Fdaus Ahmad's Blog

May 4, 2014

PBAKL 2014 : Buku, kulitnya soleh, isinya mukmin, harganya kafir.


Sepanjang PBAKL 2014 yang berlangsung di PWTC, saya berpeluang melawat ke sana sebanyak 2 kali. Pertamanya pada hari Rabu 30 April, dan terakhirnya semalam, 4 Mei. Saya kesana memenuhi tanggungjawab berkawal di booth Indieke/Dubook H16-19 yang terletak dalam dewan tun Hussein Onn.
Dicelahan masa semalam (saya tak sempat beronda pada 30 April), sempat juga saya berpusing pusing melihat booth booth lain yang turut beraksi mempamerkan buku buku hebat terbitan syarikat mereka. Tidak dinafikan, pesta buku kali ini (dan yang sebelum sebelum ini), sudah dikuasai oleh penerbitan buku buku islami.Perkembangan ini, jika dilihat dari satu sudut, sangatlah baik dan memberangsangkan. Mengambil kesempatan berlegar, saya mencari cari buku buku yang kiranya sesuai untuk dibeli untuk diri sendiri, juga buku buku untuk anak anak.
Untuk yang pertamanya, melalui sebuah booth di aras 1, saya terlihat buku bervolume (siri 5 naskah) dengan tajuk Ensaiklopedia Sains dan Islam untuk kanak kanak. Tanda harga yang terpampang tertulis RM625. Kata adik penjaga meja "Hari ni last bang, kami diskaun harga jadi RM200 je, bagus ni bang untuk budak budak".
Saya tidak melayan kerana kepala asyik berfikir atas ketamakan apakah sampai orang sanggup menjual 5 naskah buku nipis ni dengan harga RM625?. Kata adik tu lagi, siri Ensaiklopedia itu laris, maka saya terfikir lagi ramainya orang kaya yang membeli set buku berkenaan sepanjang seminggu pesta buku berlangsung. Hari ni pula, harganya dipotong sehingga menjadi RM200. Juga, dengan harga sebegitu, saya kira ianya cukup mahal untuk dimiliki oleh orang kebanyakan seperti diri saya ini. Timbul rasa tidak puas hati, kerana saya merasakan ilmu am yang berkait pula dengan kemurniaan agama ini tidak sampai maksudnya kepada kebanyakan orang dek kerana halangan harga yang kelihatan gila. Bukunya sudah sangat baik, tetapi kebaikan itu tak sampai ke destinasi, kalau sampaikan pun, mungkin ke rumah rumah orang senang dan kaya. Saya tidak fikir kumpulan pertengahan sanggup membelanjakan RM625 untuk set buku sebegitu walau hakikatnya isi dan pendidikan yang terkandung didalamnya sangat penting untuk bacaan kanak kanak. Hatta dengan harga rm200 itu pun saya kira terkial kial orang hendak keluarkan duit. Mungkin hal hal yang seperti ini membantu dalam merumit sulitkan akses pelajaran, dan penyampaian ilmu sains islam kepada kumpulan anak anak. Kecerdasan akal dan kuriositi mereka tidak melonjak disebabkan ketidakmampuan ibu bapa mereka menyediakan buku buku yang baik seperti buku yang saya nyatakan di atas. 
Saya meneruskan perjalanan ke booth booth Islami yang lain. Di suatu sudut, satu set buku dengan tajuk 'Akhlak Rasulullah' dengan tanda harga RM139 terpamer megah di atas meja. Ada nota, "Tidak boleh beli berasingan". Maksudnya, buku Akhlak Rasulullah ini memiliki 3 siri, jadi kalau hendak beli, kena beli ketiga tiganya dengan harga RM139. Tidak boleh beli satu satu. Saya cuma mampu berkata dalam hati, "patutlah sudah ramai orang yang tidak berakhlak macam Rasulullah, kerana untuk membaca dan mengetahui bagaimana akhlak rasulullah itu, perlulah bermodal yang tidak sedikit". Disebelahnya, saya dapati set buku yang ada juga terpalit nama 'Rasulullah' (saya tidak ingat tajuk penuhnya), dengan tanda harga RM850!. Beberapa orang yang lalu lalang tidak langsung mendekati meja buku tersebut, mungkin takut dengan harga yang dipamerkan, atau merasakan diri mereka tidak layak bertanya tanya kepada tuan booth akan buku RM850 yang pastiya hebat itu. 
