Aku menggigit bibir, menahan sabar.Sedap aje dia membodohkan aku. Serentak itu aku menyiku rusuknya. MengaduhUkail seketika. Aku menjeling geram dan terus saja naik ke atas katil.
“Sayang… tidurlah sebelah kanan.Biar saya pulak tidur sebelah kiri. Mana tau saya boleh dapat mimpi awaksemalam. Teringin juga nak rasa mimpi kena rogol.”
Cis!! Serentak itu aku memandangnyadengan tajam. Tangan pula sudah pantas mencapai bantal dan melemparkan padanya.Dia menyambut bantal itu dan tergelak besar. Betapa seronoknya dia ketawakanaku! Sabar ajelah Minah oii…. nak buat macam mana? Lelaki handsome, ego, berlagak dan sombong nak berubah jadi baduttengah-tengah malam ni.
Aku terus merebahkan badan danmengiring memandang ke kiri. Malas aku nak layan badut tu! Ukail pun turut samanaik ke atas katil dengan tawa yang bersisa. Entah apa yang lucu sangat sampainak beria-ia ketawa.
Aku menjauhkan diri apabilalengannya tersentuh belakang badan aku. Aku dah mengiring, dah bagi ruang yangseluasnya pun masih nak juga main ‘sentuh-sentuh’. Dasar lelaki, suka ambilkesempatan!
- XOXO buat peminat AKUKAH JUWITA? -
Nantikan entri seterusnya.......
Published on February 08, 2014 23:37
PROLOGUKAIL tersenyum dan senyuman itu membuatkan aku r...

PROLOG
UKAIL tersenyum dan senyuman itu membuatkan aku rasa nak cekik batang lehernya. Entah kenapa dia ajak aku berdiri di hadapan katil. Tak faham aku! “Sonak tidur sebelah mana? Kiri atau kanan?” Soalnya perlahan tapi serius.
Aku mengerutkan dahi, tiba-tiba pulak suruh aku pilih tempat. Apa kes? Aku mengerling padanya yang berdiri dengan bersahaja itu.
“Kenapa pulak nak kena pilih? Ada beza ke kalau tidur di sebelah kiri atau kanan?” Soalku dengan nada yang kasar.
Serius, aku masih boleh terfikir apa bezanya kalau aku mengambil tempat untuk tidur sama ada di sebelah kiri atau kanan.
Ukail tersenyum dan senyumannya macam ada yang tak kena. Rasa-rasanya tu senyuman jahat! Apa yang dia nak cuba buat? Jangan nak mengada sangatlah, nanti aku terajang, ada yang tersangkut kat bumbung apartment.
“Mestilah ada beza. Saya rasa sebelah kiri ni macam keras sikit, baik awak pilih sebelah kanan. Tapi kalau awak nak juga sebelah kiri, saya tak ada masalah cuma saya kena hati-hati ajelah.”
Aku tercengang, memandang muka Ukail yang masih beriak bersahaja itu. Apa yang keras? Ish… selama ni, aku tidur sorang ok aje? Tak ada apa-apa pun. Terus berdiri bulu roma aku. Cepat-cepat aku memeluk tubuh, terasa seram!
“Apa yang keras?” Soalku teragak-agak.
Ukail mendekatkan dirinya pada aku. Dipautnya bahu aku dengan erat. Pada waktu ini aku tak melawan bila dia buat macam tu. Rasa selamat pula bila dalam pautannya.
“Semalam awak tidur sebelah kiri, mengigau. Habis saya kena terajang. Hampir-hampir saya nak tergolek ke bawah. Jadi, hari ni cuba pulak sebelah kanan. Kalau mengigau jugak, esok kita tukar katil baru. Agaknya katil ni memang keras, berhantu kut?”
Aku menggigit bibir, menahan sabar. Sedap aje dia membodohkan aku. Serentak itu aku menyiku rusuknya. Mengaduh Ukail seketika. Aku menjeling geram dan terus saja naik ke atas katil.
“Sayang… tidurlah sebelah kanan. Biar saya pulak tidur sebelah kiri. Mana tau saya boleh dapat mimpi awak semalam. Teringin juga nak rasa mimpi kena rogol.”
Cis!! Serentak itu aku memandangnya dengan tajam. Tangan pula sudah pantas mencapai bantal dan melemparkan padanya. Dia menyambut bantal itu dan tergelak besar. Betapa seronoknya dia ketawakan aku! Sabar ajelah Minah oii…. nak buat macam mana? Lelaki handsome, ego, berlagak dan sombong nak berubah jadi badut tengah-tengah malam ni.
Aku terus merebahkan badan dan mengiring memandang ke kiri. Malas aku nak layan badut tu! Ukail pun turut sama naik ke atas katil dengan tawa yang bersisa. Entah apa yang lucu sangat sampai nak beria-ia ketawa.
Aku menjauhkan diri apabila lengannya tersentuh belakang badan aku. Aku dah mengiring, dah bagi ruang yang seluasnya pun masih nak juga main ‘sentuh-sentuh’. Dasar lelaki, suka ambil kesempatan!
- XOXO buat peminat AKUKAH JUWITA? -
Nantikan entri seterusnya.......
Published on February 08, 2014 23:37
PROLOGUKAIL tersenyum dan senyuman itu membuatkan ...

PROLOG
UKAIL tersenyum dan senyuman itu membuatkan aku rasa nak cekik batang lehernya. Entah kenapa dia ajak aku berdiri di hadapan katil. Tak faham aku! “Sonak tidur sebelah mana? Kiri atau kanan?” Soalnya perlahan tapi serius.
Aku mengerutkan dahi, tiba-tiba pulak suruh aku pilih tempat. Apa kes? Aku mengerling padanya yang berdiri dengan bersahaja itu.
“Kenapa pulak nak kena pilih? Ada beza ke kalau tidur di sebelah kiri atau kanan?” Soalku dengan nada yang kasar.
Serius, aku masih boleh terfikir apa bezanya kalau aku mengambil tempat untuk tidur sama ada di sebelah kiri atau kanan.
Ukail tersenyum dan senyumannya macam ada yang tak kena. Rasa-rasanya tu senyuman jahat! Apa yang dia nak cuba buat? Jangan nak mengada sangatlah, nanti aku terajang, ada yang tersangkut kat bumbung apartment.
“Mestilah ada beza. Saya rasa sebelah kiri ni macam keras sikit, baik awak pilih sebelah kanan. Tapi kalau awak nak juga sebelah kiri, saya tak ada masalah cuma saya kena hati-hati ajelah.”
Aku tercengang, memandang muka Ukail yang masih beriak bersahaja itu. Apa yang keras? Ish… selama ni, aku tidur sorang ok aje? Tak ada apa-apa pun. Terus berdiri bulu roma aku. Cepat-cepat aku memeluk tubuh, terasa seram!
“Apa yang keras?” Soalku teragak-agak.
Ukail mendekatkan dirinya pada aku. Dipautnya bahu aku dengan erat. Pada waktu ini aku tak melawan bila dia buat macam tu. Rasa selamat pula bila dalam pautannya.
“Semalam awak tidur sebelah kiri, mengigau. Habis saya kena terajang. Hampir-hampir saya nak tergolek ke bawah. Jadi, hari ni cuba pulak sebelah kanan. Kalau mengigau jugak, esok kita tukar katil baru. Agaknya katil ni memang keras, berhantu kut?”
Aku menggigit bibir, menahan sabar. Sedap aje dia membodohkan aku. Serentak itu aku menyiku rusuknya. Mengaduh Ukail seketika. Aku menjeling geram dan terus saja naik ke atas katil.
“Sayang… tidurlah sebelah kanan. Biar saya pulak tidur sebelah kiri. Mana tau saya boleh dapat mimpi awak semalam. Teringin juga nak rasa mimpi kena rogol.”
Cis!! Serentak itu aku memandangnya dengan tajam. Tangan pula sudah pantas mencapai bantal dan melemparkan padanya. Dia menyambut bantal itu dan tergelak besar. Betapa seronoknya dia ketawakan aku! Sabar ajelah Minah oii…. nak buat macam mana? Lelaki handsome, ego, berlagak dan sombong nak berubah jadi badut tengah-tengah malam ni.
Aku terus merebahkan badan dan mengiring memandang ke kiri. Malas aku nak layan badut tu! Ukail pun turut sama naik ke atas katil dengan tawa yang bersisa. Entah apa yang lucu sangat sampai nak beria-ia ketawa.
Aku menjauhkan diri apabila lengannya tersentuh belakang badan aku. Aku dah mengiring, dah bagi ruang yang seluasnya pun masih nak juga main ‘sentuh-sentuh’. Dasar lelaki, suka ambil kesempatan!
- XOXO buat peminat AKUKAH JUWITA? -
Nantikan entri seterusnya.......
Published on February 08, 2014 23:37
ALHAMDULLILAH....Sudah diterbitkan pada September 2013......

ALHAMDULLILAH....Sudah diterbitkan pada September 2013....Novel ketigaku, MISS XL.
Allah sajalah yang tahu betapa rasa bersyukurnya diri ini bila melihat karya-karya kita diterbitkan dan mendapat perhatian daripada pembaca yang selama ini setia menyokong. Terima kasih Allah, terima kasih semua. Pembaca khasnya. Tanpa anda siapalah saya ---> ayat klise....muehehehe.
Published on February 08, 2014 23:07
July 5, 2013
MISS XL

BAB 5
J
ika dulu Aime seorang yang bersemangat untuk ke tempat kerja, sekarang tidak lagi. Kalau boleh setiap kali dia bangun pagi, dia mahu tidur semula. Tak mahu masuk ke pejabat!
Sekarang semua orang sudah tak berani nak berbual mesra sangat dengannya. Semua orang kata, dia girlfriendAzki mana boleh nak dekat-dekat selalu nanti Azki marah dan naik angin. Ah, itu satu lagi masalah. Tak tahu macam mana dia nak membetulkan masalah yang dia ciptakan itu. Sampai sekarang, Azki marahkannya. Sudah hampir dua minggu Azki memulaukan dirinya. Azki memang buat dia macam tak wujud saja. Kalau bersuara pun asyik nak menengking. Entah apa yang lelaki itu marahkan sangat pun, dia tak tahu. Besar sangat ke kesalahan dia pada lelaki itu? Yang pelik tu, kalau tak sukakan dirinya untuk apa lelaki itu harus mengekalkan dia sebagai setiausaha. Transfer sajalah, tak pun pecat saja. Kerja sajalah sendiri. Macam yang lelaki itu kata; aku belum cacat, boleh buat sendiri kerja-kerja aku!
Kini setiap hari dia masuk ke pejabat tapi tak ada satu pun tugas yang Azki berikan padanya. Lelaki itu hanya duduk di dalam bilik, buat kerja sendirian. Sedangkan dia terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Tak kan asyik nak main game di komputer? Timbul juga rasa bosan kalau mengadap benda yang sama. Sudahnya dia membeli bermacam-macam buku tentang bidang pemasaran. Maklumlah, dia kan setiausaha kepada pengurus pemasaran dan punya banyak waktu yang terluang. Adalah masa dia membaca buku dan membuat kajian tentang bidang itu.
Sesekali dia mengerling pada Azki melalui dinding kaca. Kelihatannya lelaki itu sedang sibuk menguruskan sesuatu. Dia tak pasti apa, tapi tentu berkaitan dengan kertas kerja untuk pelanggan. Dia dapat melihat keseriusan lelaki itu ketika ini. Azki sudah tak hairan dengan keadaan sekeliling. Hanya sesekali saja lelaki itu melakukan regangan otot dengan melentokkan kepala ke bahu kiri dan kanannya. Menguakkan tangannya ke belakang dan berdiri seketika sebelum duduk semula. Tulah, sombong sangat! Tak nak minta bantuan aku, kalau tak tentu kau tak penat macam tu. Tentu saja dia akan membantu lelaki itu dengan sukarela. Dia kembali mengadap buku yang ada di hadapannya itu. Sesekali dia mewarnakan isi-isi penting dan cuba memahamkan mengikut fahamannya sendiri.
