Zul Ramli M. Razali's Blog

February 22, 2013

Memelihara Rumah Tangga=Memugar Cinta

Daripada rnr kehidupam m/s 205.

Rumah tangga sebenar adalah sebuah taman syurga. Di sana kasih sayang tumbuh dengan subur. Ikatan perkahwinan bukan diikat atas rantai tanggungjawab. Bukan kerana tanggungjawab sepasang suami isteri bersatu. Manusia disatukan oleh cinta. Inilah hakikat yang perlu dipelihara walaupun usia perkahwinan kian bertambah.

Perhubungan yang bertahan atas dasar tanggungjawab tidak membawa ke mana-mana melainkan meletakkan sepasang suami isteri berada di pinggiran, tanah di sebelah sana adalah perpisahan! Sekiranya rumah tangga adalah syurga, kita perlu kepada bidadari. Lihat gambaran yang diberikan Rasullullah SAW:

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Hendakkah aku beritahu tentang isteri kamu di syurga?" Kami berkata, "Bahkan wahai Rasulullah." Rasulullah bersabda: " Mereka sangat penyayang dan subur, walaupun ketika marah dan berbuat salah kepadanya atau marah suami kepadanya dia berkata, ' Ini adalah tanganku pada tanganmu, tidak aku memejam mata sehinggalah engkau redha kepadaku. " (Riwayat Imam at- Thabrani)

Sabda Rasullullah lagi:

Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas r.a, Rasullullah SAW bersabda: " Daripada kebahagiaan anak Adam itu ada tiga perkara, dan kesengsaraan itu juga ada tiga. Kebahagiaan itu ialah: Isteri yang solehah, rumah yang baik dan kenderaan yang baik. Kesengsaraan itu ialah: Isteri yang jahat, rumah dan kenderaan yang keji." (Riwayat Ahmad)

Daripada Abi Umamah r.a, bersabda Rasullullah: Tiada yang lebih bermanfaat bagi seorang mukmin sesudah bertakwa kepada Allah lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Sekiranya kamu menyuruhnya dia mentaatimu, sekiranya melihat kepadanya kamu berasa gembira, sekiranya kamu memberi kepadanya, dia berbuat baik kepadamu, sekiranya kamu tidak bersamanya, dia memelihara dirinya dan hartamu." (Riwayat Ibn Majah, at-Thabrani dan Ibn Asakir)

Di dalam hadis yang lain, Rasullullah SAW mengungkapkan:

Klik di sini
"Aku kasih daripada dunia ini, wanita (solehah), wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat." (Riwayat an-Nasa'i daripada Anas r.a.)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2013 01:34

February 13, 2013

Orang Yang Hidup Untuk Memberi Akan Hidup Dilimpahi Pemberian Tuhan

Berikut adalah antara cerita seorang rakan yang membuat bancian tentang bantuan kepada golongan fakir miskin.

Tengah hari itu seorang budak lelaki yang masih dalam tahun enam bersekolah rendah kelihatan gelisah. Dia berjalan mundar-mandir sambil terjengah-jengah melihat keluar jendela arah lorong masuk ke rumahnya. Rumahnya pun hanyalah sebuah gerobok usang yang menempatkan mereka sekeluarga. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 petang. Jelas sekali kegelisahan pada wajahnya. Dia sepatutnya telah berada di dalam kelas pada ketika itu.

Ketika ditanya mengapa dia masih di rumah,

"Sedang tunggu adik balik sekolah...."jawabnya ringkas.

Tidak lama kemudian adiknya pulang dengan tubuh dibasahi peluh. Tercungap-cungap dia berlari dan terus masuk ke dalam bilik. Abangnya pula mengekori di belakang sambil terdengar ngomelan kecil mereka berdua ketika sama-sama meluru masuk ke bilik tersebut. Tidak lama kemudian abang keluar tergesa-gesa walau bagaimanapun sempat juga dia bersalam mesra, sebelum berlalu dan pergi terkocoh-kocoh.