Selang dua booth, saya dipertemukan pula dengan sebuah buku bertajuk Masalah Khilafiyyah denga tanda harga RM150.Fuhhh! 
Semua yang saya nyatakan di atas, kalau kita teliti buku bukunya menawarkan keilmuan am yang sangat diperlukan oleh umat islam masakini. Perkara seperti asas sains dalam islam, akhlak Rasul, masalah khilaf merupakan hal hal keilmuan am yang tidak sepatutnya di-elit-kan pembacaannya.
Saya terfikir,
Bagaimana pesta buku boleh melahirkan generasi yang mempunyai qualiti ilmu dan kefahaman yang tinggi kalau buku buku keilmuan islam sendiri pun dijual pada harga yang menyeksa jiwa raga?
Bagaimana kita hendak mendidik anak anak supaya diperluaskan ruang bacaannya  kepada bahan yang lebih objektif dan berinformasi kalau harga bukunya mencecah ratusan ringgit?
Bagaimana kita hendak menyuruh orang menuntut ilmu islam kalau punca ilmu itu dikongkong dalam penjara ketamakan yang bertopengkan islam? dimana penulis, pemilik, pengendali yang hampir semuanya terdiri dari orang islam sendiri.
Juga saya terfikir,
Semua ini terjadi, mungkin kerana peniaga peniaga yang menjual buku buku semahal ini menjalankan strategi, yakni membeli hati manusia yang kaya berada dengan kecantikan agama, dan apabila hati hati manusia yang kaya berada ini telah tertawan, maka para peniaga ini lalu menjualkannya pula dengan harga berapa pun, sudah tidak menjadi soal.
Saya agak kecewa, kerana secara purata, buku buku agama peringkat kanak kanak dan dewasa (jangan kira lah buku siri kisah sahabat yang tebalnya cuma 10-15 muka surat), yang di dalamnya terkandung nilai ilmu yang penting untuk diketahui oleh banyaknya orang, hampir semuanya dijual dengan harga tidak kurang RM30. RM50 itu biasa. Lebih dari RM50, itu yang terbanyak.
Tauke Dubook merupakan sahabat baik saya. Jadi tak usahlah nak chong atau temberang berborak soal kos printing, kos itu, kos ini, dan masih cuba hendak mengatakan harga harga buku yang saya nyatakan di atas (baru sebahagian kecil, di booth booth di aras lain saya tidak sempat melawat) itu waras dan berpatutan. Saya tahu dan boleh anggar berapa kos yang dibelanjakan untuk buku yang pelbagai jenis, soft cover, hard cover, printing material dan sebagainya.
Saya tidak gamak mengatakan yang penjual buku buku agama dalam kategori harga ratusan ringgit itu turut serta menjual agama. Mereka mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat apa yang mereka mahu berbuat. Cuma perkara asas yang semakin hilang dari jiwa, bahawasanya buku itu punca ilmu, ilmu agama islam pulak tu, jadi usahakanlah sebaiknya supaya ilmu ilmu islam ini dapat sampai kalau tidak semua pun, sebahagian besar pengunjung pesta buku menikmati manfaatnya. Kalau harga sudah murah berpatutan pun, pengunjung masih tidak mahu beli, itu bukan lagi masalah kalian sang peniaga. Namun harus diingat, sebelum menuduh pengunjung tidak mahu beli, belek dahulu berapa harga yang kalian tawarkan. Kalau untung berlipat kali ganda yang ada dalam kepala, berniagalah benda lain, janganlah berniaga buku buku hal ehwal agama Islam, kerana itu, akan membuah rasa kecewa pada umat islam yang melata tidak mampu, lalu buku buku agama menjadi kelas kelas, ada kelas untuk orang bawahan, ada pula kelas untuk orang atasan.
Islam tidak menindas, sebaliknya membebas!
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2014 20:16