Pintu bilik tertutup kuat, mengejutkannya. Dilihatnya Azki terus saja melangkah pergi tanpa pamitan. Jangan kata pamitan, nak pandang pun tidak sekali. Tentu lelaki itu mahu pulang, tak pun jumpa kekasih. Ah...macam manalah rupa awek dia ek? Mesti cun! Tentu kurus dan cantik macam model. Tak mungkinlah lelaki itu nak berkasih dengan perempuan yang buruk rupa dan gemuk macam dirinya. Tentu buat malu saja.
Serentak itu dia terdengar bunyi telefon yang berdering namun tak jadi dia hendak mengangkat gagang telefon apabila bunyi deringan sayup-sayup kedengaran. Buat dia yakin yang deringan itu bukan dari tempatnya. Lalu dia membuka pintu bilik Azki dan ternyata deringan telefon itu memang datang dari bilik itu. Lantas dia mendekati meja Azki tetapi tidak jadi juga mengangkat telefon pejabat apabila terpandang telefon bimbit di atas meja bernyala dan bergerak-gerak. Dia pasti telefon itu milik Azki. Tertinggallah tu! Cuai betul!
“Hello?” Dia menjawab panggilan itu, bimbang kalau terlepas panggilan yang penting buat Azki. Nanti kena marah pula sebab kerja tak pakai otak. Tak boleh buat kerja semudah itu.
“Siapa tu? Ini telefon Azki, kan?” Suara milik seorang perempuan kedengaran di hujung talian.
“Ya, ini telefon dia. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Dia ada tak? Anyway you are...”
“Err, saya Aime. Saya secretarydia, encik Azki dah balik. Ada yang boleh saya bantu?”
“Oh, thank god! Boleh tolong?”
“Tolong apa ya?”
“Hantarkan telefon dia yang tertinggal ke rumah. Dia memang selalu macam tu, asyik tinggal barang aje. Boleh, kan? Lagipun senanglah kalau dia nak jawab panggilan yang penting nanti.”
“Oh..boleh. Tak ada masalah.” Memang dia tiada masalah untuk lakukan itu semua memandangkan dia memang patut berbuat demikian. Susahlah kalau nanti ada panggilan penting buat Azki kalau telefon itu tidak dihantar.
“KENAPA lambat hari ni? Selalu balik awal?” Soalan itu tak mampu Aime jawab. Sebaliknya terus saja merebahkan badan di atas sofa.
“So…how’s your day today, Miss Secretary?” Sekali lagi Farid menyoal.
“Tired!” Jawab Aime pendek. Dipandang saja pada Farid yang ketawa. Memang ayahnya itu seorang yang mudah ketawa. Kadang-kadang tak lucu pun boleh ketawa.
“Tak kan hari ni bos baru bagi kerja pulak? Kan biasanya Aime goyang kaki aje?”
“Memang tak ada kerja tapi penat sebab cari alamat rumah. Ayah tahu kan orang ni baru aje balik duduk JB ni, manalah tahu jalan-jalan kat sini. Yang orang tahu jalan pergi dan balik dari rumah ke office je.” Aime melepaskan keluhan sambil pandang saja pada ayahnya yang tersengih. Dia memang letih sebab cari alamat rumah Azki semata-mata nak pulangkan telefon yang tertinggal.
“Hai, secretarynak apa tu dengan bos sampai cari ke rumah?” Tiba-tiba Fads menyoal. Adik lelakinya itu baru menjengahnya di ruang tamu ini dengan tersengih-sengih.
“Secretarygemuk macam tulah....kalau cun dan kurus, bos yang datang ke rumah cari kita!”
“Hai, orang gurau pun nak terasa. Emo pulak hari ni....” Sela Fads sambil duduk di hadapannya. Aime mengeluh. Bukan sengaja nak emo, tapi kecewa. Kecewa sebab dapat bos yang tak peduli dan kasar. Kenapalah sampai sekarang Azki marah dan bencikannya. Dia dapat merasakan yang lelaki itu bencikan dirinya kerana dia gemuk. Ahh.... Keluhan dilepaskan. Kalau dia tahu, tak dinaikkan gaji dan diserapkan di bahagian pemasaran pun tak apa. Dia lagi seronok dengan kerjanya di bahagian Finance sebelum ini.
“Should i quit?” Akhirnya Aime menyoal perlahan.
“No!” Serentak Farid dan Fads menjawab. Dipandang wajah kedua-dua lelaki yang berada di hadapannya itu.
“Tapi orang rasa bos orang tu tak suka dan benci dengan orang. Maybe coz I'm fat!” Balas Aime lemah. Memang dia dah lemah nak kerja dengan lelaki bernama Azki itu. Dia tak tahu apa lagi nak buat supaya Azki tak marahkannya lagi.
“Jangan putus asa dan berapa kali ayah pesan, jangan pandang rendah pada diri sendiri. Gemuk bukan satu masalah, gemuk hanya ukuran saiz bukan ukuran hati. Yang penting hati kena baik. Kalau rasa bos tak suka tak apa. Aime buat kerja dengan baik dan penuh rasa tanggungjawab. Satu hari nanti mesti dia suka.” Pujukan Farid buat Aime bertambah gundah. Macam mana nak buat kerja dengan baik kalau satu kerja pun tidak diberi. Apa lagi kalau dia nak buat Azki suka padanya. Memang tak mungkinlah!
“Orang ada idea supaya bos tak benci.” Aime pandang Fads yang nampak begitu bersungguh-sungguh. Entah apa ideanya tu!
“Kata orang…. benci boleh jadi suka kalau kita pikat hati dia.” Spontan Aime mencebik. Merepek betul si Fads ni! Nak pikat macam mana? Belum pikat pun, Azki tak sudi nak memandang. Nanti kalau dia pikat, mau lelaki itu yang lari. Ayahnya sudah ketawa panjang. Mesti ketawakan dirinya.
“Lawaknya.” Ujar Aime sambil menjeling geram.
“Betullah orang cakap ni. Tawan hati barulah dia tak marah-marah lagi.” Kata Fads bersungguh-sungguh.
“Ingat pikat-memikat dan tawan hati orang ni senang ke? Kalau senang, dah lama awak tu dapat abang iparlah. Lagipun tak kan nak tergedik-gedik kat dia. Pleaselah…walaupun orang ni gemuk but i'm not that desperate!”
“Sapa suruh tergedik-gedik? Kalau perempuan gemuk tergedik-gedik kat orang pun, orang geli. Memang larilah jawabnya, betul tak ayah?”
“Kurang asam!” Serentak itu Aime membaling bantal kecil pada Fads yang sedang ketawa. Ayahnya apa lagi, sambung lagi ketawa.
“Hello….buatlah cara terhormat. Layanlah dia dengan lembut tak kiralah dia sedang marah pun. Pastu, setiap pagi sediakan minuman yang sedap-sedap. Lepas ni gi belajar dengan ibu macam mana nak buat air. Buat air selalu fail!” Cadangan Fads itu disambut dengan hilai tawa Farid yang makin menjadi-jadi. Ah...ayah, entah apa-apa!
“Ayah ni asyik ketawa je. Tak kelakarlah!” Rengek Aime sambil buat muka.
“Then, bagi suprised present. Mana tau nanti dia ok?” Akhirnya Aime diam. Cadangan Fads itu rasanya macam tak menjadi tapi sekurang-kurangnya boleh dicuba. Agak-agak berjaya ke? Kalau dia seorang yang cantik dan kurus, adakah dia akan melalui semua ini?
“XL?” Soal Azki tak percaya.
“Kau tak tahu ke budak-budak kat office gelar girlfriendkau macam tu? Dia orang kata, XL kira dah cukup besar walaupun saiz sebenar dia mungkin lagi besar.” Ayat Shahril yang disusuli dengan tawa kecil mula menyakitkan hati Azki.
“Tak tahu pulak dalam diam kau bercinta!” Sekali lagi Shahril mengusiknya.
“Kau jangan nak buat aku bengang! Kau ingat, aku dah gila ke apa? Dah tak ada perempuan lain nak dijadikan girlfriend?” Shahril ketawa dan bukannya lelaki itu tidak tahu cerita sebenar. Azki sudah pun bercerita apa yang berlaku pada dirinya sejak mereka berjumpa tadi.
“Best apa ada secretary. Ada orang layan, tolong buat kerja, buat air kalau haus.”
“Best? Secretary orang lain saiz XS, aku punya secretary...XL! Baik tak ada dari ada!”
“Orait lah tu, lain dari yang lain. Lagipun bagus juga macam tu tak adalah kau hilang tumpuan masa bekerja. Kalau secretary kau cun sangat pun susah. Aku takut kau pendek umur, hari-hari jantung bekerja keras.”
“Ya...memang tak hilang tumpuan tapi masuk aje office terus hilang mood!” Memang itulah yang dirasakan sekarang. Lebih baik tak ada sesiapa di depan biliknya dari ada tapi menyakitkan mata.
“Tapi aku dengarlah orang cakap, orang gemuk ni berjiwa penyayang. Prihatin dan ambil berat. Kau tak payah susah-susah jaga dia, dia yang akan jaga kau. Tak untung tu?”
“Banyaklah kau punya untung! Aku tak perlukan orang jaga aku. Aku tengok dia jalan aje, aku yang rasa semput. Jangan satu hari nanti dia betul-betul putus nafas sudah! Aku nak tolong macam mana? Nak angkat pun tak kuat, silap-silap dia lagi kuat nak angkat aku.”
“Tapi si XL tu sweetlah. Aku suka juga berbual dengan dia sebab dia ni ada satu karakter yang perempuan lain tak ada.” Dia pandang Shahril dengan rasa tak percaya. Apa kena dengan Shahril ni? Suka dengan anak gajah tu ke?
“Dia jenis yang tak maintain cun macam perempuan lain. Senang kata tak plastiklah. Pastu kalau kau perasan, suara dia sedap. Agaknya kalau menyanyi mesti merdu. Nanti kalau kau boring-boring boleh suruh dia nyanyi.” Sambung Shahril.
“Banyaklah! Entah-entah bila nyanyi, siling office terus runtuh.”
“Ni aku nak ingatkan. Jangan benci-benci sangat nanti jadi suka.” Ayat Shahril itu buat dia ingin ketawa. Suka? Tak mungkin! Tengok pun tak berselera, mana kan datang sukanya?
“Eh..aku bukan macam kau. Dari XS sampai ke XL kau nak test. Aku bukan senang-senang nak sukakan orang macam tu aje. Macamlah kau tak kenal aku.” Balas Azki dengan bersungguh-sungguh. Tak rela dan minta dijauhkan untuk jadi suka pada anak gajah yang Shahril panggil miss XL itu.
“Hello...aku ingatkan kau aje. Cintakan buta, mana kenal usia dan saiz badan. Memang kau tak senang-senang nak suka orang tapi takut nanti kau tersuka pulak kat yang XL. Orang yang memilih dan cerewet ni biasanya dapat yang lain dari yang lain!” Azki terdiam pada ayat terakhir Shahril itu. Hatinya jadi tak sedap. Jadi tak enak! Macam mana kalau ayat Shahril itu bakal jadi kenyataan. Tak kan aku akan suka anak gajah tu? Tak ada yang menarik pun! Ada! Tiba-tiba hatinya menjerit begitu. Anak gajah, bersuara lembut dan lunak. Memang boleh buat orang melayan perasaan tapi kena tutup matalah. Kalau tak buat macam tu, memang hilang mood.