Baru rakan ini faham kenapa abang gelisah dan apa yang ditunggunya tadi. Ketika bersalaman itu dia lihat abang memakai baju sekolah comot dan berpeluh. Ia kelihatan senteng bersama seluar biru lusuh yang singkat. Baju dan seluar sekolah itu ialah pakaian yang tadi dipakai oleh adiknya. Mereka berkongsi pakaian, mereka berdua hanya punya sepasang baju untuk ke sekolah!
Kasihan....mereka tidak sempat pun untuk berfikir bagi kelihatan kemas, rapi dan menarik. Mereka hanya fikir perlu ke sekolah untuk belajar.
Apa yang kita dengar ini di luar daripada kebiasaan kita. Sesekali kita berkata masih ada lagi orang begini dalam masyarakat kita. Kita boleh memahami perkara ini dengan menyatakan bahawa hidup di bumi ini ibarat berkongsi tinggal di dalam sebuah rumah. Mereka yang punya kelebihan menghulur bantuan tanpa henti penuh berhemah.
Allah sebenarnya menjadikan seluruh kepelbagaian ini bagi memberi ruang setiap manusia mendapat kasih sayang-Nya. Orang miskin apabila mereka bersabar akan disayangi Allah, sementara orang yang berada pula berpeluang mendapat kasih sayang Allah apabila mereka memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Apatah lagi janji tawaran daripada Allah yang berlipat kali ganda bagi setiap pemberian yang dihulurkan dengan ikhlas. Orang ini berbahagia kerana mendapat kasih sayang Allah dan pada masa yang sama hartanya kemudian dilipatgandakan jumlahnya.
Kemewahan hidup hanyalah seperti kelekaan bermain dengan istana pasir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2013 01:31

January 30, 2013

RAMADAN MEMBENTUK TAQWA HA HUNA ��� TAQWAL QULUB

Rindu RamadanSeruan terbaik adalah seruan ke arah taqwa. Kita mendengarnya saban waktu agar perkara tersebut mendarah daging dalam diri kita. Taqwa itu bererti, seorang insan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Bila ini dilakukan maka sesorang itu melaksanakan amal taqwa. Dalam memperincikan persoalan taqwa yang merupakan KPI dari Allah bagi seorang insan melalui firmanNya: 
��� Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling taqwa...��� Rasulullah memberi isyarat kepada sahabatnya dengan meletakkan tangan pada dadanya dan berkata:
���Taqwa itu di sini..��� Jadi ia mengundang persoalan mendalam tentang taqwa kerana menurut Rasulullah taqwa adalah di hati seorang manusia.

Kita tahu bahawa fungsi hati dalam diri adalah merasa. Daripada rasa tersebutlah terbitnya tingkah laku seorang manusia. Baik atau buruk.


Taqwa di sini adalah taqwa sebenar: ia adalah keselarian di dalam hati, tentang rasa apa yang Allah mahu dengan apa yang kita mahu, selari pula dengan rasa apa yang kita suka dengan apa yang Allah suka, selari apa yang kita benci dengan apa yang Allah benci.


Tercetus sesuatu amal soleh itu dari lubuk hati, dari gejolak rasa :


Kita tidak melaksanakan sesuatu amal soleh kerana terpaksa atau merasakan alangkah baiknya kalau perintah ini tidak diperintahkan oleh Allah.


Kita meninggalkan maksiat kerana taqwa: Kita meninggalkan maksiat bukan kerana kita tidak berpeluang untuk melakukannya atau tidak terdedah kepada maksiat itu.

Kalau bukan kerana taqwa di sini mungkin apabila berpeluang buat maksiat atau ada kesempatan kita akan lakukan maksiat dan meninggal kebaikan itu.


Ada garis halus di antara amal taqwa dan taqwal qulub.


Amal taqwa adalah melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan meninggal segala larangan dan tegahannya. Ia mencakupi amalan fizikal seseorang.


Sebagai contoh; Apabila seorang itu bangun mendirikan solat, ia dikatakan sedang melakukan amal taqwa. Tubuhnya sedang berdiri, rukuk dan sujud ertinya tubuhnya sedang melaksankan apa yang diperintah oleh Allah.


Apabila seseorang itu meninggalkan zina bererti ia sedang melakukan amal taqwa kerana tubuhnya tidak melaksanakan apa yang ditegah oleh Allah.


Namun, Taqwal qulub adalah rasa sayang dalam hati hamba kepada perintah solat tersebut. Allah tidak mewajibkan sesuatu melainkan perkara tersebut disayangi olehNya. Si polan yang menghindari perbuatan zina itu rasa benci kepada perlakuan zina itu kerana zina dibenci oleh Allah sebab itu Allah melarangnya.