December 27, 2013

Prebet Kapitalis


Kalau ditanya apa kesan paling jelas dengan isu kenaikan harga, maka yang paling ternampak adalah bermulanya bibit kebencian marhein kepada kumpulan elitis dan kaya raya. Namun sebelum itu semua berlaku, simpan dahulu kebencian kalian, sebaliknya mari kita beri perhatian kepada kumpulan yang lebih besar dan berbahaya, yang aku namakan mereka ini sebagai
'Prebet Kapitalis'. 
Hampir setahun yang lepas, aku ada menulis perihal 'Prebet Kapitalis', dimana mereka ini berkeliaran dalam kumpulan marhein dan proletar, merekalah yang paling kuat merungut tentang kenaikan harga, mereka jugalah yang paling inginkan simpati, namun jauh dialam realiti, sang Prebet kapitalis inilah yang menindas kaum sesama mereka dengan menyemai kebencian kepada kumpulan elitis.
Mencarik semula tulisan yang lepas, aku tulis begini:
" Prebet Kapitalis, dalam terminologi aku sendiri, adalah perbuatan berniaga yang tidak adil dan menipu orang, di mana kesan penipuan itu sangat subjektif dan susah nak dilawan. Prebet kapitalis dalam contoh mudah adalah peniaga gerai tepi jalan yang rip off, menjual karipap inti angin, mee goreng perisa kapur, nasi lemak sambal air, dan pelbagai hal hal asas yang sukar ditentang secara menyeluruh kerana bilangan mereka ini sangat banyak bertebaran atas muka bumi Malaysia. Lebih malang, mereka ini peniaga susah, berniaga cara macam itu untuk senang cepat, lalu menipu pembeli yang rata ratanya juga orang susah. Orang susah, tipu orang susah. Bangang.
Dua contoh di atas, aku beri kata nama KAPITALIS sebagai tanda kejahatan. Dalam konteks definisi ekonomi sebenar, Kapitalis bukanlah tanda kejahatan seperti apa yang ramai faham. Memang kita di ajar, kalau berborak hal ekonomi, bila bertemu penindasan, maka KAPITALIS kita jadikan kambing hitam. Yang tidak tahu menahu apa satu haram pun, dengan menyebut "Kapitalis" maka dia akan kelihatan pandai cerdik. Tidak apa, jangan bimbang kalau kau oranglah orangnya, aku di sini bukan nak merejam isu siapa lebih tahu dari siapa tentang KAPITALIS dan segala isi peghuraiannya, aku di sini hendak bersama kau orang..menandakan Kapitalis, sebagai focal point untuk sifat ketidakadilan dan penindasan.
Masa aku naikkan kes I-City, ada dua tiga mangkuk hayun retaliate dengan mengatakan aku bodoh tak buat study, tak investigate sebelum pergi. Ada juga yang lagi cerdik mengatakan aku ada pilihan, boleh je aku tak masuk SNOWALK, boleh je aku tak bawak anak anak aku pergi main keretapi semua tu.Yang bercakap ni, aku harap kau buat study dan investigate habis habis dulu sebelum kau beli mana mana karipap gerai tepi jalan. Jangan sampai kau mengamuk sebab terbeli 5 bijik karipap inti angin harga Rm2 lepastu kau menyumpah "aku tak halal duit lah", "aku doa kau masuk neraka" lah. Masa tu aku pulak nak bercakap "Bodo kau tak buat study pasal gerai karipap" dan aku juga akan cakap "kau ada pilihan, siapa suruh kau beli karipap situ". Biar orang kampung tipu kau macam mana kau gelak orang kampung macam aku ni kena tipu dengan I-City.
Nampak?Isunya bukan Intelligent.Isunya, bagaimana kita nak menangani ketidakadilan dan penindasan yang halus dan terpelihara sebegini, supaya orang yang tak sekolah pun berasa aman damai untuk berjalan kemana mana, membeli barang makanan apa sahaja, dan faham yang dunia ini banyak lagi perkara baik yang menggembirakan.
Berbalik kepada Kapitalis, diperingkat ini, aku establish satu premis, yang mana makcik jual karipap juga boleh dikategorikan sebagai kapitalis jika dia melakukan ketidakadilan dan penindasan ketika berniaga. Menjual Nesacfe ais di medan selera RM 2 ringgit lima puluh sen segelas, dengan alasan "Sini KL bang" memangla bagsat. Ya aku tahu sini KL. Tapi KL tu di mana? di Pavilion atau di kampug Keramat?
Hal macam ni lebih banyak buat aku bertengkar dalam melaui kehidupan seharian aku. Kalau aku nak kutip balik, entah berapa banyak kedai makan yang aku pangkah, berapa banyk kedai runcit aku bergaduh, berapa banyak gerai kuih muih aku sound balik keesokan harinya beritahu tuan gerai "karipap semalam takde inti".
Dan benda benda macam ni kena selalu latih. Bukan latih bergaduh, memaki orang..tapi latih diri kau orang supaya kritis terhadap hak kau orang. Ramai orang tak puas hati tapi depan kedai tak cakap, depan gerai tak cakap. Dah balik rumah baru pung pang pung pang. Cakap straight depan peniaga tu. Memang depan kau dia akan cakap dia betul. Tapi percayalah cakap aku ni, dia mesti goyang dalam hati. Dia mesti fikir, dan dengan sedikit hidayah Tuhan, dia akan berubah, letak harga dan memberi perkhidmatan sepatutnya.
Aku berharap semua peniaga pencari rezeki berniagalah dengan hati yang ikhlas. Berilah makan macam kau masak untuk keluarga kau nak makan, jual lah barang macam kau sendiri yang nak beli barang tu untuk keluarga kau guna. Berurusanlah sebagaimana kau mahu orang lain melayan kau. Berikanlah perkhidmatan yang baik untuk manusia supaya mereka gembira.Supaya aku, dan orang orang yang bersikap seperti aku..tidak lagi membuat dosa dengan pertentangan, perlanggaran, dan kemarahan yang tercetus bila kita bersemuka. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh tersenyum dan berterima kasih dengan kau. Supaya aku, dan orang orang seperti aku, boleh membeli dan membelanja dengan aman damai dan memandang kau semua sebagai manusia baik yang mewarnai perjalanan hidup aku sebelum kiamat tiba."
Juga sekarang, naik gula, naik letrik, naik minyak, naik toll..Prebet Kapitalis akan merungut kerana menanggung kos tambahan rm100 atau rm200 sebulan, lalu harga teh ais dari rm1.50 segelas, dinaikkan ke rm2, nasi lemak dikecikkan, perisa kuih muih terkurang di sana sini atas alasan 'kerajaan jahat naikkan harga'.. Natijahnya, mereka sebenarnya mengaut untung berlipat ganda.
Jadi bilang, marhein yang sedang derita, bertukar hidup sengsara atas tangan siapa sebenarnya?
Ingat!Yang membunuh itu memanglah Jerung, tapi yang lebih mencarik daging sampai tidak bersisa itu kerja sang kecil pirana.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2013 20:00