“Alamak, bos call. Kejap.” Ujar Shahril sebaik telefon berdering.
“Ya, puan Arsyida? Pesanan untuk Azki? Ya, dia ada dengan saya.” Serentak itu Azki menendang kaki Shahril. Geram apabila Shahril kata begitu. Ah...apa hal pulak ni? Ingat bila tertinggal telefon di pejabat, tiada yang mengganggu.
“Puan Arsyida bagi tau suruh kau datang rumah ambil phone kau kat sana. Dan jangan lupa pulangkan phone Emili. Eh, kau tak bilang pun budak tu dah balik?” Beritahu Shahril sebaik menamatkan perbualan dengan Arsyida.
Phone aku? Siapa yang hantar ke sana? Azki mengeluh perlahan, terbayang pada anak gajah.
“Tengok, kan betul aku kata si XL tu prihatin! Sampai dihantar phonekau tu ke sana. Untung ada girlfriendyang memahami.” Sakat Shahril sambil tersengih-sengih.
“Otak kau! Ah...menyibuk betullah anak gajah tu!” Getusnya geram. Dahlah dia tak suka nak menjejakkan kaki ke rumah Arsyida.
“Tak baik panggil macam tu, tak sopan.”
“Oh..yang kau orang panggil dia XL tu sopan sangatlah ya?” Tempelaknya pula. Shahril tersengih kemudian ketawa.
“Eh, seriously. Kalau XL tu tak gemuk, kau akan suka pada dia tak?” Soal Shahril. Azki menggeleng. Atas dasar apa yang membolehkan dia suka pada perempuan itu.
“Dia gemuk ke, kurus ke, kenapa aku nak kena suka?”
“Aku tanya aje tapi aku jamin, kalau XL tu kurus, ramai lelaki suka padanya. Termasuk, kau!”
“Aku atau kau?” Azki menyoal sambil tersenyum sinis. Macamlah dia tak kenal Shahril! Shahril angkat kening dan tersenyum panjang.
BERSAMBUNG......
Andai dia punya hati, janganlah dipandang rupa yang buruk ini.
Andai dia punya hati, janganlah dihina diri yang cela ini.
Andai dia punya hati, janganlah diabaikan hati yang mudah rapuh ini.
Andainya dia punya hati........
- XOXO -
Published on July 05, 2013 06:03
May 3, 2013
BAB 4 M ata Aimemembulat sebaik melihat lelaki yang b...

BAB 4
M
ata Aimemembulat sebaik melihat lelaki yang berjalan mengekori Arsyida itu. OMG!Ahh...macam mana ni? Agak-agak kalau sembunyibawah meja ni sempat tak? Cepat-cepat Aime menunduk, cuba menyelitkan badannyadi bawah meja sepantas yang mungkin. “What are you doing?” Pertanyaan itumembuatkan Aime mendongak. Baik Arsyidamahupun lelaki itu, mereka sama-sama sedang menjengah padanya. Kantoi! Nampak jugake? Dia tersengih seketika sebelum menelan air liurnya sendiri. Hai Aime,bodohnya kau. Kau ingat, kau dapat sembunyikan badan kau yang besar gedabak tuke? “Saya...cari pen yang jatuh.” Alasan itu boleh pakai kut?Entah, dia tak tahu. Yang pasti renungan lelaki itu semakin tajam. Perlahan-lahandia bingkas dan berdiri tegak. Dia yakin, lelaki itu tentu kenal dengan dirinyaapabila lelaki itu tak berkedip merenungnya. Ah, renungan lelaki itumenakutkan. Sama seperti sebelum ni! Ketika Aime diperkenalkan kepada lelaki itu, dia sudahmerasakan yang masa depannya semakin gelap. Lelaki itu tentu tak akan melepaskannyabegitu saja. Lihat saja pada renungan tajam lelaki itu. Memang penuh bermakna!Memang dia tahu, dia tak dapat lari lagi kali ini. “Azki, be good to your secretary.”Kata-kata Arsyida itu disambut dengan senyuman Azki yang cukup sinis lagimenakutkan Aime. “Iwill!” Haaa...dengar tu! Ayat dan nada lelaki itu sudah cukup jelas menerangkanyang lelaki itu pasti akan buat sesuatu padanya. Aime gigit bibir, sudah mularasa takut. Alahai, kalaulah dapat putarkan masa. Tentu dia tak bertindak sesuka hati. “Siapa nama kau?” Soal Azki sebaik Arsyida meninggalkanmereka berdua. “Err..saya, Aime.” “Apa?”“Aime. A.I.M.E.” Aime siap mengejakan lagi namanya untuklelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu.“Ada suara, kan? Kenapa tak cakap dengan jelas? Kauingat aku boleh dengar nama kau yang pendek tu?” Aime agak terkejut bila secaratiba-tiba lelaki itu meninggikan suara. Bertambah gemuruh dia jadinya. Belumpernah dia berdepan dengan orang yang begitu garang macam itu. “Sebenarnya nama saya panjang, kalau saya beritahulagilah encik susah nak ingat. Baik saya beritahu nama yang encik nak panggil nanti.”“Banyakcakap! Ada aku mintak kau explain?” Serentak itu Aime menunduk. Terasa benar dengan bahasayang cukup kasar itu. Tak boleh ke lelaki itu berbahasa sedikit sopan danlembut padanya. Apa pun dia juga manusia, yangpunya hati dan perasaan. Mahu dihormati seadanya. Marah sangat ke lelaki nipada aku? Berkali-kali dia bertanya pada dirinya sendiri. Azki memangsengaja memberikan renungan yang tajam dan kata-kata yang cukup kasar untukperempuan itu. Jangan harap perempuan itu akan dapat menerima renungan yang menggodaatau bahasa yang lembut darinya. Apa yang diberikan mulai saat ini, adalah yangselayaknya untuk perempuan itu.“Aku tak suka orang banyak cakap.” Ujar Azki lantasterus berlalu masuk ke dalam biliknya. Sebaik melabuhkan punggung, diamemandang ke arah Aime melalui dinding kaca yang memisahkan mereka berdua. Rasajanggal bila pemandangan yang selama ini kosong tiba-tiba saja ada sebuah mejadan seorang perempuan. Gemuk pulak tu!Lama dia memerhatikan Aime, cuba mencari kelebihanyang mungkin ada. Dan lima minit telah berlalu.....dia masih tak dapat mencariapa kelebihan perempuan itu. Yang dia nampak, tubuh yang besar, yang saiznyahampir sama dengan kabinet yang ada di belakang perempuan itu. Macam anakgajah! Namun secara tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Manakan tidak, telatahperempuan itu tika ini mencuit hati. Perempuan itu tidak dapat melepaskanpunggungnya yang tersekat pada palang kerusi. “Stupid!”Getusnya sendiri seraya menekan butang interkom. Serentak itu bunyi interkom diluar dapat didengar dari biliknya.“Ya, encik?” “Kau tak pandang cerminke? Kau perasan kau tu kurus?”“Err...”“Badan kau tu besar, kenapa pakai kerusi yang kecik? Baikkau tukar sebelum kerusi tu pecah pulak!” Ujarnya sebelum menekan semula butanginterkom itu. Tanpa memandang lagi pada perempuan itu dia terus membuka laptopyang telah tersedia di atas meja. Diatak peduli kalau perempuan itu akan terasa atau tidak dengan ayat-ayatnya. Diatak perlu nak menjaga hati perempuan itu atau mana-mana perempuan yang mahumenjadi setiausahanya. Ahh...kenapa Arsyida suka sangat menyakitkan hatinya?Kenapa dihantar anak gajah tu? Dah pupus ke perempuan dalam dunia ni? Kini diamelirik ke arah meja yang kosong. Mana agaknya anak gajah tu pergi? Mungkincari kerusi! Dia kembali memandangpada skrin laptopnya. Untuk seketika dia khayal melayari laman web. Tak sedardan hirau lagi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. “Encik nak suruh saya buat apa-apa?” Pertanyaan itumengejutkan Azki. Serentak itu dia memandang pada Aime yang sudah berdiri dihadapannya. Macam mana aku tak sedar anak gajah ni masuk bilik aku? Namun diabuat muka selamba, mana boleh tunjuk reaksi terkejutnya itu. Jatuh standardlah nanti!“Tak payah. Aku belum cacat, boleh buat sendirikerja-kerja aku!” Balasnya sambil memberikan perhatiannya pada skrin laptopnyasemula. Memang dia bercadang nak memboikot perempuan itu. Biarkan perempuan itududuk tanpa buat apa-apa sampai perempuan itu bosan dan akhirnya berhenti.Macam mana kalau perempuan tu tak berhenti? Tahulah nanti dia nak buat sesuatuyang lebih kejam.“Encik, saya minta maaf kalau encik masih marahkansaya.” Ayat itu buat Azki terhenti dari memandang laman web namun tidak puladia mengalihkan pandangan. Dia masih juga memandang skrin laptop walaupunsekarang ini tumpuannya tidak ada di situ. “Maaf?” Soal Azki sambil meleretkan nadanya. “Pertama, pasal saya jadikan encik boyfriend saya hari tu. Sumpah, sayabukan ada niat nak buat macam tu tapi sebab saya.....”“Itu memang aku tak boleh terima!” Azki memotongbicara perempuan itu sambil merenung tajam sekaligus buat Aime terkebil-kebilmemandangnya. Ketika itu Azki dapat lihat sepasang mata yang cantik. Ya, diadapat lihat ketika ini yang mata Aime cantik. Bersinar! Namun dia cepatmenyedarkan dirinya sendiri. Dia berdehem sebelum meneruskan bicara.“Kau ingat aku tak ada taste ke? Suka hati aje nak panggil aku baby! Apa hal nak baby-babykan aku?” Ah! Memang dia tak boleh melupakan detik dipaut perempuan gemuk itusecara tiba-tiba. Memang terkejut habis sampai tak terkata dia jadinya waktuitu. Memang mati-mati dia ingat peremuangemuk itu perempuan gila! Tapi melihatkan perempuan gemuk itu seakan mempunyaiagenda, dia yakin perempuan itu sedang mempergunakan dirinya. Ah, takpasal-pasal sahamnya jatuh dengan mudah. Satu syarikat pasti tahu yang kinikekasihnya adalah perempuan gemuk itu. “Sukalah hati kau sekarang, ada boyfriend yang handsomekan? So, satu company dah tahulah yang aku ni boyfriendkau? Hah?” Herdiknya dengan geram dan serentak itu Aime buat muka sedih sebelummenunduk memandang lantai. Ingat dia boleh termakan lihat muka sedih macam tu?Tak mungkin!“Itu saya tak pasti...tapi sebenarnya saya tak tahupun encik ni....”“Yang aku ni Marketing Manager kat sini? Kau takperasan ke muka kawan-kawan kau yang terkejut hari tu? Oh...tentu kau ingat,kawan kau terkejut sebab tak sangka kau ada boyfriendhandsome hea? Hah?”“Manalah saya tahu....” Lirih saja Aime menjawab tapibelum cukup kuat menggugat perasaan Azki. Hatinya yang masih sakit itu belumsembuh pun.“Kau ni memang perasan! Kau tak kenal aku siapa ke?”Serentak itu perempuan itu menggeleng. Buat hatinya bertambah panas. Silap diajuga, dia jarang-jarang masuk pejabat tentu saja pekerja baru macam Aime tidakkenal dengannya.“Sekarang, apa lagi yang kau nak cakap?” Soal Azki keras.“Saya nak minta maaf juga pasal claim. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya dan ikut prosedur.Saya bukan suka-suka nak potong claimencik.” Pengakuan itu buat Azki tersentak. Patutlah sejak dari tadi dia seakan mengenali suara perempuan itu. Tiba-tibasakit hatinya semakin menjadi-jadi. Bagus kau serah diri! Tak perlu aku cariorang yang kerja tak pakai otak tu! Tak sangka, dia dipertemukan denganperempuan itu. Cukup mudah! Sebenarnya dia bukan terlupa untuk bersemuka denganorang yang memotong tuntutannya tapi tak punya kesempatan saja. Dia menutupdengan kasar laptopnya sambil bangun dan mendekati perempuan itu. Saat ditatapwajah yang semakin keruh itu, hatinya membuak-buak rasa marah. Namun dia takharus melepaskan kemarahannya begitu saja. Perlu dia balas dengan sewajarnya. Kinidilihatnya Aime mula resah dan serba salah, mungkin kerana takut denganrenungannya yang tajam. Kemudian perempuan itu menunduk saja tanpa memandangpadanya lagi. Tak sanggup agaknya mahu menatap wajahnya saat ini. “Kau tahu apa kriteria yang harus ada pada seorangsetiausaha?” Azki memulakan pertanyaan. Namun tanpa memberi peluang kepada Aimeuntuk menjawabnya, Azki laju saja meneruskan bicara.“Kriteria yang harus ada pada seorang setiausaha adalah perlumengetahui pelbagai kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab denganlebih efektif. Termasuklah kemahiran berkomunikasi yang baik supaya senangberurusan dengan orang ramai. Selain itu harus mempunyai ilmu pengetahuan yangtinggi dan setanding majikan supaya pandangan dan pendapat boleh diterima pakaidalam usaha memajukan syarikat. Dan yang paling penting.....paling PENTING, seorangsetiausaha itu perlu personaliti unggul di tempat kerja. Aku ulang sekali lagi,BERPERSONALITI UNGGUL!” Azki turut memberikan pandangan yang cukup sinis, sengajamahu menyindir fizikal yang dimiliki perempuan itu. Ketika itu Aime sudah mempamerkanwajah yang cukup sedih. Dia tahu perempuan itu sudah cukup terasa, tetapi diapeduli apa?“Dan kau tahu apa pula tanggungjawab dan tugas seorangsetiausaha?” Aime yang masih memandang hanya mengerutkan dahi. Azki sudah agak.Aime memang tak tahu apa-apa, yang perempuan itu tahu hanya potong tuntutanorang!“Setiausaha bukan setakat penerima arahanketua, menyediakan minuman setiap pagi, membersihkan pejabat dan menguruskansegala urusan pejabat. Tetapi seorang setiausahaharus berperanan sebagai penjaga ketua, pemikir, penapis, penglipur lara,pemberi serta pemulih semangat. Setiausaha juga harus kuat menyimpan rahsia apalagi kalau ia berkaitan dengan rahsia pejabat dan juga hal peribadi ketuanya.Tapi kau jangan risau, aku tak harap pun kau akan buat semua itu untuk akusebab aku tau yang kau belum tentu dapat melakukannya.” Kini sekali lagi Aimemenunduk memandang lantai kembali. Azki mendengus perlahan. Asyik pandanglantai! Entah apa yang menarik pada lantai biliknya itu, dia tak tahu.“Aku nak kau dengar baik-baik arahan aku. Kau tak perlusibuk-sibuk tentang diri aku, dalam erti kata yang lain. Jangan jadi penyibuk!Faham?!” Keras dia bersuara dan perempuan itu cepat-cepat mengangguk. “Dan sekarang ni tugas kau, cari balik resit, bil atauapa saja yang berkaitan dengan claimyang kau potong hari tu. Lepas tu aku nak kau pergi Finance dan cari balik claim aku yang kau potong tu. Pastikansemuanya dibayar semula. Settlekanhari ini jugak. Kalau tak, kau bermalam kat sini!” Serentak itu Azki kembalisemula ke mejanya dan menarik semua laci. Pandangan tajam diberikan pada Aimeyang kini tercengang melihat laci yang terbuka itu. Padan muka!
AIME mengetap bibir. Geram! Marah, benci dan kecewa. Semuanyabercampur jadi satu. Sampai hati Azki melemparkan kata-kata yang cukup berbisapadanya. Mentang-mentanglah dia tak secomel Selena Gomez, tak seseksi JenniferLopez, suka hati saja kutuk dirinya. Buruk sangat ke aku ni? Aku bukan teruksangat pun, cuma gemuk sikit aje! Kalaulah bukan kerana dia seorang yangpenyabar dah lama dia angkat kaki. Tapi tak mungkin dia beralah begitu saja.Lagipun dia baru beberapa jam bersama Azki, tak sampai pun satu hari lagi. Nantisatu syarikat ni akan gelak padanya, nak-nak Farah dan Sheera. Terpaksa jugalahdia memulakan tugasnya. Pencarian bermula! Habis semua laci diselongkar. Banyakbetul khazanah yang Azki simpan. Macam-macam ada dalam laci ni. Yang tak adacuma beruang dan harimau. Memang payah nak mencari resit atau bil dalam lacitu. Sudahnya dia bukan buat apa yang disuruh tapi terpaksa juga mengemas laciyang bersepah dengan bermacam benda. Selagi tak kemas, macam mana nak jumparesit dan bil. Baru kemas laci, letihnya macam orang panjat gunung. Dalammengemas tu sempatlah dia membelek harta karun milik Azki. Banyak juga kad danhadiah yang masih berbalut tidak dibuka. Melihatkan dari saiz kotak hadiah yangmasih berbalut, dia pasti isinya adalah pen, clip tali leher, tak pun cincin berjenama terkenal. Tapi yangpeliknya, kenapa hadiah-hadiah itu tidak dibuka? “Simpan saja dalam laci nibuat apa? Tak tahu nak menghargaipemberian orang, sombong!” Omelnya sendirian sambil menyusun semula kad danhadiah-hadiah yang bersepah. Mujur saiz laci agak besar, memang boleh sumbatsemua benda-benda itu. “Kau sedang berdoa untuk aku ke?” Aime terkedu, terkejutsebenarnya bila suara itu bergema dalam bilik itu. Agak lambat dia mendongakuntuk melihat Azki yang tiba-tiba ada di sini. Pertanyaan berbaur sindiran itubuat Aime kehilangan kata-kata untuk menjawab apatah lagi melihatkan renungan Azkiyang tajam. Mata pisau pun tak setajam renungan lelaki itu. Nasib baik diaduduk bersimpuh di lantai, kalau sedang berdiri tentu sudah terjelepuk. Taktahan dengan panahan mata yang tajam menikam sanubari itu. Secara jujurnya,lelaki itu sangat tampan. Walau tanpa senyuman. Aime segera menyelitkan rambutnya yang panjang melepasibahu bila terasa ianya mengganggu pandangan. Rambutnya semula jadi lembut,licin berkilat macam orang yang buat teknik rebondingmudah sangat jatuh dan menutup muka. Tak mahu kerana rambut, terganggupenglihatannya ketika ini. Dia mahu lihat lelaki itu dengan lebih dekat sepertiwaktu ini. Azki lelaki paling tampan yangdia pernah jumpa. Patutlah staf perempuan di sini selalu sebut nama Azki,rupanya lelaki itu memang benar-benar memikat. Sudahlah tampan, kulit putihmerah, tinggi, tubuhnya nampak tegap dan sasa. “Tolong beralih, aku nak jalan pun tak boleh. Menghalang laluan, ruangluas jadi sempit” Aduh, sadisnya! Terseksa batin Aime mendengar keluhan lelakiitu. Kalau tak suka dia menghalang laluan, tak payahlah suruh dia cari resitdan bil. Akhirnya dia bingkas dan beralih agak jauh dari ruangan yang hendakdilalui lelaki itu. Azkirasa kurang selesa bila Aime memerhatikan saja tingkahnya. Sampai nak cari failterasa macam mencuri pula. Dia membuka kabinet di belakang tempat duduknya.Fail yang dicarinya, dicapai dan sebaik dia berpaling, kelihatannya Aimecepat-cepat memandang ke arah lain. Mungkin tak mahu dia tahu yang perempuanitu sedang memerhatikan gerak-gerinya. “Jumparesit?” Sengaja Azki menyoal. “Ada.. tapi mungkin ada lagi dalam laci tu.” BalasAime sambil memandang padanya. “Kalaukau jadi aku, kau ingat aku ada masa nak selongkar cari resit macam ni? Aku adabanyak kerja lain nak buat daripada buang masa macam tu. Kalau ada yang cariaku, kata aku jumpa client.” Aimehanya diam dan pandang saja wajahnya. Entah apa yang perempuan itu lihat padawajahnya saat ini. “Kaudengar tak apa yang aku cakap ni?” Sergah Azki. Mahu menghentikan tingkahperempuan itu. “Dengar encik!” Jawab Aime dengan pantas. Tanpamenunggu lebih lama, Azki segera berlalu. Tak ada apa yang boleh membuatkan dialama-lama di situ. Aime hanya mengiringi langkah Azki dengan ekoran matanya.Betul ke nak jumpa client?Entah-entah jumpa makwe, bukan boleh percaya lelaki macam tu. Tengok pada kaddan hadiah yang bersepah tadi tu, tentu perempuan yang bagi. Dia kembalibersimpuh di lantai, mudah dan senang nak kemas laci yang bersepah. Nak berdiritentu letih, nak duduk di kerusi milik lelaki itu tentu kurang sopan. Duduksajalah di lantai ni, lagipun dia tengok lantai dalam bilik itu bersih danlicin berkilat. “Lah, duduk lagi? Bolehtak jangan halang laluan? Karangkalau tersepak, aku yang tergolek.” Serentak itu Aime mendongak, memandangsekali lagi pada Azki yang kelihatan sedikit bengang. Dengan perasaan sebal, Aimebingkas dan beralih lagi. Memberikan ruang untuk lelaki itu bergerak. Entah apayang lelaki itu hendak ambil kali ini. “Mana diari aku kat sini? Kau dah buang ke?” Soal Azkisambil menyelongkar laci pertama yang telah dikemas. Bulat mata Aime melihatlaci yang sudah kemas, bersepah semula. Dengan pantas Aime mendekati lelaki itulalu menarik diari yang elok tersusun di laci pertama itu. “Ni dia encik.” Ujar Aimesambil menghulurkan diari itu kepada Azki. Lelaki itu nampak serba salah,mungkin segan sendiri. Tulah kelam kabut sangat, benda depan mata pun taknampak! Tanpa sebarang bicara lelaki itu mengambil diari itu dengan kasar danterus berlalu. Aime hanya menggelengkan kepala, kerenah lelaki itu memangmenguji kesabaran. Walaupun dia sudah mengagak akan berdepan dengan situasiyang sukar, tapi tak sangka lelaki itu begitu membencinya. Lihat cara pandangdan ayat yang dituturkan oleh Azki, jelas menunjukkan rasa benci terhadapnya. Kaliini dia tidak duduk di lantai lagi tapi duduk di kerusi milik lelaki itu.Lantaklah kalau nak dikata kurang sopan, yang penting mudah dia nak beralihkalau lelaki itu mahu masuk semula di ruangan ini. Setelah menyelesaikan arahan Azki tadi, diaberkemas-kemas untuk pulang. Namuntelefon pejabat berdering, memaksa dia mengangkat gagang telefon.“Claim akudah siap?” Tiba-tiba dia disergah begitu.Kus…semangat! Mau terlompat dia dibuatnya.“Err…dah encik. Pembayaran akan dibuat esok.”“Kau rasa senang nak buat claim tu?” Senang! Kalau simpan dengan baik semua resit yang ada!Tak menyusahkan aku nak selongkar khazanah kau tu! Mahu saja dia berikanjawapan itu. Tapi membantu ke kalau dia jawab begitu. Tentu makin naik anginlelaki itu. “Tak encik.”“Tahu pun. Lain kali kalau buat kerja pakai otak! Kauingat aku diam sebelum ni, aku tak tahu bayaran claim aku kurang? Kau ingat aku tak check? Kau tau tak yang aku claimbalik tu sebab aku dah guna duit aku. Kalau aku guna duit kau, tak apalah. Akupun tak kisah kalau kena tolak.” Dan selepas itu makin panjang Azki membebelhinggakan dia naik letih mendengarnya. Malah ada ketikanya dia menjarakkansedikit telefon dari telinga. Aduh, tak sanggup nak dengar! Membebel satu hal, siap menjerit pula tu. Bila nak habisni? Teruknya bila lelaki membebel!
