Mawar Safei's Blog
October 13, 2025
Laszlo Krasnahorkai, sasterawan Hungary, penerima Hadiah ...

Laszlo Krasnahorkai, sasterawan Hungary, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2025.
Karyanya yang harus dicari Satantango (1985), The Melancholy of Resistance (1989), War & War (1999) dan Seiobo There Below (2008).
September 29, 2025
Al Fatihah buat almarhum Pak Rejab FI, sahabat seperjala...
September 20, 2025
Foto langkaSebelum musim hujan di sana sini sekarang, se...

Foto langka
Sebelum musim hujan di sana sini sekarang, setiap petang apabila saya keluar dari bangunan kerja, menuju jalan pulang, saya dapati di kiri kanan saya adalah gurun pasir. Panas. Kering. Gersang. Tiada bayang pohon, tiada teduhan. Saya rasa seperti sebahagian daripada kafilah panjang yang bergerak perlahan, mencari arah yang lurus. Ya, bukan sekadar jalan, tapi pedoman. Saya pernah menulis tentang Sahara, tentang Tuareg dan perihal kebebasan dalam Zel, hampir tiga puluh tahun lalu. Begitulah masa meletus, berlalu, dan kini meninggalkan gema.
August 28, 2025
Terima kasih dan tahniah kepada YBhg. Prof Sufian Jusoh,...

Terima kasih dan tahniah kepada YBhg. Prof Sufian Jusoh, Naib Canselor UKM kerana memilih novel Sungai Mengalir Lesu untuk ruang bicara Tela'ah.
Terima kasih kepada YBhg. Prof Suffian Jusoh, Naib Canse...

Terima kasih kepada YBhg. Prof Suffian Jusoh, Naib Canselor UKM kerana memilih novel Sungai Mengalir Lesu untuk ruang bicara Tela'ah.
August 23, 2025
Fame. Ini antara drama bersiri yang saya minat sewaktu r...

Fame. Ini antara drama bersiri yang saya minat sewaktu remaja. Saya pernah mahu belajar biola, menggesek cello seperti Julie. Mempunyai sahabat yang selalu ada seperti Bruno. Tahun ini saya menyerta Fames lagi seperti tahun lalu. Saya masih berlatih setiap petang sebelum pertandingan pada hujung bulan. Doakan...

August 13, 2025
Peragaan yang sangat cantik. Tahniah Sahabat Baikku, Fra...
July 24, 2025
Terima kasih Sahabat baikku, Frank Marcqueze Jr ...
July 12, 2025
Fadhlina SidekPengalaman HSPM 2021/2022 yang istimewa. K...

Pengalaman HSPM 2021/2022 yang istimewa. Kali ini saya bertemu dengan susuk yang saling terhubung antara kami. Saya duduk bersebelahan cucunda Dr Mana Sikana. Kaisara Izzara mewakili almarhum datuknya untuk menerima dua hadiah HSPM kategori buku dan esei kritikan. Hadiah kami disampaikan anakanda Dr Sidek Fadzil. Fadhlina, YB Menteri Pendidikan Malaysia. Almarhum Dr Mana Sikana dan almarhum Dr Sidek Fadzil merupakan guru saya yang kemudiannya menjadi rakan sekerja senior di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Kedua-duanya yang sangat berjasa. Kaisara yang baru saya kenali dan Fadhlina adalah sahabat lama yang baik. 10 Julai 2025 menyimpan kenangan manis tersimpan dalam dakapan ingatan saya.

July 10, 2025
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Kumpulan cerp...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Kumpulan cerpen Narasi Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (2021) diangkat sebagai pemenang kategori A Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2021/2022. Terima kasih.

Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