May 3, 2013

Mesej untuk Perubahan


Kawan,

Menanglah BN, atau PR, atau parti Kepala Gajah sekalipun, kalau kita sendiri hidup sama macam semalam, maka akan sama lah juga nasib yang akan kita tempuhi untuk hari hari mendatang.

Semalam, aku jumpa seorang klien kerja TNB, dia bgtahu ada bisnes pacak tiang letrik, tarik kabel, sekarang dikeolakan oleh syarikat yang dikepalai oleh mat Bangla.(banyak la kompeni lain, tapi salah satunya kompeni mat Bangla ni)
Ya. Bangla yang pada mulanya datang ke negara kita untuk mencari rezeki kecil kecilan, sekarang dah up jadi pemilik perniagaan, ada pekerja dan ada beberapa bijik lori sendiri.

Cerita kedua pula aku dapat beberapa bulan lepas, seorang Bangla datang berjumpa kawan aku tanya macam mana nak import kain dari China. Bangla ni beritahu dia ada 3 kedai kain, satu di Wangsa Maju, di Shah Alam dan di Klang, sewa setiap satu kedai ni tak kurang RM7k/sebulan.

Mungkin di luar sana ada macam macam lagi cerita yang serupa macam yang aku dengar, mungkin ada bangsa Indonesia, Myanmar atau Pakistan yang berjaya dalam perniagaan dan perusahaan seperti berjayanya Pakistan jual karpet yang mengusai perniagaan karpet di Nilai 3 dan di jalan Tunku Abdul Rahman.

Bukanlah berjayanya bangsa pendatang yang aku nak ketengahkan, tapi lebih dari itu..bagaiman titik mula pendatang pendatang ni boleh set foundation seterusnya menikmati kesenangan di bumi kita?
Jawapannya mudah, ia bermula dengan sikap dan semangat untuk berjaya.