Mari bermuhasabah kelubuk hati sendiri, adakah rasa tersebut telah ada di dalam ?


Adakah rasa sayang pada perbuatan solat itu ada dilubuk hati kita dalam kegahirahan kita melaksanakan solat yang di perintah oleh Allah ?


Adakah rasa benci terhadap dosa zina telah wujud di dalam hati ketika menghindari zina ?

Justeru itu, Ramadhan yang di hadiahkan oleh Allah kepada seluruh manusia adalah ramuan terbaik melahirkan Taqwal qulub, apabila kita dapat benar-benar menghayati falsafah, pelaksanaan serta hikmahnya.


���Ya Allah permudahkanlah bagi kami untuk melalui jalanMu, kurniakanlah kami rasa taqwa yang damai selari dengan fitrah murni kami yang rindukan kebaikan dan derita kepada kemungkaran...ameen ya Rabbal alamin.���


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2013 00:33

RAMADAN MEMBENTUK TAQWA HA HUNA – TAQWAL QULUB

Rindu RamadanSeruan terbaik adalah seruan ke arah taqwa. Kita mendengarnya saban waktu agar perkara tersebut mendarah daging dalam diri kita. Taqwa itu bererti, seorang insan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Bila ini dilakukan maka sesorang itu melaksanakan amal taqwa. Dalam memperincikan persoalan taqwa yang merupakan KPI dari Allah bagi seorang insan melalui firmanNya: 
” Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu adalah yang paling taqwa...” Rasulullah memberi isyarat kepada sahabatnya dengan meletakkan tangan pada dadanya dan berkata:
”Taqwa itu di sini..” Jadi ia mengundang persoalan mendalam tentang taqwa kerana menurut Rasulullah taqwa adalah di hati seorang manusia. Kita tahu bahawa fungsi hati dalam diri adalah merasa. Daripada rasa tersebutlah terbitnya tingkah laku seorang manusia. Baik atau buruk.
Taqwa di sini adalah taqwa sebenar: ia adalah keselarian di dalam hati, tentang rasa apa yang Allah mahu dengan apa yang kita mahu, selari pula dengan rasa apa yang kita suka dengan apa yang Allah suka, selari apa yang kita benci dengan apa yang Allah benci.
Tercetus sesuatu amal soleh itu dari lubuk hati, dari gejolak rasa :
Kita tidak melaksanakan sesuatu amal soleh kerana terpaksa atau merasakan alangkah baiknya kalau perintah ini tidak diperintahkan oleh Allah.
Kita meninggalkan maksiat kerana taqwa: Kita meninggalkan maksiat bukan kerana kita tidak berpeluang untuk melakukannya atau tidak terdedah kepada maksiat itu. Kalau bukan kerana taqwa di sini mungkin apabila berpeluang buat maksiat atau ada kesempatan kita akan lakukan maksiat dan meninggal kebaikan itu.
Ada garis halus di antara amal taqwa dan taqwal qulub.
Amal taqwa adalah melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan meninggal segala larangan dan tegahannya. Ia mencakupi amalan fizikal seseorang.
Sebagai contoh; Apabila seorang itu bangun mendirikan solat, ia dikatakan sedang melakukan amal taqwa. Tubuhnya sedang berdiri, rukuk dan sujud ertinya tubuhnya sedang melaksankan apa yang diperintah oleh Allah.
Apabila seseorang itu meninggalkan zina bererti ia sedang melakukan amal taqwa kerana tubuhnya tidak melaksanakan apa yang ditegah oleh Allah.
Namun, Taqwal qulub adalah rasa sayang dalam hati hamba kepada perintah solat tersebut. Allah tidak mewajibkan sesuatu melainkan perkara tersebut disayangi olehNya. Si polan yang menghindari perbuatan zina itu rasa benci kepada perlakuan zina itu kerana zina dibenci oleh Allah sebab itu Allah melarangnya. Mari bermuhasabah kelubuk hati sendiri, adakah rasa tersebut telah ada di dalam ?
Adakah rasa sayang pada perbuatan solat itu ada dilubuk hati kita dalam kegahirahan kita melaksanakan solat yang di perintah oleh Allah ?
Adakah rasa benci terhadap dosa zina telah wujud di dalam hati ketika menghindari zina ? Justeru itu, Ramadhan yang di hadiahkan oleh Allah kepada seluruh manusia adalah ramuan terbaik melahirkan Taqwal qulub, apabila kita dapat benar-benar menghayati falsafah, pelaksanaan serta hikmahnya.
”Ya Allah permudahkanlah bagi kami untuk melalui jalanMu, kurniakanlah kami rasa taqwa yang damai selari dengan fitrah murni kami yang rindukan kebaikan dan derita kepada kemungkaran...ameen ya Rabbal alamin.”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2013 00:33