*** BILA MANUSIA MEMANDANG PADA KECANTIKAN.......
Published on May 03, 2013 23:21
BAB 4 M ata Aime membulat sebaik melihat lelaki yang...

BAB 4
M
ata Aime membulat sebaik melihat lelaki yang berjalan mengekori Arsyida itu. OMG!Ahh...macam mana ni? Agak-agak kalau sembunyi bawah meja ni sempat tak? Cepat-cepat Aime menunduk, cuba menyelitkan badannya di bawah meja sepantas yang mungkin. “What are you doing?” Pertanyaan itu membuatkan Aime mendongak. Baik Arsyida mahupun lelaki itu, mereka sama-sama sedang menjengah padanya. Kantoi! Nampak juga ke? Dia tersengih seketika sebelum menelan air liurnya sendiri. Hai Aime, bodohnya kau. Kau ingat, kau dapat sembunyikan badan kau yang besar gedabak tu ke? “Saya...cari pen yang jatuh.” Alasan itu boleh pakai kut? Entah, dia tak tahu. Yang pasti renungan lelaki itu semakin tajam. Perlahan-lahan dia bingkas dan berdiri tegak. Dia yakin, lelaki itu tentu kenal dengan dirinya apabila lelaki itu tak berkedip merenungnya. Ah, renungan lelaki itu menakutkan. Sama seperti sebelum ni! Ketika Aime diperkenalkan kepada lelaki itu, dia sudah merasakan yang masa depannya semakin gelap. Lelaki itu tentu tak akan melepaskannya begitu saja. Lihat saja pada renungan tajam lelaki itu. Memang penuh bermakna! Memang dia tahu, dia tak dapat lari lagi kali ini. “Azki, be good to your secretary.” Kata-kata Arsyida itu disambut dengan senyuman Azki yang cukup sinis lagi menakutkan Aime. “I will!” Haaa...dengar tu! Ayat dan nada lelaki itu sudah cukup jelas menerangkan yang lelaki itu pasti akan buat sesuatu padanya. Aime gigit bibir, sudah mula rasa takut. Alahai, kalaulah dapat putarkan masa. Tentu dia tak bertindak sesuka hati. “Siapa nama kau?” Soal Azki sebaik Arsyida meninggalkan mereka berdua. “Err..saya, Aime.” “Apa?”“Aime. A.I.M.E.” Aime siap mengejakan lagi namanya untuk lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu.“Ada suara, kan? Kenapa tak cakap dengan jelas? Kau ingat aku boleh dengar nama kau yang pendek tu?” Aime agak terkejut bila secara tiba-tiba lelaki itu meninggikan suara. Bertambah gemuruh dia jadinya. Belum pernah dia berdepan dengan orang yang begitu garang macam itu. “Sebenarnya nama saya panjang, kalau saya beritahu lagilah encik susah nak ingat. Baik saya beritahu nama yang encik nak panggil nanti.”“Banyak cakap! Ada aku mintak kau explain?” Serentak itu Aime menunduk. Terasa benar dengan bahasa yang cukup kasar itu. Tak boleh ke lelaki itu berbahasa sedikit sopan dan lembut padanya. Apa pun dia juga manusia, yang punya hati dan perasaan. Mahu dihormati seadanya. Marah sangat ke lelaki ni pada aku? Berkali-kali dia bertanya pada dirinya sendiri. Azki memang sengaja memberikan renungan yang tajam dan kata-kata yang cukup kasar untuk perempuan itu. Jangan harap perempuan itu akan dapat menerima renungan yang menggoda atau bahasa yang lembut darinya. Apa yang diberikan mulai saat ini, adalah yang selayaknya untuk perempuan itu.“Aku tak suka orang banyak cakap.” Ujar Azki lantas terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Sebaik melabuhkan punggung, dia memandang ke arah Aime melalui dinding kaca yang memisahkan mereka berdua. Rasa janggal bila pemandangan yang selama ini kosong tiba-tiba saja ada sebuah meja dan seorang perempuan. Gemuk pulak tu!Lama dia memerhatikan Aime, cuba mencari kelebihan yang mungkin ada. Dan lima minit telah berlalu.....dia masih tak dapat mencari apa kelebihan perempuan itu. Yang dia nampak, tubuh yang besar, yang saiznya hampir sama dengan kabinet yang ada di belakang perempuan itu. Macam anak gajah! Namun secara tiba-tiba dia tersenyum sendiri. Manakan tidak, telatah perempuan itu tika ini mencuit hati. Perempuan itu tidak dapat melepaskan punggungnya yang tersekat pada palang kerusi. “Stupid!” Getusnya sendiri seraya menekan butang interkom. Serentak itu bunyi interkom di luar dapat didengar dari biliknya.“Ya, encik?” “Kau tak pandang cermin ke? Kau perasan kau tu kurus?”“Err...”“Badan kau tu besar, kenapa pakai kerusi yang kecik? Baik kau tukar sebelum kerusi tu pecah pulak!” Ujarnya sebelum menekan semula butang interkom itu. Tanpa memandang lagi pada perempuan itu dia terus membuka laptop yang telah tersedia di atas meja. Dia tak peduli kalau perempuan itu akan terasa atau tidak dengan ayat-ayatnya. Dia tak perlu nak menjaga hati perempuan itu atau mana-mana perempuan yang mahu menjadi setiausahanya. Ahh...kenapa Arsyida suka sangat menyakitkan hatinya? Kenapa dihantar anak gajah tu? Dah pupus ke perempuan dalam dunia ni? Kini dia melirik ke arah meja yang kosong. Mana agaknya anak gajah tu pergi? Mungkin cari kerusi! Dia kembali memandang pada skrin laptopnya. Untuk seketika dia khayal melayari laman web. Tak sedar dan hirau lagi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. “Encik nak suruh saya buat apa-apa?” Pertanyaan itu mengejutkan Azki. Serentak itu dia memandang pada Aime yang sudah berdiri di hadapannya. Macam mana aku tak sedar anak gajah ni masuk bilik aku? Namun dia buat muka selamba, mana boleh tunjuk reaksi terkejutnya itu. Jatuh standardlah nanti!“Tak payah. Aku belum cacat, boleh buat sendiri kerja-kerja aku!” Balasnya sambil memberikan perhatiannya pada skrin laptopnya semula. Memang dia bercadang nak memboikot perempuan itu. Biarkan perempuan itu duduk tanpa buat apa-apa sampai perempuan itu bosan dan akhirnya berhenti. Macam mana kalau perempuan tu tak berhenti? Tahulah nanti dia nak buat sesuatu yang lebih kejam.“Encik, saya minta maaf kalau encik masih marahkan saya.” Ayat itu buat Azki terhenti dari memandang laman web namun tidak pula dia mengalihkan pandangan. Dia masih juga memandang skrin laptop walaupun sekarang ini tumpuannya tidak ada di situ. “Maaf?” Soal Azki sambil meleretkan nadanya. “Pertama, pasal saya jadikan encik boyfriend saya hari tu. Sumpah, saya bukan ada niat nak buat macam tu tapi sebab saya.....”“Itu memang aku tak boleh terima!” Azki memotong bicara perempuan itu sambil merenung tajam sekaligus buat Aime terkebil-kebil memandangnya. Ketika itu Azki dapat lihat sepasang mata yang cantik. Ya, dia dapat lihat ketika ini yang mata Aime cantik. Bersinar! Namun dia cepat menyedarkan dirinya sendiri. Dia berdehem sebelum meneruskan bicara.“Kau ingat aku tak ada taste ke? Suka hati aje nak panggil aku baby! Apa hal nak baby-babykan aku?” Ah! Memang dia tak boleh melupakan detik dipaut perempuan gemuk itu secara tiba-tiba. Memang terkejut habis sampai tak terkata dia jadinya waktu itu. Memang mati-mati dia ingat peremuan gemuk itu perempuan gila! Tapi melihatkan perempuan gemuk itu seakan mempunyai agenda, dia yakin perempuan itu sedang mempergunakan dirinya. Ah, tak pasal-pasal sahamnya jatuh dengan mudah. Satu syarikat pasti tahu yang kini kekasihnya adalah perempuan gemuk itu. “Sukalah hati kau sekarang, ada boyfriend yang handsomekan? So, satu company dah tahulah yang aku ni boyfriendkau? Hah?” Herdiknya dengan geram dan serentak itu Aime buat muka sedih sebelum menunduk memandang lantai. Ingat dia boleh termakan lihat muka sedih macam tu? Tak mungkin!“Itu saya tak pasti...tapi sebenarnya saya tak tahu pun encik ni....”“Yang aku ni Marketing Manager kat sini? Kau tak perasan ke muka kawan-kawan kau yang terkejut hari tu? Oh...tentu kau ingat, kawan kau terkejut sebab tak sangka kau ada boyfriend handsome hea? Hah?”“Manalah saya tahu....” Lirih saja Aime menjawab tapi belum cukup kuat menggugat perasaan Azki. Hatinya yang masih sakit itu belum sembuh pun.“Kau ni memang perasan! Kau tak kenal aku siapa ke?” Serentak itu perempuan itu menggeleng. Buat hatinya bertambah panas. Silap dia juga, dia jarang-jarang masuk pejabat tentu saja pekerja baru macam Aime tidak kenal dengannya.“Sekarang, apa lagi yang kau nak cakap?” Soal Azki keras.“Saya nak minta maaf juga pasal claim. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya dan ikut prosedur. Saya bukan suka-suka nak potong claimencik.” Pengakuan itu buat Azki tersentak. Patutlah sejak dari tadi dia seakan mengenali suara perempuan itu. Tiba-tiba sakit hatinya semakin menjadi-jadi. Bagus kau serah diri! Tak perlu aku cari orang yang kerja tak pakai otak tu! Tak sangka, dia dipertemukan dengan perempuan itu. Cukup mudah! Sebenarnya dia bukan terlupa untuk bersemuka dengan orang yang memotong tuntutannya tapi tak punya kesempatan saja. Dia menutup dengan kasar laptopnya sambil bangun dan mendekati perempuan itu. Saat ditatap wajah yang semakin keruh itu, hatinya membuak-buak rasa marah. Namun dia tak harus melepaskan kemarahannya begitu saja. Perlu dia balas dengan sewajarnya. Kini dilihatnya Aime mula resah dan serba salah, mungkin kerana takut dengan renungannya yang tajam. Kemudian perempuan itu menunduk saja tanpa memandang padanya lagi. Tak sanggup agaknya mahu menatap wajahnya saat ini. “Kau tahu apa kriteria yang harus ada pada seorang setiausaha?” Azki memulakan pertanyaan. Namun tanpa memberi peluang kepada Aime untuk menjawabnya, Azki laju saja meneruskan bicara.“Kriteria yang harus ada pada seorang setiausaha adalah perlu mengetahui pelbagai kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efektif. Termasuklah kemahiran berkomunikasi yang baik supaya senang berurusan dengan orang ramai. Selain itu harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan setanding majikan supaya pandangan dan pendapat boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat. Dan yang paling penting.....paling PENTING, seorang setiausaha itu perlu personaliti unggul di tempat kerja. Aku ulang sekali lagi, BERPERSONALITI UNGGUL!” Azki turut memberikan pandangan yang cukup sinis, sengaja mahu menyindir fizikal yang dimiliki perempuan itu. Ketika itu Aime sudah mempamerkan wajah yang cukup sedih. Dia tahu perempuan itu sudah cukup terasa, tetapi dia peduli apa?“Dan kau tahu apa pula tanggungjawab dan tugas seorang setiausaha?” Aime yang masih memandang hanya mengerutkan dahi. Azki sudah agak. Aime memang tak tahu apa-apa, yang perempuan itu tahu hanya potong tuntutan orang!“Setiausaha bukan setakat penerima arahan ketua, menyediakan minuman setiap pagi, membersihkan pejabat dan menguruskan segala urusan pejabat. Tetapi seorang setiausaha harus berperanan sebagai penjaga ketua, pemikir, penapis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat. Setiausaha juga harus kuat menyimpan rahsia apa lagi kalau ia berkaitan dengan rahsia pejabat dan juga hal peribadi ketuanya. Tapi kau jangan risau, aku tak harap pun kau akan buat semua itu untuk aku sebab aku tau yang kau belum tentu dapat melakukannya.” Kini sekali lagi Aime menunduk memandang lantai kembali. Azki mendengus perlahan. Asyik pandang lantai! Entah apa yang menarik pada lantai biliknya itu, dia tak tahu.“Aku nak kau dengar baik-baik arahan aku. Kau tak perlu sibuk-sibuk tentang diri aku, dalam erti kata yang lain. Jangan jadi penyibuk! Faham?!” Keras dia bersuara dan perempuan itu cepat-cepat mengangguk. “Dan sekarang ni tugas kau, cari balik resit, bil atau apa saja yang berkaitan dengan claimyang kau potong hari tu. Lepas tu aku nak kau pergi Finance dan cari balik claim aku yang kau potong tu. Pastikan semuanya dibayar semula. Settlekan hari ini jugak. Kalau tak, kau bermalam kat sini!” Serentak itu Azki kembali semula ke mejanya dan menarik semua laci. Pandangan tajam diberikan pada Aime yang kini tercengang melihat laci yang terbuka itu. Padan muka!