Sikap yang baik, positif, juga semangat daya juang yang tinggi akan menang dalam pengembaraan apa pun di dunia ini. Kalau spirit yang kuat kita tak ada, maka jangan haraplah nak berjaya dan mencapai apa apa pun dalam hidup yang serba singkat ni.

Kita sering dengar slogan "Perubahan!" dalam senario politik hari ni. Harapan rakyat dalam agenda perubahan mestilah berubahnya sistem yang dikuasai korupsi, sistem kronisme, sistem ketidak adilan dan penipuan. Kita mengimpikan kehidupan yang lebih baik, pemerintah yang adil, masyarakat yang sempurna dan segala impian yang power power.
Semuanya tidak salah, yang menjadi salah ialah kita kuat berharap, tetapi kita sendiri tak mulakan perubahan tu dalam diri dan sikap kita.
Semalam, kita masih buat benda sama macam kelmarin dan hari sebelumnya, adakah esok (kalau PR menang) jadual dan pembawaan diri kita akan turut berubah?

Aku ingin bertanya,

Adakah esok kalau PR menang kita akan mula  bersolat subuh di masjid dan solat ontime?
Adakah esok kalau PR menang kita akan belajar berusungguh sungguh di Universiti dan tak copy paste assigment kawan kawan kita?
Adakah esok kalau PR menang kita yang kerja pejabat ni akan berhenti keluar sarapan pagi pada pukul 10 pagi?
Adakah esok kalau BN kalah kita akan rotan anak anak kita yang belajar curut dan menguasai kelas curut di sekolah?
Adakah esok kalau BN kalah kita akan berhenti kalut talipon sana sini nak bagi boleh anak kita dapat biasiswa dan nak dapat tempat di universiti?
Adakah esok kalau BN kalah kita akan kurangkan main fesbuk dan banyakkan masa menengok anak anak kita belajar?

Adakah kita bersedia, untuk hidup secara penuh tanggungjawab dan mengurangkan kebergantungan terhadap suatu apa pun kecuali kebergantungan pada Allah dan pada tulang empat kerat kita? juga kekuatan akal fikiran kita?

Bersediakah anak anak muda kita untuk meninggalkan scene rempit, scene ganja, scene pusat serenti, scene Pavilion, scene 3gp, scene shuffle, dan segala scene yang menguasai bangsa dan agama kita selama bertahun tahun ni?

Aku tidak berniat nak menulis panjang,
Apa yang aku nak sampaikan, parti apa pun yang menang..kalau diri kita sendiri taknak berubah ke arah hidup yang lebih bertanggungjawab, maka perubahan yang kita nak tengok dalam masyarakat takkan terjadi.

Percayalah cakap aku ni.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2013 20:36

April 27, 2013

Dari KLCC Ke Tanjung Malim (DKKTM) sudah muncul!



Untuk Kenangan Abadi Di Masa Hadapan


Pesta Buku Antarabangsa KL 27th April - 5th MayKinokuniya - June 2013Times - June 2013MPH - June 2013Dubookpress online - May 2013
Heil!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 27, 2013 12:35

January 2, 2013

Darjah Satu



Hari ni, hari pertama Fateem darjah 1. Kelas 1 Hijau. Sekolah kebangsaan Tanjong Malim. 
Aku tahu dia steady.
Aku pesan:"Hari ni, sila mulakan jalan yang menunggu kau anak..ini, namanya jalan pemanusiaan"Nanti kau kan jatuh, baju kau kotor, kau berkelahi, kau berkawan, kau berkongsi bekal, kau bermain,kau berlari, kau tertinggal buku, kau terlupa kerja sekolah, kau kena denda, kau berhibur, kau gembira, kau menangis..semuanya akan berlaku atas nama pelajaran..maka raikanlah!.Selamatlah, berbahagialah, Semoga kau menjadi manusia yang Hamba."
Steady Fateem, steaaadddyyy!!


















 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 09:30

December 23, 2012

DTMKK Ranking ke-2 di Kinokuniya!.