Harga Sebuah Hidayah

Hidayah itu mahal harganyaBila menoleh ke sepanjang laluan hidup, kita kemudiannya tersedar betapa ada sesuatu di luar pengaruh kita dan ianya adalah sesuatu yang paling berharga. Ia datang dari simpanan khazanahNya: Hidayah....kita kongsi apa yang saya terima dalam peti masuk e-mail saya sebagai sejenak untuk bersyukur.

Oleh MUZLINA ABU BAKAR *

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota , Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. "Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.  
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari. "Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC. * "Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.* * "Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana . Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong . Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang."Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda."Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran. * "Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah, " kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita. Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana ."Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2013 00:25

Berikan Bantuan, Terimalah Perkenan

Petang itu, dalam perjalan pulang dari tempat kerja di tengah-tengah kekalutan serta simpang siur dan gempita kereta yang rum-rum di jalan raya, saya melihat sepasang suami isteri sedang berjalan memipir di tepi jalan . Si suami berpeluh-peluh menuntun motosikalnya dengan seribu kepayahan sementara si isteri mengheret langkah di belakang sambil mencebek topi keledar menapak penuh sukar, dia sarat mengandung. Terlukis pada wajah mereka warna hitam keperitan seperti aspal, resah dan gusarkan tentang keselamatan diri juga tentunya segumpal rasa malu yang pahit. Alangkah kesat rasa di hati apabila melihat suasana begini dan lebih perit kerana tidak dapat menghulurkan bantuan yang sepatutnya. Fenomena sebegini seringkali kita saksikan, biasanya kita hanya memerhati dengan sayu kemudian beberapa kilometer di hadapan segalanya luput dari ingatan bersama dendangan lagu dari corong radio dan penghawa dingin kereta yang nyaman!

Kita terbiasa dengan melalui hidup tanpa membantu. Kita tidak pernah bangun pada hari yang baru dan beniat untuk membantu seseorang pada hari ini. Kita tidak pernah bertanya : “Siapa yang perlu aku berikan pertolongan pada hari ini ?”
Antara soalan yang sering dikemukan oleh Rasulullah kepada para sahabat selepas selesai solat subuh adalah : ” Siapa pada pagi ini telah menolong saudaranya ?”
Rasulullah contoh seorang murabbi yang berjaya membentuk minda di kalangan para sahabat : Hidup untuk membantu.
Sementara kita pula berasa selesa dengan persekitaran diri sendiri dan apabila kita berhajat kita akan bermohon ke hadrat Allah. Sedangkan Rasulullah memberitahu bahawa pertolongan Allah untuk kita bergantung kepada sejauh mana kita membantu saudara kita.
Saya teringat kepada seorang sahabat baik semasa menuntut di Kelantan suatu masa dahulu, dia sentiasa mempersiapkan di dalam raga motornya beberapa gelen minyak petrol. Apabila dia berjumpa dengan orang yang mengheret motosikal kerana kehabisan minyak dia akan memberikan bantuan dengan memberikan minyak petrol tersebut.
”Saya rasa sangat bahagia apabila melihat mereka gembira...” Ujarnya bila saya bertanya tentang sikapnya ini.
“ Kita akan melalui suatu perasaan hebat, ketenangan hakiki dan kepuasan bila melihat wajah orang yang ditolong itu. Ada cahaya dalam mata mereka ada sinar damai yang tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya.” Bicaranya begitu menggetarkan terbau harum ketulusan budinya.
”Pernah beberapa kali, ada yang ingin membayar balik petrol itu menangis terharu apabila diberitahu bahawa saya hanya ingin membantu...” Sambungnya untuk berkongsi, nadanya begitu mendidik.
”Apalah sangat nilai seringgit dua yang hanya boleh membeli secawan teh tarik, sedangkan nilai melepaskan kesusahan itu tidak ternilai di sisi Allah...”
Dia menutup ceritanya, saya menikmati tarbiahnya dan menarik nafas panjang dengan selaut azam untuk cuba meneladani akhlak mulianya itu.
Alangkah mulianya hari itu sekiranya kita dapat menolong, melepaskan kesusahan dan menutup keaiban saudara muslim.
Mari kita sempurnakan hadis Rasulullah ini :” Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan saudara muslimnya daripada kesusahan dunia Allah akan melepaskan baginya kesusahan di hari Akhirat, barangsiapa yang memudahkan urusan saudaranya Allah akan memudahkan urusan dunia dan akhiratnya, barangsiapa yang menutup satu keaiban saudaranya di dunia Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah membantu hambaNya selama mana hamba itu menolong saudaranya.” Hadis riwayat Muslim .
Salam kasih sayang.
Jom sayangi umat Rasulullah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2013 00:18