AIME mengetap bibir. Geram! Marah, benci dan kecewa. Semuanya bercampur jadi satu. Sampai hati Azki melemparkan kata-kata yang cukup berbisa padanya. Mentang-mentanglah dia tak secomel Selena Gomez, tak seseksi Jennifer Lopez, suka hati saja kutuk dirinya. Buruk sangat ke aku ni? Aku bukan teruk sangat pun, cuma gemuk sikit aje! Kalaulah bukan kerana dia seorang yang penyabar dah lama dia angkat kaki. Tapi tak mungkin dia beralah begitu saja. Lagipun dia baru beberapa jam bersama Azki, tak sampai pun satu hari lagi. Nanti satu syarikat ni akan gelak padanya, nak-nak Farah dan Sheera. Terpaksa jugalah dia memulakan tugasnya. Pencarian bermula! Habis semua laci diselongkar. Banyak betul khazanah yang Azki simpan. Macam-macam ada dalam laci ni. Yang tak ada cuma beruang dan harimau. Memang payah nak mencari resit atau bil dalam laci tu. Sudahnya dia bukan buat apa yang disuruh tapi terpaksa juga mengemas laci yang bersepah dengan bermacam benda. Selagi tak kemas, macam mana nak jumpa resit dan bil. Baru kemas laci, letihnya macam orang panjat gunung. Dalam mengemas tu sempatlah dia membelek harta karun milik Azki. Banyak juga kad dan hadiah yang masih berbalut tidak dibuka. Melihatkan dari saiz kotak hadiah yang masih berbalut, dia pasti isinya adalah pen, clip tali leher, tak pun cincin berjenama terkenal. Tapi yang peliknya, kenapa hadiah-hadiah itu tidak dibuka? “Simpan saja dalam laci ni buat apa? Tak tahu nak menghargai pemberian orang, sombong!” Omelnya sendirian sambil menyusun semula kad dan hadiah-hadiah yang bersepah. Mujur saiz laci agak besar, memang boleh sumbat semua benda-benda itu. “Kau sedang berdoa untuk aku ke?” Aime terkedu, terkejut sebenarnya bila suara itu bergema dalam bilik itu. Agak lambat dia mendongak untuk melihat Azki yang tiba-tiba ada di sini. Pertanyaan berbaur sindiran itu buat Aime kehilangan kata-kata untuk menjawab apatah lagi melihatkan renungan Azki yang tajam. Mata pisau pun tak setajam renungan lelaki itu. Nasib baik dia duduk bersimpuh di lantai, kalau sedang berdiri tentu sudah terjelepuk. Tak tahan dengan panahan mata yang tajam menikam sanubari itu. Secara jujurnya, lelaki itu sangat tampan. Walau tanpa senyuman. Aime segera menyelitkan rambutnya yang panjang melepasi bahu bila terasa ianya mengganggu pandangan. Rambutnya semula jadi lembut, licin berkilat macam orang yang buat teknik rebondingmudah sangat jatuh dan menutup muka. Tak mahu kerana rambut, terganggu penglihatannya ketika ini. Dia mahu lihat lelaki itu dengan lebih dekat seperti waktu ini. Azki lelaki paling tampan yang dia pernah jumpa. Patutlah staf perempuan di sini selalu sebut nama Azki, rupanya lelaki itu memang benar-benar memikat. Sudahlah tampan, kulit putih merah, tinggi, tubuhnya nampak tegap dan sasa. “Tolong beralih, aku nak jalan pun tak boleh. Menghalang laluan, ruang luas jadi sempit” Aduh, sadisnya! Terseksa batin Aime mendengar keluhan lelaki itu. Kalau tak suka dia menghalang laluan, tak payahlah suruh dia cari resit dan bil. Akhirnya dia bingkas dan beralih agak jauh dari ruangan yang hendak dilalui lelaki itu. Azki rasa kurang selesa bila Aime memerhatikan saja tingkahnya. Sampai nak cari fail terasa macam mencuri pula. Dia membuka kabinet di belakang tempat duduknya. Fail yang dicarinya, dicapai dan sebaik dia berpaling, kelihatannya Aime cepat-cepat memandang ke arah lain. Mungkin tak mahu dia tahu yang perempuan itu sedang memerhatikan gerak-gerinya. “Jumpa resit?” Sengaja Azki menyoal. “Ada.. tapi mungkin ada lagi dalam laci tu.” Balas Aime sambil memandang padanya. “Kalau kau jadi aku, kau ingat aku ada masa nak selongkar cari resit macam ni? Aku ada banyak kerja lain nak buat daripada buang masa macam tu. Kalau ada yang cari aku, kata aku jumpa client.” Aime hanya diam dan pandang saja wajahnya. Entah apa yang perempuan itu lihat pada wajahnya saat ini. “Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Sergah Azki. Mahu menghentikan tingkah perempuan itu. “Dengar encik!” Jawab Aime dengan pantas. Tanpa menunggu lebih lama, Azki segera berlalu. Tak ada apa yang boleh membuatkan dia lama-lama di situ. Aime hanya mengiringi langkah Azki dengan ekoran matanya. Betul ke nak jumpa client? Entah-entah jumpa makwe, bukan boleh percaya lelaki macam tu. Tengok pada kad dan hadiah yang bersepah tadi tu, tentu perempuan yang bagi. Dia kembali bersimpuh di lantai, mudah dan senang nak kemas laci yang bersepah. Nak berdiri tentu letih, nak duduk di kerusi milik lelaki itu tentu kurang sopan. Duduk sajalah di lantai ni, lagipun dia tengok lantai dalam bilik itu bersih dan licin berkilat. “Lah, duduk lagi? Boleh tak jangan halang laluan? Karang kalau tersepak, aku yang tergolek.” Serentak itu Aime mendongak, memandang sekali lagi pada Azki yang kelihatan sedikit bengang. Dengan perasaan sebal, Aime bingkas dan beralih lagi. Memberikan ruang untuk lelaki itu bergerak. Entah apa yang lelaki itu hendak ambil kali ini. “Mana diari aku kat sini? Kau dah buang ke?” Soal Azki sambil menyelongkar laci pertama yang telah dikemas. Bulat mata Aime melihat laci yang sudah kemas, bersepah semula. Dengan pantas Aime mendekati lelaki itu lalu menarik diari yang elok tersusun di laci pertama itu. “Ni dia encik.” Ujar Aime sambil menghulurkan diari itu kepada Azki. Lelaki itu nampak serba salah, mungkin segan sendiri. Tulah kelam kabut sangat, benda depan mata pun tak nampak! Tanpa sebarang bicara lelaki itu mengambil diari itu dengan kasar dan terus berlalu. Aime hanya menggelengkan kepala, kerenah lelaki itu memang menguji kesabaran. Walaupun dia sudah mengagak akan berdepan dengan situasi yang sukar, tapi tak sangka lelaki itu begitu membencinya. Lihat cara pandang dan ayat yang dituturkan oleh Azki, jelas menunjukkan rasa benci terhadapnya. Kali ini dia tidak duduk di lantai lagi tapi duduk di kerusi milik lelaki itu. Lantaklah kalau nak dikata kurang sopan, yang penting mudah dia nak beralih kalau lelaki itu mahu masuk semula di ruangan ini. Setelah menyelesaikan arahan Azki tadi, dia berkemas-kemas untuk pulang. Namun telefon pejabat berdering, memaksa dia mengangkat gagang telefon.“Claim aku dah siap?” Tiba-tiba dia disergah begitu. Kus…semangat! Mau terlompat dia dibuatnya.“Err…dah encik. Pembayaran akan dibuat esok.”“Kau rasa senang nak buat claim tu?” Senang! Kalau simpan dengan baik semua resit yang ada! Tak menyusahkan aku nak selongkar khazanah kau tu! Mahu saja dia berikan jawapan itu. Tapi membantu ke kalau dia jawab begitu. Tentu makin naik angin lelaki itu. “Tak encik.”“Tahu pun. Lain kali kalau buat kerja pakai otak! Kau ingat aku diam sebelum ni, aku tak tahu bayaran claim aku kurang? Kau ingat aku tak check? Kau tau tak yang aku claimbalik tu sebab aku dah guna duit aku. Kalau aku guna duit kau, tak apalah. Aku pun tak kisah kalau kena tolak.” Dan selepas itu makin panjang Azki membebel hinggakan dia naik letih mendengarnya. Malah ada ketikanya dia menjarakkan sedikit telefon dari telinga. Aduh, tak sanggup nak dengar! Membebel satu hal, siap menjerit pula tu. Bila nak habis ni? Teruknya bila lelaki membebel!
*** BILA MANUSIA MEMANDANG PADA KECANTIKAN.......
Published on May 03, 2013 23:21
January 29, 2013
BAB 3 A zkimempercepatkan langkah. Ikutkanhati dia ...

BAB 3
A
zkimempercepatkan langkah. Ikutkanhati dia masih mahu menyambung sehari dua bermalas di rumah. Tak mahu jejak kepejabat pada waktu ini. Namun berita yang Shahril sampaikan malam tadi, benar-benarbuat dia terbakar. Dia tahu ini angkara Arsyida. Siapa lagi kalau bukanperempuan kejam itu? Ketikadia menolak pintu utama pejabat, dia terpandang seorang perempuan yang gemuksedang berjalan melintasi ruang reception.Ia membuatkan dia teringat sesuatu namun kerana malas untuk berfikir, diateruskan saja langkahnya menuju ke bilik Arsyida tanpa meminta kebenaranMaisara, setiausaha Arsyida.