DTMKK mengungguli ranking ke-2 WeeklyBestsellers Kinokuniya!
Tan Sri masih boleh tersenyum minggu ini. Kita dah kalahkan Yahudi dan Zionis. Minggu ini, Tuan yang saya hormati, Syed Husin Ali, juga ada dalam senarai berlawan!
Terima Kasih pada yang menyokong, teruskan membeli DTMKK!
*DTMKK juga dijual di MPH seluruh Malaysia.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2012 02:28

December 18, 2012

Menongkah


Seorang rakan bertanya;

"Aku tengok kau ni semua benda nak menongkah arus, hal kecik benda senang pun kau nak menongkah arus jugak. Masalahnya brader, tak semua orang boleh terima cara kau tu"


Aku senyum, lalu aku jawab;

"Bukan soal orang boleh terima atau tidak yang kita perlu rungsingkan, yang perlu kita rungsingkan..dalam kehidupan yang pelbagai hal ni, kalau takde yang menongkah, siapa lagi dapat memberi awas dan waspada pada mereka yang hanya menurut arus akan mara bahaya dan celaka yang sedang meluru laju dari belakang?"
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2012 21:07

December 17, 2012

DTMKK ranking ke-4 di Kinokuniya



Mari kita bersyukur ke hadrat Ilahi,Buku DTMKK gua, di bawah pengendalian DubookPress, berjaya menduduki ranking nombor 4 Weekly BestSellers di Kinokuniya.Buku ini sekarang dalam proses replenish oleh distributor di semua MPH seluruh Malaysia.
DubookPress juga sedang membuat second print!
Woii, lu baik beli cepat!

Gua harap, DTMKK dapat menewaskan Yahudi dan Zionis di minggu minggu mendatang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2012 00:03

December 15, 2012

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.


Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Sebelum aku bercerita, hendak aku terangkan, bahawa berkira, kedekut dan bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya adalah tiga (3) perkara berbeza. Mari aku bentangkan perbezaannya.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Kedai mamak Khalifa nasi putih ayam goreng dengan sayur RM3.50, mamak Mosen benda sama sampai RM3.60. Padahal kedai mamak sama je, bukan ada bagi service GRO pun mamak Mosen ni".

Yang perangai atas ni, nama dia kau berkira.

Kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng, dengan sayur RM3.50. Cehh mahal! Ahh aku makan nasi putih dengan telur goreng je lah, baru RM1.80. Sama je, kennyang jugak"

Yang perangai atas ni, nama dia kau kedekut.

Namun, kalau engkau membebel seperti ini;
"Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur kat Khalifa sampai RM10.50??, Makahaaiii mampus la kau cekik darah, syaitaan!"

Yang perangai atas ni, nama dia..kau bersikap fak pada harga yang tak sepatutnya.

Contoh 1 dan contoh 2, adalah masalah sikap. Tidak ada kena mengena dengan masyarakat sekitar. Pergi mati lah dengan perangai berkira dan kedekut kau. kau komplen kau bangang.
Contoh 3 adalah masalah penindasan. Ya. Kau ada upaya menindas dengan licik dan kemas. Setengah orang berkata, "Ahhhh duit banyak RM10.50 pun nak bising..dah makan bayar je laaa". Puiii puii puiii pada kumpulan ini.
Bukan isu duit banyak yang aku persoalkan dalam contoh 3. Yang aku persoalkan adalah isu patut ke tak patut? kalau patut, RM100 pun aku bayar, tapi kalau tak patut, sekupang lebih pun aku mesti mengamok punya.

Bila kau orang dah faham perbezaan situasi kat atas, baru kau orang mudah nak faham marahnya aku dengan I-City malam tadi.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panjang.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2012 05:00

October 14, 2012

Power betul!


Dalam sistem QWERTY keypad iphone, huruf D dengan S duduk sebelah menyebelah.

******

Gua kalau reply sms atau whatsapp memang pantas. Kata orang, buat kerja laju.

Petang tadi, seorang kawan perempuan sms gua nak beli buku SK2.

Gua balas balas tap tap tap tap ibu jari kiri kanan ke tepi ke kanan ke atas ke bawah, zaaasss!! gua tekan send.

Bila dah 'sent',

Ohhh shitt!!


"Boleh takde hal, give me your ass!"


Sampai sekarang kawan gua tu tak reply.

Memang haram jadah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2012 07:33

Fdaus Ahmad's Blog

Fdaus Ahmad
Fdaus Ahmad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Fdaus Ahmad's blog with rss.