BICARA MALAM DI PFK Bicara malam di Petronas Fertilizer Kedah Gurun Kedah


Dalam getar jam 11 malam di tengah rimbun bunyi dan jeritan mesinPada gejolak api dari cemeni gergasi dan desir angin desaBerhalaqah dalam majlis zikir buat muhasabah bagi rakan dan sahabatyang bertugas shift malam...yang mengendalikan mesin dan perkakasan,mereka yang soleh dalam uniform berwarna kuning.
Muqadimah adalah syukur tentang nikmat usiaYang kian hari kian sedikit berbaki.....Kian sampai ke noktah terakhir.Cuma manusia-manusia terus alpa dalam ribut hidup seribu kalut.Selengkar peringatan dan sedarlah akan pesan nabi kepada Ibn Umar;“ Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang dagang atau si pelintas jalan..., maka persiapkanlahlah diri mu sebagai ahli kubur !”Tersentuh dengannya Ibn Umar menyambung, “Apabila kamu sedang berada di waktu petang jangan tangguhkan kebaikan sehingga ke pagi, apabila di waktu pagi jangan tangguh sehingga ke waktu petang...ambillah kesempatan sihat ini kerana nanti kamu akan terlantar sakit. Rebutlah peluang selagi hayat, kerana nanti kamu akan terkujur sebagai mayat !”Hanya orang yang ingat tentang hakikat umur dan kesudahan akan memanfaatkan peluang, Merebut ganjaran, memperbanyak amalMelabur buat hari yang panjang ...yang pasti !Dalam nafas malam itu,Kita sedar betapa di dalam membina hidup ini, teladannya adalah Rasululah. Itu pesan Ilahi agar kita tidak terkhilaf ...Masakan Micheal H Hart dalam The 100nya tersalah apabilaMenobatkan Rasulullah sebagai manusai terhebat sepanjang zaman dalam membina tamadun dan kehidupan..Namun tamadun yang dibangunkannya sangat sedaging antara rohani dan fizikalSangat sedarah antara spiritual dan material.Sekira tidak, jadilah seperti apa yang dianalogikan oleh Stephen Covey dalam First thing firstnya;Seperti orang yang mendaki anak tangga dengan segala kepandaian dan kemahiranjuga strategi dan kekuatan dia berjaya di mercu anak tangga.... digelar orang sebagaisang juara. ! !Namun dia baru tersedar satu perkara setelah berada di sanaSetelah sayup di puncak yang tinggiRupa-rupanya....tangga yang didaki itu tidak bersandar pada dinding !Malang apakah ini... di hujung episod pemburuan yang sangat memenatkanPelaburan apakah ini dalam pengejaran, keletihannya membunuh...Begitu banyak korban masa,Korban tenaga, korban airmata, korban terabainya orang-orang tercinta di sekeliling kita.Kesakitan di atas nisan kejayaan....
Tiada jalan pintas sebenarnyamelainkan kembali kepada cara TuhanKerana Dia yang mencipta dan mebuat pengaturanLihat kepada adiwira sebenar, alangkah hebatnya baginda, berjaya merubah manusia menjadi insan bermaknaDari hidup saling berbunuhanDaripada seorang pembunuh hatta sanggup membunuh anak sendiriDaripada pemadat khamarDaripada penzinaDari penindasBerubah menjadi insan terhebat pembina tamadun zaman berzamanYang terus memegang piala gemilang tidak mampu ditandingi ...
Dalam jiwa mereka hidup Allah lalu mereka hidup...bukan hidup-hidupanYang hanya meminggir dijalanan; ada tidak dirasakan mati tidak diperasan
Semoga hari esok menjanjikan kita kebaikanKerana kita menjanjikan diri untuk berubah demi membina kebaikan di atas jalan kebaikan pengikut sebaik-baik Rasul insan pilihan.
Terima kasih Ustaz Nazim Arifin dan sahabat-sahabat di PFK