“What are you trying to do?” Soal Azkidengan keras. Arsyida yang sedang berdiri mengadap keluar tingkap tidak segeramenoleh padanya.
“Is that true what Shahril told me?”Arsyida menoleh dan tersenyum megah. Azki bencikan senyuman itu.
“Yes.” Jawab Arsyida pendek sebelum dudukdi kerusi.
“What is your game Puan Arsyida?”
“Is it a problem when company gives you a secretary?”
“Secretary?” Ulang Azki sambil tersenyum sinis. Secretary atau spy?
“I don't need a secretary!” Sambung Azkidengan tegas.
“Yes, you do.”
“For what? Jadi spy? Supaya boleh tahu apa saja yang aku buat?”
“Cuba pandang dari sudut positif. You’re too busy and always forget to attend a meeting. So, dengan adanya secretary....tiada lagi alasan TER....lupa kerana TER...lalu sibukmenguruskan kerja sendirian.”
“Thanks a lot!” Sengaja Azki mengucapkanayat itu untuk memerli Arsyida. Dia memutuskan untuk beredar setelah mendengaralasan Arsyida. Dia sengaja datang semata-mata untuk mendengarkan alasan bodohitu. Dia tahu, Arsyida memang bijak menyediakan jawapan setiap kali merekaberdua bersoal jawab. Bunyi alasan Arsyida begitu logik tapi dia tidak bodohmenerima alasan itu bulat-bulat. Lagipun tak semudah itu Arsyida menyediakansesuatu untuknya kalau tidak ada sebab lain. Dia tahu, Arsyida pastimerencanakan sesuatu. Bukan Arsyida tidak tahu yang dia memang tak suka adaorang lain yang sibuk-sibuk menguruskan dirinya di pejabat. Dia senang bekerjasendiri.
“Azki, make sure you treat her well. She's a goodgirl.” Pesanan itu buat hatinya semakin sakit. Tanpa memandang ke arahArsyida, dia membalas dengan sinis.
“Of course! I will.” Kemudian dia menghempaspintu dengan kasar. Sengaja mahu tunjuk kemarahannya. Tetapi apa yang pasti,dia akan memberi layanan terbaik buat setiausahanya nanti. Tunggu sajalah!Tekadnya sudah begitu membulat. Dia akan pastikan setiausahanya pasti bertuahdapat seorang ketua sepertinya, yang penyayang lagi bertimbang rasa. Tentusetiausahanya itu nanti akan terkenang dirinya sepanjang hayat. Esok, dia akandatang ke pejabat dan mahu lihat sendiri bagaimana rupa setiausahanya. Kalaucantik sangat mengalahkan ratu dunia, dia akan pertimbangkan semula agendanya.Dia terus saja menolak pintu utama tanpa mengendahkan sapaan gadis penyambuttetamu yang baru muncul di hadapannya itu. Bukan tak suka nak layan tapi memang tak boleh layan perempuan gedik macamtu. Baginya, perempuan kalau dilayan lebih-lebih akan mengada-ngada. Naikkepala! Nak-nak perempuan mata duitan. Pantang lihat lelaki berduit, asyik nak mengendengsaja. Lebih-lebih lagi kalau punya parasrupa dan penampilan. Dia rimas! Agaknya kalau dia seorang yang tak berkedudukan,rupa pun biasa-biasa tentu perempuan liat nak dekat. Apatah lagi kalau dia takberkereta mewah. Tentu bukan saja tak nak dekat tapi pandang pun tak sudi.Perempuan zaman sekarang, semuanya materialistik! Kebendaan!
ARSYIDA mengeluh perlahan, begitulah Azki. Selalu masuk ke biliknya dengankasar dan biadap. Rasa hormat Azki padanya sudah tidak ada. Mujur saja diaberkuasa, jika tidak tentu Azki tidak akan mempedulikannya. Walau apa pun, diatetap sayangkan Azki. Bukan ke mudah kalau Azki seperti abangnya, Ishan? Takperlu dia buat perkara-perkara yang menyukarkan. Tapi dia tahu, Azki akan akurjuga kerana lelaki itu bergantung hidup padanya. Dia pasti, kalau bukan keranabayaran yang lumayan tak mungkin lelaki itu akan terus bekerja dengannya. Pastisudah lama Azki angkat kaki. Tapi siapa lagi yang sanggup menggaji Azki denganbayaran yang cukup tinggi? Segala keperluan dipenuhi jika Azki terus berada disyarikatnya. Tapi itulah silapnya, sepatutnya bukan hanya meletakkan syaratuntuk bekerja saja tetapi prestasi kerja dari segi kedatangan dan kerjasamaantara pekerja lain haruslah memuaskan. Dia kesal kerana rasa tanggungjawabAzki terhadap pekerjaan dipandang remeh. Dia tahu Azki sering menggunakankesempatan dan alasan tidak ke pejabat kerana berjumpa dengan pelanggan. Tidak hadirmesyuarat kerana terlalu sibuk hingga terlupa. Tapi dari sudut yang lain diakagum yang Azki bisa mendapatkan pelanggan besar. Dia masih ingat apa yang Azkipernah katakan padanya dulu.
“You tell me…mana satu yang lebih baik.Bersusah payah mengumpul pelanggan kecil setiap bulan atau mendapatkanpelanggan besar dalam masa sekali tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalamjangka masa yang panjang.” Ya, takdinafikan ada kalanya Azki memang bijak dalam mendapatkan pelanggan. Tak perludia rasa risau terhadap keuntungan yang bakal dibawa oleh lelaki itu. Tetapidia tak boleh bertoleransi dengan sikap Azki yang malas ke pejabat dan tidakmahu menghadiri mesyuarat. Dia sudah penat mendengar umpatan staf yang laintentang Azki. Dia tak mahu dikatakan berat sebelah atau pilih kasih danmembiarkan terus lelaki itu jadi malas datang kerja dan tidak boleh bekerjasecara berkumpulan. Dah tiba masanya dia perlu ubah keadaan itu. Tak perluambil tindakan drastik tetapi cukuplah mulakan dengan sesuatu yang kecildahulu. Dia tersenyum sendiri, tiba-tiba rasa seronok melihat reaksi Azkiketika marah. Azki tak ubah macam dulu. Anak kecil yang begitu manja tapinakal. Anak kecil yang kalau permintaannya tidak dipenuhi, akan memberontak.Azki just like before, never change!
PUAS Emilimencari telefon bimbitnya sejak semalam. Dicarinya dalam beg sandang dan didalam bagasi walaupun dia pasti tak mungkin meletakkan telefonnya di situ.Dicubanya juga menelefon telefon bimbitnya sendiri melalui telefon rumah, takjuga kedengaran bunyi telefon meskipun talian berjaya disambungkan. Ah! Mana ni? Dia tak tahu nak cari di mana lagi.Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alamak! Tak kanlah tertinggal dalam keretaorang tua tu? Dia menghempaskan diri di atas katil. Terbayang rasa menyampahdan benci. Nak dapatkan balik telefon bimbitnya dari Azki, tentu payah. Takkannya lelaki itu mahu menghantarkan telefon padanya. Memang mimpilah Azki nakbuat macam tu. Kalau lelaki itu buat pun tentu dicampak telefonnya itu melaluipagar rumah. Ah...jahanam ler jawabnya phoneaku tu! Macam mana ler aku boleh cuai sangat ni?
Dia mengeluh, rasa begitu kecewa sekali. Banyak sangatbenda yang dirasakan begitu peribadi di dalam telefon bimbitnya itu. Tak mudahnak biarkan begitu saja. Terpaksa juga dia cari jalan macam mana nak mendapatkansemula telefonnya tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Dia pasti saat ini,telefonnya itu sedang digodeh oleh Azki. Ah, kenapa ler aku bodoh sangat takletak password? Dia menggenggamrambutnya dengan kedua-dua belah tangannya macam orang yang kecewa putus cinta!
AZKI tersenyum puas, dibiarkan saja telefon yang berdering-dering sejak semalam.Dia sengaja membiarkan telefon itu di dalam kereta tanpa berhasrat untukmemulangkannya dalam masa terdekat. Dia pasti, tuan empunya telefon itu sedangmeroyan ketiadaan telefon itu. Lalai! Careless!Memang padanlah semua benda kau tinggal! Kalau kepala tak melekat, memang bolehjumpa kepala gadis itu bersepah di mana-mana. Bukan dia tak tahu sikap Emiliyang selalu cuai dalam menjaga barang keperluan sendiri. Pernah dulu, dia melihatgadis itu dengan selamba tertinggal bra yang dilipat di hadapan tv. Tak tahumalu langsung!
“Kau ingat aku suka sangatke nak tengok sampul nasi lemak 50 sen kau ni? Kau ingat kau sorang saja yangduduk dalam rumah ni?” Soalnya sambil menolak bra dengan hujung kakinya.
“Ada aku kisah? Sapa suruhtengok kalau tak suka?” Sambut Emili sambil berpatah semula mendapatkan bramiliknya yang berwarna hitam itu.
“Kau ni nama aje perempuan tapi tak tahu malu. Semua benda kau naktunjuk ke?”
“Kau pun sama! Dah 20tahun pun, boxer masih suruh Mak Etonyang basuh! Hei....geli je!” Sahut Emili tak mahu mengalah.
Itulah yang buat Azki benci sampai sekarang. Gadis yangmuda empat tahun darinya itu rajin betul menjawab kalau dia bersuara. Memangselalu buat dia hilang sabar. Tak pernah serik atau takut padanya. Bukan sekalidua dia mengenakan gadis itu, banyak kali. Termasuk juga dengan menjetat kepala gadis itu. Sebab itujugalah dia bertekad tak akan tinggal sebumbung dengan gadis itu sebaik dia adawang sendiri. Mujur saja dia masih diberi kemewahan walaupun bersyarat. Ahhh.....keluhandilepaskan. Mahu buang rasa sakit hati jauh-jauh. Sehingga kini dia terpaksatunduk kepada perempuan bernama Arsyida.
Sebaik memakir kereta,telefon bimbit milik Emili dimasukkan ke dalam glove compartment. Tak kuasa Azki nak bawa ke hulu ke hilir hartabenda gadis itu. Dia membetulkan tali leher sebelum melangkah. Biarpunberkemeja, dia masih gemar mengenakan jeans. Tidak terlalu formal, ranggi tetapi masih kelihatan kemas dan bergaya.
Sebaik menjejakkan kaki kebahagian pemasaran, dari jauh dia sudah nampak seseorang yang sedang berada didepan biliknya. Jantungnya terus berdegup kencang, rasa tak percaya. Terkejutdan nak pengsan pun ada. Namun untuk berpatah semula sudah terlambat apabilatiba-tiba saja Arsyida menghampirinya dari belakang.
“Good! Hari pertama ada secretary sudah datang awal. Come, let me introduce you to your secretary.”Ujar Arsyida mendahului langkahnya. Dia tiada pilihan, terpaksa mengekori langkahArsyida yang tersusun itu. Semakin dia mendekati biliknya sendiri, semakin diamerasakan dunianya semakin gelap. Kenapa perempuan itu? Sudah tiada perempuanlain ke yang boleh dijadikan secretarynya?
Published on January 29, 2013 23:30
BAB 3 A zki mempercepatkan langkah. Ikutkan hati d...