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2013 00:03

January 29, 2013

Meminjam Kegembiraan Menghapus Kedukaan

“Saya telah cuba berbagai zikir dan amalan…. Namun semuanya tidak berjaya memberikan saya ketenangan yang diharapkan…” Sahabat saya memulakan bicara, berat nafasnya, matanya pula redup dan pandangannya begitu lemah. Saya hanya mampu memberi empati pada ceritanya yang sarat dengan duka nestapa. Luahan terlancar daripada mulutnya, pertemuan itu menghidangkan banyak soalan dan persoalan walaupun yang kami pesan cumalah dua cawan teh tarik dengan buih yang mewah!
“Kenapakah begitu susah bagi Tuhan untuk menghadiahkah ketenangan buat saya?”
Perlahan tutur katanya ia seperti mahu menangis, tanda tanya itu seperti boya (tsuna meter) pengesan gempa di dalam hatinya, kali ini dia mula melihat ke daerah lebih tinggi mungkin cuba memancing saya ke dalam dialog lukanya.
“Beginilah…” Saya membetulkan duduk di kerusi kayu, meja kami bergoyang sedikit, petang itu agak cerah walaupun langit bercampur warna jerebu yang kelabu.
“ Sebenarnya zikir tidak cukup untuk memberikan ketenangan ke dalam jiwa…” Saya menunggu dia merespon, spontan pula bebola matanya yang lemah itu sedikit bersinar, ada kerut atas dahinya.“ Zikir seperti memasukkan cahaya ke dalam hati, tetapi persoalan utamanya adalah bagaimanakah keadaan hati itu?”
“Adakah ia juga bercahaya ?”
“Atau adakah ia hitam pekat?”