BAB 3
A
zki mempercepatkan langkah. Ikutkan hati dia masih mahu menyambung sehari dua bermalas di rumah. Tak mahu jejak ke pejabat pada waktu ini. Namun berita yang Shahril sampaikan malam tadi, benar-benar buat dia terbakar. Dia tahu ini angkara Arsyida. Siapa lagi kalau bukan perempuan kejam itu? Ketika dia menolak pintu utama pejabat, dia terpandang seorang perempuan yang gemuk sedang berjalan melintasi ruang reception. Ia membuatkan dia teringat sesuatu namun kerana malas untuk berfikir, dia teruskan saja langkahnya menuju ke bilik Arsyida tanpa meminta kebenaran Maisara, setiausaha Arsyida.
“What are you trying to do?” Soal Azki dengan keras. Arsyida yang sedang berdiri mengadap keluar tingkap tidak segera menoleh padanya.
“Is that true what Shahril told me?” Arsyida menoleh dan tersenyum megah. Azki bencikan senyuman itu.
“Yes.” Jawab Arsyida pendek sebelum duduk di kerusi.
“What is your game Puan Arsyida?”
“Is it a problem when company gives you a secretary?”
“Secretary?” Ulang Azki sambil tersenyum sinis. Secretary atau spy?
“I don't need a secretary!” Sambung Azki dengan tegas.
“Yes, you do.”
“For what? Jadi spy? Supaya boleh tahu apa saja yang aku buat?”
“Cuba pandang dari sudut positif. You’re too busy and always forget to attend a meeting. So, dengan adanya secretary....tiada lagi alasan TER....lupa kerana TER...lalu sibuk menguruskan kerja sendirian.”
“Thanks a lot!” Sengaja Azki mengucapkan ayat itu untuk memerli Arsyida. Dia memutuskan untuk beredar setelah mendengar alasan Arsyida. Dia sengaja datang semata-mata untuk mendengarkan alasan bodoh itu. Dia tahu, Arsyida memang bijak menyediakan jawapan setiap kali mereka berdua bersoal jawab. Bunyi alasan Arsyida begitu logik tapi dia tidak bodoh menerima alasan itu bulat-bulat. Lagipun tak semudah itu Arsyida menyediakan sesuatu untuknya kalau tidak ada sebab lain. Dia tahu, Arsyida pasti merencanakan sesuatu. Bukan Arsyida tidak tahu yang dia memang tak suka ada orang lain yang sibuk-sibuk menguruskan dirinya di pejabat. Dia senang bekerja sendiri.
“Azki, make sure you treat her well. She's a good girl.” Pesanan itu buat hatinya semakin sakit. Tanpa memandang ke arah Arsyida, dia membalas dengan sinis.
“Of course! I will.” Kemudian dia menghempas pintu dengan kasar. Sengaja mahu tunjuk kemarahannya. Tetapi apa yang pasti, dia akan memberi layanan terbaik buat setiausahanya nanti. Tunggu sajalah! Tekadnya sudah begitu membulat. Dia akan pastikan setiausahanya pasti bertuah dapat seorang ketua sepertinya, yang penyayang lagi bertimbang rasa. Tentu setiausahanya itu nanti akan terkenang dirinya sepanjang hayat. Esok, dia akan datang ke pejabat dan mahu lihat sendiri bagaimana rupa setiausahanya. Kalau cantik sangat mengalahkan ratu dunia, dia akan pertimbangkan semula agendanya. Dia terus saja menolak pintu utama tanpa mengendahkan sapaan gadis penyambut tetamu yang baru muncul di hadapannya itu. Bukan tak suka nak layan tapi memang tak boleh layan perempuan gedik macam tu. Baginya, perempuan kalau dilayan lebih-lebih akan mengada-ngada. Naik kepala! Nak-nak perempuan mata duitan. Pantang lihat lelaki berduit, asyik nak mengendeng saja. Lebih-lebih lagi kalau punya paras rupa dan penampilan. Dia rimas! Agaknya kalau dia seorang yang tak berkedudukan, rupa pun biasa-biasa tentu perempuan liat nak dekat. Apatah lagi kalau dia tak berkereta mewah. Tentu bukan saja tak nak dekat tapi pandang pun tak sudi. Perempuan zaman sekarang, semuanya materialistik! Kebendaan!
ARSYIDA mengeluh perlahan, begitulah Azki. Selalu masuk ke biliknya dengan kasar dan biadap. Rasa hormat Azki padanya sudah tidak ada. Mujur saja dia berkuasa, jika tidak tentu Azki tidak akan mempedulikannya. Walau apa pun, dia tetap sayangkan Azki. Bukan ke mudah kalau Azki seperti abangnya, Ishan? Tak perlu dia buat perkara-perkara yang menyukarkan. Tapi dia tahu, Azki akan akur juga kerana lelaki itu bergantung hidup padanya. Dia pasti, kalau bukan kerana bayaran yang lumayan tak mungkin lelaki itu akan terus bekerja dengannya. Pasti sudah lama Azki angkat kaki. Tapi siapa lagi yang sanggup menggaji Azki dengan bayaran yang cukup tinggi? Segala keperluan dipenuhi jika Azki terus berada di syarikatnya. Tapi itulah silapnya, sepatutnya bukan hanya meletakkan syarat untuk bekerja saja tetapi prestasi kerja dari segi kedatangan dan kerjasama antara pekerja lain haruslah memuaskan. Dia kesal kerana rasa tanggungjawab Azki terhadap pekerjaan dipandang remeh. Dia tahu Azki sering menggunakan kesempatan dan alasan tidak ke pejabat kerana berjumpa dengan pelanggan. Tidak hadir mesyuarat kerana terlalu sibuk hingga terlupa. Tapi dari sudut yang lain dia kagum yang Azki bisa mendapatkan pelanggan besar. Dia masih ingat apa yang Azki pernah katakan padanya dulu.
“You tell me…mana satu yang lebih baik. Bersusah payah mengumpul pelanggan kecil setiap bulan atau mendapatkan pelanggan besar dalam masa sekali tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang.” Ya, tak dinafikan ada kalanya Azki memang bijak dalam mendapatkan pelanggan. Tak perlu dia rasa risau terhadap keuntungan yang bakal dibawa oleh lelaki itu. Tetapi dia tak boleh bertoleransi dengan sikap Azki yang malas ke pejabat dan tidak mahu menghadiri mesyuarat. Dia sudah penat mendengar umpatan staf yang lain tentang Azki. Dia tak mahu dikatakan berat sebelah atau pilih kasih dan membiarkan terus lelaki itu jadi malas datang kerja dan tidak boleh bekerja secara berkumpulan. Dah tiba masanya dia perlu ubah keadaan itu. Tak perlu ambil tindakan drastik tetapi cukuplah mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu. Dia tersenyum sendiri, tiba-tiba rasa seronok melihat reaksi Azki ketika marah. Azki tak ubah macam dulu. Anak kecil yang begitu manja tapi nakal. Anak kecil yang kalau permintaannya tidak dipenuhi, akan memberontak. Azki just like before, never change!
PUAS Emili mencari telefon bimbitnya sejak semalam. Dicarinya dalam beg sandang dan di dalam bagasi walaupun dia pasti tak mungkin meletakkan telefonnya di situ. Dicubanya juga menelefon telefon bimbitnya sendiri melalui telefon rumah, tak juga kedengaran bunyi telefon meskipun talian berjaya disambungkan. Ah! Mana ni? Dia tak tahu nak cari di mana lagi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alamak! Tak kanlah tertinggal dalam kereta orang tua tu? Dia menghempaskan diri di atas katil. Terbayang rasa menyampah dan benci. Nak dapatkan balik telefon bimbitnya dari Azki, tentu payah. Tak kannya lelaki itu mahu menghantarkan telefon padanya. Memang mimpilah Azki nak buat macam tu. Kalau lelaki itu buat pun tentu dicampak telefonnya itu melalui pagar rumah. Ah...jahanam ler jawabnya phoneaku tu! Macam mana ler aku boleh cuai sangat ni?
Dia mengeluh, rasa begitu kecewa sekali. Banyak sangat benda yang dirasakan begitu peribadi di dalam telefon bimbitnya itu. Tak mudah nak biarkan begitu saja. Terpaksa juga dia cari jalan macam mana nak mendapatkan semula telefonnya tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Dia pasti saat ini, telefonnya itu sedang digodeh oleh Azki. Ah, kenapa ler aku bodoh sangat tak letak password? Dia menggenggam rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya macam orang yang kecewa putus cinta!
AZKI tersenyum puas, dibiarkan saja telefon yang berdering-dering sejak semalam. Dia sengaja membiarkan telefon itu di dalam kereta tanpa berhasrat untuk memulangkannya dalam masa terdekat. Dia pasti, tuan empunya telefon itu sedang meroyan ketiadaan telefon itu. Lalai! Careless! Memang padanlah semua benda kau tinggal! Kalau kepala tak melekat, memang boleh jumpa kepala gadis itu bersepah di mana-mana. Bukan dia tak tahu sikap Emili yang selalu cuai dalam menjaga barang keperluan sendiri. Pernah dulu, dia melihat gadis itu dengan selamba tertinggal bra yang dilipat di hadapan tv. Tak tahu malu langsung!
“Kau ingat aku suka sangat ke nak tengok sampul nasi lemak 50 sen kau ni? Kau ingat kau sorang saja yang duduk dalam rumah ni?” Soalnya sambil menolak bra dengan hujung kakinya.
“Ada aku kisah? Sapa suruh tengok kalau tak suka?” Sambut Emili sambil berpatah semula mendapatkan bra miliknya yang berwarna hitam itu.
“Kau ni nama aje perempuan tapi tak tahu malu. Semua benda kau nak tunjuk ke?”
“Kau pun sama! Dah 20 tahun pun, boxer masih suruh Mak Eton yang basuh! Hei....geli je!” Sahut Emili tak mahu mengalah.
Itulah yang buat Azki benci sampai sekarang. Gadis yang muda empat tahun darinya itu rajin betul menjawab kalau dia bersuara. Memang selalu buat dia hilang sabar. Tak pernah serik atau takut padanya. Bukan sekali dua dia mengenakan gadis itu, banyak kali. Termasuk juga dengan menjetat kepala gadis itu. Sebab itu jugalah dia bertekad tak akan tinggal sebumbung dengan gadis itu sebaik dia ada wang sendiri. Mujur saja dia masih diberi kemewahan walaupun bersyarat. Ahhh.....keluhan dilepaskan. Mahu buang rasa sakit hati jauh-jauh. Sehingga kini dia terpaksa tunduk kepada perempuan bernama Arsyida.
Sebaik memakir kereta, telefon bimbit milik Emili dimasukkan ke dalam glove compartment. Tak kuasa Azki nak bawa ke hulu ke hilir harta benda gadis itu. Dia membetulkan tali leher sebelum melangkah. Biarpun berkemeja, dia masih gemar mengenakan jeans. Tidak terlalu formal, ranggi tetapi masih kelihatan kemas dan bergaya.
Sebaik menjejakkan kaki ke bahagian pemasaran, dari jauh dia sudah nampak seseorang yang sedang berada di depan biliknya. Jantungnya terus berdegup kencang, rasa tak percaya. Terkejut dan nak pengsan pun ada. Namun untuk berpatah semula sudah terlambat apabila tiba-tiba saja Arsyida menghampirinya dari belakang.
“Good! Hari pertama ada secretary sudah datang awal. Come, let me introduce you to your secretary.” Ujar Arsyida mendahului langkahnya. Dia tiada pilihan, terpaksa mengekori langkah Arsyida yang tersusun itu. Semakin dia mendekati biliknya sendiri, semakin dia merasakan dunianya semakin gelap. Kenapa perempuan itu? Sudah tiada perempuan lain ke yang boleh dijadikan secretarynya?
Published on January 29, 2013 23:30
Rina Farizq's Blog
- Rina Farizq's profile
- 39 followers
Rina Farizq isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