“ Sama seperti kita lihat kepada pelita minyak yang menyala-nyala, namun cemeninya hitam pekat dengan jelaga, adakah kita memperolehi apa-apa faedah dari cahaya itu?” Saya datangkan analogi bersama soalan bertalu-talu, cuba mengajaknya berfikir bagi mengungkai garis halus di antara cahaya zikir dan cahaya hati. Dia menangkap dengan teliti setiap patah bicara dan merespon begitu positif . Saya menyambung,
“Inilah dua cahaya yang mempengaruhi sumber ketenangan dalam jiwa seseorang, tanpa kedua-duanya manusia akan kekal berada di dalam badai dan siri kegelisahan yang tidak berhorizon.”
“ Bagaimana kita menemuinya ?” Saya bertanya.
“ Tentu dengan fikir!” Dia menyahut dengan segar. Saya suka kepada senyumannya. 
“Fikir mengoptimakan fungsi akal bagi membentuk erti dan makna serta warna kepada zikir bahkan ia menjadi garis dan stroke bagi ‘potret’ itu. Dengannya kita dapat menggabung fungsi akal bersama emosi dan hati secara serentak ” Saya memperlahankan bicara, mencari pelabuhan buat berlabuhnya bicarawara kami petang itu , dia senyum memberi setuju, perbualan kami bergerimis dengan rebas perkongsian juga persahabatan.
Saya rangkumkan slot bicara itu dalam catatan ringkas tentang zikir dan fikir. Alhasil, kesemuanya nanti adalah mengenai persoalan hati !
Pertanyaan yang dikemukakan oleh sahabat tadi sebenarnya menghantui hampir semua orang. Kenapakah kita yang telah melakukan banyak amalan dan berzikir masih tidak tenang ? Kenapa kita terpaksa meratah pelbagai duka dan keluh kesah setiap hari? Kenapa kita setidak-tidaknya masih merasa perlu bergantung kepada aspirin hiburan buat halwa telinga, mata dan hati yang ada di radio dan tv?
Mari kita membuat eksplorasi ke dalam hati bagi menemui jawaban. Kita terokai sisi-sisi di dalam yang mempengaruhi samaada hati itu bercahaya atau gelap zulumat !
Hati yang bercahaya adalah hati yang diterangi dengan sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat seperti sabar, redha, tawakkal, tawadhuk, berbaik sangka dan suka memaafkan adalah contoh cahaya kepada hati. Sifat yang berlawanan seperti pemarah, putus asa, menyerah diri kepada makhluk, sombong, bersangka buruk dan pendendam adalah gerutu gelap bagi dinding hati. Ia merupakan jelaga bagi hati bahkan menelan apa sahaja cahaya seperti black hole. Hati yang tidak terdidik dengan keupayaan akal melalui tafakkur dan tadabbur menjadikannya gelap dan bakal dirimbuni belukar kelam sifat-sifat mazmumah.
Ini diburukkan lagi dengan keadaan sekeliling, hiruk pikuk persekitaran dan rangsangan luaran yang membentuk lanskap hati. Hati juga merupakan wadah yang menyimpan pelbagai khazanah bersifat maknawi. Sebagai contoh, apabila sesorang mengherdik kita kemanakah pergi herdikan itu ? Secara saintifiknya herdikan itu terbit dari peti suara, bergetar di dalam gelombang dan ditangkap melalui paluan gegedang dalam telinga lalu ditafsirkan oleh bahagian otak, gelombang itu terserak dan kemudian terurai di udara. Ia datang dan berlalu pergi bersama angin. Begitu juga keadaannya apabila kita berhadapan dengan suasana gawat melampau, lantas membentuk trauma. 
Apakah gambaran itu? Ia hanyalah pantulan cahaya pada objek dan ditangkap oleh paparan pada retina dan ditafsir oleh otak. Dimanakah paparan gambar itu kemudian ? Ia telahpun berlalu pergi selepas selesai peristiwa itu bersama sirnanya sang cahaya. Semuanya telah berlalu pergi tetapi kenapa kesannya masih ada? Kenapakah herdikan itu masih bertalun-talun dan gambaran tadi masih meremangkan bulu roma ? Kesannya masih ada kerana kita menyimpannya di dalam hati dalam bentuk maknawi, bukan gelombang atau cahaya sebenar yang terus-terusan membedal dan menyakitkan kita, tetapi simpanan maknawi itu! 
Kita menghimpunkannya sedikit demi sedikit pada setiap hari ke dalam hati. Jiwa akan terseksa, peritnya dirasai setiap masa dalam setiap tarikan nafas bersama keluh serta rimas yang panjang. Dunia fizikal ini hakikatnya adalah gelanggang ujian tetapi kita akan merasakan kesakitannya apabila memorinya disimpan dalam lubuk hati.
Lalu, bagaimana kita mengharapkan ketenangan dari zikir yang dibacakan sedangkan hati sedang sarat menyimpan kesakitan? Zikir tidak berupaya menenangkan hati yang sarat dengan racun dan sampah sarap memori silam!
Akhlak Islamiah menganjurkan sesuatu yang sangat berharga ;
”Ingatlah dua dan lupakan dua, ingatlah kebaikan orang kepadamu dan kesalahanmu kepada orang lain serta lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain dan ingat kesalahanmu kepada mereka.”
Pengajaran di atas merupakan panduan asas tentang hati . Ia bertujuan merungkai keluar penyakit yang dideritai oleh manusia. Melupakan kesalahan orang lain adalah proses membuang sifat benci dan dendam daripada hati. Perasaan benci dan dendam yang disimpan di dalam hati seperti mengemam racun dengan harapan orang yang dibenci itu akan mati. Tetapi siapakah yang menderita ? Jawabannya adalah diri sendiri ! Kenapa kita mengambil kesakitan itu sedangkan kita boleh melemparnya keluar . Mengingati kebaikan orang lain pula menjadikan kita seolah-olah berada ditengah-tengah tasik dingin kasih sayang dan kemesraan manusia terhadap kita . Gabungan ini membentuk lanskap hati dan mendamaikan jiwa. Berfikir dan bertindak dengan wajar tentang persoalan hati akan mendatangkan ketenangan bersama simbahan zikrullah secara serentak, akan menyuburkan jiwa bagi memperolehi kepuasan sejati. Ia sama seperti proses kejadian sebutir mutiara yang cantik. Ia terhasil dari pantulan cahaya pada kulit bahagian dalam tiram yang putih berkilau lalu membentuk sebutir mutiara yang putih berkilau . Dalam cengkerang tiram itu terlebih dahulu perlu melepak barulah cahayanya dapat membekas pada butir mutiara tersebut !
Proses memupuk cahaya hati boleh dilakukan dengan meminjam seluruh kebaikan manusia lain, juga memori terindah kita, lalu ia dimasukkan ke dasar hati bagi menolak keluar kedukaan dan kesusahan. Duduklah dengan tenang, pejamkan mata, rehatkanlah seluruh sendi dari hujung rambut perlahan-lahan turun sehingga ke telapak kaki, tariklah nafas perlahan-lahan serta dalam-dalam. Bayangkan kurnia, rahmat dan kasih sayang Allah yang pernah dikecapi, sebut dengan hati akan pujian, tasbih serta kebesaran Allah, lalu biarkan diri beradu di dalam daerah ketenangan itu dalam tempoh yang lama. Setelah terasa rehat di dalam, bukakan mata dan katakan pada diri sendiri seoalah-olah kita adalah seorang yang baru yang ingin menikmati saki-baki kepuasan yang dititipkan oleh Allah.
Ingat,Ketenangan adalah kemuncak di dalam sifat kehambaan maka ia perlu kepada zikir yang sebenar termasuk memelihara kesucian hati. Ia adalah proses yang berterusan.Allah berfirman, “Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha lagi diredhai, masuklah kamu ke dalam kelompok hambaKu dan masuklah dalam syurgaKu”
(Artikel ini pernah dikeluarkan dalam kolum Fikir-zikir dalam majalah ANIS...sahabat-sahabat sila dapankan majalah ANIS keluaran terbaru untuk berkongsi banyak tip dan panduan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 29, 2013 23:55

January 6, 2013

Memacu Ke Lebuhraya Kehidupan

Ramai manusia tersesat atau lebih tragis ditimpa kemalangan di laluan hidupnya. Lebuh raya hidup bukan lagi menjadi laluan menuju matlamat sebaliknya bertukar menjadi medan kehancuran dan kemusnahan diri.
Pengguna lebuh raya hidup perlu kepada panduan agar sentiasa kekal selamat di samping memastikan tidak teralih arah ke matlamat yang salah.

Seperti lebuh raya sebenar yang mengandungi banyak R&R di sepanjang perjalanan serta pelbagai papantanda isyarat dan petunjuk, begitulah di lebuh raya kehidupan. Ia mengandungi R&R dan papan tanda isyarat dan tanda-tanda bagi memastikan kita selamat sampai ke destinasi.


Mari memanfaatkan papan tanda di sepanjang laluan dengan memahami dan mematuhinya dengan penuh sabar. Di sana tersembunyi apa yang diharapkan oleh si musafir; keselamatan dan ketenangan hakiki dalam menuju matlamat bahagia.

Dapatkannya di sini


Buku ini mengajak pembaca memecut ke hadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh supaya tidak berlaku kepincangan dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti, bermuhasabah buat mendapat kelegaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2013 19:49

Memacu ke lebuhraya kehidupan

Ramai manusia tersesat atau lebih tragis ditimpa kemalangan di laluan hidupnya. Lebuh raya hidup bukan lagi menjadi laluan menuju matlamat sebaliknya bertukar menjadi medan kehancuran dan kemusnahan diri.
Pengguna lebuh raya hidup perlu kepada panduan agar sentiasa kekal selamat di samping memastikan tidak teralih arah ke matlamat yang salah.
Seperti lebuh raya sebenar yang mengandungi banyak R&R di sepanjang perjalanan serta pelbagai papantanda isyarat dan petunjuk, begitulah di lebuh raya kehidupan. Ia mengandungi R&R dan papan tanda isyarat dan tanda-tanda bagi memastikan kita selamat sampai ke destinasi.
Mari memanfaatkan papan tanda di sepanjang laluan dengan memahami dan mematuhinya dengan penuh sabar. Di sana tersembunyi apa yang diharapkan oleh si musafir; keselamatan dan ketenangan hakiki dalam menuju matlamat bahagia.
Dapatkannya di sini
Buku ini mengajak pembaca memecut ke hadapan dengan langkah positif dalam menuju keseimbangan secara proaktif dan tanpa bertangguh supaya tidak berlaku kepincangan dalam hidup. Di setiap R&R kita berhenti, bermuhasabah buat mendapat kelegaan untuk terus memacu ke lebuh raya kehidupan.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2013 19:49

Zul Ramli M. Razali's Blog

Zul Ramli M. Razali
Zul Ramli M. Razali isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zul Ramli M. Razali's blog with rss.